H-Net* Surat Pembaca: Tahniah buat Mahfuz

2000-11-09 Terurut Topik Highlands
www.harakahdaily.comSurat Pembaca: Tahniah Buat MahfuzSaya telah membaca berita mengenai YB Hj Mahfuz Omar memilih untukdipenjarakan sebulan daripada membayar denda RM1500.00 kepada kerajaan yangzalim pada jam 3.52 ptg, 9 Nov, 2000. Saya mengambil kesempatan inimerakamkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kerana Mahfuz telahmengambil tindakan yang tepat. Saya meyifatkan tindakan ini tepat keranabeberapa alasan berikut: i. Ia sebagai satu protes terbuka terhadap kerajaan yang zalim yang ada padahari ini dan protes terbuka ini dilakukan oleh Mahfuz sebagai mewakilirakyat Malaysia yang cintakan keadilan dan kebenaran. ii. Ia juga merupakan mesej kepada seluruh rakyat bahawa Pemuda PAS bersediauntuk berkorban apa sahaja demi membuktikan bahawa mereka bersama-samarakyat Palestin dan masyarakat Islam dunia untuk menentang kekejaman dankezaliman Israel yang membunuh dan membantai umat Islam di Pale!
stin. Inikerana Mahfuz dipenjarakan kerana membantah tindakan kerajaan Malaysiamembenarkan pasukan kriket Israel menjejakkan kaki mereka yang berlumurandarah umat Islam itu ke bumi Malaysia. iii. Tindakan ini juga merupakan amaran kepada Mahathir Mohamad dankonco-konconya bahawa umat Islam di Malaysia dan Pemuda PAS khususnya tidakpernah takut dengan ugutan, gertakan, ancaman untuk mengenakan pelbagaitindakan jahat kepada pejuang kebenaran dan keadilan. Wahai MahathirMohamad, ingat dibuang daerah kami melancong, dipenjara kami beruzlah dandibunuh kami syahid. iv. Tindakan Mahfuz ini telah menaikkan semangat pemuda Islam khususnyaPemuda PAS bahawa mereka tidak perlu takut kepada tindakan zalim pemerintahkepada mereka dalam memperjuangkan kebenaran. Insya Allah ribuan pemudaIslam bersedia menjadi 'banduan' bersama Mahfuz dalam perjuangan ini. v. Masuk penjara merupakan peluang Mahfuz untuk menyampaikan mesej!
perjuangan kepada teman-teman atau rakan-rakan sepenjaranya. Ini berlaku dikalangan pejuang Ikhwanul Muslimin dimana apabila mereka keluar dari penjaramaka banduan yang masih tetap dipenjara merasa kehilangan teman yang seringmembimbing dan mendidik mereka di dalam penjara. Akhir sekali, kepada saudara ku Mahfuz, inilah kesempatan untuk saudaramemantapkan syaksiyah mujahid yang selama ini memang telah tertanam dalamdiri saudara. Syabas, kami tetap mendoakan kesejahteraan saudara. Allahu Akbar, AllahuAkbar, Allahu Akbar. Pimpinan Pemuda PAS Perlis. Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Jika benar saya penghkhianat....

2000-11-09 Terurut Topik Highlands
 
Date: Thu, 9 Nov 2000 15:18:13 +0800 www.mindarakyat2.tripod.com"Jika benar saya pengkhianat, Mahathir juga adalah seorang pengkhianat danpenderhaka kerana beliau telah mengkritik Tunku Abdul Rahman di MalaysianHall London pada tahun 1969 dan di University Monash Melbourne, Australiapada tahun 1971. Beliau juga pernah mengkritik kepimpinan Tunku dalam sebuahMajalah di Filipina. Mahathir dan Abdullah Badawi serta kuncu-kuncunya yanglain perlu bersiap sedia kerana saya akan memanggil mereka sebagai saksiutama bila saya didakwa kelak. Dari kandang orang salah saya akan dedahkansiapa sebenarnya pengkhianat dan penderhaka." - EZAM MD NOORCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Pilih penjara, Mahfuz buktikan keberanian

2000-11-09 Terurut Topik Highlands
Date: Fri, 10 Nov 2000 08:29:58 +0800www.harakahdaily.comPilih penjara, Mahfuz buktikan keberanian Oleh Roy RasulKUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Ketua Pemuda PAS Pusat, Mahfuz Omar, yangmemilih untuk masuk penjara daripada membayar denda RM1,500.00 hari inidianggap sebagai wira yang paling berani demi menegakkan keadilan dankebenaran. Beberapa pimpinan Barisan Alternatif berkenaan perkara itu memberi sanjungandan penghormatan mereka ekoran keputusan Mahfuz serta dua rakannya lagiSalahuddin Ayub dan Pakcik Amjal yang didapati bersalah dalam demontrasikriket di hadapan Universiti Malaya 1997 lalu. Menurut Setiausaha Agong PAS, Ustaz Nasaruddin Mat Isa, tindakan Mahfuzmencerminkan peribadinya begitu kental mempertahankan Islam. "Saya sokong pendirian Mahfuz serta rakannya yang lain. Jelas kepada padakita bahawa beliau tidak mahu bersubahat dengan kezaliman, lebih-lebih lagidengan Isr!
ael. Katanya lagi kerajaan seharusnya mengambil iktibar bahawa PAStidak akan bertolak ansur terhadap rejim Yahudi. Ahli Jawatan Kuasa PASPusat, Dato' Hishamuddin Yahaya, pula berkata, tindakan Mahfuz melambangkankegigihan perjuangan PAS. Mahfuz juga katanya adalah seorang aktivis yangbegitu istimewa. Beliau sanggup ke penjara kerana mahu menegakkan prinsipnyadan tidak mahu akur dengan undang-undang yang zalim. Beliau juga berkata,apabila kebebasan disekat maka ia menunjukkan tidak ada hak asasi manusia diMalaysia, sedangkan di mana-mana negara pun hak asasi tidak dicabuli. "Saya rasa semangat kental Mahfuz patut dicontohi oleh semua ahli PAS,kerana kita tidak harus tunduk pada undang-undang yang zalim," jelasnyasambil menambah beliau bersetuju tindakan mereka tidak mahu membayar dendapada kerajaan kerana tindakan itu, secara tidak langsungnya akanmemperkayakan lagi kerajaan. Sementara itu, ADUN Hulu Kelang, Azmin Ali,mela!
hirkan sekalung penghargaan di atas semangat yang ditunjukkan Mahfuz,Salahuddin dan Pak Cik Amjal. Sikap seperti itu katanya adalah satu mesejyang jelas bahawa mereka tidak tunduk pada kezaliman."Keputusan untuk tidak membayar denda melambangkan kekuatan semangat juangmereka," jelasnya. Azmin juga berkata bahawa pengorbanan mereka membuktikan Ketua Pemuda PAStidak takut dengan ugutan penjara. "Saya bangga kerana PAS telah dapat melahirkan pejuang yang sekali gusmengangkat martabat perjuangan di negara ini," tambah Azmin. Manakala itu, Setiausaha Publisiti parti DAP, Ronnei Liu menyifatkantindakan Mahfuz itu sepatutnya dihargai oleh semua masyarakat. "Saya harap keputusan beliau akan membuka mata rakyat yang masih belum sedarmengenai kezaliman dan ketidakadilan undang-undang di negara ini." katanyaketika diminta memberi ulasan. Beliau juga berkata pengorbanan besar mereka akan menjadi contoh kepada !
parapemuda barisan Alternatif.Menurutnya ketabahan mereka merupakan satu nilai yang paling berharga dan ahanya pemimpin yang berani dan 'gentlement' sanggup berjuang begitu. Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Terkini: Mahfuz dan tiga yang lain ditahan dilokap

2000-11-08 Terurut Topik Highlands
11.40 pagi Mahfuz dan tiga yang lain ditahan dilokap 
KUALA LUMPUR, 9 Nov (Hrkh) - Mahfuz Omar dan tiga yang lain akan terus dimasukkan ke penjara Kajang petang ini jika mereka tidak membayar denda RM1,500 yang dikenakan ke atas mereka sebelum jam 4 petang ini. 
Buat masa ini, ke empat-emopat mereka telah dimasukkan ke dalam lokap mahkamah sementara menunggu bayaran denda diselesaikan. 
Peguam ke empat-empat mereka, Mohammad Hanipa Maidin telah mengesahkan ke empat-empatnya memilih dipenjarakan selama sebulan dari membayar denda RM1,500 kerana tidak rela membayar satu senpun kepada kerajaan yang ada. 
Pendirian ini telah disahkan oleh Presiden PAS, Dato' Fadzil Mohd Noor. Sementara itu, sumber mahkamah mengesahkan tindakan Mahfuz memilih penjara sebulan tidak menjejaskan kedudukan beliau sebagai anggota Parlimen Pokok Sena. 
Ini kerana, hukuman ke atas beliau adalah denda RM1,500 dan bukannya penjara. Beliau hanya tidak mahu membayar denda itu lalu dikenakan penjara selama sebulan.

Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Gambar: Mahfuz Omar bersama Raja Komando lawat salah seorang mang sa di Hospital Ampuan Rahimah, Kelang

2000-11-08 Terurut Topik Highlands
 
 




www.harakahdaily.com

Main News/Berita Utama Please refresh/reload your page for latest update. 







 Ketua DPP PAS Pusat merangkap Ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bersama Raja Komando ketika merawat salah seorang mangsa kekejaman polis dalam Himpunan 100,000 rakyat di Hospital AmpuanRahimah, Kelang semalamCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Akhbar tipu: Wakil BN yang cabar Mahfuz bertumbuk

2000-11-08 Terurut Topik Highlands
www.harakahdaily.comWakil BN yang cabar Mahfuz bertumbukOleh Mat Zahari Ali KUALA LUMPUR , 9 Nov (Hrkh) - Tindakan sebuah akhbar harian tempatan yangmendakwa Ketua Pemuda PAS, Mahfuz Omar mencabar Ahli Parlimen BarisanNasional (BN) dari Tampin, Shahriman Abu Bakar bertumbuk diluar dewandikesali kerana Shahrimanlah yang sebenarnya mencabar Mahfuz bertumbuk. Wartawan Harakah yang turut berada di Dewan Rakyat sendiri menyaksikanbagaimana Shariman yang terlebih dahulu mencabar Mahfuz agar bertumbuk diluar Dewan.Peristiwa itu berlaku ekoran kelam kabut yang berlaku dalam Dewan Rakyatapabila ramai wakil-wakil BN cuba mengganggu ketika wakil PAS Pokok Senamembacakan usul berhubung apa yang dinamakan tindakan ganas polis semasaHimpunan 100,000 rakyat Ahad lalu. Wakil Tampin yang merupakan Exco Pemuda Umno itu melenting apabila Mahfuzmemperjelaskan bahawa pihak polis tidak membuat sebarang tindakan terha!
dapPemuda Umno yang mengadakan berhimpunan di Dewan Perhimpunan Cina bulanlalu. Ketika berlaku pertengkaran tersebut Mahfuz menerangkan polis seharusnyabertindak ke atas tindakan Pemuda Umno itu yang jelas mengeluarkan kata-katakesat yang boleh menghidupkan sentimen perkauman.Menurut Mahfuz lagi, tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Abdul Aziz SheikhFadzil memanjat pagar di hadapan Dewan Perhimpunan Cina tersebut merupakantindakan ganas dan melampau.Serentak dengan itu, Shahziman bangun dan berkata " Oii ! jangan cakapbanyak kalau nak bertumbuk jom keluar dewan, jom, jom." Melihat kepada cabaran tersebut Mahfuz berjalan untuk keluar dewan sambilberkata " Jomlah, Jomlah kita keluar sekarang kalau berani" Shahziman mengacah untuk keluar tapi ditarik oleh beberapa wakil BN. Semasakejadian itu berlaku, empat wartawan Harakah berada dalam Dewan dan dudukberhampiran wakil dari Tampin itu. Sementara i!
tu, dalam ceramahnya malam tadi sekali lagi Mahfus menegaskanbahawa wakil Tampin yang mencabar beliau bertumbuk di luar Dewan dan beliaumenyahut cabaran itu tetapi wakil Tampin itu dihalang oleh wakil-wakil BNyang lain. "Selepas sidang, seorang wartawan tanya saya, kenapa saya cabar wakil Tampinitu bertumbuk... Saya kata, bukan saya cabar dia, dia yang cabar sayadahulu. Saya sahut sahaja."Sementara itu, Mahfuz belum boleh dihubungi untuk mengulas laporan akhbarharian hari yang membuat laporan di muka depan akhbarnya kononnya, Mahfuzyang mencabar wakil Tampin itu bertumbuk. Comments ? E-mail UsCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Versi terkini: Mahfuz dipenjara sebulan

2000-11-08 Terurut Topik Highlands
www.malaysiakini.com
Nov 9, 2000Anti-Israel: Mahfuz dipenjara sebulan
1:10am, KHA: Versi terkini Ketua Pemuda PAS Mahfuz Omar didapati bersalah terlibat dalam perhimpunan haram di depan Universiti Malaya bagi membantah pasukan kriket Israel pada 1997. 
Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur Sayani Mohd Noor menjatuhkan hukuman denda RM1,500 atau penjara selama sebulan kepada Mahfuz dan tiga yang lain. Tiga lagi, Naib Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub, Jamaluddin Ahmad dan Minghat Mahmud. Semua mereka, kecuali Minghat, tidak membayar denda tetapi memilih hukuman penjara dengan alasan "tidak mahu memberi wang kepada kerajaan yang ada kini walaupun satu sen." Malaysiakini difahamkan ketiga-tiga aktivis PAS itu sudah dibawa ke Penjara Kajang. Seseorang anggota Dewan Rakyat akan gugur jawatannya jika didenda sekurang-kurangnya RM2,000 atau penjara setahun. Sejak jam 10 pagi tadi, kira-kira 100 penyokong pembangkang berada di luar mahkamah menunggu keputusan hukuman tersebut. 
Mahfuz Omar bersama tiga lagi didapati bersabit dengan tuduhan itu tahun lalu dan dikehendaki membela diri. Sementara lebih 40 penyokong PAS yang juga dituduh sebelum ini telah dibebaskan. 
Turut bersama mereka Presiden PAS Datuk Fadzil Mohd Noor, dan Ketua Pemuda Keadilan Mohamad Ezam Mohd Nor. Beberapa anggota Dewan Rakyat pembangkang meninggalkan sidang untuk bersama Mahfuz. 
Sementara itu Pemuda Barisan Alternatif masih bersama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) untuk menghantar surat aduan bersama bukti keganasan polis ketika menyuraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu. Selain Ezam, Naib Presiden Keadilan Tian Chua, Setiausaha Pemuda PAS Idris Ahmad, Ketua Pemuda PRM Faizal Sanusi, Ketua Pemuda DAP Teng Chang Khim sedang berbincang dengan pesuruhjaya Suhakam, Zainah Anwar dan setiausaha eksekutifnya, Kamaruddin Mohamed Baria. Mereka bergerak dari mahkamah kira-kira 11:30 pagi, selepas mendengar keputusan kes Mahfuz. [Laporan lanjut selepas ini]COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Harakahdaily.com diserang?

2000-11-07 Terurut Topik Highlands
undefinedCOUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.

H-Net* Breaking News! Usul keganasan polis dibincang 4:30 petang

2000-11-07 Terurut Topik Highlands
Nov 8, 2000BREAKING NEWS!
Usul keganasan polis dibincang 4:30 petang 
12.20pm, RABU: Isu keganasan dan salah guna kuasa polis ketika menyuraikan perhimpunan di Lebuhraya Kesas pada Ahad lalu akan dibincangkan di Dewan Rakyat pada jam 4.30 petang ini. Usul tergempar yang dibawa oleh Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena) diterima oleh sidang dewan kira-kira jam 11.20 pagi ini. 
Dalam usul itu, antara lain Mahfuz menyebutkan "tindakan desperado pasukan polis" menyebabkan 116 penyokong pembangkang ditangkap, lebih 30 orang mengalami kecederaan serius, seorang dibawa ke unit rawatan rapi (ICU), seorang hampir buta dan lebih 70 buah kenderaan dirosakkan. 
Ketua Pemuda PAS itu juga menyatakan polis sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi "menjadi alat" untuk kepentingan sempit Barisan Nasional sejak 1998. 
"Sejak 1998, pasukan polis diperalatkan untuk menzalimi rakyat hingga menjadikan mereka (polis) tidak profesional," kata Mahfuz ketika membentangkan usul itu pagi ini. 
Ekoran itu, beliau juga menyeru agar penyiasatan terbuka diadakan terhadap polis dan pemimpin BN 
Usul itu dikemukakan pada dewan jam 9:30 pagi semalam tetapi "hampir terlupa" dibincangkan pagi ini kecuali selepas Mahfuz bangun mengingatkan Yang DiPertuanya Tun Mohamed Zahir Ismail. 
Zahir mengaku kesilapannya ini dan menangguhkan dewan sebelum ia diterima kemudiannya. 
[Laporan lanjut selepas ini]COUNTERBALANCE.ANYWHERE.ANYTIME.ANYBODY.ANYONE.COMDo You Yahoo!?
Yahoo! Shopping - 
Thousands of Stores.  Millions of Products.  All with one Wallet.