Bedah buku terhangat di Pasaran 
   
  Jodol: Siapakah Ahli Sunnah Yang Sebenar - Penjelasan terhadap Tohmahan 
Zamihan Mat Zin alGhari ke atas Pegangan Ahli Sunnah dan Para Tokohnya. 
Pengarang: Dr Azwira Abdul Aziz, FPI, UKM-Bangi 
Penyunting: Capt. Hafiz Firdaus Abdullah 
Kata Pengantar: Prof Dr Abd Fatah Haron, Jab Usyuludiin & Falsafah, UKM (Panel 
Akidah Jakim) 
  Penerbit : Jahabersa (JB) 
Tahun: Cetakan 1, 2006 
Saiz: 14.5 cm X 21cm, tebal: 305 ms 
Harga: RM 18.00 


-------------------------------- 
i 
sinopis   Kitab ini memang ditunggu-tunggu oleh penegak sunnah di Malaysia 
ekoran siri roadshow ustaz Zamihan alGhari  (selepas ni disebut alGhari atau AG 
shj) yang semakin rancak di seluruh negara di atas tiket Penolong Pengarah 
Jakim atas nama seminar ASWJ. al-Ghari membentangkan sebuah kertas kerja 
berjodol 'Memahami Ancaman Terhadap ASWJ' dan k/kerja ini diulang-ulangkan 
dalam siri roadshow tersebut. Kertas kerja beliau mengandungi fitnah yang busuk 
kepada dakwah apa yang dinamakan al-wahabiah di Malaysia. Dengan terbitnya buku 
Dr Azwira, maka bertemulah buku dengan ruas, maka dengan ilmiyahnya Dr Azwira 
meranapkan kertaskerja alGhari ke bumi dan jadilah ia spt debu yang 
berterbangan. 
  ii 
kata-kata aluan Prof Dr Abdul Fatah Haron 
  Fadhilah Prof membidas sikap pegawai Jakim (alGhari) kerana sikap zalimnya 
yakni mentohmah orang lain secara terbuka tanpa memberi peluang pihak yg 
ditohmah membela diri, juga suatu tindakan memalukan kerana ia dilakukan oleh 
agamawan. Tuduhan tidak berasas kepada Syaikh Ibn Taymiyah, Ibn Qayyim dan 
Muhammad Abdul Wahab adalah tuduhan berat sebelah bahkan sekadar momokan dari 
muntahan dr zaman silam. 
Prof menjelaskan umat Islam sedang mengharungi fasa ketiga, yakni fasa sahwah 
dan pemurnian terutama dari peranan gerakan Salafiyah. Manakala era pertama 
ialah era salafi zamani (zaman emas Islam), dan fasa kedua ialah zaman mujaddid 
dan mujtahid. Buku Dr Azwira ini kata beliau adalah usaha membersihkan pd fasa 
ketiga, era kebangkitan dan pembersihan. pembersihan yg dilakukan oleh Dr 
Azwira ialah membersihkan tohmahan kepada imam-imam salafiyah. 
  ii 
Muqaddimah Dr Azwira 
Beliau memulakan muqaddimah beliau dgn mendefinasikan siapakah ASWJ. kemudian 
zoom-in terus kepada peranan alGhari yang dianggap paling terkedepan (sekarang 
di negara kita) dalam membuat tohmahan kpd Ahli sunnah. alGhari memiliki 
tulisan asalnya berjodol Kesahihan alSalaf dan alKhalaf (yg mana naskhah asal 
ada di tangan Dr Azwira) dan menerbitkan kepada publik dengan jodol 
al-salafiyah al-wahabiyah...satu penilaian semula (terbitan tetrajaya, cheras, 
2001) 
  Dalam naskhah asal (yang dimiliki oleh Dr Azwira), alGhari (disyaki) menganut 
faham rafidhah iaitu dgn mengatakan sebahagian sahabat telah murtad. Kemudian 
dalam naskhah asal manuskripnya, alGhari juga telah melakukan kesalahan 
mentahrifkan  sebuah hadith sahih Muslim, kemudian kandungan buku beliau ialah 
mencela dengan teruknya Syaikhul Islam Ibn Taymiyah dengan 14 tuduhan salahlaku 
akidah Ibn Taymiyah. 
Walaupun buku 'alsalafiyah' ini telah diradd (dibedah) oleh sdr Capt Hafiz 
Firdaus, namun alGhari tidak akan serik dan bertaubat, malah terus melancarkan 
serangan kepada tokoh2 salafiyah dengan dua kertaskerjanya. Maka dengan itu 
bangkitlah Dr Azwira dengan buku ini utk menghalang fitnah yang digencarkan 
oleh alGhari kepada masyarakat awam. dr Azwira menjawab 11 tohmahan alGhari 
dengan begitu mantap sekali dan sekiranya jawapan ilmiah ini tidak menyedarkan 
beliau, maka yakinlah kita maka dia mempunyai niat jahat dalam perjuangannya. 
  iii 
Tohmahan alGhari #1: Ibn Taymiyah/Ibn Qayyim pencetus faham tajsim dan tasbih. 
Dr Azwira membuktikan tuduhan ini merupakan suatu tuduhan yang lapuk sejak abad 
ke 2 hijrah telahpun ada tohmahan mujassimah ini dari kelompok jahmiyah kepada 
ahlu sunnah. Dr Azwira membawa kita (secara lintas langsung) kepada kitab2 
akidah Ibn Taymiyah dan Ibn Qayyim dan dgn jelas kedua imam salafiya itu 
memerangi faham tajsim dan tasybih dan bukan spt tohmahan alGhari. 
  Tohmahan alGhari #2: IT menolak konsep Takwil. alGhari mentohmah Ibn Taymiyah 
berpegang dgn akidah tajsim dan tasybih kerana dia menolak takwil yang dipegang 
oleh ASWJ. Dr Azwira kemudian membedah tohmahan liar alGhari dan memperincikan 
jenis2 takwil yang ditolak oleh IT dan takwil yang diterimanya. Takwil yang 
ditolak Ibn Taymiyah ialah takwil yang merubah dan memesongkan makna sahaja. 
   
  Tohmahan AG #3: Pendokong Sunnah di Malaysia hanyalah pengikut wahabiah dan 
bukannya ahli sunnah yang sebenar. Dr Azwira dgn penuh ilmiah menyoroti 
bagaimana istilah al-wahabiyah itu muncul dan siapakah dalang disebalik istilah 
yg penuh dengan misteri, fitnah dan dusta. 
   
  Tohmahan AG #4: Muhammad Abd Wahab (MAB) berasal dari Nejd - negeri tempat 
munculnya Tanduk Syaitan. 
alGhari melakukan tahrif (pemesongan) kepada sebuah hadith al-Bukhari mengenai 
fitnah Nejd dan dikaitkan dengan tempat kelahiran  syaikh wahabi dan 
menggambarkan syaikh muhammad sebagai tanduk syaitan. Dr Azwira meluruskan 
tahrifan itu akan maksud sebenar hadith Nejd, di manakah nejd dan apakah maksud 
tanduk setan. 
   
  Tohmahan AG# 5: MAB mendakwa Nabi Adam melakukan syirik kerana ta'at akan 
iblis dan menamakan anaknya dgn nama yg ada unsur syirik. Dr Azwira membuka 
semula kitab Tawhid karya MAB dan yang sebenarnya MAB membela Nabi Adam dan 
sandaran beliau bukan rekaan beliau tapi dari tafsiran Ibn Abbas dan ditemui 
dalam kitab2 tafsir yang muktabar. 
   
  iv 
  Tohmahan AG #6: MAB mentafsirkan Kalimah syahadah dgn Tafsiran yg menyalahi 
Ijmaa'. Menurut AG, tafsiran MAB kepada maksud dua kalimah syahadah ialah tidak 
terjaminnya darah dan hartanya seorang muslim yang mengucap dua kalimah 
syahadah. Ini suatu tohmahan yang licik kerana amalan membunuh orang yg enggan 
membayar zakat dilakukan oleh Abu Bakar sendiri, walaupun mereka ini orang yg 
bersyahadah. apakah Abu Bakar wahabi? 
   
  Tohmahan AG#7: Para Pendukung Sunnah Malaysia menyemai bibit perpecahan, 
fahaman radikal dan anti kerajaan. Beliau mengaitkan dengan sejarah faham 
alwahabiah di mana gerakan sunnah ini menyemai faham perpecahan, radikal dan 
melancarkan sentimen anti khilafah Uthmaniah. Dr azwira membongkar fitnah ini 
dan menjelaskan kedudukan sebenar di zaman dan hubungan antara Istanbul dan 
Hijaz. 
   
  Tohmahan AG #8: al-Albani banyak membuat kesilapan dan percanggahan dlm 
Penilaian derjat Hadith. Selepas membantai IT, MAB, alGhari beralih angin 
membantai pulak syaikh al-Albani. tetapi Dr Azwira membela kesarjanaan 
al-Albani dan membuktikan tohmahan AG hanyalah mainan gurunya Hasan alSaqqaf. 
   
  Tohmahan AG # 9: Pendukung Sunnah Malaysia tidak faham Konsep Bid'ah. Ini 
adalah mainan biasa yang kita dengar akan adanya Bid'ah Hasanah. Maka Dr Azwira 
sekali menjelaskan akar permasalahan kekeliruan yg cuba dimainkan oleh AG dalam 
terus berselindung di sebalik istilah bid'ah hasanah 
   
  Tohmahan AG #10: Para pendukung Sunnah Malaysia sebenarnya adalah penentang 
sunnah lagi jahil tentang kaedah2 Fiqh dan Usyuul Fiqh. isu utama di sini ialah 
6 hujah AG bahawa qabliyah juma'at itu sunnah, maka Dr Azwira membedah isu 
qabliyah ini ke akar umbinya dan membuktikan AG lah penentang sunnah dan jahil 
akan usyul fiqh. 
   
  Tohmahan AG #11/last but not the least: Para Pendukung Sunnah Malaysia 
menolak Ijmaa' dan merupakan pembuat Bid'ah Sebenar. Tuduhan keji ini hanya 
seputar azan Uthmani yang dilakukan di zaura' sahaja (pada Solat Juma'at). AG 
mengatakan azan uthmani itu ijma' dan pendukung sunnah di Malaysia telah sesat 
kerana menentang azan uthmani. Dr Azwira mendedahkan azan uthmani itu bukan 
ijma' pun bahkan Imam Syafi'iy pun tidak suka azan ini. 
  v 
Rumusan Dr Azwira: 
Segala tohmahan alGhari sebenarnya tidak berpijak di atas landasan ilmu walhal 
pendukung sunnah di Malaysia berada di atas landasan yg benar baik dalam 
masalah akidah,tafsir, hadith, feqah dan sebagainya. Adapun tohmahan wahabi itu 
hanyalah momokan yg sengaja dicipta dan dipopularkan oleh pendukung bid'ah. 
Dr Azwira memetik beberapa ayat AQ dan sunnah memperingati kita semua akan dosa 
besar memfitnah orang lain tanpa bukti, antaranya AQT 33: 58 (dan org yg 
menyakiti para mukmin dan mukminat tanpa kesalahan yang mereka perbuat, maka 
sesungguhnya mereka telah memikul suatu pembohongan dan dosa yang nyata) 
  sekian 

   
  
http://al-ahkam.net/home/modules.php?op=modload&name=News&file=article&sid=14954

                                
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on  Yahoo! Small Business. 

[Non-text portions of this message have been removed]



------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
See what's inside the new Yahoo! Groups email.
http://us.click.yahoo.com/2pRQfA/bOaOAA/yQLSAA/TcOolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com

E-mel web base percuma untuk warga Tumpat

http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke