Kekarutan Sekitar Kayu Kokka
Oleh: Abu Abd Rahman Al Madini.
(Musim Haji Tahun 1426H)
Kokka yang ajaib
gAdik, kat mana saya nak beli tasbih Kokka?h
gUstaz ada orang pesan saya kayu Kokkalah, sini murah tak?h
gAku dah beli dah, berkilat engkaucwangi lagi.h
Ungkapan-ungkapan begini amat sinonim bagi pengunjung Tanah Haram pada musim
haji dan umrah. Para jemaah haji dan umrah yang datang dari jauh dengan membawa
panji tauhid dalam talbiah mereka kadangkala turut terpukau dengan karut marut
serta khurafat yang datang bersama kayu Kokka.
Apakah dia kayu Kokka yang telah mencuri perhatian ramai di kala ini?
Kononnya kayu Kokka merupakan kayu yang paling tinggi mutunya antara semua
kayu di atas muka bumi dan hanya terdapat di negara tertentu seperti Turki dan
Mesir. Ianya telah digunakan sejak zaman nabi-nabi lagi. Bahan asas bahtera
nabi Nuh adalah kayu Kokka, tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib juga di ambil
daripada kayu Kokka!!
Kini Kokka menjadi buruan orang ramai di Malaysia. Ia boleh di dapati di
kedai-kedai yang menjual buku agama, minyak atar dan kaset agama dalam pelbagai
bentuk seperti loket, mata cincin, cincin belah rotan, untaian tasbih ataupun
butiran tasbih bahkan krim dan minyak.
Antara khasiat dan keajaiban yang dihebah-hebahkan ialah ia boleh menjadi
penawar, penyembuh dan pelindung. Lebih melampau dari itu terdapat kisah-kisah
pelik dan ajaib yang terang-terang merupakan cerita yang direka-reka bagi
melariskan barangan ataupun mainan serta tipu daya syaitan yang berbentuk
khayalan. Tujuannya tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk menyesatkan orang
beriman serta melalaikan mereka dari bergantung serta bermohon kepada Allah.
Dalil bahawa ianya tipu daya syaitan ialah satu athar (riwayat) daripada
Abdullah bin Mas'ud RA bahawasanya dia memotong pintalan tali yang telah
dijampi yang dipakai oleh isterinya. Lalu isterinya berkata, gMataku sakit,
sekiranya aku mengenakan jampi aku merasa lega dan jika aku tinggalkannya
sakitku menyeksa.h Ibnu Mas'ud menjawab, gYang sebenarnya ini adalah kerja
syaitan. Sekiranya engkau mengingkarinya ia menyakitkanmu dan jika engkau
taatinya ia membiarkanmuh. [lihat Sunan Ibn Majah (no.3530].
Persoalan yang kita bincangkan ini melibatkan kepercayaan dalam soal agama.
Perkara agama mestilah berpaksikan dalil yang sahih untuk diamalkan. Dalil
dalam perkara agama mestilah dari Quran, hadith yang sahih dan hasan, serta
ijmak. Jika tidak amalan hanya akan menjadi sia-sia dan mungkin mengundang dosa
sahaja.
Justeru, kita wajib percaya bahawa nabi Nuh alaihissalam membina bahtera
kerana ia disebut oleh al-Quran dan hadith. Kedua-duanya adalah asas yang
sahih. Namun tidak pula disebut di dalam kedua-duanya bahawa bahtera itu
daripada Kokka!! Jadi bagaimanakah dapat kita mengetahui bahawa ianya daripada
Kokka?
Sumber cerita Israiliyyat (jikalau ada) ia hanyalah khabar dan bukanlah hujah
yang membolehkan kita memakai Kokka untuk berlindung daripada bala atau musuh
serta makhluk halus sebagaimana terdapat dalam kisah ajaib kayu Kokka.
Seterusnya, kalaulah benar kayu Kokka adalah bahan bahtera nabi Nuh, siapakah
yang pernah melihat bahtera tersebut ataupun menjumpainya? Ataupun
sekurang-kurangnya serpihan bahtera baginda untuk kita katakan sebagai sumber
arkeologi.
Menurut sesetengah orang bahwa bahtera nabi Nuh daripada kayu pine. Ini
adalah nas Taurat. [Lihat al-Bidayah wa an-Nihayah (1/124), lihat juga Torakh:
Genesis chapter 6:14, kayu itu disebut sebagai gopher wood. Penafsir Injil
menyatakannya sebagai pokok cypruss. Lihat (www.keyway.com)]
Begitulah halnya dengan tongkat nabi Musa dan nabi Syuaib alaihimassalam.
Bahkan Imam Abdur Razzaq telah menukilkan di dalam tafsirnya bahawa al-Kalby
(seorang perawi yang dhaif) telah berkata, "Tongkat nabi Musa diperbuat
daripada kayu Ausaj" [sejenis pokok berduri dari spesis terung. Buahnya bulat
dan hitam menyerupai batu aqiq. Lihat: Mu'jam al-Wasit (m.s 600)] . Begitu juga
disebut oleh Imam at-Thabari dari Imam Qatadah [Lihat Tafsir as-San'ani (3/91)
dan Tafsir at- Thabari (20/17)]
Jelaslah bahawa Israiliyyat (riwayat yang dibawa oleh ahli kitab) sendiri
tidak menyebut perihal Kokka. Jadi dari mana datangnya cerita kokka?!
Kenapakah nabi Sulaiman alaihissalam tidak disebut bersama? Adakah kerana
tongkat baginda telah dimakan anai-anai? (serangga perosak mungkin tidak dapat
mendekati Kokka) ataupun baginda tidak tahu tentang kayu Kokka? Mustahil!!
Saya tertarik dengan hujah ringkas seorang jemaah Haji yang pintar dalam
mengulas pamphlet khasiat kokka yang banyak tersebar yang menyebut (dengan izin
Allah seperti yang berlaku di negeri Syam para soldadu telah memakainya dan
tubuh mereka menjadi kebalc) Ujarnya: "Kalaulah Kokka ni macam yang
disebut-sebut kenapa Nabi Muhammad SAW tak pakai kayu kokka semasa berperang
kat Uhud. Kan senang musuh terus cabut!!"
Tiada siapa yang pernah menjumpai bahtera dan tongkat tersebut namun ramai
yang tahu ianya diperbuat daripada kayu Kokka. Inilah sebenarnya keajaiban
Kokka.
Mensyukuri nikmat Iman
Iman adalah nikmat Allah yang agung yang dikurniakan bagi hamba-Nya yang Dia
kehendaki. Memeliharanya adalah kewajiban yang sangat penting memandangkan
nilainya yang amat tinggi bahkan ia tidak ternilai. Ia mudah terhakis dari hati
mukmin sekiranya dia melakukan dosa samada besar maupun kecil. Ia adalah
satu-satunya barang dagangan sang insan apabila dia dihadapkan di hadapan Allah
pada hari kiamat.
Oleh itu, janganlah sampai barang dagangan kita tergadai di dunia lagi dengan
melakukan syirik. Sesungguhnya syirik menafikan iman dan menghapuskannya. Serta
ketahuilah bahawa pintu-pintu syirik kadangkala amatlah halus dan sukar dilihat
mata kasar sehingga disebut bahawa ia lebih sukar dilihat daripada kaki semut
hitam yang merayap di atas batu yang legam pada malam yang amat kelam.
Mengetahui perkara-perkara yang boleh membawa kepada kesyirikan adalah
penyebab yang boleh menyelamatkan kita dari bahaya syirik. Jesteru, kita
hendaklah bersyukur dengan sebenar-benarnya pada Allah SWT yang telah
mengurniakan nikmat iman serta memberikan kita ilmu yang mampu menjadi benteng
pemelihara iman.
Syirik dalam eKokkaf
Syirik di sisi syariat Islam bermaksud meletakkan sesuatu yang merupakan
hak-hak Allah yang khas bagi-Nya atau sebahagian daripada hak-hak tersebut pada
yang selain dari Allah. Pendekatan menyekutukan Allah dengan yang lain pada
hak-hak yang khas bagi Allah.
Antara hak Allah ialah hak mencipta, mentadbir, dan memberi rezeki. Oleh yang
demikian orang yang berkata, gRezeki saya di tangan fulan,h telah melakukan
syirik kerana dia telah meletakkan hak Allah iaitu memberi rezeki pada selain
dari Allah.
Firman Allah SWT bermaksud:
h(Katakanlah (wahai Muhammad) siapakah yang mengurniakan rezeki kepadamu
dari langit dan bumi dan siapakah yang berkuasa (menciptakan) pendengaran dan
penglihatan atau siapakah yang mengeluarkan yang hidup dari yang mati dan
mengeluarkan yang mati dari yang hidup atau siapakah yang mengatur segala
urusan? Lalu mereka menjawab 'Allah', maka katakanlah (kepada mereka) mengapa
kamu tidak bertaqwa.)h [Yunus: 31]
Antara hak Allah yang lain ialah sifat Allah, perbuatan-Nya serta nama-Nya.
Semuanya adalah khusus bagi Allah dan tidak boleh dibandingkan dengan makhluk.
Maka kita tidak boleh mengatakan Allah mempunyai tangan seperti tangan kita,
Allah melihat sebagaimana penglihatan makhluk ataupun kita menamakan anak
dengan nama Allah. Semua yang di atas adalah kufur dan syirik yang mesti di
jauhi.
Firman Allah yang bermaksud:
h(Tiada sesuatu yang menyerupai dengan-Nya (Allah) dan Dia Maha Mendengar
lagi Maha Melihat.) [Syura: 11]
Syirik yang berlaku dalam penggunaan Kokka dan seumpamanya seperti tangkal,
pendinding, tulang duyong adalah syirik dalam ibadat. Ibadat adalah hak Allah
yang khas baginya.
Mungkin orang yang menggunakan Kokka akan berkata, gSaya tak sembah selain
daripada Allah! Saya sembahyang lima waktu, berpuasa, berzakat dan menunaikan
hajicsemuanya kerana Allah. Bagaimana dengan hanya memakai kayu Kokka kamu
kata saya telah melakukan syirik? Ini tuduhan yang berat!h
Seorang muslim perlu memahami dan mengetahui bahawa skop ibadat tidak hanya
meliputi rukun Islam yang lima sahaja. Bahkan amalan ibadat merangkumi amalan
lisan seperti syahadah dan zikir, amalan zahir seperti rukun Islam yang lain
serta lain-lain amalan anggota seperti tolong menolong dan berpakaian, dan yang
paling hebat dan agung ialah amalan hati. Contoh amalan hati ialah ikhlas,
khusyuf, takut, berharap dan tawakal. Semua ini adalah ibadat yang menjadi hak
Allah secara mutlak dan kita diharamkan menyekutukan Allah padanya.
Di manakah syiriknya?
Secara amnya orang yang memakai tasbih Kokka, cincin Kokka, atau apa-apa
sahaja yang seumpamanya (dengan anggapan bahawa perkara-perkara tersebut
mempunyai keupayaan tertentu: Nota penyunting) telah melakukan syirik dalam
tawakal. Tawakal bermaksud pergantungan kepada Allah dengan melakukan sebab
yang menyampaikan kepada tujuan. Allahlah satu-satunya yang mampu memberi
manfaat dan menolak bencana, bukannya kayu atau tangkal atau sebarang jampi
serapah yang menyalahi syaraf dan sunnah Rasulullah SAW.
Dalam hadith yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Imam Tirmizi Rasullullah
SAW bersabda, maksudnya: (Barangsiapa menggantungkan sesuatu [dengan tujuan
berlindung daripada bencana atau memohon manfaat] maka pergantungannya adalah
pada benda itu). [lihat Sunan Tarmizi (no 2072)]
Dalam hadith yang lain baginda telah bersabda, maksudnya: (Barangsiapa yang
mengenakan tangkal, sesungguhnya ia telah melakukan syirik.). [lihat Musnad
Imam Ahmad (4/154)]
Syirik yang dilakukan oleh pengguna Kokka, tangkal dan seumpamanya ada
beberapa peringkat. Ia bergantung pada sejauh mana pergantungan pemakai
terhadap benda-benda ini.
Peringkat pertama.
Sekiranya dia beriftiqad bahawa benda-benda ini mempunyai kuasa yang mampu
memberi manfaat atau menolak bencana dengan sendirinya maka dia telah
terjerumus ke jurang syirik besar yang membatalkan iman dan syahadah.
Perbuatannya juga telah membatalkan seluruh amalan baik yang telah dilakukan.
Ini kerana ia telah bertawakal pada yang lain selain daripada Allah. Lebih
teruk daripada itu ia bertawakal pada benda yang langsung tidak mampu memberi
manfaat padanya maupun menolak sebarang bencana baik secara logik akal apatah
lagi di sisi syarak yang telah menafikannya dari awal lagi.
Peringkat kedua.
Sekiranya dia beriftiqad bahawa Allah sahajalah yang mampu memberi manfaat
dan menolak bala bencana, namun dia menggunakan benda-benda ini sebagai sebab
atau alat untuk mandatangkan manfaat daripada Allah dan menolak bala
-sebagaimana orang sakit memakan ubat sebagai penyebab untuk sembuh atau
pemburu menggunakan senapang untuk membunuh-, sesungguhnya dia telah
tergelincir ke dalam lembah syirik kecil. Yang demikian kerana dia telah
mereka-reka perkara dalam agama yang tidak diizinkan oleh Allah di samping
mendakwa bahawa Allah menyukai perkara yang ia lakukan. [lihat: Fath al-Majid
(m.s 104)]
Terdapat perbezaan antara Kokka dan seumpamanya dengan ubat dan senapang.
Ubat dan senapang sebab dan akibatnya adalah zahir, sementara Kokka sebab dan
akibatnya tidak zahir. Kalau seseorang berkata, gBawalah senapang ini. Musuh
akan takut.h Kata-katanya diterima akal. Inilah maksud zahir. Lantas ianya
dibenarkan. Namun kalau disebut, gJika anda membawa tasbih ini musuh akan
takut,h orang yang berkata tadi mestilah membawa dalil yang lain bagi
menyokong dakwaannya kerana sebabnya tidak zahir.
Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Imran bin Husoin bahawasanya
Rasulullah SAW terlihat seorang lelaki yang mengenakan kalung dari besi kuning
di tangannya. Lalu baginda bertanya, (Apakah ini?) Lelaki itu menjawab,
gPenangkal Wahinahh [sejenis penyakit pada lengan] Baginda lantas bersabda,
(Tanggalkannya! Sesungguhnya ia takkan menambahkan apa-apa kepada kamu
melainkan kelemahan. Sesungguhnya sekiranya kamu mati dan kamu masih memakainya
nescaya kamu tidak akan selamat selama-lamanya.) Hadith ini diriwayatkan oleh
Imam Ahmad dengan sanad yang hasan. [lihat Musnad Imam Ahmad (4/445)]
Syirik yang kecil tidak bererti dosa yang kecil. Bahkan sebesar-besar dosa
selepas syirik yang besar adalah syirik kecil kerana ia boleh membawa kepada
syirik yang besar.
Kafarah bagi orang yang melakukan syirik yang kecil ialah dengan bertaubat
dengan taubat nasuha. Taubat sahajalah yang mampu menyucikan dosa syirik.
Kendatipun telah melakukan syirik, pelaku syirik yang kecil tidak akan kekal di
dalam neraka. Setelah dosanya dibersihkan dengan azab dan seksa yang maha
pedih, dia akan dikeluarkan dari neraka dan dimasukkan ke syurga.
Berhubung dengan pemakaian kayu Kokka atau seumpamanya dengan tujuan
saja-saja seperti melawa atau seumpamanya, perkara ini mesti ditinggalkan. Ini
kerana ia merupakan perbuatan ahli bid'ah dan kita dilarang dari menyerupai
mereka kerana peniruan gaya hidup menunjukkan keredhaan dan kesukaan kita pada
perkara tersebut. Apatah lagi para pelajar agama dan para Hujaj (Haji dan
Hajah) yang menjadi teladan di tanah air.
Dalam sebuah hadith daripada Ruwaifef bahawasanya Rasulullah SAW telah
bersabda kepadanya, Maksudnya: (Wahai Ruwaifef, engkau mungkin akan hidup
lama. Khabarkanlah kepada sekelian orang bahawasanya barangsiapa yang mengikat
janggutnya atau menggantungkan tali panah pada haiwannya [untuk mengelak 'ain]
atau beristinjaf dengan tahi binatang sesungguhnya Muhammad SAW berlepas diri
daripadanya.). [lihat Musnad Imam Ahmad (4/108-109)]
Sebab larangan mengikat janggut adalah kerana ia perbuatan ahli majusi. Ianya
merupakan simbol serta gaya hidup mereka dan kini ia dipopularkan oleh trend
muzik global seperti hiphop dan alternatif. Rasulullah SAW melarang dari meniru
mereka dan berlepas diri daripada orang yang meniru mereka walaupun ia tidak
memasuki agama majusi .[lihat Fath Majid (m.s 152)]
Contoh yang lain ialah serban. Hukum asal memakai serban adalah harus bahkan
ada yang mengatakan sunnah. Namun jika ia dililit seperti lilitan penganut
agama sikh hukumnya menjadi haram kerana menyamai perkara yang menjadi simbol
mereka begitu juga jika dipakai seperti gaya kumpulan sufi penyembah kubur yang
banyak di India. Ia adalah simbol ahli bid'ah yang tidak harus ditiru walaupun
dengan tujuan saja-saja.
Menurut ulama, tiada suatu bid'ahpun yang dilakukan melainkan suatu sunnah
(yang bertujuan seumpama bid'ah tadi) telah dimatikan.
Tanyakanlah pemakai kayu kokka, adakah dia mengamalkan zikir pagi dan petang
seperti sunnah Nabi SAW sebagai pelindung untuk setiap hari? Adakah dia tahu
doa yang Nabi SAW baca untuk melindungi cucu baginda SAW Hasan dan Husin dari
terkena 'ain dan syaitan ataupun dia menggolekkan butir kokka pada dahi anaknya
sahaja? Adakah dia mengamalkan doa sebelum tidur yang boleh menjauhkannya dari
sihir ataupun dia hanya meletakkan butir Kokka di bawah bantal? Lihatlah sunnah
Nabi SAW yang ditinggalkan akibat bid'ah Kokka!
Untuk bersikap insaf saya akui kemungkinan Kokka mengandungi zat dan khasiat
perubatan (meskipun belum pernah dikemukakan secara klinikal) untuk mengubati
sesetengah penyakit. Mungkin!! Namun pegangan karut seperti penangkal, pelemah
musuh, anak menangis, penghalau hantu dan sihir amatlah tidak dapat diterima.
Akhir kata saya memohon taufik daripada Allah Taala buat kita semua,
moga-moga kita akan selamat dari fitnah dan ujian-Nya.
Ingatlah, tawakal atau pergantungan adalah bentuk ibadat yang sangat hebat
dan tinggi darjatnya. Allah berjanji akan memasukkan hamba-Nya yang benar dalam
tawakalnya kepada Allah ke dalam syurga tanpa perlu dihisab apatah lagi diazab.
Wa Allahu a`lam.
Sumber: www.tranungkite.net dengan sedikit pindaan dan suntingan . Tajuk
asal artikel: Keajaiban Kayu Kokka
---------------------------------
Want to be your own boss? Learn how on Yahoo! Small Business.
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang anda cari mungkin ada di sini
http://www.bukusiber.com
E-mel web base percuma untuk warga Tumpat
http://tumpat.mail.everyone.net/email/scripts/loginuser.pl
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/