Kini konco Tun Mahathir mula serang 'orang kuat' PM Wan
Nordin Wan Yaacob
Tue | Dec 12, 06 | 04:45:22 AM SEREMBAN, 12 Dis (Hrkh) - Pergeseran
dalaman Umno tidak boleh dirahsiakan lagi selepas bekas Perdana Menteri, Tun Dr
Mahathir Mohamad melancarkan serangan kepada Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi sejak awal tahun 2006. Ujian demi ujian dan kritikan
demi kritikan dihadapkan kepada Abdullah dari semasa ke semasa hingga akhirnya
Umno dilihat kian kelabu dengan masalah dalaman yang sukar untukdiatasi
meskipun Perhimpunan Agung Umno yang dikatakan sebagai medan perpaduan ahli
parti sudah berlalu. Umno 'retak menanti belah' 'Retak menanti belah',
inilah ungkapan yang boleh disamakan dengan keadaan dalam Umno hari ini
meskipun Dr Mahathir senyap seketika, namun konco-konconya pula kini menyerang
pentadbiran orang kanan Abdullah. Antaranya serangan peribadi ke atas Menteri
Besar Negeri Sembilan, Dato' Seri Utama Mohamad Hassan oleh Adun Lenggeng,
Dato'Ishak Ismail dalam Sidang Dun Negeri Sembilan minggu lalu. Ishak
adalah tokoh politik yang sangat dikenali di negeri ini yang dikatakan sebagai
penyokong kuat kepada bekas PM kerana pembabitannya dalam program-program
bersama Dr Mahathir yang dijalankan di negeri ini. Malah Ishak juga pernah
secara terbuka menyokong kritikan Dr Mahathir ke atas Abdullah yang dilaporkan
oleh sebuah akhbar online satu masa lalu. Dalam pergeseran ini bukan Khairy
yang jadi topik tetapi pembabitan abang Menteri Besar, Dato' Azman Hassan dalam
urusan pentadbiran kerajaan negeri dan pengagihan kontrak mula menjadi 'peluru'
kepada Ishak untuk membedil orang kuat PM ini (Mohamad Hasan). 'Berbulu'
Harakahdaily difahamkan bahawa Ishak sememangnya 'berbulu' dengan gelagat Azman
yang didakwanya sebagai 'mastermind' dalam pentadbiran kerajaan pimpinan
adiknya yang hanya naik kejawatanMB kerana dikenali sebagai tokoh yang paling
rapat dengan Abdullah. Tidak cukup dengan menghentam Mohamad di dalam dewan,
di luar dewan Ishak terus menerus mengecam dan
mengkritik kepimpinan Mohamad, malah di satu program bersama ahli Umno di Dun
Lenggeng Ishak memperlekeh corak pentadbiran Mohamad yang lemah. Mengulas isu
tersebut Pengarah Pusat Aduan Rakyat Angkatan Muda KeADILan Negeri Sembilan
(AMKNS), Badrul Hisham Shaharin, berkata seluruh rakyat negeri ini sememangnya
tahu soal campur tangan keluarga Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan
negeri. Katanya campur tangan itu khususnya dalam isu pengagihan projek dan
hal pentadbiran yang lain. Tandatangan MB tidak laku? "Perkara ini sudah
menjadi perbualan terbuka ramai orang tahu, bukan orang biasa, orang keADILan
atau PAS yang cakap. Perkara ini diperkata orang Umno. Ramai orang Umno juga
datang mengadu," katanya. Badrul Hisham juga menyifatkan bahawa Mohammad
sebagai MB yang lemah yang terpaksa bergantung kepada Azman untuk mengawal Umno
Negeri Sembilan. Malah beliau terpaksa melantik abangnya sebagai Setiausaha
Umno Negeri Sembilan serta Ahli Majlis dan perbagai
jawatan lagi bagi mengukuhkan kedudukannya di negeri tersebut, katanya lagi.
Salah seorang ahli Umno yang tidak mahu dikenali berkata, apa yang dibangkitkan
Ishak dalam dewan ialah menifestasi protes dalaman Umno. Ramai kontraktor
yang dahulunya kuat menyokong Umno negeri dipinggirkan hanya kerana dilabel
orang kuat bekas Menteri Besar, Tan Sri Isa Samad. "Dahulu semua orang
berlumba nak jumpa MB dapatkan tandatangan sokongan untuk banyak benda tapi
kini dapat sign MB tak membawa makna apaapa jika tidak dapat 'endorsement'
abang MB katanya yang juga salah seorang ketua cawangan Umno di sini. Kecoh
Sidang DUN Negeri Sembilan kecoh dan hangat dengan isu mengenai campur tangan
Azman dalam pentadbiran kerajaan negeri. Isu ini telah mengheret tiga wakil BN
bertikam lidah. Dua wakil rakyat terbabit, Adun Palong, Aziz Samsudin dan
Adun Sungai Lui, Zainal Abidin Ahmad yang menegur Ishak yang didakwa
menimbulkan isu yang boleh mengaibkan orang lain. Ketika
membahaskan Belanjawan 2007, Ishak meminta Mohamad menasihatkan abangnya agar
tidak campur tangan dalam pentadbiran kerajaan negeri dan memberi tekanan
kepada pegawai awam. "Perkara ini (memberi tekanan) berlaku kepada seorang
pegawai kerajaan dalam satu majlis, baru-baru ini," katanya tanpa menyebut nama
abang Menteri Besar, tetapi jelas merujuk kepada abang Menteri Besar yang juga
Setiausaha Umno negeri, Azman Hasan. Kenyataan itu mengundang reaksi daripada
Aziz yang berpendapat Ishak mengaibkan Mohamad. Zainal Abidin juga
menggunakan peluang ketika sesi perbahasan untuk mengingatkan Ishak supaya
mengamalkan budi bahasa dan sopan santun seperti yang disasarkan kerajaan.
"Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi melancarkan kempen berbudi
bahasa dan wajarlah kita semua berusaha mengamalkan budaya itu," katanya.
Seleweng Ishak berkata, beliau tidak berniat mengaibkan sesiapa dan teguran
berhubung isu abang Menteri Besar dibuat untuk kebaikan semua
pihak, kerana terlalu banyak orang mengadu menganai campur tangan keluarga
Menteri Besar dalam pentadbiran kerajaan. Terdahulu sebelum ini AMKNS turut
mendedahkan isu penyelewengan Dana Kemiskinan sejumlah RM4.5 juta yang didakwa
digunakan untuk ubah suai rumah MB Negeri Sembilan. Dakwaan itu dibuat
berasaskan kepada laporan audit tahun 2005 yang dibentang di Parlimen.Begitupun
sehingga kini Mohamad tidak pernah mengeluarkan kenyataan menafikan tuduhan itu
atau mengakuinya. Dapatkan orang kuat PM ini terus mencatur politik negeri
untuk satu penggal pilihan raya lagi, atau Ishak akan terus mencari jalan untuk
menghentam Mohamad dengan kesumat yang berterusan. Begitupun ada yang kecewa
dengan sikap berdiam diri PAS Negeri Sembilan dalam isu ini malah isu yang
membabitkan kerajaan negeri serta penyelewengan Dana Kemiskinan tatkala AMKNS
giat menjalankan penerangan berhubung isu tersebut. Reaksi dari pimpinan
mahupun orang yang sepatutnya tidak pernah timbul
hinggakan ada ahli PAS yang menyatakan bahawa isu ini seakan tidak diketahui
oleh pimpinan PAS Negeri Sembilan untuk diperjuangkan.
---------------------------------
Everyone is raving about the all-new Yahoo! Mail beta.
[Non-text portions of this message have been removed]
Apa yang dicari mungkin ada di sini:
http://www.giantproduct.com
dan
http://www.bukusiber.com
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/
<*> Your email settings:
Individual Email | Traditional
<*> To change settings online go to:
http://groups.yahoo.com/group/Tumpat/join
(Yahoo! ID required)
<*> To change settings via email:
mailto:[EMAIL PROTECTED]
mailto:[EMAIL PROTECTED]
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/