ASM sdr,

minta sdr lebih rasional dan minta sdr lebih menghormati perasaan 
sesama islam....jgn berkata-kata tanpa menggunakan akal yg sihat 
kerana bila akal anda tidak sihat anda hanya berkata-kata berdasarkan 
nafsu yg telah tertipu. 

sila perhatikan semula apa yg sdr tulis itu....bagaimanapun, izinkan 
saya memberi pendapat saya supaya berlaku keadilan disini disebabkan 
pendapat sdr kita yg terlalu cepat melatah-latah tanpa membaca isi 
kandungan buku itu terlebih dahulu.

Adakah kita harus berpegang kepada kata org tidak tahu dan tidak 
pernah membaca buku tersebut sehingga boleh menuduh buku tersebut 
dirujuk dengan Christopher Columbus ? walaupun menyatakan sekadar 
joke, ia dalah satu penghinaan sebenarnya..lebih-lebih lagi tanpa 
usul periksa meletakkan isi kandungan buku tersebut sebagai satu 
tipuan dajjal dan sanggup pula mempergunakan nama nabi di 
situ.....Sdr, saya pelik sekali, sdr tak baca, tapi sdr tuduh begitu 
hebat..Angkara apakah yg telah masuk ke hati sdr sehingga sdr ibarat 
org yg hilang akal seperti itu ?....

Saya telah membaca buku tersebut, berulang kali. Dan kepada yg ingin 
membaca secara online saya harap sdr/sdri boleh ke :

http://forum.cari.com.my/viewthread.php?
tid=142446&page=1&fpage=1&sid=FSSjfF

saya harap sdr/sdri bersikap adillah kepada diri sendiri dengan 
membaca terlebih dahulu buku tersebut tanpa menuduh tanpa usul 
periksa. Kita org terpelajar, buatlah cara terpelajar...

tetapi malangnya sdr ruzaihan bersikap, berfikir seperti org yg tidak 
pernah tahu apa-apa yg dimaksudkan dengan pembangunan islam...kalau 
tidak mahu baca buku tulisan ust ashhari tak mengapa, tapi pergi 
rujuk pada Prof Dr Syukri Salleh (USM), Prof Madya Dr Fauzi Abd Hamid 
(USM), Prof Dr Sidek Baba ( UIA) atau Prof Dr Syed Naquib Al Attas 
(ISTAC), sebelum sdr boleh bercakap tentang pembangunan islam. 
Sekadar menyebut beberapa nama sahaja...

saya pastekan sedikit  petikan dari buku tersebut yg didaapti dari 
kandungan online di atas .

BAB Pengenalan

                       Jangan kita terkeliru dengan istilah
                     Madani atau Hadhari. Walaupun bunyinya
                   hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak
                   membawa apa-apa maksud baru atau maksud-
                        maksud tambahan kepada istilah Islam
                                   yang sebenarnya.

PENDAHULUAN

Semenjak Perdana Menteri menyebut tentang perlaksanaan Islam Hadhari 
sedikit masa dahulu, ramai di kalangan rakyat turut menyebut dan 
mengulangi istilah yang sama. Baik di kalangan para menteri, timbalan-
timbalan menteri, di kalangan wakil-wakil rakyat, pegawai-pegawai 
kerajaan, para ulama, para akademik, pengulas-pengulas di akhbar dan 
tidak ketinggalan rakyat biasa dari berbagai-bagai peringkat 
masyarakat.
Dalam isu-isu yang lain, orang memperkatakan terus pen-dapat mereka 
tentang isu yang menjadi persoalan. Suka tak suka. Pro dan kontra. 
Kesan baik dan kesan tidak baiknya dan berbagai-bagai lagi. Tetapi 
dalam isu Islam Hadhari ini, tidak banyak pendapat seperti itu 
dibincangkan. Tidak ada pendapat pro dan kontra, suka atau tak suka, 
kesan baik atau tidak baiknya. Ini kerana orang belum faham. Orang 
masih tertanya-tanya. Orang masih belum pasti apa sebenarnya Islam 
Hadhari itu. Oleh itu tidak ada sesiapa yang boleh mem-beri pendapat 
atau membuat apa-apa komen.

Kalau ada pun yang memberi reaksi, hanya setakat menyatakan kefahaman 
mereka tentang Islam Hadhari itu. Itu pun kefahaman mereka sahaja, 
tidak ada apa-apa yang pasti. Sebab tidak ada tempat rujuk. Islam 
Hadhari tidak disebut dalam Al Quran dan tidak disebut dalam hadis. 
Ulama-ulama muktabar dahulu pun tidak ada yang menyebutnya. La 
istilah baru atau istilah kontemporari. la hanya disebut oleh 
beberapa ilmuan mutakhir dan kefahaman ini belum meluas dan belum 
diterima umum.
 
TAKRIF

Kita biasa didedahkan kepada istilah Islam Madani yang pernah 
dipopularkan satu ketika dulu. Islam Madani juga adalah istilah 
kontemporari. Tidak ada dalam Al Quran dan tidak ada dalam hadis. 
Namun istilah Madani ini lebih mudah diTahami sebab maksudnya terus 
dan direct. Bila dikatakan Islam Madani, maksudnya Islam yang maju 
lahir batin. Kalaupun orang tidak boleh bayangkan kemajuan batin atau 
rohaninya, sedikit sebanyak orang boleh nampak pembangunan dan 
kemajuan lahirnya seperti kereta mewah, gedung yang besar-besar dan 
sebagainya.

Madani adalah dari perkataan madana yang bermaksud kemajuan. Apabila 
ditambah 'ya' di hujungnya menjadi madani, maka mengikut kaedah 
bahasa Arab, ia menjadi isim nisbah iaitu yang dibangsakan kepada 
kemajuan.

Hadhari adalah dari perkataan hadhara. Kalau hendak diterjemahkan 
dari segi bahasa, maknanya hadhir (hadir). Bila ditambah 'ya' di 
hujungnya menjadi hadhari, maka maksudnya menjadi isim nisbah iaitu 
dibangsakan kepada hadhir.

Kalau maksud madani itu terus atau direct iaitu kemajuan, maksud 
hadhari pula tidak sebegitu direct. Orang tidak dapat kaitkan hadhir 
dengan Islam. Apakah itu Islam yang hadhir? Maksudnya kabur. Oleh itu 
istilah hadhari ini perlu diterjemah, diulas dan dikupaskan lagi.

Terjemahan atau kupasan kepada istilah hodhir ini ialah realiti. Jadi 
Islam Hadhari ialah Islam Realiti. Realiti ialah sebenarnya, yang 
betul-betul Islam, yang tulen dan pure yang hakiki. laitu Islam 
seperti mana yang dibawa oleh Rasulullah SAW dan di zaman para-para 
Sahabat. Islam yang membawa kemajuan rohaniah dan lahiriah.

Bila diulas, dibahas dan dikupas, kita dapati hadhari dan madani itu 
lebih kurang sama maksudnya. Cuma madani senang difahami dan 
maksudnya jelas sedangkan hadhari maksudnya tidak jelas dan ia 
bersifat indirect. Yang berbeza hanya istilahnya sahaja kerana ianya 
dibawa oleh orang yang berlainan. Maksud, hakikat dan tuntutannya 
tetap sama. Islam rtu satu sahaja. laitu seperti yang diajar dan 
dibawa oleh Rasulullah SAW.

Kalau ada Islam yang berbeza dari itu, maka tidak tulenlah Islamnya. 
Islam itu satu, dari Tuhan yang satu, berasaskan Al Quran yang satu 
dan dibawa oleh Rasul yang satu. Oleh itu ia mesti satu pada bila-
bila masa pun. Kecuali dalam hal-hal furuk yang kita dibenarkan 
bermazhab.

Namakanlah Islam itu madani ataupun hadhari ataupun apa-apa istilah 
yang lain, ia tetap Islam seperti yang dibawa oleh Rasulullah SAW, 
kerana kalau dikatakan Islam, tidak ada Islam lain selain daripada 
itu. Kalau berbeza maka ia dengan sendirinya tertolak.

Sebenarnya, kalau disebut Islam sahaja pun sudah cukup. Istilah-
istilah dan slogan-slogan yang lain sebenarnya tidak menambah apa-apa 
kepada istilah Islam. Yang penting umat Islam mesti memahami betul-
betul Islam yang dibawa oleh Rasulullah SAW. Bukan Islam ikut fahaman 
sendiri atau ikut fahaman kelompok-kelompok yang tertentu. Oleh itu 
jangan kita terkeliru dengan istilah Madani atau Hadhari. Walaupun 
bunyinya hebat dan mengkagumkan, ia sebenarnya tidak mernbawa apa-apa 
maksud baru atau maksud-maksud tam-bahan kepada istilah Islam yang 
sebenarnya.

Namun, tidak pula salah untuk menambah istilah lain kepada Islam bagi 
meningkatkan kefahaman terhadap ajaran Islam yang asal itu. Sebab 
kalau umat Islam dilihat cacat, itu bukan bererti Islam mengajar 
umatnya jadi begitu. Itu adalah tanda umat Islam telah tersimpang 
dari ajaran Islam yang sebenar.


JADI SAYA KIRA KALAU KITA IKHLAS TERHADAP DIRI SENDIRI DAN PERPADUAN 
SESAMA ISLAM, MENGAPA PERLU ADA TUDUH MENUDUH?.....

Sesuatu yg baik seperti yg diterangkan oleh Ustaz Ashaari itu adalah 
menepati kehendak kita sebagai seorg islam.








------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
In low income neighborhoods, 84% do not own computers.
At Network for Good, help bridge the Digital Divide!
http://us.click.yahoo.com/hjtSRD/3MnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke