tak tau lah fakta ni datang dari mana....ada kajian ke? rasanya 
dalam hati saudara ni penuh dengan kebencian apa pun kerajaan buat 
tak ada yang elok di pandangan mata...saya boleh cerita apa kerjaan 
BN buat untuk memajukan orang melayu especially ni tapi semua ni off 
record takut jadi 13 mei sekali lagi or saya masuk kamunting....cuba 
fikirkan ...ni interm of education only as i am part of the system...
-tiap kali result upsr keluar kenapa calon di luar bandar ramai dpt 
5A?
-boarding school di bina untuk siapa ya?
- setiap tahun pertambahan pembinaan boarding school?
-sape yang ramai di ipta?
-matrikulasi untuk sapa?
-pelajar terbaik setiap tahun dari bandar ke luar bandar?
-biasiswa yang banyak2 tu untuk sapa? sape yang nama berderet keluar 
paper tak bayar pinjaman mara/ptptn?
-uitm wujud hampir di semua negeri di malaysia utk sape ya? 
bandingkan dgn tar college.

ada lagi list yang off record...dan jgn lupa kaum lain di malaysia 
ni pun buat perkara yang sama utk kaum masing2 sampai ke perkara 
yang sekecil kuman pun....
-saya baru posted statistic tentang kadar kemiskinan nanti boleh 
refer sendiri...
-lastly cubalah bersihkan hati sikit, think positive...action is 
better than word...bising macam anjing menyalak bukit action satu 
apa pun tak ambil buat penat tangan aja tekan keyboard..lagilah 
kalau guna waktu kerja/computer office/inernet office utk melayan 
email ni semua...tak berkat gaji bawa balik rumah...hati jadi panas 
selalu....
-kalau kita orang beriman dan berilmu kat mana kita tercampak pun 
tak kan goyang iman..pokok pangkalnya iman mesti kukuh tak kira sapa 
pun pemerintah..ingat kisah si tukang sikat rambut tuan puteri,  
mashitah dan boss dia si firaun?
-fikirkan apa sumbangan anda untuk agama? bangsa? dan negara?

bukan penyokong BN/PAS jauh sekali


--- In [email protected], Sawayaka Hito wrote:
>
> 'Biar statistik yg bercakap'... Ni statistik nak 'bercakap' pula 
perihal keterbilangan pemerintahan BN setalah menguasai Terengganu 
(sila baca article dari Harakahdaily Online dibwh)...
>    
>   Lepas ni kita saksikan pula 'universiti' yg mcm mana yg bakal 
muncul di Kelantan ('janji manis' pilihanraye).. Nampaknya mulai 
hari ni, kpd rakyat Kelantan yg bercita2 nak jadi pelacur tu tak 
perlu susah payah ke luar daerah/negeri/negara... 
Segala 'kelengkapan/prasarana maksiat' akan tumbuhlah laksana 
cendawan tumbuh slps hujan spt di kebanyakan negeri di Malaysia 
Hadhari ni... Dan kemungkinan besar kes2 aurat (tudung), pertukaran 
jantina, pertukaran aqidah tidak akan kedengaran langsung di dewan2 
kabinet/parlimen sbb semua tu akan jadi isu remeh-temeh.. Isu ketuk-
ketampi, isu mewarnakan rambut (yg dah jadi hukum harus), isu 
filem 'Puteri Gunung Ledang' hebat pulak di'kokok-kokok' dilaung-
laung... Entah b'manalah kamus istilah 'remeh-temeh' yg ditetapkan 
oleh ustaz, ustazah, menteri2 Islam hadhari ni ye... Dan bersedialah 
rakyat Kelantan utk 'menikmati' pula kenaikan kos kehidupan tinggi 
dgn harga barang, harga itu, harga ini yg bakal menjelma tak lama 
lagi.... 
>    
>   Sesungguhnya, bukan 'nasib PAS yg berada dihunjung tanduk' bak 
tulisan Utusan Malaysia hari ni, tapi nasib rakyat Kelantan 
khususnya dan nasib rakyat Malaysia amnya yg semakin berisiko tinggi 
utk ditimpa bala dari Allah s.w.t.... Na'uzubillah..
>    
>    
>           Kadar kemiskinan di Terengganu naik setelah BN perintah
> Monday, December 05 @ 18:50:31 MYT 
> 
> 
> KUALA TERENGGANU, 5 Dis (Hrkh) – Kadar kemiskinan di negeri ini 
meningkat selepas Barisan Nasional (BN) mengambil alih pemerintahan, 
kata Haji Mohd Abdul Wahid Endut (PAS-Wakaf Mempelam). 
> 
> Menurutnya, ini berbeza sewaktu PAS memerintah sebelum ini yang 
berjaya menurunkan kadar kemiskinan daripada 13 peratus yang 
ditinggalkan oleh kerajan BN sebelum itu kepada 10.6 
peratus.   "Sewaktu PAS memerintah dulu, kadar kemiskinan yang Umno 
tinggal dulu 13 peratus, kita berjaya turunkan kepada 10.6 peratus," 
ujarnya semasa mengemukakan soalan tambahan pada Mesyuarat Ketiga 
Penggal Kedua Dun, di sini, hari ini.   Beliau menambah, 
bagaimanapun kadar kemiskinan yang telah berjaya diturunkan sewaktu 
kerajaan PAS memerintah telah meningkat kepada 16 peratus.   Ini, 
katanya berdasarkan kepada kajian Unit Perancangan Ekonomi Jabatan 
Perdana Menteri bahawa kadar kemiskinan di negeri ini meningkat dari 
10.6 peratus kepada 16 peratus dalam Rancangan Malaysia 
Kesembilan.   "Mengapa perkara ini berlaku," soalnya yang juga 
Bendahari Perhubungan PAS negeri.   Pengerusi Jawatankuasa 
Kebajikan, Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Wanita 
negeri, Dato' Rosol Wahid semasa menjawab
>  soalan itu menyalahkan rakyat yang terlalu memilih pekerjaan 
antara puncanya.   "Apa yang berlaku sekarang ialah sikap yang ada 
di kalangan orang-orang kita terutama apabila mereka memilih 
pekerjaan," ujarnya.   Sehubungan itu, katanya kerajaan negeri akan 
membuat kajian bagi mengenal pasti golongan yang betul-betul miskin 
dan termiskin.   Semasa menjawab soalan asal wakil Kemasik, Dato' 
Abu Bakar Ali, beliau berkata terdapat 27,073 orang penduduk di 
negeri ini yang dikategorikan sebagai miskin dan termiskin. - ayu 
> 
> 
>               
> ---------------------------------
> To help you stay safe and secure online, we've developed the all 
new Yahoo! Security Centre.
>









------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~--> 
Join modern day disciples reach the disfigured and poor with hope and healing
http://us.click.yahoo.com/lMct6A/Vp3LAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~-> 

--------------------------------------------------------------------------

All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in 
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved 
otherwise. 

If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily 
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your 
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the 
title "change to daily digest".  
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke