uh huh...hanya kerana "orang" yang bermasalah, keseluruhan konsep hendak 
dihukum???

Jika ramai non-muslim melihat betapa jauh ke belakangnya umat Islam di 
Malaysia, dengan akhlak yang sangat tidak bersopan,  di tambah banyak yang buat 
kes2 bohsia, bohjan, di penjara, pusat serenti et al; berbanding dengan 
Kristian yang majoriti gologan berjaya, berkerjaya, akhlak pula cukup bagus, 
cukup menyenangkan hati (jika hendak diaplikasikan konsep yang sama) maka 
non-muslim ni patut menolak Islam dan menerima agama Kristian??? 

bijak...bijak...

Lily
[EMAIL PROTECTED]

[EMAIL PROTECTED] wrote:                                  Dalam satu siri 
ceramah oleh Us Ali Kutty di Negeri
 Sembilan, beliau merasakan kebimbangan atas serangan
 fahaman Salafi dan Wahabbi yang diketuai oleh Mufti
 Perlis Dr Asri Zainal Abidin yang mula membawa
 perpecahan di kalangan jemaah surau malah hinggakan
 ada suami isteri yang bercerai berai.
 
 Antaranya berlaku di sebuah negeri di mana apabila
 suami balik mengikuti ceramah golongan ini, si suami
 melarang isteri dari membaca qunut ketika solat subuh.
 Si suami menyatakan jatuh talak jika isteri membacanya
 juga. Apabila si isteri berkeras membacanya maka
 robohlah rumahtangga yang dibina sekian laman.
 
 Berlaku lagi satu kisah disebuah negeri apabila imam
 membuat majlis tahlil, maka ada jemaah membantah. Lalu
 jemaah tadi bergaduhlah dengan imam.
 
 Menurut Us Ali fahaman golongan ini membidahkan semua
 amalan yang ada nas dan dalilnya seperti membidahkan
 tahlil, kunut, memulakan majlis dengan Al Fatihah,
 membaca SodokAllahalazim selepas habis membaca Al
 Quran, kunut, wirid lepas sembahyang dan banyak lagi.
 Pada mereka semua yang melakukan bidah ini adalah
 sesat, dan mereka yang sesat ini semua masuk neraka.
 Yang terbaru menangkap orang berkhalwat juga adalah
 bidaah.
 
 Lalu Us Ali Kutty mengambil jalan mudah. Baiklah kalau
 kita setuju semua perkara diatas adalah bidah. Maka
 bidah yang paling besar adalah Jawatan Mufti. Ini
 adalah kerana masa zaman Nabi saw mana ada jawatan
 mufti. Bahkan zaman Khalifah Ar Rasyidin juga tiada
 jawatan Mufti. Lalu mana nas , hadis, ayat Al Quran
 yang menyatakan ada jawatan Mufti ini ? Siapa yang
 mengharuskan jawatan Mufti ini ? Begitu juga dengan
 Sambutan Maal Hijrah yang dibidaahkan oleh golongan
 ini. Kenapa pula terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah
 sedangkan sambutan tersebut adalah bidah ?
 
 Oleh itu Us Ali Kutty menyeru kepada orang ramai
 terutamanya golongan cerdik pandai, para mahasiswa
 agar berhati-hati dengan golongan ini, yang boleh
 merosakkan akidah umat Islam dan memporak perandakan
 rumah tangga dan masyarakat, meningkatkan kes zina dan
 buang bayi dan banyak lagi.  Setiap amalan wirid,
 qunut, tahlil, ada nas dan dalilnya. Tanyalah pada
 mereka yang tahu, jangan membidahkan mengikut nafsu
 dan akal.
 
 KEAMANAN - KESEJAHTERAAN - KEADILAN 
   Blog PAS N.Sembilan http://pasns.blogspot.com
   Laman Web Pemuda PAS N.Sembilan http://www.sriminang.com
   Sumbangan untuk  PAS N.Sembilan melalui Bank Islam No Akaun 50120100 27521.  
“Bank in slip” boleh dihantar ke :Bendahari BPPNS, No 11, Tingkat 1, Bangunan 
PKNNS,Jln Seremban K.Pilah, Ampangan, 70400 Seremban, N.S.
 
 __________________________________________________________
 Have a burning question?  
 Go to www.Answers.yahoo.com and get answers from real people who know.
 
     
                       

 
---------------------------------
Food fight? Enjoy some healthy debate
in the Yahoo! Answers Food & Drink Q&A.

Kirim email ke