polemik akidah dulu ke khilafah dulu dah lama saya dengar.. sama spt ayam dulu 
ke telur dulu..

kalau dikaji realiti Rasulullah SAW berdakwah pun baginda memang berdakwah 
memperbetulkan akidah masykt jahiliah kpd akidah Islam. tapi timbul persoalan 
adakah baginda berdakwah sehingga semua ahli masykt mekah  masuk menganut 
akidah Islam??  Tidak... Ternyata  majoriti msykt quraisy baik pemuka2 mahupun 
rakyat biasa tidak memeluk Islam, termasuklah bapa saudara baginda sendiri. 
Adalah mustahil kalau kita mengambil satu sikap yang tidak ada keabsahan 
praktikalnya krn Sirah pun telah menunjukkan perkara itu tidak akan terjadi.

Ternyata dalam dakwah baginda selain mengajak kpd Islam, baginda juga melakukan 
Thalabun Nusrah iaitu meminta kuasa politik penuh utk menerapkan Islam 
sepenuhnya secara bernegara daripada kabilah2 yg kuat. Realitinya  baginda 
berjaya mendapat  nusrah daripada Aus dan Khazraj di Madinah. Perlu diketahui 
bukan semua msykt Madinah memeluk Islam ketika Rasulullah SAW memerintah Islam. 
Namun begitu mereka tidak menolak utk menerima Rasul dan Islam utk diterapkan 
krn mereka sudah ada pengetahuan ttg Islam, disamping itu para pemuka madinah 
telah pun membaiah baginda walaupun terdapat sekelompok minoriti mrk2 yg tidak 
bersetuju spt kelompok yahudi. Jadi kalaulah kita perlu menunggu semua umat 
Islam betul akidahnya baru diterapkan Khilafah, perkara itu adalah mustahil dan 
tidak praktikal sama sekali.

Realitinya, masalah aqidah yg menimpa umat Islam hari ini kian parah kerana 
hasil daripada penerapan sistem-sistem kufur. sebagai contohnya, kenapa ajaran 
sesat tidak dapat dibendung?? krn org yg mengamalkan ajaran sesat tidak dihukum 
dengan hukum Allah menyebabkan mereka berani meneruskn ajran sesat mrk dan 
setrusnya mendakyahkan kpd org lain. Persoalan selanjutnya kenapa hukum Allah 
tidak diterapkan?? kerana kita mengamalkan sistem pemerintah demokrasi iaitu 
manusia berhak menentukan hukum yg merka mahu sedangkan menentukan hukum hanya 
hak Allah SWT.. maka, disebabkan hal itu mereka mengundi utk menolak hukum 
Allah dan menerima hukum ciptaan merka sendiri. Maka masalah ajaran sesat dan 
murtad tak akan selesai malah kian parah. 
Kenapa anak muda hari ni makin ramai yg murtad dan terjebak dlm gejala sosial?? 
Jwpnnya yg selalu diberikan adalah kurang didikan agama. Memang benar jwapan 
ini.. tapi tanya balik kena tanya balik kenapa kurang didikan agama?? Apa yang 
berlaku pada sistem pendidikan negara?? Sistem pendidikan apa yang kita pakai 
sehingga makin ramai anak muda terjebak dalam murtad dan gejala sosial?? Sistem 
pendidikan Islam ke atau sekular?? ternyata jwapnnya sistem pendidikan sekular 
krn berlaku pemisahan antra subjek P.Islam dan subjek2 lain sehingga mojoriti 
kita termasuk saya sebelum ini tidak tahu yg Islam mengatur permasalahan 
sosial, ekonomi, politik, pendidikan, pemerintahan, sains dan teknologi, 
dasar-dasr luar negara dan sebagainya. Hari ini subjek2 lain yg diajar kpd 
murid2 kita semuanya diadopsi dari barat. Kesannya lahirlah masykt berakidah 
Islam tetapi berjiwa sekular. Maka  bayangkan betapa rapuhnya jiwa anak muda 
kita hari ni. sebab tu bila diseru kpd kekafiran, diserang
 akidah anak muda kita hari ini maka begitu mudahnya mrka tumbang...

jadi kalau  ditanya pada saya persoalan akidah dulu ke khilafah dulu, saya 
jawab kedua-duanya perlu berlaku serentak. kerana itu yang Rasulullah SAW 
lakukan dan baginda adalah uswatun hasanah. 

Bagi permasalahan wujudnya individu2 dari kelompok2 dakwah tertentu yg menghina 
kelompok dakwah lain maka individu2 tersebut perlu dimuhasabah. saya yakin 
penghinaannya itu bersifat individu bukan pandangan rasmi yg kelompok mreka. 
andaikata dia berdegil juga, pedulikan org2 spt ini. jangan biarkan org spt ini 
memecah belahkan umat Islam. kalu mampu tanganilah org spt ini dgn melaporkan 
kpd pemimpin rasmi pertubuhannya.. Ingat kesatuan umat adalah paling utama. 
Namun begitu, harus difahami dengan bijaksana antara muhasabah dgn penghinaan.

Wallahua'lam, saksikanlah Ya Allah, aku sudah menyampaikan.





"nik mohd abduh"@yahoo.com wrote:                                  
assalamualaikumm..kepada saudari yati...berhati2lah dalam memperkatakan sesuatu 
perkara..janganlah diremeh3kan usaha2 para mufti kita..adakah mufti2 kita ada 
seratus tangan untuk semua masalah dalam negara..kalau mufti kita ada 100tgn 
sekalipun,mampukah beliau buat semua perkara berseorangan??..mereka membongkar 
dan kitalah yg mencegah..betul tak???...usaha membongkar masalah dalaman negara 
adalah usaha murni..kita ni yg duk kata kat mufti,apa yg dah kita buat???kalau 
setakat tulis emel tuk hentam usaha murni mufti2 malaysia,baik kita duk di 
rumah banyakkan membaca dan terus bekerja utk islam..ingatlah,ilmu kita ni 
sikit sangat jika nak dibandingkan dengan para mufti...dan usaha mereka lebih 
berani daripada kita nih..duk senyap dan tunggu masa nak bom usaha mufti..
 berkenaan parti2 politik di malaysia..biarkanlah mereka berpolitik..jangan 
dinasabkan kepada parti seluruhnya sekiranya ia bukan pendirian parti 
tersebut..dapat tangkap maksud saya?...kalau ader beberapa individu yg 
memperjuangkan agenda politik semata2,itu bukan manhaj parti islam di malaysia 
ni..kene byk mengkaji dan mengenali manusia..kenalilah mereka2 yang terlibat 
dalam politik tanah air..mereka dah byk beri sumbangan kepada kita..kita je 
yang terlalu byk membantah..kononnya dah banyak usaha dibuat..kononnya ilmu 
kita ni banyak sgt..berlapang dadalah saudari..
 tentang masalah khilafah ni..ketika Rasulullah memulakan dakwah 
baginda..adakah baginda duk sibuk membicarakan soal khilafah????apa yang 
pertama sekali Baginda buat?membersihkan hati2 manusia..akidah2 masyarakat 
zaman jahiliyah..bukan berusaha utk membina sebuah daulah..!!..adakah dengan 
adanya khilafah/daulah segala masalah akan selesai??..pokoknya,mantapkanlah 
iman dahulu..bersihkanlah hati kita ni dulu daripada serangan2 akidah daripada 
golongan yg sesat macam ayah pin atau syiah..setel kan perkara pokok dulu baru 
fikir nak tubuhkan daulah/sistem khilafah..ini duk terhegeh2 mengejar sistem 
khilafah..tapi soal akidah pun tak setel lagi..adakah golongan murtad2 di 
malaysia nih murtad sebab takdenye khilafah atau sebab kurangnya pemahaman 
dalam akidah kita?fikirkanlah...wahyu tidak turun sekaligus kepada nabi 
Muhammad..macam tulah juga dalam pembinaan sistem khilafah..bukan senang nak  
bina khilafah..saudari ingat buat sistem khilafah macam buat kuih raya..?..dan 
bukan
 sistem khilafah utk negara yg kita kejarkan..tetapi khilafah islam dalam diri 
setiap individu muslim yg kita nak bentuk..biar manusia betul2 faham..ada 
sistem khilafah pun,tapi manusia kat bawah tak setel akidah..maka bertambah 
ramailah mereka yang sesat dan murtad..!!
 berkenaan memperjuangkan "kebodohan" masing2,saya amat tidak bersetuju..siapa 
lah kita utk berkata demikian...bagi saya,adalah lebih bodoh kalau kita senyap 
dan tak buat apa2...jangan kerana asyik dan tegar dengan HT kita lupa jasa 
parti2 atau jemaah2 islam lain..setakat saya kenal orang2 HT,KEBANYAKANNYA 
hanya pandai meng"condemn" usaha murni jemaah2 islam di malaysia..kalau betul 
bawa manhaj alquran dan sunnah..ikutlah apa quran kata...jangan kita memandang 
rendah orang lain..kemungkinan mereka lebih baik daripada kita..janganlah kita 
menghina orang..jangan kita memanggil orang dengan gelaran2 yg tidak 
baik..kalau ikut manhaj quran,jgn suka2 hentam orang..
 saudari yati..berlapang dadalah dalam menilai sesuatu perkara..jangan pandai 
berbicara tapi tak pernah berusaha ke arah apa yg dibicarakan..wassalam...

  
---------------------------------
 From: Yati
Reply-To: hidayahnet@yahoogroups.com
To: "Ikhwanul Muslimun" <hidayahnet@yahoogroups.com>
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Luahan rasa - Orang Islam mesti baca
Date: Sun, 4 Mar 2007 18:10:34 -0800 (PST)

      
Terasa sedih betul hari ni. Air mata tak berenti meleleh dari tadi. Dada pulak 
asyik sebak je. Kat tangan ni masih lagi menggenggam SN terbaru keluaran HT 
Malaysia. SN 111 – MENEGAKKAN DAULAH KHILAFAH ADALAH WAJIB.
  
 Terasa kecik sangat diri ni. Lalai, pentingkan diri, tak berguna dan 
macam-macam lagi. Rasa-rasa waktu ni nak pi duk kat tepi jalan nak tarik baju 
semua orang ISLAM yang lalu ajak supaya bersama dan cepat-cepat dapat tegakkan 
semula DAULAH KHILAFAH.
  
 Bila di kesat air mata barulah diri ni nampak jelas realiti yang ada. Oh…..aku 
duk kat Malaysia rupanya. Kan aman kat sini. Yang ada pun cuma parti-parti 
politik periuk nasik. Yang masing-masing pentingkan agenda politik sendiri. Ada 
yang membela BANGSA – YANG SAH-SAH RASULULLAH HARAMKAN dan ada pulak yang 
membela Islam tapi Islam yang dibentuk sendiri supaya boleh masuk dengan 
keadaan sekarang. Yang kalau salah satu dari mana-mana yang berkuasa pun tak 
akan dapat mengembalikan kemuliaan ISLAM tu sendiri. Sebabnya…..remote control 
untuk setiap negara bangsa kat dunia ni ada kat tangan kafir-kafir Amerika, 
Britain dan Yahudi. Jadi kalau berkuasa mana-mana parti pun berani ke sorang 
diri sebatang kara nak tegakkan Islam ikut Quran dan Sunah????Besar mana la 
sangat Malaysia ni. Dah la tu, umat Islam kat dalam ni pun berpuak-puak.
  
 Setiap ahli dari parti-parti ni yang majoritinya orang ‘Islam’, tak 
habis-habis ber’perang’ satu sama lain menegakkan kebodohan sendiri sambil 
diperhatikan oleh kafir-kafir dalam dan luar negara. Maka bertepuk tangan dan 
ketawa bergulung-guling la kafir-kafir ni tengok acara ‘perang’ antara umat 
‘Islam’ ni. Ternyata, jarum assobiyyah yang disuntik telah menjalankan ubatnya 
keseluruh urat saraf umat-umat ni menjadikan mereka pengikut jumud dan jahil 
tegar.
  
 Tak sudah dengan tu, masing-masing berlumba-lumba mengangkat dan menjunjung 
Mufti-mufti kesukaan masing-masing. Maka berlumba-lumbalah para Mufti dengan 
isu-isu hebat semasa, membongkar isu murtad, nak intip orang khalwat dan 
macam-macam lagi. 
  
 Tak ke kita semua sedar bahawa sangat la besarnya tanggungjawab Mufti ni pada 
umat. Keja dia bukannya membongkar masalah-masalah yang wujud tapi mencegah 
dari wujudnya masalah tu. Kalau betul la semua mufti yang ada sekarang ni 
benar-benar menjunjung Islam dan sanggup mati keranaNya, dah lama perkara 
maksiat akan tercegah hukum uqubat Islam terlaksana.
  
 Kita sekarang ni dok sibuk menguis-nguis masalah yang datang yang sebenarnya 
berpunca dari sistem buatan kafir yang rosak. Jadi kita dok tolak masalah yang 
akan datang balik suatu masa nanti sebab ibu sawatnya tak diganti. Kita 
sekarang sedang mengubat penyakit bukan mencegah. Kita dok rawat masalah dengan 
sistem buatan manusia yang ada, bukan mencegah dengan menukar kepada sistem 
yang telah Allah turunkan, SYARIAT ISLAM.
  
 Nak tulis panjang lagi, rasa-rasanya, nanti ramai pulak yang kena serangan 
darah tinggi. Aku sendiri pun nak pi cari siapa yang boleh bawak aku supaya 
cepatnya tertegak KHILAFAH ni supaya aku ada perisai untuk berlindung. Aku 
takut mati lebih-lebih lagi kalau mati sia-sia dalam keadaan jahiliah.
  
 Abdullah bin Umar meriwayatkan, “Aku mendengar Rasullullah mengatakan, 
“Barangsiapa melepaskan tangannya dari ketaatan kepada Allah, nescaya dia akan 
menemui Allah di Hari Kiamat dengan tanpa hujah. Dan barangsiapa mati sedangkan 
di pundaknya tidak ada bai’ah(kepada Khalifah) maka dia mati dalam keadaan mati 
jahilliyah” (HR Muslim).
  

---------------------------------
 Get your own web address.
Have a HUGE year through Yahoo! Small Business. 

  





---------------------------------
Block pop-up ads with MSN Toolbar.   
     
                       

 
---------------------------------
The fish are biting.
 Get more visitors on your site using Yahoo! Search Marketing.

Kirim email ke