- Patut perut kamu yang pecah !
   Takat cirit saja,  tak cukup !!
   
  Tersentak diriku tiba-tiba mendengar komen dari doktor.
   
  - Bayangkan, jika awak balik  hari ni ke rumah, dan dapati isteri kesayangan
   awak diambil orang,  kaki anak kesayangan anda berkecai, terkulai  sedangkan 
 dia tidak bernafas lagi, apa perasaan anda ?
   
  Soalannya  seolah-olah sengaja membuat aku marah. 
  Mukanya tenang, aku tahu keikhlasannya, dia sedang mencubit 
  sensitiviti diri ku.  Dia menyuruhku lebih memahami.
    
   
  Kalaulah  aku tak kenal rapat dengan doktor tersebut, pasti aku dah bangun 
dari 
  kerusi pesakit tadi. Aku sebenarnya datang untuk mengambil ubat disebabkab 
cirit-birit sejak semalam lagi. Perutku memulas sungguh, tadipun aku  terpaksa 
tinggalkan pejabatku di Mara, Shah Alam. 
  Aku pergi ke klinik tu sebab dah biasa dengan doktornya, mudah cerita ! 
Cerita sikit dah dapat rawatan yang sesuai, serasilah kami sekeluarga. 
   
  Selepas namaku dipangil, aku masuk ke bilik doktor, wajahnya seperti biasa,  
ceria !
  Separuh dari sakit perutku dah hilang.  
   
   
   
  - Maaf doktor hari ni perut saya meragam lagi, sejak semalaman saya ke tandas.
   
  - Awak tak demam, dan takda orang lain yang cirit ?  Tanyanya ringkas.
   
  - Tak adaa.,  
   jawab ku ringkas. 
   
  - Tuu laa, semalam.. saya rasa silap saya. 
    Ikut kawan pi Mc Donald. Dah depa belanja saya Coke. Terpaksa perabih, 
    saya minumla sikit-sikit..  rupanya perut saya belum okay.
    Eeemm,  balik saja  ke rumah sejak petang tu, meragam sampai hari ni..
   
  Doktor tadi bersandar kebelakang. Lalu diperbetulkan duduknya. Dia tulis 
sesuatu pada buku catitan pesakit.  Dengan jelas dia berkata,
   
  - Ok ini ubatnya, insyaAllah semuga awak lega dengan segera.
   
  Tapi, ada sesuatu yang tertangguh di wajahnya, 
  seolah-olah sedih, marah atau macam cemburu.. 
  Suspen juga aku,
   
  Macam biasa, aku memang suka berbual, jadi aku mula bertanya soalan biasa 
sebelum bangun dari kerusi pesakit.. 
   
  - Jadi perut saya ni, masih kena pantang ya doktor ?
   
  - Kamu ke Mc Donald, patutnya perut kamu yang pecah ! 
   
  Aku tersetak,
   
  - Hai!  pasai apa doktor ? 
   
  - Ya laa. Kamu pi sumbangkan duit dan sokongan untuk pecahkan perut anak   
saudara dan makcik saya boleh ?
   
  - Aiik ? Mana pula ? tanya saya dengan separuh keliru. 
   
  Perbualan kami walaupun cemas tapi masih lagi mesra
   
  - Awak tahu dak, yang dok terkulai kaki dan jasad di Palestin tu, saudara 
saya,  anak-anak saudara saya tau ?
   Anak -anak awak juga ! 
   Mungkin kamu tak rasa lagi keperitan mereka sehinggalah kamu rasa mereka tu  
kamu sendiri atau saudara kamu sendiri ..
   
  - Yaa betuii, 
  saya tunduk.. paham maksudnya.   
   
  - Kalau satu hari kamu balik rumah, kamu dapati isteri kamu dah diambil oleh 
yahudi zionis dan anak kamu terkulai pecah perutnya, barulah kamu tahu jahatnya 
pembekal dan penyokong dana yahudi tadi. Tiap-tiap hari anak Palestin menunggu 
bila ayah mereka akan dibebaskan, sentiasa takut bila pula rumah mereka akan 
diroboh ?!  Hari ni kita dan anak kita tak rasa apa yang anak-anak Palestin 
sedang rasai. 
   
   -Ya doktor..
   
   -Tentu kita akan benar-benar marah dengan penyerang yang menculik dan  
menceroboh rumah kita, dan lebih kita marah dengan orang yang membantu  
menguatkan kedudukan mereka.... seperti kamu. 
   
  saya tersentak ,
   
   -Kamu dan kawan kamu tadi.
   
   -Saya ikut kawan saja.
   
  jawab saya, masih lagi nak pertahankan diri.
   
  - Orang yang ikut serta juga, menunjukkan sokongan (moral )  kepada usaha dan 
kegiatan pembunuh tersebut. Bagi seseorang yang berilmu atau yang dikenali 
seperti guru atau ulama, lalu atau parking kereta depan Mc Donald (atau 
sepertinya),  pun sudah menjadi aib baginya, kalau dia menyedari kejahatan 
pembunuh tadi.. 
   
  ...kata doktor tadi mengguatkan hujahnya.
   
  Aku benar-benar rasa bersalah, sebab secara langsung aku terlibat dalam usaha 
zionis menjadikan aku penyumbang kepada aktiviti keganasan dan ketidak 
perikemanusiaannya.
   
  Rupanya hati doktor tadi lebih  pedih dan lebih merana dari perutku.
  Hatinya yang sensitif dengan keperitan saudara-saudaranya menjadikan dia 
mampu menasihatiku. 
   
  Aku dapat dua ubat....
   
  Terima kasih doktor
   
   
   
   
   
   

       

Kirim email ke