assalamualaikum wrbth rasa terpanggil bila baca coretan dibawah.... hmm...pada pendapat saya yg tiada nilai ini.. ada banyak hadith yg memaklumkan pada kita bahwa 1. umat islam itu bersaudara.... 2. umat islam itu spt satu badan...contohnya..kalu sakit di gigi akan terasa di tempat lain juga... 3. bukan dikalangan umatku...yg tidak amik peduli akan kesusahan saudaranya ditempat lain.... 4. dan banyak lagi hadith2...menceritakan akan persaudaraan dalam islam... mungkin ada kebenaran yg dibawa oleh saudara ...tetapi satu contoh yg jelas ialah ' kita dituntut untuk menghulurkan sedeqah pada yang susah.... tetapi sekiranya yg susah itu menipu kita .....itu d luar batasan/skop sempadan kita ... yang kita hulurkan sedeqah tadi telah dikira pahala....yg menipu tadi adalah dia dengan allah swt.....kita tidak disoal utk itu.... satu cerite yg menarik , seperti cerita nabi ibrahim bila dibakar dalam api.... burung kecil yg ada disitu pergi mengambil air sedikit utk dituangkan bagi memadamkan api yg besar tersebut....dan sudah tentu api tersebut takkan padam kerana besarnya api tersebut dan kecil nya air diparuh burung itu... tapi katanya.... ' kalu disoal allah nanti ...aku dah buat yg terbaik...itu saja yang terdaya /yg mampu kulakukan...' apa saja yg kita lakukan akan disoal oleh allah swt.... utk selamat didunia dan akhirat....peganglah pada pesan rasul saw... 'KAMU TIDAK AKAN SESAT SELAGI MANA KAMU BERPEGANG KEPADA 2 PERKARA IAITU... KITABULLAH DAN SUNNAHKU.....' may allah swt showers us w His mercy...ameen adi - newcastle.
--- On Thu, 6/11/08, rozaimy [EMAIL PROTECTED] <rozaimy [EMAIL PROTECTED]> wrote: From: rozaimy [EMAIL PROTECTED] <rozaimy [EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Patut Perut Kamu Yang Pecah , Terima Kasih Doktor To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Received: Thursday, 6 November, 2008, 1:49 PM sebenarnya depa sendiri cari masalah, sesama sendiri pun berperang, lepas tu salahkan Yahudi. Yahudi tu cuma ambil kesempatan. Tetapi yg saling berbunuhan adalah kaum mereka sendiri. kalau aku jumpa doktor tu aku sound "Doktor, saja aku makan MCD dan cofee bean, saja aku isi minyak kat shell/esso. Supaya rakyat palestin cepat hapus di dunia ni" doktor tu sure angin..... lepas aku sambung "kami dah tolong dari segi harta benda dan doa, tetapi kaum you macam tak bersyukur aje" doktor tu mungkin, "kami bersyukur bantuan dari semua org Islam" aku jawap "bersyukur apa, dpt duit, beli senjata pi tembak org Islam lain.." hampeh sungguh..... .... 2008/10/31 <muhammadhaleem> - Patut perut kamu yang pecah ! Takat cirit saja, tak cukup !! Tersentak diriku tiba-tiba mendengar komen dari doktor. - Bayangkan, jika awak balik hari ni ke rumah, dan dapati isteri kesayangan awak diambil orang, kaki anak kesayangan anda berkecai, terkulai sedangkan dia tidak bernafas lagi, apa perasaan anda ? Soalannya seolah-olah sengaja membuat aku marah. Mukanya tenang, aku tahu keikhlasannya, dia sedang mencubit sensitiviti diri ku. Dia menyuruhku lebih memahami. Kalaulah aku tak kenal rapat dengan doktor tersebut, pasti aku dah bangun dari kerusi pesakit tadi. Aku sebenarnya datang untuk mengambil ubat disebabkab cirit-birit sejak semalam lagi. Perutku memulas sungguh, tadipun aku terpaksa tinggalkan pejabatku di Mara, Shah Alam. Aku pergi ke klinik tu sebab dah biasa dengan doktornya, mudah cerita ! Cerita sikit dah dapat rawatan yang sesuai, serasilah kami sekeluarga. Selepas namaku dipangil, aku masuk ke bilik doktor, wajahnya seperti biasa, ceria ! Separuh dari sakit perutku dah hilang. - Maaf doktor hari ni perut saya meragam lagi, sejak semalaman saya ke tandas. - Awak tak demam, dan takda orang lain yang cirit ? Tanyanya ringkas. - Tak adaa., jawab ku ringkas. - Tuu laa, semalam.. saya rasa silap saya. Ikut kawan pi Mc Donald. Dah depa belanja saya Coke. Terpaksa perabih, saya minumla sikit-sikit. . rupanya perut saya belum okay. Eeemm, balik saja ke rumah sejak petang tu, meragam sampai hari ni.. Doktor tadi bersandar kebelakang. Lalu diperbetulkan duduknya. Dia tulis sesuatu pada buku catitan pesakit. Dengan jelas dia berkata, - Ok ini ubatnya, insyaAllah semuga awak lega dengan segera. Tapi, ada sesuatu yang tertangguh di wajahnya, seolah-olah sedih, marah atau macam cemburu.. Suspen juga aku, Macam biasa, aku memang suka berbual, jadi aku mula bertanya soalan biasa sebelum bangun dari kerusi pesakit.. - Jadi perut saya ni, masih kena pantang ya doktor ? - Kamu ke Mc Donald, patutnya perut kamu yang pecah ! Aku tersetak, - Hai! pasai apa doktor ? - Ya laa. Kamu pi sumbangkan duit dan sokongan untuk pecahkan perut anak saudara dan makcik saya boleh ? - Aiik ? Mana pula ? tanya saya dengan separuh keliru. Perbualan kami walaupun cemas tapi masih lagi mesra - Awak tahu dak, yang dok terkulai kaki dan jasad di Palestin tu, saudara saya, anak-anak saudara saya tau ? Anak -anak awak juga ! Mungkin kamu tak rasa lagi keperitan mereka sehinggalah kamu rasa mereka tu kamu sendiri atau saudara kamu sendiri .. - Yaa betuii, saya tunduk.. paham maksudnya. - Kalau satu hari kamu balik rumah, kamu dapati isteri kamu dah diambil oleh yahudi zionis dan anak kamu terkulai pecah perutnya, barulah kamu tahu jahatnya pembekal dan penyokong dana yahudi tadi. Tiap-tiap hari anak Palestin menunggu bila ayah mereka akan dibebaskan, sentiasa takut bila pula rumah mereka akan diroboh ?! Hari ni kita dan anak kita tak rasa apa yang anak-anak Palestin sedang rasai. -Ya doktor.. -Tentu kita akan benar-benar marah dengan penyerang yang menculik dan menceroboh rumah kita, dan lebih kita marah dengan orang yang membantu menguatkan kedudukan mereka.... seperti kamu. saya tersentak , -Kamu dan kawan kamu tadi. -Saya ikut kawan saja. jawab saya, masih lagi nak pertahankan diri. - Orang yang ikut serta juga, menunjukkan sokongan (moral ) kepada usaha dan kegiatan pembunuh tersebut. Bagi seseorang yang berilmu atau yang dikenali seperti guru atau ulama, lalu atau parking kereta depan Mc Donald (atau sepertinya), pun sudah menjadi aib baginya, kalau dia menyedari kejahatan pembunuh tadi.. ...kata doktor tadi mengguatkan hujahnya. Aku benar-benar rasa bersalah, sebab secara langsung aku terlibat dalam usaha zionis menjadikan aku penyumbang kepada aktiviti keganasan dan ketidak perikemanusiaannya. Rupanya hati doktor tadi lebih pedih dan lebih merana dari perutku. Hatinya yang sensitif dengan keperitan saudara-saudaranya menjadikan dia mampu menasihatiku. Aku dapat dua ubat.... Terima kasih doktor -- Rozaimy Baharuddin http://www.komputer .com.my Find your perfect match today at the new Yahoo!7 Dating. Get Started http://au.dating.yahoo.com/?cid=53151&pid=1012
