Nampak kedua-dua belah pihak seperti terlalu emosi. Doktor yang kurang 
senang dengan orang yang memakan di Mc Donald kerana menganggap tindakan itu 
sama seperti membantu Yahudi membunuh orang Islam Palestin tidak sepatutnya 
berhujah dengan secara emosi. Adalah lebih baik timbulkan tentang keraguan 
status kehalalan makanan lebih dulu dan barulah menegur sikap ramai orang Islam 
yang masih ke Mc Donald menjamu selera tanpa memikirkan yang ianya juga sebagai 
sumbangan secara tidak langsung kepada kezaliman Yahudi ?? Cukuplah sekadar 
menyatakan dari sumber yang didengari Mc Donald menyumbang kepada gerakan 
Yahudi menghapuskan orang Islam Pelestin. Di pihak saudara yang kurang setuju 
dengan sikap suka berperang sama sendiri rakyat Palestin pun harus juga 
difahami dalam suasana kehilangan sebuah negara dan terus dipermainkan oleh 
masyarakat antarabangsa khusunya kuasa-kuasa besar maka tentulah perpecahan 
akan berlaku dikalangan pemimpin mereka.
 Memang mereka tidak sepatutnya berbunuhan sesama sendiri sekali pun berpecah 
atau bercanggah pendapat dalam usaha memerangi Yahudi yang dilindungi oleh 
kuasa-kuasa besar tapi janganlah pula kerana kebencian kita kepada sikap 
berpuak pejuang-pejuang Palestin kita sanggup pula bertindak membantu sekutu 
kepada Yahudi (walau pun secara indirect).
 
      Keadaan ini samalah seperti dengan apa yang berlaku dalam negara kita. 
"Permusuhan" UMNO dan PAS janganlah sampai membawa kepada kebencian yang 
keterlaluan antara kedua-dua pihak yang mungkin membawa kepada kehancuran 
Islam. Atas dasar itu saya rasa UMNO dan PAS wajar bermuzakarah demi menjamin 
perjuangan kearah mendaulatkan Islam bukan atas dasar kepentingan peribadi atau 
ketaksuban kepada parti. Saya rasa tidak wajar di kalangan pemimpin PAS untuk 
tidak sependapat dalam perkara ini. Biarlah pemimpin UMNO berbeza pendapat 
kerana sisa-sisa perjuangan menegakkan bangsa masih belum mampu "dikuburkan". 
Mungkin ada di kalangan mereka yang mula memahami perjuangan PAS dan 
Islam. Matlamat yang  diperjuangkan ialah menegakkan sistem hidup umat 
Islam berlandaskan al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas bukanlah sesuatu yang 
tidak mungkin dicapai jika ianya menjamin kesejahteraan kepada seluruh rakyat 
tanpa dibatasi warna kulit/ perbezaan
 agama.
 
     Maka di semua negeri yang PAS miliki sedikit kuasa realisasikanlah 
matlamat tersebut sedikit demi sedikit dan "Ketua Agama" setiap negeri juga 
seharusnya memberi kerjasama dan sokongan. Mereka yang bergelar Ketua Agama 
wajar bersyukur kepada Allah dengan "kedudukan" yang diwarisi mereka. 
"Kedudukan" mereka adalah anugerah dariapada Allah swt maka jangan dibiarkan 
mereka diperalatkan oleh pemimpin yang masih pekat memperjuangkan bangsa tapi 
tiada kesungguhan dalam menegakkan agama Allah. Hanya inilah sahaja yang mampu 
menjadi benteng kepada orang Islam di negara kita daripada terjadi seperti 
Palestin suatu hari.  Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal 

--- On Thu, 11/6/08, rozaimy [EMAIL PROTECTED] <rozaimy [EMAIL PROTECTED]> 
wrote:

From: rozaimy [EMAIL PROTECTED] <rozaimy [EMAIL PROTECTED]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Patut Perut Kamu Yang Pecah , Terima 
Kasih Doktor
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Thursday, November 6, 2008, 12:49 AM






sebenarnya depa sendiri cari masalah, sesama sendiri pun berperang, lepas tu 
salahkan Yahudi.
Yahudi tu cuma ambil kesempatan. Tetapi yg saling berbunuhan adalah kaum mereka 
sendiri.

kalau aku jumpa doktor tu aku sound

"Doktor, saja aku makan MCD dan cofee bean, saja aku isi minyak kat shell/esso.
Supaya rakyat palestin cepat hapus di dunia ni"

doktor tu sure angin.....

lepas aku sambung

"kami dah tolong dari segi harta benda dan doa, tetapi kaum you macam tak 
bersyukur aje"


doktor tu mungkin, "kami bersyukur bantuan dari semua org Islam"


aku jawap "bersyukur apa, dpt duit, beli senjata pi tembak org Islam lain.."

hampeh sungguh..... ....


2008/10/31 <muhammadhaleem>







 
- Patut perut kamu yang pecah !
 Takat cirit saja,  tak cukup !!
 
Tersentak diriku tiba-tiba mendengar komen dari doktor.
 
- Bayangkan, jika awak balik  hari ni ke rumah, dan dapati isteri kesayangan
 awak diambil orang,  kaki anak kesayangan anda berkecai, terkulai  sedangkan  
dia tidak bernafas lagi, apa perasaan anda ?
 
Soalannya  seolah-olah sengaja membuat aku marah. 
Mukanya tenang, aku tahu keikhlasannya, dia sedang mencubit
sensitiviti diri ku.  Dia menyuruhku lebih memahami.
  
 
Kalaulah  aku tak kenal rapat dengan doktor tersebut, pasti aku dah bangun dari
kerusi pesakit tadi. Aku sebenarnya datang untuk mengambil ubat disebabkab 
cirit-birit sejak semalam lagi. Perutku memulas sungguh, tadipun aku  terpaksa 
tinggalkan pejabatku di Mara, Shah Alam.
Aku pergi ke klinik tu sebab dah biasa dengan doktornya, mudah cerita ! Cerita 
sikit dah dapat rawatan yang sesuai, serasilah kami sekeluarga.
 
Selepas namaku dipangil, aku masuk ke bilik doktor, wajahnya seperti biasa,  
ceria !
Separuh dari sakit perutku dah hilang.  
 
 
 
- Maaf doktor hari ni perut saya meragam lagi, sejak semalaman saya ke tandas.
 
- Awak tak demam, dan takda orang lain yang cirit ?  Tanyanya ringkas.
 
- Tak adaa.,  
 jawab ku ringkas.
 
- Tuu laa, semalam.. saya rasa silap saya.
  Ikut kawan pi Mc Donald. Dah depa belanja saya Coke. Terpaksa perabih,
  saya minumla sikit-sikit. .  rupanya perut saya belum okay.
  Eeemm,  balik saja  ke rumah sejak petang tu, meragam sampai hari ni..
 
Doktor tadi bersandar kebelakang. Lalu diperbetulkan duduknya. Dia tulis 
sesuatu pada buku catitan pesakit.  Dengan jelas dia berkata,
 
- Ok ini ubatnya, insyaAllah semuga awak lega dengan segera.
 
Tapi, ada sesuatu yang tertangguh di wajahnya,
seolah-olah sedih, marah atau macam cemburu..
Suspen juga aku,
 
Macam biasa, aku memang suka berbual, jadi aku mula bertanya soalan 
biasa sebelum bangun dari kerusi pesakit..
 
- Jadi perut saya ni, masih kena pantang ya doktor ?
 
- Kamu ke Mc Donald, patutnya perut kamu yang pecah !
 
Aku tersetak,
 
- Hai!  pasai apa doktor ?
 
- Ya laa. Kamu pi sumbangkan duit dan sokongan untuk pecahkan perut anak   
saudara dan makcik saya boleh ?
 
- Aiik ? Mana pula ? tanya saya dengan separuh keliru.
 
Perbualan kami walaupun cemas tapi masih lagi mesra
 
- Awak tahu dak, yang dok terkulai kaki dan jasad di Palestin tu, saudara 
saya,  anak-anak saudara saya tau ?
 Anak -anak awak juga !
 Mungkin kamu tak rasa lagi keperitan mereka sehinggalah kamu rasa mereka tu  
kamu sendiri atau saudara kamu sendiri ..
 
- Yaa betuii,
saya tunduk.. paham maksudnya.   
 
- Kalau satu hari kamu balik rumah, kamu dapati isteri kamu dah diambil oleh 
yahudi zionis dan anak kamu terkulai pecah perutnya, barulah kamu tahu jahatnya 
pembekal dan penyokong dana yahudi tadi. Tiap-tiap hari anak Palestin menunggu 
bila ayah mereka akan dibebaskan, sentiasa takut bila pula rumah mereka akan 
diroboh ?!  Hari ni kita dan anak kita tak rasa apa yang anak-anak Palestin 
sedang rasai. 
 
 -Ya doktor..
 
 -Tentu kita akan benar-benar marah dengan penyerang yang menculik dan  
menceroboh rumah kita, dan lebih kita marah dengan orang yang membantu  
menguatkan kedudukan mereka.... seperti kamu.
 
saya tersentak ,
 
 -Kamu dan kawan kamu tadi.
 
 -Saya ikut kawan saja.
 
jawab saya, masih lagi nak pertahankan diri.
 
- Orang yang ikut serta juga, menunjukkan sokongan (moral )  kepada usaha dan 
kegiatan pembunuh tersebut. Bagi seseorang yang berilmu atau yang dikenali 
seperti guru atau ulama, lalu atau parking kereta depan Mc Donald (atau 
sepertinya),  pun sudah menjadi aib baginya, kalau dia menyedari kejahatan 
pembunuh tadi..
 
...kata doktor tadi mengguatkan hujahnya.
 
Aku benar-benar rasa bersalah, sebab secara langsung aku terlibat dalam usaha 
zionis menjadikan aku penyumbang kepada aktiviti keganasan dan ketidak 
perikemanusiaannya.
 
Rupanya hati doktor tadi lebih  pedih dan lebih merana dari perutku.
Hatinya yang sensitif dengan keperitan saudara-saudaranya menjadikan dia mampu 
menasihatiku.
 
Aku dapat dua ubat....
 
Terima kasih doktor
 
 
 
 
 
 



--
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer .com.my















      

Kirim email ke