Daripada Amirul Mukminin Abu Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda: Bahawa sesungguhnya setiap amalan itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu. Hadis ini diriwayat oleh dua orang Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara kitab yang paling sahih (Al-Imam al-Bukhari meriwayatkannya pada bahagian awal kitab sahihnya, juga dalam Kitab Iman dan beberapa tempat lain dalam kitab sahihnya. Al-Imam Muslim meriwayatkannya dalam Kitab al-Imarah Bab (XYZH9[ \9<D]@ 9<P^ : _HE` a9[) hadis nombor 1908). Hadis ini adalah salah satu hadis utama dalam lslam. Pokok perbincangan hadis : 1) Sebab keluar Hadis ini - kisah Hijrah Ummu Qais 2) Kenapa niat penting : untuk bezakan ibadat dengan adat. untuk tentukan qasad amal - adakah untuk Allah atau lainnya. 3) Hukum melafazkan niat(jahr) - bid’ah mungkarah : tidak thabit dalam quran dan sunnah - (asal ibadah haram kecuali berdalil) - fuqaha’ Syafie : sunnat. haram sekiranya dengan jahr niat boleh mengganggu orang lain (solat). 4) Kesan niat baik pada perkara yang harus : dikira sebagai qurbah (hampir dengan Allah), dan diberi pahala baginya. makan minum - niat nak buat ketaatan/ memberi nafkah - (hak anak/isteri) jima’@ bergaul dgn isteri - dikira ibadah (memberi hak). 5) Beberapa Langkah Perkara Harus bertukar menjadi Qurbah: Tidak boleh jadikan gambaran luaran perkara harus sebagai qurbah. Cth- berdiri di bawah panas matahari …..(hadis nazar seorang lelaki) Perkara yang mubah sebagai wasilah kepada ibadah. Mengambil ia sebagai tasyri’ ilahi - yakin bahawa ianya harus/ tidak melampau/ menepati syariat. Menganggap ianya sebagai juz’ie - tak boleh berpanjangan sehingga membinasakan diri - sprt - tak makan - berdosa. Antara pengajaran hadis: Niat adalah teras segala amalan. Amalan baik mesti disertakan niat yang baik. Amalan yang buruk atau amalan yang baik tetapi dijalankan tidak mengikut aturan syara', tidak membawa apa-apa faedah walaupun dilakukan dengan niat yang baik. Demikian juga amalan baik jika diniatkan bukan kerana Allah, seumpama kerana riya', menunjuk-nunjuk atau kerana suatu tujuan duniawi, maka ia tidak memberikan apa-apa faedah. Ulama ada berkata: Boleh jadi suatu amalan kecil menjadi besar kerana niat dan suatu amalan yang besar menjadi kecil kerana niat. Sesuatu amalan dibalas berdasarkan niat pelakunya. Hijrah adalah suatu peristiwa besar dalam lslam di mana umat lslam diperintahkan berhijrah. Sesiapa yang berhijrah kerana Allah dan RasulNya, dia akan dikurniakan pahala besar, sebaliknya jika kerana dunia atau perempuan, maka dia hanya mendapat apa yang diniatkannya. Walaupun hijrah sudah tiada lagi, namun hijrah dengan makna meninggalkan maksiat kepada melakukan taat, ia juga dianggap hijrah yang akan dikurniakan pahala.
________________________________ From: "[EMAIL PROTECTED]" <[EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Sunday, November 9, 2008 5:29:32 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Patut Perut Kamu Yang Pecah , Terima Kasih Doktor Nampak kedua-dua belah pihak seperti terlalu emosi. Doktor yang kurang senang dengan orang yang memakan di Mc Donald kerana menganggap tindakan itu sama seperti membantu Yahudi membunuh orang Islam Palestin tidak sepatutnya berhujah dengan secara emosi. Adalah lebih baik timbulkan tentang keraguan status kehalalan makanan lebih dulu dan barulah menegur sikap ramai orang Islam yang masih ke Mc Donald menjamu selera tanpa memikirkan yang ianya juga sebagai sumbangan secara tidak langsung kepada kezaliman Yahudi ?? Cukuplah sekadar menyatakan dari sumber yang didengari Mc Donald menyumbang kepada gerakan Yahudi menghapuskan orang Islam Pelestin. Di pihak saudara yang kurang setuju dengan sikap suka berperang sama sendiri rakyat Palestin pun harus juga difahami dalam suasana kehilangan sebuah negara dan terus dipermainkan oleh masyarakat antarabangsa khusunya kuasa-kuasa besar maka tentulah perpecahan akan berlaku dikalangan pemimpin mereka. Memang mereka tidak sepatutnya berbunuhan sesama sendiri sekali pun berpecah atau bercanggah pendapat dalam usaha memerangi Yahudi yang dilindungi oleh kuasa-kuasa besar tapi janganlah pula kerana kebencian kita kepada sikap berpuak pejuang-pejuang Palestin kita sanggup pula bertindak membantu sekutu kepada Yahudi (walau pun secara indirect). Keadaan ini samalah seperti dengan apa yang berlaku dalam negara kita. "Permusuhan" UMNO dan PAS janganlah sampai membawa kepada kebencian yang keterlaluan antara kedua-dua pihak yang mungkin membawa kepada kehancuran Islam. Atas dasar itu saya rasa UMNO dan PAS wajar bermuzakarah demi menjamin perjuangan kearah mendaulatkan Islam bukan atas dasar kepentingan peribadi atau ketaksuban kepada parti. Saya rasa tidak wajar di kalangan pemimpin PAS untuk tidak sependapat dalam perkara ini. Biarlah pemimpin UMNO berbeza pendapat kerana sisa-sisa perjuangan menegakkan bangsa masih belum mampu "dikuburkan" . Mungkin ada di kalangan mereka yang mula memahami perjuangan PAS dan Islam. Matlamat yang diperjuangkan ialah menegakkan sistem hidup umat Islam berlandaskan al Quran, Sunnah, Ijmak dan Qiyas bukanlah sesuatu yang tidak mungkin dicapai jika ianya menjamin kesejahteraan kepada seluruh rakyat tanpa dibatasi warna kulit/ perbezaan agama. Maka di semua negeri yang PAS miliki sedikit kuasa realisasikanlah matlamat tersebut sedikit demi sedikit dan "Ketua Agama" setiap negeri juga seharusnya memberi kerjasama dan sokongan. Mereka yang bergelar Ketua Agama wajar bersyukur kepada Allah dengan "kedudukan" yang diwarisi mereka. "Kedudukan" mereka adalah anugerah dariapada Allah swt maka jangan dibiarkan mereka diperalatkan oleh pemimpin yang masih pekat memperjuangkan bangsa tapi tiada kesungguhan dalam menegakkan agama Allah.. Hanya inilah sahaja yang mampu menjadi benteng kepada orang Islam di negara kita daripada terjadi seperti Palestin suatu hari. Wallahua'lam. ibnuAli kota jembal --- On Thu, 11/6/08, rozaimy [EMAIL PROTECTED] com <rozaimy [EMAIL PROTECTED] com> wrote: From: rozaimy [EMAIL PROTECTED] com <rozaimy [EMAIL PROTECTED] com> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Patut Perut Kamu Yang Pecah , Terima Kasih Doktor To: "Ikhwanul Muslimun" <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Date: Thursday, November 6, 2008, 12:49 AM sebenarnya depa sendiri cari masalah, sesama sendiri pun berperang, lepas tu salahkan Yahudi. Yahudi tu cuma ambil kesempatan. Tetapi yg saling berbunuhan adalah kaum mereka sendiri. kalau aku jumpa doktor tu aku sound "Doktor, saja aku makan MCD dan cofee bean, saja aku isi minyak kat shell/esso. Supaya rakyat palestin cepat hapus di dunia ni" doktor tu sure angin..... lepas aku sambung "kami dah tolong dari segi harta benda dan doa, tetapi kaum you macam tak bersyukur aje" doktor tu mungkin, "kami bersyukur bantuan dari semua org Islam" aku jawap "bersyukur apa, dpt duit, beli senjata pi tembak org Islam lain.." hampeh sungguh..... .... 2008/10/31 <muhammadhaleem> - Patut perut kamu yang pecah ! Takat cirit saja, tak cukup !! Tersentak diriku tiba-tiba mendengar komen dari doktor. - Bayangkan, jika awak balik hari ni ke rumah, dan dapati isteri kesayangan awak diambil orang, kaki anak kesayangan anda berkecai, terkulai sedangkan dia tidak bernafas lagi, apa perasaan anda ? Soalannya seolah-olah sengaja membuat aku marah. Mukanya tenang, aku tahu keikhlasannya, dia sedang mencubit sensitiviti diri ku. Dia menyuruhku lebih memahami. Kalaulah aku tak kenal rapat dengan doktor tersebut, pasti aku dah bangun dari kerusi pesakit tadi. Aku sebenarnya datang untuk mengambil ubat disebabkab cirit-birit sejak semalam lagi. Perutku memulas sungguh, tadipun aku terpaksa tinggalkan pejabatku di Mara, Shah Alam. Aku pergi ke klinik tu sebab dah biasa dengan doktornya, mudah cerita ! Cerita sikit dah dapat rawatan yang sesuai, serasilah kami sekeluarga. Selepas namaku dipangil, aku masuk ke bilik doktor, wajahnya seperti biasa, ceria ! Separuh dari sakit perutku dah hilang. - Maaf doktor hari ni perut saya meragam lagi, sejak semalaman saya ke tandas. - Awak tak demam, dan takda orang lain yang cirit ? Tanyanya ringkas. - Tak adaa., jawab ku ringkas. - Tuu laa, semalam.. saya rasa silap saya. Ikut kawan pi Mc Donald. Dah depa belanja saya Coke. Terpaksa perabih, saya minumla sikit-sikit. . rupanya perut saya belum okay. Eeemm, balik saja ke rumah sejak petang tu, meragam sampai hari ni.. Doktor tadi bersandar kebelakang. Lalu diperbetulkan duduknya. Dia tulis sesuatu pada buku catitan pesakit. Dengan jelas dia berkata, - Ok ini ubatnya, insyaAllah semuga awak lega dengan segera. Tapi, ada sesuatu yang tertangguh di wajahnya, seolah-olah sedih, marah atau macam cemburu.. Suspen juga aku, Macam biasa, aku memang suka berbual, jadi aku mula bertanya soalan biasa sebelum bangun dari kerusi pesakit.. - Jadi perut saya ni, masih kena pantang ya doktor ? - Kamu ke Mc Donald, patutnya perut kamu yang pecah ! Aku tersetak, - Hai! pasai apa doktor ? - Ya laa. Kamu pi sumbangkan duit dan sokongan untuk pecahkan perut anak saudara dan makcik saya boleh ? - Aiik ? Mana pula ? tanya saya dengan separuh keliru. Perbualan kami walaupun cemas tapi masih lagi mesra - Awak tahu dak, yang dok terkulai kaki dan jasad di Palestin tu, saudara saya, anak-anak saudara saya tau ? Anak -anak awak juga ! Mungkin kamu tak rasa lagi keperitan mereka sehinggalah kamu rasa mereka tu kamu sendiri atau saudara kamu sendiri .. - Yaa betuii, saya tunduk.. paham maksudnya. - Kalau satu hari kamu balik rumah, kamu dapati isteri kamu dah diambil oleh yahudi zionis dan anak kamu terkulai pecah perutnya, barulah kamu tahu jahatnya pembekal dan penyokong dana yahudi tadi. Tiap-tiap hari anak Palestin menunggu bila ayah mereka akan dibebaskan, sentiasa takut bila pula rumah mereka akan diroboh ?! Hari ni kita dan anak kita tak rasa apa yang anak-anak Palestin sedang rasai. -Ya doktor.. -Tentu kita akan benar-benar marah dengan penyerang yang menculik dan menceroboh rumah kita, dan lebih kita marah dengan orang yang membantu menguatkan kedudukan mereka.... seperti kamu. saya tersentak , -Kamu dan kawan kamu tadi. -Saya ikut kawan saja. jawab saya, masih lagi nak pertahankan diri. - Orang yang ikut serta juga, menunjukkan sokongan (moral ) kepada usaha dan kegiatan pembunuh tersebut. Bagi seseorang yang berilmu atau yang dikenali seperti guru atau ulama, lalu atau parking kereta depan Mc Donald (atau sepertinya), pun sudah menjadi aib baginya, kalau dia menyedari kejahatan pembunuh tadi.. ...kata doktor tadi mengguatkan hujahnya. Aku benar-benar rasa bersalah, sebab secara langsung aku terlibat dalam usaha zionis menjadikan aku penyumbang kepada aktiviti keganasan dan ketidak perikemanusiaannya. Rupanya hati doktor tadi lebih pedih dan lebih merana dari perutku. Hatinya yang sensitif dengan keperitan saudara-saudaranya menjadikan dia mampu menasihatiku. Aku dapat dua ubat.... Terima kasih doktor -- Rozaimy Baharuddin http://www.komputer .com.my Messages in this topic (5) Reply (via web post) | Start a new topic Messages | Links Free download [Internet Explorer/Firefox]: Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] http://hidayahnet.ourtoolbar.com -------------------------------------------------------------------------- **Boycott Israel**Support Palestine** All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise. If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest". -------------------------------------------------------------------------- Affiliates: Islamic_Board - Malaysia - Islamic Events and Notices http://groups.yahoo.com/group/islamic_board/ iPerintis - eGroup untuk Saintis dan Jurutera Muslim http://groups.yahoo.com/group/iperintis/ Hidayahnet Toolbar [no virus, adware, malware etc] http://hidayahnet.ourtoolbar.com Recommended sites: Angkatan Belia Islam Malaysia : http://www.abim.org.my Jamaah Islah Malaysia : http://www.jim.org.my Palestinkini Info : http://www.palestinkini.info Partai Keadilan Sejahtera : http://pk-sejahtera.org Fiqh Siber : http://al-ahkam.net/ The Muslim Brotherhood : http://ikhwanweb.com Hidayahnet website : http://hidayahnet.multiply.com/ MARKETPLACE ________________________________ >From kitchen basics to easy recipes - join the Group from Kraft Foods Change settings via the Web (Yahoo! ID required) Change settings via email: Switch delivery to Daily Digest | Switch format to Traditional Visit Your Group | Yahoo! Groups Terms of Use | Unsubscribe Recent Activity * 30 New MembersVisit Your Group Y! Messenger Want a quick chat? Chat over IM with group members. Find helpful tips for Moderators on the Yahoo! Groups team blog. All-Bran Day 10 Club on Yahoo! Groups Feel better with fiber. . __,_.._,___
