sebenarnya depa sendiri cari masalah, sesama sendiri pun berperang, lepas tu
salahkan Yahudi.
Yahudi tu cuma ambil kesempatan. Tetapi yg saling berbunuhan adalah kaum
mereka sendiri.

kalau aku jumpa doktor tu aku sound

"Doktor, saja aku makan MCD dan cofee bean, saja aku isi minyak kat
shell/esso.
Supaya rakyat palestin cepat hapus di dunia ni"

doktor tu sure angin.....

lepas aku sambung

"kami dah tolong dari segi harta benda dan doa, tetapi kaum you macam tak
bersyukur aje"


doktor tu mungkin, "kami bersyukur bantuan dari semua org Islam"


aku jawap "bersyukur apa, dpt duit, beli senjata pi tembak org Islam lain.."

hampeh sungguh.........

2008/10/31 <muhammadhaleem>

>   **
> *- Patut perut kamu yang pecah !*
> * Takat cirit saja,  tak cukup !!*
> **
> Tersentak diriku tiba-tiba mendengar komen dari doktor.
>
> *- Bayangkan, jika awak balik  hari ni ke rumah, dan dapati isteri
> kesayangan*
> * awak diambil orang,  kaki anak kesayangan anda berkecai, terkulai
> sedangkan  dia tidak bernafas lagi, apa perasaan anda ?*
>
> Soalannya  seolah-olah sengaja membuat aku marah.
> Mukanya tenang, aku tahu keikhlasannya, dia sedang mencubit
> sensitiviti diri ku.  Dia menyuruhku lebih memahami.
>
>
> Kalaulah  aku tak kenal rapat dengan doktor tersebut, pasti aku dah bangun
> dari
> kerusi pesakit tadi. Aku sebenarnya datang untuk mengambil ubat disebabkab
> cirit-birit sejak semalam lagi. Perutku memulas sungguh, tadipun aku
>  terpaksa tinggalkan pejabatku di Mara, Shah Alam.
> Aku pergi ke klinik tu sebab dah biasa dengan doktornya, mudah cerita !
> Cerita sikit dah dapat rawatan yang sesuai, serasilah kami sekeluarga.
>
> Selepas namaku dipangil, aku masuk ke bilik doktor, wajahnya seperti biasa,
>  ceria !
> Separuh dari sakit perutku dah hilang.
>
>
>
> - Maaf doktor hari ni perut saya meragam lagi, sejak semalaman saya ke
> tandas.
>
> *- Awak tak demam, dan takda orang lain yang cirit ?*  Tanyanya ringkas.
>
> - Tak adaa.,
>  jawab ku ringkas.
>
> - Tuu laa, semalam.. saya rasa silap saya.
>   Ikut kawan pi Mc Donald. Dah depa belanja saya Coke. Terpaksa perabih,
>   saya minumla sikit-sikit..  rupanya perut saya belum okay.
>   Eeemm,  balik saja  ke rumah sejak petang tu, meragam sampai hari ni..
>
> Doktor tadi bersandar kebelakang. Lalu diperbetulkan duduknya. Dia tulis
> sesuatu pada buku catitan pesakit.  Dengan jelas dia berkata,
>
> *- Ok ini ubatnya, insyaAllah semuga awak lega dengan segera.*
> **
> Tapi, ada sesuatu yang tertangguh di wajahnya,
> seolah-olah sedih, marah atau macam cemburu..
> Suspen juga aku,
>
> Macam biasa, aku memang suka berbual, jadi aku mula bertanya soalan
> biasa sebelum bangun dari kerusi pesakit..
>
> - Jadi perut saya ni, masih kena pantang ya doktor ?
>
> *- Kamu ke Mc Donald, patutnya perut kamu yang pecah ! *
> **
> Aku tersetak,
>
> - Hai!  pasai apa doktor ?
>
> *- Ya laa. Kamu pi sumbangkan duit dan sokongan untuk pecahkan perut
> anak   saudara dan makcik saya boleh ?*
>
> - Aiik ? Mana pula ? tanya saya dengan separuh keliru.
>
> Perbualan kami walaupun cemas tapi masih lagi mesra
>
> *- Awak tahu dak, yang dok terkulai kaki dan jasad di Palestin tu, saudara
> saya,  anak-anak saudara saya tau ?*
> * Anak -anak awak juga ! *
> * Mungkin kamu tak rasa lagi keperitan mereka sehinggalah kamu rasa mereka
> tu  kamu sendiri atau saudara kamu sendiri ..*
> **
> - Yaa betuii,
> saya tunduk.. paham maksudnya.
>
> *- Kalau satu hari kamu balik rumah, kamu dapati isteri kamu dah diambil
> oleh yahudi zionis dan anak kamu terkulai pecah perutnya, barulah kamu tahu
> jahatnya pembekal dan penyokong dana yahudi tadi. Tiap-tiap hari anak
> Palestin menunggu bila ayah mereka akan dibebaskan, sentiasa takut bila pula
> rumah mereka akan diroboh ?!  Hari ni kita dan anak kita tak rasa apa yang
> anak-anak Palestin sedang rasai. *
> **
>  -Ya doktor..
> **
> * -Tentu kita akan benar-benar marah dengan penyerang yang menculik dan
> menceroboh rumah kita, dan lebih kita marah dengan orang yang membantu
> menguatkan kedudukan mereka.... seperti kamu. *
> **
> saya tersentak ,
>
> * -Kamu dan kawan kamu tadi.*
> **
>  -Saya ikut kawan saja.
>
> jawab saya, masih lagi nak pertahankan diri.
> **
> *- Orang yang ikut serta juga, menunjukkan sokongan (moral )  kepada usaha
> dan kegiatan pembunuh tersebut. Bagi seseorang yang berilmu atau
> yang dikenali seperti guru atau ulama, lalu atau parking kereta depan Mc
> Donald (atau sepertinya),  pun sudah menjadi aib baginya, kalau dia
> menyedari kejahatan pembunuh tadi.. *
> **
> ...kata doktor tadi mengguatkan hujahnya.
> **
> Aku benar-benar rasa bersalah, sebab secara langsung aku terlibat dalam
> usaha zionis menjadikan aku penyumbang kepada aktiviti keganasan dan ketidak
> perikemanusiaannya.
>
> Rupanya hati doktor tadi lebih  pedih dan lebih merana dari perutku.
> Hatinya yang sensitif dengan keperitan saudara-saudaranya menjadikan dia
> mampu menasihatiku.
>
> Aku dapat dua ubat....
>
> Terima kasih doktor
>
>
>
>
>
>
>
>  
>



-- 
Rozaimy Baharuddin
http://www.komputer.com.my

Kirim email ke