Ya, saya juga diberitahu oleh seorang pelajar Malaysia yang menuntut di 
Indonesia bahawa dia (beberapa tahun yang lalu) yang terdesak untuk membiayai 
pelajarannya di temui oleh wakil gereja yang mengatakan jikalau dia masuk 
Kristian semua perbelanjaannya sampai tahap postgraduate akan di biayai, 
termasuk makan minum,tempat tinggal dsb. Dia beritahu saya mujur dia dididik 
oleh ibu bapa yang menanamkan iman dalam dirinya. Jikalau tidak, mungkin dia 
menerima tawaran tersebut ...
 
Moga-moga institusi dan individu Muslim ambil berat akan kesusahan 
pelajar-pelajar Islam di merata dunia supaya perkara begini tidak akan berlaku.

--- On Wed, 12/3/08, [email protected] <[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , 
pusat zakat tak mesra
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, December 3, 2008, 7:17 AM








Pihak gereja dah lama buat kerja macam ini tapi satu perkara yang harus diingat 
ialah mereka sentiasa mahu membantu tanpa syarat - tapai mereka cuba 
menggunakan pendekatan psikologi untuk menunjukkan bahawa agama kristian itu 
lebih prihatin terhadap keperluan manusia. Tapi, malangnya Islam yang juga 
punyai dana untuk membantu mereka yang miskin amat kurang bersedia untuk 
membantu. Itulah sebabnya kita dapati ada orang Isalam yang hidup melarat - 
hanya setelah tersiar dalam TV atau akhbar barulah ada yang nak membantu. 
Kadang2 saya sendiri bertanya apa dah jadi pada baitulmal - tak ada duit ke? 
Duit zakat mana perginya? Mana silapnya? Mana ketua kampung yang sepatutnya 
membantu menguruskan perkara ini. Rumah yang miskin dah sembah bumi pun belum 
ada yang nak bantu. Yang silap ialah sikap manusia yang tak bertanggungjawab - 
mereka diberi tanggungjawab tapi tak tahu nak memenuhi tanggungjawab - 
kelebihan mereka nak buat kajian dan nak ikut peraturan dsb..
 Demikianlah sedikit lembaran yang saya tahu - kadang2 saya tertanya bagaimana 
wang zakat yang saya bayar, dan orang lain bayar, itu digunakan. Walau 
bagaimanapun, saya dapati pihak gereja terlatih dalam ilmu psikologi kaunseling 
(pastoral counseling) dan mereka bijak memanfaatkan ilmu tersebut - lembut dan 
berkesan - lebih bercorak perang saraf. Jadi sdr sekalian jangan heran apa yang 
berlaku - selagi badan berwajib mengenai Islam tidak terurus dengan baik - 
tanpa pengaruh politi - selagi itulah nasib orang yang memerlukan bantuan tidak 
mendapat bantuan. Gereja membantu semua yang memerlukan - termasuk Melayu yang 
beragama Islam. SALAH SIAPA?





From: "Ismail ab. rah...@yahoo. com" <Ismail ab. rah...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Tuesday, November 18, 2008 10:17:11 PM
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , 
pusat zakat tak mesra





Askm. Saya terpanggil untk memberi pandangan dan pengalaman terutama mengenai 
pentadbiran dan pelaksanaan prosedur organisasi Islam di sini. Prosedur dan 
peraturan telah ada, tetapi pelaksaan prosedur dan rancangan tidak terjadi 
seperti digariskan. Mungkin pelaksana tidak faham, atau mungkin malas melaksana 
kerja. Ambil mudah dengan mengenakan peraturan tidak logik menjadikan susah 
pelanggan mendapat khidmat. 
Kadang-kadang pelaksana lupa bahawa melaksanakan tugas merupakan ibadah, kerana 
enggan melaksana tugas dan tanggungjawab merupakan tidak amanah. Lupa bahawa 
apa dosa dan balasan di akhirat kepada tidak amanah dan enggan melaksana tugas!
Pehak gereja saya dapati mereka cuba hindar insan menjadi Muslim. Mereka 
tidak kisah sangat kalau tidak kristian, kerana tidak menjadi ancaman kepada 
mereka. Insaflah bahawa Islam vs lain-lain agama, maknanya Islam satu pehak 
hanya satu lawan dengan berbagai agama di satu pehak lain.Ingatlah Islam sahaja 
Agama yang diredai oleh Allah swt. lain-lain agama adalah kuffar.
Saya suka menyeru kepada badan-badan Islam jalankanlah dakwah melalui bantuan 
kebendaan, keimanan dan pengajaran kepada insan manusia seluruhnya. 
Amin.   





From: "su...@yahoo. com" <su...@yahoo. com>
To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>
Sent: Wednesday, November 12, 2008 9:43:20 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat 
zakat tak mesra



Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah 
termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan 
saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari 
pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu 
dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu. Oleh kerana terdesak untuk 
mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja 
Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan 
meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi. 

Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim 
berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon 
bantuan kesesakan hidup.. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan 
diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan 
pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja 
lebih mudah membantunya tanpa banyak soal. 

Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra 
fuqara - sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu 
diberi pertolongan segera.

Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……

Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen 
Tampin http://sokongpr. blogspot. com/2008/ 11/zakat- bukan-islam. html 



 














      

Kirim email ke