Pihak gereja dah lama buat kerja macam ini tapi satu perkara yang harus diingat ialah mereka sentiasa mahu membantu tanpa syarat - tapai mereka cuba menggunakan pendekatan psikologi untuk menunjukkan bahawa agama kristian itu lebih prihatin terhadap keperluan manusia. Tapi, malangnya Islam yang juga punyai dana untuk membantu mereka yang miskin amat kurang bersedia untuk membantu. Itulah sebabnya kita dapati ada orang Isalam yang hidup melarat - hanya setelah tersiar dalam TV atau akhbar barulah ada yang nak membantu. Kadang2 saya sendiri bertanya apa dah jadi pada baitulmal - tak ada duit ke? Duit zakat mana perginya? Mana silapnya? Mana ketua kampung yang sepatutnya membantu menguruskan perkara ini. Rumah yang miskin dah sembah bumi pun belum ada yang nak bantu. Yang silap ialah sikap manusia yang tak bertanggungjawab - mereka diberi tanggungjawab tapi tak tahu nak memenuhi tanggungjawab - kelebihan mereka nak buat kajian dan nak ikut peraturan dsb. Demikianlah sedikit lembaran yang saya tahu - kadang2 saya tertanya bagaimana wang zakat yang saya bayar, dan orang lain bayar, itu digunakan. Walau bagaimanapun, saya dapati pihak gereja terlatih dalam ilmu psikologi kaunseling (pastoral counseling) dan mereka bijak memanfaatkan ilmu tersebut - lembut dan berkesan - lebih bercorak perang saraf. Jadi sdr sekalian jangan heran apa yang berlaku - selagi badan berwajib mengenai Islam tidak terurus dengan baik - tanpa pengaruh politi - selagi itulah nasib orang yang memerlukan bantuan tidak mendapat bantuan. Gereja membantu semua yang memerlukan - termasuk Melayu yang beragama Islam. SALAH SIAPA?
________________________________ From: "Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]" <Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]> To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]> Sent: Tuesday, November 18, 2008 10:17:11 PM Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra Askm. Saya terpanggil untk memberi pandangan dan pengalaman terutama mengenai pentadbiran dan pelaksanaan prosedur organisasi Islam di sini. Prosedur dan peraturan telah ada, tetapi pelaksaan prosedur dan rancangan tidak terjadi seperti digariskan. Mungkin pelaksana tidak faham, atau mungkin malas melaksana kerja. Ambil mudah dengan mengenakan peraturan tidak logik menjadikan susah pelanggan mendapat khidmat. Kadang-kadang pelaksana lupa bahawa melaksanakan tugas merupakan ibadah, kerana enggan melaksana tugas dan tanggungjawab merupakan tidak amanah. Lupa bahawa apa dosa dan balasan di akhirat kepada tidak amanah dan enggan melaksana tugas! Pehak gereja saya dapati mereka cuba hindar insan menjadi Muslim. Mereka tidak kisah sangat kalau tidak kristian, kerana tidak menjadi ancaman kepada mereka. Insaflah bahawa Islam vs lain-lain agama, maknanya Islam satu pehak hanya satu lawan dengan berbagai agama di satu pehak lain.Ingatlah Islam sahaja Agama yang diredai oleh Allah swt. lain-lain agama adalah kuffar. Saya suka menyeru kepada badan-badan Islam jalankanlah dakwah melalui bantuan kebendaan, keimanan dan pengajaran kepada insan manusia seluruhnya. Amin. ________________________________ From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com> To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Sent: Wednesday, November 12, 2008 9:43:20 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu. Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi. Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup.. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal. Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara - sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera. Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. …… Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr. blogspot. com/2008/ 11/zakat- bukan-islam. html
