Saya tak pernah bekerja dengan kerajaan dan sepanjang pengalaman saya berurusan 
dgn gomen agency tak de yang menyenangkan.  Sebab tu la seboleh2nye saya akan 
elakkan berurusan dengan mereka. Kalau saya letak 1 orang staff saya digomen 
department boleh buat 5 org punya kerja agaknye.




To: [EMAIL PROTECTED]: Date: Tue, 25 Nov 2008 03:07:09 -0800Subject: Re: Help 
Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra







    Perilaku pegawai pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan yang 
bertanggungjawab dalam hal-hal agama Islam dan penganutnya yang tidak 
mencerminkan akhlak Islam telah sekian lama berlaku. Ada orang berkata ianya 
berpunca daripada perlantikan yang dibuat yang memberi taraf  jawatan tetap dan 
? berpencen kepada kakitangan. Maka sukar tindakan diambil keatas mereka yang 
bertugas sambil lewa. Saya ada seorang kawan yang bertugas dengan sebuah agensi 
kerajaan tetapi sekarang telah pun diswastakan yang kurang setuju dengan polisi 
meyambung umur persaraan kakitangan kerajaan  / badan berkanun kepada 58 tahun 
kerana katanya ada segelintir pegawai-pegawai ini yang lebih banyak datang 
untuk menghabiskan masa dibanding dengan tugas yang dilaksanakan. Mereka ini 
tidak memberi contoh yang baik kepada kakitangan yang lebih muda atau yang baru 
menyertai perkhidmatan.   Sikap mereka yang bertugas dengan jabatan-jabatan 
yang berkaitan dengan urusan kebajikan orang Islam yang tidak 
bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab mereka lebih lagilah amat 
dikesali. Antara yang pernah kita dengar ialah mereka yang datang nak memeluk 
agama Islam tetapi menghadapi pelbagai kerenah atau prosedur-prosedur yang 
kadang-kadang lebih mementingkan yang tidak penting dari yang penting.Mungkin 
sikap mereka yang bergerak dalam pelbaai pergerakan NGO jauh lebih baik tapi 
kerana had-had tertentu sesuatu tugas dan tanggungjawab itu memerlukan juga 
mereka berurusan dengan jabatan-jabaan kerajaan samada yang berkaitan dengan 
agama atau pun lain-lain perkhidmatan. Cadangan ? MB Selangor agar Kmeterian 
Pelajaran menubuhkan sekolah-sekolah berpendidikan agama dan akademik adalah 
sesuatu yang baik. Wallahualam.ibnuAlikota jembal--- On Tue, 11/18/08, Ismail 
ab. [EMAIL PROTECTED] <Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]> wrote:
From: Ismail ab. [EMAIL PROTECTED] <Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]>Subject: Re: 
Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak 
mesraTo: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>Date: Tuesday, 
November 18, 2008, 9:17 AM




Askm. Saya terpanggil untk memberi pandangan dan pengalaman terutama mengenai 
pentadbiran dan pelaksanaan prosedur organisasi Islam di sini. Prosedur dan 
peraturan telah ada, tetapi pelaksaan prosedur dan rancangan tidak terjadi 
seperti digariskan. Mungkin pelaksana tidak faham, atau mungkin malas melaksana 
kerja. Ambil mudah dengan mengenakan peraturan tidak logik menjadikan susah 
pelanggan mendapat khidmat.
Kadang-kadang pelaksana lupa bahawa melaksanakan tugas merupakan ibadah, kerana 
enggan melaksana tugas dan tanggungjawab merupakan tidak amanah. Lupa bahawa 
apa dosa dan balasan di akhirat kepada tidak amanah dan enggan melaksana tugas!
Pehak gereja saya dapati mereka cuba hindar insan menjadi Muslim. Mereka tidak 
kisah sangat kalau tidak kristian, kerana tidak menjadi ancaman kepada mereka. 
Insaflah bahawa Islam vs lain-lain agama, maknanya Islam satu pehak hanya satu 
lawan dengan berbagai agama di satu pehak lain.Ingatlah Islam sahaja Agama yang 
diredai oleh Allah swt. lain-lain agama adalah kuffar.
Saya suka menyeru kepada badan-badan Islam jalankanlah dakwah melalui bantuan 
kebendaan, keimanan dan pengajaran kepada insan manusia seluruhnya.
Amin.



From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com>To: Ikhwanul Muslimun 
<[EMAIL PROTECTED] ups.com>Sent: Wednesday, November 12, 2008 9:43:20 
PMSubject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat 
zakat tak mesra

Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah 
termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan 
saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari 
pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu 
dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu. Oleh kerana terdesak untuk 
mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja 
Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan 
meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi. Kelmarin, 
sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa 
dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan 
kesesakan hidup.. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi 
makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat 
zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih 
mudah membantunya tanpa banyak soal. Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat 
kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara - sentiasa bersangka baik dengan 
orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera.Ada banyak lagi 
kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. ……Cerita benar dan yang 
sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr. 
blogspot. com/2008/ 11/zakat- bukan-islam. html





_________________________________________________________________
Join the Fantasy Football club and win cash prizes here!
http://fantasyfootball.malaysia.msn.com

Kirim email ke