Perilaku pegawai pelbagai agensi termasuk agensi kerajaan yang bertanggungjawab dalam hal-hal agama Islam dan penganutnya yang tidak mencerminkan akhlak Islam telah sekian lama berlaku. Ada orang berkata ianya berpunca daripada perlantikan yang dibuat yang memberi taraf jawatan tetap dan ? berpencen kepada kakitangan. Maka sukar tindakan diambil keatas mereka yang bertugas sambil lewa. Saya ada seorang kawan yang bertugas dengan sebuah agensi kerajaan tetapi sekarang telah pun diswastakan yang kurang setuju dengan polisi meyambung umur persaraan kakitangan kerajaan / badan berkanun kepada 58 tahun kerana katanya ada segelintir pegawai-pegawai ini yang lebih banyak datang untuk menghabiskan masa dibanding dengan tugas yang dilaksanakan. Mereka ini tidak memberi contoh yang baik kepada kakitangan yang lebih muda atau yang baru menyertai perkhidmatan.
Sikap mereka yang bertugas dengan jabatan-jabatan yang berkaitan dengan urusan kebajikan orang Islam yang tidak bersungguh-sungguh menjalankan tanggungjawab mereka lebih lagilah amat dikesali. Antara yang pernah kita dengar ialah mereka yang datang nak memeluk agama Islam tetapi menghadapi pelbagai kerenah atau prosedur-prosedur yang kadang-kadang lebih mementingkan yang tidak penting dari yang penting.Mungkin sikap mereka yang bergerak dalam pelbaai pergerakan NGO jauh lebih baik tapi kerana had-had tertentu sesuatu tugas dan tanggungjawab itu memerlukan juga mereka berurusan dengan jabatan-jabaan kerajaan samada yang berkaitan dengan agama atau pun lain-lain perkhidmatan. Cadangan ? MB Selangor agar Kmeterian Pelajaran menubuhkan sekolah-sekolah berpendidikan agama dan akademik adalah sesuatu yang baik. Wallahualam. ibnuAli kota jembal --- On Tue, 11/18/08, Ismail ab. [EMAIL PROTECTED] <Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Ismail ab. [EMAIL PROTECTED] <Ismail ab. [EMAIL PROTECTED]> Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]> Date: Tuesday, November 18, 2008, 9:17 AM Askm. Saya terpanggil untk memberi pandangan dan pengalaman terutama mengenai pentadbiran dan pelaksanaan prosedur organisasi Islam di sini. Prosedur dan peraturan telah ada, tetapi pelaksaan prosedur dan rancangan tidak terjadi seperti digariskan. Mungkin pelaksana tidak faham, atau mungkin malas melaksana kerja. Ambil mudah dengan mengenakan peraturan tidak logik menjadikan susah pelanggan mendapat khidmat. Kadang-kadang pelaksana lupa bahawa melaksanakan tugas merupakan ibadah, kerana enggan melaksana tugas dan tanggungjawab merupakan tidak amanah. Lupa bahawa apa dosa dan balasan di akhirat kepada tidak amanah dan enggan melaksana tugas! Pehak gereja saya dapati mereka cuba hindar insan menjadi Muslim. Mereka tidak kisah sangat kalau tidak kristian, kerana tidak menjadi ancaman kepada mereka. Insaflah bahawa Islam vs lain-lain agama, maknanya Islam satu pehak hanya satu lawan dengan berbagai agama di satu pehak lain.Ingatlah Islam sahaja Agama yang diredai oleh Allah swt. lain-lain agama adalah kuffar. Saya suka menyeru kepada badan-badan Islam jalankanlah dakwah melalui bantuan kebendaan, keimanan dan pengajaran kepada insan manusia seluruhnya. Amin. From: "[EMAIL PROTECTED] com" <[EMAIL PROTECTED] com> To: Ikhwanul Muslimun <[EMAIL PROTECTED] ups.com> Sent: Wednesday, November 12, 2008 9:43:20 PM Subject: Help Palestine [hidayahnet] Melayu minta bantuan dari gereja , pusat zakat tak mesra Saya ada pengalaman sendiri dalam hal gerakan gereja membantu orang yang susah termasuk kepada orang Islam sendiri. Ketika zaman gawat 1998, seorang rakan saya di Singapura kehilangan sumber rezeki dan cuba mendapat bantuan dari pejabat zakat Singapura. Dia kecewa kerana pelbagai prosidur yang perlu dipenuhi untuk mendapat duit beras hari itu. Oleh kerana terdesak untuk mendapat sedikit makanan, beliau berjumpa dengan pihak kebajikan gereja Singapura. Tanpa banyak soal, pihak gereja terus memberi sumbangan wang dan meminta alamat rumahnya untuk dihantar stok makanan tambahan lagi. Kelmarin, sahabat seforex saya, Zuhairi, melaporkan ada seorang insan muslim berjumpa dengan Pusat Khidmat Masyarakat Pas Titiwangsa di Kampong Baru memohon bantuan kesesakan hidup.. Dia mengaku telah lama menginap di kuartes gereja dan diberi makan oleh pihak gereja. Kita pun hairan kenapa dia tak berjumpa dengan pejabat zakat atau masjid meminta pertolongan atau dia lebih yakin pihak gereja lebih mudah membantunya tanpa banyak soal. Yang dapat saya rasakan ialah Pusat Zakat kita tidak dapat membentuk imej mesra fuqara - sentiasa bersangka baik dengan orang yang mengaku susah dan perlu diberi pertolongan segera. Ada banyak lagi kes-kes lain yang tak perlu saya sebutkan di sini. …… Cerita benar dan yang sensasi selanjutnya di Blog Bekas Calon PAS Parlimen Tampin http://sokongpr. blogspot. com/2008/ 11/zakat- bukan-islam. html
