Salam,
Sy ingin saudara-saudari menilai situasi ini.
Seorang lelaki Islam telah berkahwin dengan perempuan bukan Islam (memeluk 
Islam setelah berkahwin) dan dikurniakan seorang anak. Perempuan tersebut bukan 
orang Malaysia (berasal dr Thailand). Mereka berkahwin dan menetap di Thailand. 
Isterinya tidak tau bertutur dalam bahasa Melayu dan bermastautin di negara 
asalnya.  Setelah beberapa tahun berkahwin, lelaki ini meninggal dunia dan 
difahamkan isterinya mungkin telah kembali ke agama asal dan telah berkahwin 
lain (lelaki Inggeris - mungkin beragama Kristian). Permasalahan sekarang 
adalah, keluarga lelaki telah berusaha untuk mengambil anak mereka (lelaki) 
supaya anak itu tetap berada didalam Islam, tetapi dihalang oleh perempuan 
tersebut. Adakah pihak keluarga tetap menanggung dosa kerana terpaksa 
membiarkan ini berlaku? Satu lg apa yg boleh dibuat untuk membawa anak itu 
pulang ke
Malaysia kerana anak itu warganegara Thai. Tolong beri pendapat...


      

Kirim email ke