Ini bukti bahawa org umno suka kepada judi dan sbb itu lah mereka sokong judi...
Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu dan
menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg pun.Namun
Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah nak sentuh pun
rasa tak mahu.wallahualam...





________________________________
From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket
Judi


Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan air mata seorang lelaki
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk
pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya mengaburi
mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian ini untuk
membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa memenangi wang
pertaruhan bernilai RM96,000.


Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.


"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah bandar
untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga Indonesia
berusia lingkungan 40-an.


"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket pertaruhan
nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan berjaya memenangi
hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan akhbar yang
ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.


Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia tidak
boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.


"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 daripada
isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut hadiah.


“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana yang
mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada isteri
saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini," katanya.


Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya sanggup
memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan seperti terpukau,
sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.


Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat malu
dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli yang bergiat
aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.


“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga
lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah
seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak RM3,000.


“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar premis
perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," katanya.


Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya
hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan telah
diubahsuai.


"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan
orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan pujuk
rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan, didakwa
telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.


"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah menjadi
mangsa penipuan sindiket seumpama ini.


"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 untuk
ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak RM130,000,"
katanya.


Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan
yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.


http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp





      

Kirim email ke