Sal am,

Majority orang Melayu dan beragama Islam yang kerap berjudi terdiri dari 
kalangan ahli-ahli UMNO. Itu sebabnya Zulkifly Mohd Saman menyatakan 
sedemikian. Peribahasa Melayu ada menyebut " Seekor kerbau membawa lumpur, 
habis semuanya terpalit" Maka jangan Zaidi berasa gusar sangat dengan kenyatan 
sedemikian.

Jika benar dakwaan.Zaidi yang terdapat beberapa ahli PAS yang turut terlibat 
dengan pembelian nombor ekor, sebaiknya Zaidi kenal pasti mereka dan hulurkan 
borang keahlian UMNO kepada mereka yang terlibat. Beritahu kepada mereka bahawa 
mereka pun tiada bezanya dengan perangai ahli-ahli UMNO, maka sebaiknya mereka 
menjadi ahli UMNO. Jika rezeki mereka baik, mana tahu walau pun tidak menang 
dalam pertaruhan nombor ekor, mereka akan dianugerahkan dengan projek-projek 
yang mungkin bernilai lebih dari hadiah kemenangan hasil dari membeli nombor 
ekor atau apa sahaja anugerah bantuan yang boleh mendatangkan
 hasil lumayan dengan cara mudah dan melimpah ruah.



Demikian juga kepada rakan-rakan sekerja anda yang ahli PAS menyimpan 
gambar-gambar lucah dalam telefon bimbit mereka. Hulurkan juga borang keahlian 
UMNO kepada mereka. Biarlah keahlian PAS berkurangan daripada terikut-ikut 
dengan acuan budaya UMNO.

Itu sebab pada awalnya, Timbalan Menteri Kewangan Awang Adek mengumumkan 
pemberian kelulusan lesen judi bola kepada syarikat Ascort Sport milik Vincent 
Tan. Tetapi oleh kerana desakan dan bantahan dari majoriti lapisan rakyat 
menerusi parti-parti pembangkang, pelbagai pertubuhan NGO dan GRO, maka 
akhirnya PM menarik balek dan membatalkan pemberian lesen berkenaan.

Sekarang ini apabila menamatkan ceramah, jarang sekali penceramah akan 
mengungkapkan  ......Quote, yang baik itu datang dari Allah swt, yang tak baik 
adalah kelemahan saya sendiri..." Unquote

Tetapi ayat itu telah digantikan dengan ayat seperti berikiut

Quote :
....., yang baik
itu datang dari Allah swt, yang buruk itu datangnya dari UMNO dan Barisan 
Nasional...."

Unquote

Ini membuktikan anda telah ketinggalan kerana sudah lama tidak mendengar atau 
menghadiri ceramah.....

Ahli-ahli
 PAS walau di mana-mana cawangan pun mereka, mereka dikehendaki
menghadiri usrah, program-program tarbiyah, muqqayam, kulaih mingguan
dan lain-lain program bagi mengingatkan mereka agar sentiasa berbegang
kepada ajaran Islam yang sebenar-benarnya, agar mreka menjauhkan dari
segala bentuk maksiat dan sentiasa melaksanakan tuntutan ibadah. Maka
bagi ahli-ahli PAS yang seperti didakwa oleh anda itu, sebaiknya anda
sarankan dan pujuk mereka agar menyertai UMNO. Sampaikan mesej ini
kepada mereka yang terlibat.





Sekian dan wassalam




para_jump101



 
 

--- On Wed, 7/14/10, [email protected] 
<[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, July 14, 2010, 6:56 PM







 









      Salam,



Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam
hidup saudara Zulkifli Mohd. Saman yg berjudi maka dichop semua orang UMNO
suka berjudi?

Bagaimana pula dengan pengalaman saya
yang mempunyai rakan-rakan ahli PAS yang selalu membeli nombor ekor?

Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz
yang juga imam di tempat saya, untuk pergi ke sebuah kedai di taman perumahan
di tempat saya secara sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat
sendiri siapa yang selalu masuk ke bilik belakang premis itu?

Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka
terdapat antara jemaah beliau sendiri yang berbuat demikian. Apakah kita
boleh katakan orang-orang PAS memang suka berjudi?



Malah terdapat juga rakan-rakan PAS
di tempat saya bertugas, bercakap berdegar-degar, membangun bersama Islam,
tetapi handphone di penuhi dengan video lucah.



Apakah kita boleh terus chop orang-orang
PAS suka pada perkara-perkara lucah dan kerosakan moral?



Saya tidak pernah chop orang-orang PAS
sebegitu sebab kita sedar ianya pilihan individu itu sendiri.



Tidak kah saudara sedar, yang segala
perbuatan tak baik itu, adalah pilihan individu itu sendiri, bukan pendirian
jemaah atau parti.

Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri
ceramahnya dengan kata-kata " Yang baik itu dari Allah, yang tak baik
itu adalah dari kelemahan saya sendiri".

Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau
partinya.



Ingatlah, nak berparti atau berbeza
pendapat itu baik, kalau ianya membawa kebaikan. Tapi bukan dengan cara
bercakap semberono dan menghina orang lain.



Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat,
kalau tak silap saya ayat 12.



 "Hai orang-orang yang beriman,
jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka
itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan
janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah
seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya

Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang".



Na'uzubillah.











From:      
 Zulkifli.Mohd. sa...@mailin01. retarus.de

To:      
 Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>

Date:      
 07/15/2010 01:11 AM

Subject:    
   Re: Help Palestine
[hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi

Sent by:    
   hidayah...@yahoogro ups.com








 
Ini bukti bahawa org umno suka kepada
judi dan sbb itu lah mereka sokong judi...

Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu
dan menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg
pun.Namun Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah
nak sentuh pun rasa tak mahu.wallahualam. ..





From: "su...@yahoo. com"
<su...@yahoo. com>

To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>

Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM

Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu
tiket Judi



  
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan
air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang
tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya
yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita
UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki
berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.



Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.



"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah
bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga
Indonesia berusia lingkungan 40-an.



"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket
pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan
berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan
akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.



Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa
dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.




"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000
daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut
hadiah.



“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana
yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada
isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini,"
katanya.



Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan
seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.



Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat
malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli
yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.



“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul
tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita,
salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak
RM3,000.



“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar
premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya,"
katanya.



Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya
hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan
telah diubahsuai.



"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja,"
katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan
orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan
pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan,
didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.



"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah
menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini.



"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000
untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak
RM130,000," katanya.



Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan
yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.



http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story7916094. asp


























      

Kirim email ke