Salam, 

Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam hidup saudara Zulkifli Mohd. 
Saman yg berjudi maka dichop semua orang UMNO suka berjudi?
Bagaimana pula dengan pengalaman saya yang mempunyai rakan-rakan ahli PAS 
yang selalu membeli nombor ekor?
Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz yang juga imam di tempat saya, 
untuk pergi ke sebuah kedai di taman perumahan di tempat saya secara 
sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat sendiri siapa yang selalu 
masuk ke bilik belakang premis itu?
Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka terdapat antara jemaah beliau 
sendiri yang berbuat demikian. Apakah kita boleh katakan orang-orang PAS 
memang suka berjudi?

Malah terdapat juga rakan-rakan PAS di tempat saya bertugas, bercakap 
berdegar-degar, membangun bersama Islam, tetapi handphone di penuhi dengan 
video lucah.

Apakah kita boleh terus chop orang-orang PAS suka pada perkara-perkara 
lucah dan kerosakan moral?

Saya tidak pernah chop orang-orang PAS sebegitu sebab kita sedar ianya 
pilihan individu itu sendiri.

Tidak kah saudara sedar, yang segala perbuatan tak baik itu, adalah 
pilihan individu itu sendiri, bukan pendirian jemaah atau parti.
Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri ceramahnya dengan kata-kata " 
Yang baik itu dari Allah, yang tak baik itu adalah dari kelemahan saya 
sendiri".
Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau partinya.

Ingatlah, nak berparti atau berbeza pendapat itu baik, kalau ianya membawa 
kebaikan. Tapi bukan dengan cara bercakap semberono dan menghina orang 
lain.

Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat, kalau tak silap saya ayat 12.

 "Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari prasangka, 
sesungguhnya sebahagian dari prasangka itu adalah dosa dan janganlah kamu 
mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengunjing 
sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging 
saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan 
bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya
Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha Penyayang".

Na'uzubillah.





From:   [email protected]
To:     Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Date:   07/15/2010 01:11 AM
Subject:        Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan 
tertipu tiket Judi
Sent by:        [email protected]



 
Ini bukti bahawa org umno suka kepada judi dan sbb itu lah mereka sokong 
judi...
Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu 
dan menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg 
pun.Namun Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah 
nak sentuh pun rasa tak mahu.wallahualam...


From: "[email protected]" <[email protected]>
To: Ikhwanul Muslimun <[email protected]>
Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi

 
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN ? Linangan air mata seorang lelaki 
warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang tidak mempunyai wang untuk 
pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya yang sakit tenat berjaya 
mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita UMNO Cawangan bahagian 
ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki berkenaan yang didakwa 
memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000. 

Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada 
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam. 

"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah 
bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga 
Indonesia berusia lingkungan 40-an. 

"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket 
pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan 
berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam 
keratan akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam. 

Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa dia 
tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia. 

"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000 
daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut 
hadiah. 

?Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana 
yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan 
kepada isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara 
ini," katanya. 

Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya 
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan 
seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000. 

Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat 
malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli 
yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian. 

?Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul tiga 
lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita, salah 
seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak 
RM3,000. 

?Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar 
premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya," 
katanya. 

Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, 
isterinya hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah 
palsu dan telah diubahsuai. 

"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja," 
katanya. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang 
menasihatkan orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak 
tertipu dengan pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan 
tiket pertaruhan, didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit. 

"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah 
menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini. 

"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000 
untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak 
RM130,000," katanya. 

Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket 
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau 
perempuan yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa. 

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7916094.asp 



Kirim email ke