Sapa juga orang Islam yang terlibat dengan judi atau apa juga maksiat (yang 
telah ditetapkan oleh Islam sebagai dosa besar) maka dia tetap berdosa besar. 
Bukan saja yang berjudi tapi yang jadi tauke judi, yang keluarkan lesen judi, 
yang benarkan premis untuk aktiviti judi semua mereka tetap berdosa besar sama 
seperti riba, arak dan lain-lain yang ditetapkan sebagai dosa besar. Halal dan 
haram ditetapkan keatas orang Islam tanpa kecuali sama ada dia orang PAS ka 
orang UMNO ka orang PKR ka atau apa juga parti mereka selagi mereka mengaku 
beragama Islam maka hukum nya sama saja tetap berdosa besar jika terbabit tak 
kira diperingkat mana pun. Yang menjadi persoalan mengapa lesen judi diluluskan 
dan apabila diluluskan lesen maka aktiviti judi seolah dihalalkan dan kuasa ini 
dimiliki oleh UMNO sebagai parti yang menunjangi BN yang memerintah negara. 
Orang PAS sepatutnya tidak terlibat dengan dosa-dosa besar sekiranya dia 
memahami perjuangan PAS tapi
 sepertimana yang kita selalu dengar akibat kelalaian ada juga kisah di mana 
mereka yang sudah hampir sejengkal memasuki syurga pun ada yang akhirnya masuk 
neraka !! Bukankah ada tentera Islam yang mati di mendan perang tapi Nabi SAW 
dapati si mati itu masuk neraka kerana matinya kerana membunuh diri !!

  Jika tiada peruntukan lesen untuk "halalkan" aktiviti judi maka sebarang 
aktiviti judi adalah haram. Ianya wajib diharamkan bukan saja kerana Islam 
mengharamkan nya tapi kerana ianya merupakan satu penyakit dan boleh 
mengakibatkan pelbagai gejala sosial. Jika wujud sindiket judi maka ia mesti 
dihapuskan. Ianya memang sukar dihapuskan tetapi jangan dibiarkan ianya 
berleluasa.Yang menjadi pertikaian ialah mengapa peruntukan hukum /syariat 
keatas pelaku maksiat berdasarkan Islam diketepikan bahkan dipermainkan ?? 
Mereka yang melakukan dosa sama ada berjudi, minum arak dan pelbagai lagi dosa 
walau sebesar mana pun masih boleh mengharapkan keampunan daripada Allah jika 
mereka benar benar bertaubat. Tapi jika syariat tentang hukuman keatas mereka 
yang melakukan maksiat dipertikai atau dipermainkan bahkan diketepikan dan ada 
pula peruntukan lesen untuk aktiviti maksiat secara terbuka maka dikhuatiri 
ianya antara punca kekufuran. Syirik dan kafir tidak ada
 taubat baginya melainkan mengucap syahadah semula. Bagaimana kalau tak sempat 
?? Wallahua'lam.

--- On Wed, 7/14/10, [email protected] 
<[email protected]> wrote:

From: [email protected] <[email protected]>
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu 
tiket Judi
To: "Ikhwanul Muslimun" <[email protected]>
Date: Wednesday, July 14, 2010, 9:56 PM







 









      Salam,



Apakah kerana seorang dua yg hadir dalam
hidup saudara Zulkifli Mohd. Saman yg berjudi maka dichop semua orang UMNO
suka berjudi?

Bagaimana pula dengan pengalaman saya
yang mempunyai rakan-rakan ahli PAS yang selalu membeli nombor ekor?

Malah pernah saya menyuruh seorang ustaz
yang juga imam di tempat saya, untuk pergi ke sebuah kedai di taman perumahan
di tempat saya secara sembunyi-sembunyi pada hari Sabtu, untuk melihat
sendiri siapa yang selalu masuk ke bilik belakang premis itu?

Beliau sendiri terkejut dan tak menyangka
terdapat antara jemaah beliau sendiri yang berbuat demikian. Apakah kita
boleh katakan orang-orang PAS memang suka berjudi?



Malah terdapat juga rakan-rakan PAS
di tempat saya bertugas, bercakap berdegar-degar, membangun bersama Islam,
tetapi handphone di penuhi dengan video lucah.



Apakah kita boleh terus chop orang-orang
PAS suka pada perkara-perkara lucah dan kerosakan moral?



Saya tidak pernah chop orang-orang PAS
sebegitu sebab kita sedar ianya pilihan individu itu sendiri.



Tidak kah saudara sedar, yang segala
perbuatan tak baik itu, adalah pilihan individu itu sendiri, bukan pendirian
jemaah atau parti.

Malah kebanyakan penceramah akan mengakhiri
ceramahnya dengan kata-kata " Yang baik itu dari Allah, yang tak baik
itu adalah dari kelemahan saya sendiri".

Kenapa tak sebut kelemahan jemaah atau
partinya.



Ingatlah, nak berparti atau berbeza
pendapat itu baik, kalau ianya membawa kebaikan. Tapi bukan dengan cara
bercakap semberono dan menghina orang lain.



Ingatlah salah satu ayat Al-hujuraat,
kalau tak silap saya ayat 12.



 "Hai orang-orang yang beriman,
jauhilah kebanyakan dari prasangka, sesungguhnya sebahagian dari prasangka
itu adalah dosa dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan
janganlah sebahagian kamu mengunjing sebahagian yang lain. Sukakah salah
seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka
tentulah kamu merasa jijik kepadanya, dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya

Allah Maha Penerima Taubat lagi Maha
Penyayang".



Na'uzubillah.











From:      
 Zulkifli.Mohd. sa...@mailin01. retarus.de

To:      
 Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>

Date:      
 07/15/2010 01:11 AM

Subject:    
   Re: Help Palestine
[hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu tiket Judi

Sent by:    
   hidayah...@yahoogro ups.com








 
Ini bukti bahawa org umno suka kepada
judi dan sbb itu lah mereka sokong judi...

Pernah berlaku kepada saya yg mana ade kawan yg menang judi puluhan Ribu
dan menaburkan wang tersebut dihadapan saya dgn tidak ade org lain seorg
pun.Namun Allah takdirkan saya rasa amat terhina dgn wang tersebut malah
nak sentuh pun rasa tak mahu.wallahualam. ..





From: "su...@yahoo. com"
<su...@yahoo. com>

To: Ikhwanul Muslimun <hidayah...@yahoogro ups.com>

Sent: Wed, July 7, 2010 5:19:38 PM

Subject: Help Palestine [hidayahnet] Ketua Wanita UMNO Cawangan tertipu
tiket Judi



  
Sinar Harian 7 Julai 2010 . TAMPIN – Linangan
air mata seorang lelaki warganegara Indonesia dan 'kisah sedihnya' yang
tidak mempunyai wang untuk pulang ke negara asal untuk menjenguk ibunya
yang sakit tenat berjaya mengaburi mata hati seorang Ketua Pergerakan Wanita
UMNO Cawangan bahagian ini untuk membeli tiket nombor ekor, milik lelaki
berkenaan yang didakwa memenangi wang pertaruhan bernilai RM96,000.



Suami mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Abang Din berkata kepada
pemberita, kejadian itu berlaku jam 2 petang semalam.



"Ketika itu, isteri berjalan kaki di kaki lima deretan kedai di tengah
bandar untuk ke Pejabat UMNO dan kemudiannya dia didatangi lelaki warga
Indonesia berusia lingkungan 40-an.



"Lelaki terbabit kelihatan amat sedih dan menunjukkan sekeping tiket
pertaruhan nombor ekor dibeli kepada isteri dengan pertaruhan RM32 dan
berjaya memenangi hadiah wang tunai RM96,000 seperti dipaparkan dalam keratan
akhbar yang ditunjukkannya," katanya kepada pemberita, semalam.



Menurutnya, lelaki Indonesia itu memaklumkan kepada isteri saya bahawa
dia tidak boleh menuntut hadiah berkenaan kerana bukan warganegara Malaysia.




"Malah dia tidak segan silu merayu meminta bantuan sebanyak RM10,000
daripada isteri saya dan menyerahkan tiket dimenangi itu untuk menuntut
hadiah.



“Dia tidak putus-putus merayu isteri saya supaya memberikan sebanyak mana
yang mampu. Katanya, wang selebihnya (menang pertaruhan) disedekahkan kepada
isteri saya dan akan menghubunginya sebaik kembali semula ke negara ini,"
katanya.



Abang Din berkata, termakan dengan pujuk rayu lelaki terbabit, isterinya
sanggup memberikan barangan kemas dan buku simpanan bank dalam keadaan
seperti terpukau, sekali gus menyebabkan kerugian hampir RM10,000.



Bagaimanapun menurutnya, isterinya tidak membuat laporan polis kerana amat
malu dengan kejadian itu, selain merasakan tidak sewajarnya sebagai ahli
yang bergiat aktif dalam politik tertipu dengan sindiket perjudian.



“Apa yang lebih meyakinkan isteri saya adalah ketika kejadian, muncul
tiga lelaki bertanyakan apa yang berlaku. Sebaik sahaja mendengar cerita,
salah seorang daripada tiga lelaki ini bersetuju memberi bantuan sebanyak
RM3,000.



“Malah lelaki terbabit akan mengikut isteri saya untuk menunggu di luar
premis perjudian untuk mengambil wangnya semula daripada isteri saya,"
katanya.



Setibanya di kaunter premis pertaruhan berkenaan, Abang Din berkata, isterinya
hampir pengsan apabila dimaklumkan tiket diberikan itu adalah palsu dan
telah diubahsuai.



"Semua lelaki yang menawarkan bantuan kepadanya lesap begitu sahaja,"
katanya.



Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Suprintendan Wooi Kooi Cheang menasihatkan
orang ramai terutama umat Islam di daerah ini supaya tidak tertipu dengan
pujuk rayu sindiket yang meminta pertolongan menukarkan tiket pertaruhan,
didakwa telah memenangi hadiah puluhan ribu ringgit.



"Berdasarkan rekod dua tahun lalu, sepasang suami isteri juga telah
menjadi mangsa penipuan sindiket seumpama ini.



"Mereka sanggup mengeluarkan wang simpanan Tabung Haji melebihi RM30,000
untuk ditukar dengan tiket yang kononnya memenangi hadiah pertama sebanyak
RM130,000," katanya.



Justeru, menurutnya, orang ramai diminta berhati-hati berikutan sindiket
berkenaan bergerak terlalu licik dengan menyasarkan warga emas atau perempuan
yang sarat memakai barang kemas sebagai mangsa.



http://www.sinarhar ian.com.my/ mns/content/ story7916094. asp


























      

Kirim email ke