*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
  Undilah PAS : MENENTANG KEZALIMAN & MENEGAKKAN KEADILAN
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Perkara ini Dr. M sendiri-lah yang kena jawab Pr. Abdurrahman menyatakan
bahawa Dr.M yang meminta kepadanya untuk membantu menjalinkan hubungan
dengan Israel.
Kenapa Dr.M sendiri tak jawab?
Tentang isu ini, ianya adalah antara tiga jawapan: Gus Dur yang berbohong,
atau FEER yang memalsukan kenyataan Gus Dur, atau Dr.M yang berbohong. Kalau
Gus Dur tetap mempertahankan kenyataan beliau, maka kemungkinannya hanya
antara 2.
Malaysia bantah dakwaan Gus Dur
KUALA LUMPUR 7 Dis. - Malaysia mengemukakan bantahan keras terhadap Presiden
Indonesia, Abdurrahman Wahid yang dilaporkan mendakwa negara ini meminta
bantuannya untuk menjalinkan 'hubungan lebih erat' dengan Israel. 
Menteri Luar, Datuk Seri Syed Hamid Albar berkata, majalah antarabangsa, Far
Eastern Economic Review (FEER), terbitan 9 Disember memetik Abdurrahman
sebagai berkata, Malaysia meminta Indonesia untuk menjadi orang tengah dalam
usaha menjalinkan hubungan dengan Israel. 
Dalam keluaran itu, FEER melaporkan Abdurrahman telah memberitahu wartawan
yang turut sama mengikuti lawatannya ke Timur Tengah bahawa Perdana Menteri
Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad memintanya membantu menjalinkan hubungan
lebih erat dengan Israel. 
''Kerajaan Malaysia menafikan bahawa Dr. Mahathir pernah meminta sebarang
bantuan daripada Presiden Abdurrahman dan kita memandang dakwaan itu sebagai
sangat serius. 
''Malah, isu Malaysia hendak menjalinkan hubungan dengan Israel tidak pernah
ditimbulkan dalam pertemuan kedua-dua pemimpin semasa lawatan Abdurrahman ke
Malaysia pada 6 dan 7 November lalu. 
''Malaysia membantah sekeras-kerasnya kenyataan Presiden Indonesia itu
sebagai tidak berasas. 
''Secara ringkasnya, tidak ada kebenaran dalam kenyataan Presiden
Abdurrahman itu dan beliau sepatutnya lebih sensitif dalam menjaga hubungan
dua hala,'' katanya pada sidang akhbar mengejut di Wisma Putra di sini hari
ini. 
Dalam laporan FEER itu lagi, Abdurrahman dipetik sebagai berkata, ''Mereka
(Malaysia) tahu kita adalah sahabat kepada Israel''. 
FEER melaporkan, Malaysia dan Indonesia yang majoriti rakyatnya beragama
Islam, tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi Abdurrahman
berkata, beliau berminat untuk mengadakan hubungan komersial dengan negara
Yahudi itu. 
Sebelum ini, Presiden Indonesia yang mengalami masalah penglihatan itu
pernah menyinggung pemimpin negara ini apabila menyindir susah baginya
menemui menteri-menteri Malaysia kerana mereka suka bermain golf. 
Sindiran Gus Dur itu dibuat sebaik saja beliau pulang ke negaranya setelah
melakukan pertemuan dengan Dr. Mahathir. Kunjungan pertamanya ke Kuala
Lumpur ketika itu adalah selang dua hari sebelum Pertandingan Golf Dunia
diadakan di Mines Golf Resort, Sri Kembangan dekat sini. 
Mengulas lanjut tuduhan Gus Dur itu, Syed Hamid berkata, kerajaan telah
memanggil Kuasa Usaha Atase Kedutaan Indonesia, Drs. Warmars Hassan Saputra
untuk menyampaikan rasa kekesalan yang amat sangat kerajaan Malaysia
berhubung perkara itu. 
Selain itu, kata beliau, Duta Malaysia di Jakarta juga telah diarahkan
menemui Menteri Luar Indonesia bagi menyampaikan bantahan kerajaan tersebut.

''Saya ingin mengulangi pendirian Malaysia terhadap Israel tidak pernah
berubah dan persoalan mengenai campur tangan pihak ketiga tidak pernah
timbul. 
''Malaysia tidak akan mengadakan hubungan diplomatik atau tidak rasmi dengan
Israel sehinggalah penyelesaian menyeluruh dicapai dalam masalah Timur
Tengah,'' ujarnya. 
Menjawab soalan pemberita mengenai keceluparan Abdurrahman itu Syed Hamid
berkata, beliau tidak akan membuat penilaian mengenai perwatakan pemimpin
sebuah negara. 
''Beliau ada hak untuk berkata apa-apa yang dirasakan betul tetapi apabila
menyentuh negara lain, seorang pemimpin itu haruslah mempunyai sensitiviti
yang tinggi, apatah lagi terhadap negara-negara jiran tetangganya,''
katanya. 
Oleh: JOHARDY IBRAHIM


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: "Haslim, Hassan" <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke