*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maka bersuara jugalah Abdul Rahman
<[EMAIL PROTECTED]> dgn menggunakan hujah
basinya spt berikut:
> Tidakkah Rasul SAW berkata sendiri " WA KULLU
> BIDAATIN DHALALAH..." .
>
> KULLU di sini bererti SEMUA. Ertinya kenyataan
> saudara di atas BERCANGGAH
> dengan HADEETH NABI SAW.
>
> Juga saudara perlu mengetahui terlebih dahulu apa
> yang dimaksudkan dengan AL
> BIDAAH.
> Sebenarnyta sampai hari ni, Prof Nurani GAGAL
> mempertahankan hujjahnya dengan Al
> Quran dan Sunnah dan juga dengan hujjah dari ulama2
> yang muktabar.
>
> Ertinya saudara Prof Nurani hanya bercakap diatas
> landasan yang kosong.
Kenyataan saya:
Pandailah kamu Rahman. Mengapa Prof Nurani dikatakan
gagal menggunakan hujjah al-Quran dan Sunnah? Adakah
sebaliknya rakan anda Ibnu Muhajir yg telah
menggunakan bahasa-bahasa pusing-terbalik itu
dikatakan telah menggunakan hujah Quran dan sunnah? Di
mana mentaliti kamu ...
Apakah hukum org awam yg masih jahil spt saya, kamu
dan Ibnu Muhajir menggunakan dalil direct dari
al-Quran dan hadis? Adakah anda lupa bahawa golongan
GAH muncul kerana cuba mentafsirkan al-Quran mengikut
kepala-otak mereka sedangkan mereka tidak mempunyai
kemampuan utk berbuat demikian. Sebab itu ciri-ciri
GAH itu wujud di dlm diri anda yg cuba mentafsirkan
Quran dan hadis mengikut kepala-otak sendiri tanpa
mengguna pakai tafsiran ulama' muktabar silam.
"Setiap bid'ah itu sesat". Itu tafsiran kepala-otak
anda sendiri. Apa pula tafsiran ulama' muktabar?
Saya bagi contoh tentang maulud/maulid nabi. Anda,
Ibnu Muhajir dan wahabi kata sesat. Namun apa pula
kata ulama' muktabar Mazhab Syafii (ASWJ)?
Untuk mengetahui hukum merayakan hari peringatan
maulud Nabi SAW insyALLAH akan kami cuba bawakan
fatwa-fatwa ulama' muktabar dalam Mazhab Shafie.
IMAM JALALUDDIN SAYUTI
----------------------
Imam sayuti adalah ulama besar dalam Mazhab Shafie.
Lahir tahun 849 H. di Asiyut, Mesir dan wafat tahun
199 H.
Karangan beliau dianggarkan sebanyak 500 buah kitab
dalam bermacam-macam ilmu pengetahuan Islam termasuk
tafsir, hadis, fiqah, hustalah, nahu, usul, bayan,
sejarah, adab, kedoktoran dan lain-lain.
Diantara karangan beliau ialah:
Syarah Kitab Hadis Nisai.
Syarah Kitab Hadis Muwatta' Imam Malik.
Separuh dari Tafsir Jalalen.
Al-Itqan fi Ulumilquran.
Al-Asybah wan Nazair.
Apabila ditanya orang tentang amalan maulud Nabi pada
bulan Rabi'ul-Awwal, apakah hukumnya menurut syara',
apakah pekerjaan itu dipuji aau dicela, apa siperlaku
nya diberi pahala atau tidak?
Jawab beliau:
"Ibadat macam itu adalah bid'ah Hasanah (bid'ah baik)
yang diberi pahala mengerjakannya kerana dalam amal
ibadat itu terdapat suasana membesarkan Nabi,
melahirkan kesukaan dan kegembiraan atas lahirnya Nabi
Muhammad SAW yang mulia"
SAYID AHMAD BIN ZAINI DAHLAN
----------------------------
Berkata Sayid Ahmad bin Zaini Dahlan, Mufti Mazahab
Syafie di Mekah di dalam kitab Siratun Nabi:
Telah berlaku kebiasaan bahawa orang apabila mendengar
kisah Nabi dilahirkan, maka ketika Nabi lahir itu
mereka berdiri bersama-sama untuk meghormati dan
membesarkan Nabi Muhammad saw. Berdiri itu adalah hal
yang mustahsan (bai) kerana dasarnya ialah membesarkan
Nabi Muhammad saw dan sesungguhnya telah mengerjakan
hal serupa itu banyak dari ulama-ulama ikutan umat.
I�anatut Talibin, juzu III muka surat 363.
Sayid Zaini Dahlan wafat tahun 1304H, di antara
karangan beliau ialah:
Al-Futuhatul Islamiyah.
Tarikh Daulatul Islamiyah.
Ad-Durarus Saniyah firraddii alal Wahabiyah.
Nota:
1. Kalau ulama' besar spt Imam Jalaluddin As-Sayuti
dan Imam Nawawi telah mengkategorikan bid'ah kpd
dholalah dan hasanah, maka apakah kelayakan anda utk
mentafsirkan hadis di atas mengikut kepala-otak anda
sendiri.
2. Kalau ulama' di atas berfatwa bhw amalan
maulud/maulid akan diberikan pahala, maka apakah suatu
amalan bid'ah (hasanah) tersebut telah sesat?
Wahai Rahman ...
Anda bukanlah seorg mujtahid yg boleh melayakkan anda
utk mentaafsirkan hujah Quran dan hadis mengikut
kepala-otak anda sendiri.
Nota penutup:
Saya cabar Rahman ... jika anda ingin mengulas semula
tulisan saya ini, sila ulas keseluruhannya. Jawab dulu
setiap persoalan yg telah saya ajukan [Ada tanda ? kat
ayat-ayat saya tu]. Dan jangan sekali-kali lakukan cut
& paste, paragraph by paragraph.
__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>