*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum wbt.

Dari awal lagi saya sudah menjangkakan bahawa golongan anti tarekat ini
akan tetap tidak berganjak dengan penolakannya. Jangkaan saya memang
tepat. Walau diberikan 1000 hujah, dalil dan burhan, mereka tetap akan
menolak dengan alasan yang begitu tipis, tidak berasas dan memutar
belitkan fakta.

Saya tidak ada masa dan kelapangan untuk melayani kerenah mereka. Lagi
pun reaksi mereka berlagak macam alim dan lebih tahu semua. Jadi tidak
perlu diberikan apa-apa pengetahuan dan pernyataan. Semuanya nanti akan
dibakul sampahkan.

Seterusnya Ilmu dan pengetahuan hanya layak diberi dan disampaikan kepada
yang memerlukan dan berhajat kepadanya. Bukan kepada mereka yang
siang-siang lagi menolaknya.

Walau pun di tangan saya kini, ada catatan peristiwa berkenaan permulaan
Nabi SAW, Imam bagi sekalian para Imam Sufi dan tarekat mengamalkan
permulaan tarekat. Asal usul tarekat sejak dari Nabi SAW hingga kepada
para Sahabat yang Empat dan seterusnya kepada Imam-Imam tarekat Sufi yang
masyur.

Saya menangguhkan menuliskannya di sini lantaran lebih baik meninjau
lebih awal kepada senario perbincangan yang semakin hangat sekarang. Saya
kira lebih baik dan selamat  saya berbicara sesuai dengan kemampuan akal
dan penerimaan mereka yang terlibat. Kerana Nabi SAW sendiri bersabda
yang makna," Aku diperintahkan Allah Taala menyampaikan dakwah kepada
manusia sekira-kira sesuai dengan kemampuan akal mereka".

Jadi sekiranya disampaikan juga dengan perkara-perkara yang tidak sampai
di akal pemikiran mereka untuk memikirkannya dan memahamkannya,
kemungkinan akan ditolak dan didustakannya. Akan menjadi sebab pula kelak
mereka akan mendustakan Nabi SAW dan sekalian yang berkaitan dengannya.

Sesuai juga dengan penegasan ALlah SWT bahawa,"Allah tidak membebani
sesaorang itu melainkan sesuai dengan kemampuannya (akal pemikiran dan
daya kefahamannya) (Al Baqarah : 286).

Sudah maklum, akal mereka tidak dapat menerimanya. Maka setakat yang akal
mereka boleh dapat terima, maka setakat itulah yang dapat dibincangkan
dan disampaikan. Tepatnya, jika mereka hanya berfaham bahawa tidak ada
tarekat, hakikat dan makrifat dalam dinulIslam. Maka itulah yang dapat
mereka terima dan pegang, bagus dan baiklah untuk mereka, mudah-mudahan
berbahagia hendaknya.

Sesiapa pun tidak dapat memaksa orang lain berfaham seperti fahamannya.
Atau memaksa orang lain berpegang seperti pegangannya. Setiap orang
daripada kita adalah saling bersalah-salahan. Tidak ada yang dilahirkan
sama, seiras dan serupa. Baik dari segi rupa paras, ilmu, kedudukan dan
kefahaman beraddin. Hal ini semua telah Allah SWT tentukan sejak azali
lagi hingga abadi.

Jadi untuk mengelakkan perkara yang lebih bahaya lagi (bahayanya pun
sudah nampak dan menunggu sahaja akan berlaku) maka lebih baiklah lebih
berhati-hati dan waspada ketika berhujah, bermuzakarah dan jangan sampai
hilang rasa hurmat menghurmati dan lenyapnya adab-adab bermuzakarah.

Allah jua yang lebih mengetahui.
Wassalamualaikum wbt.

Sani Norku wrote:

>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>  {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
>  {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
>  {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
>  *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
>           PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
> Rahman ... [sejak bila tukar nama?]
> Anda memang pantang dipuji. Namun anda masih suka cut
> & paste, potong tulisan org paragraph by paragraph.
> Kalau saya buat sama spt yg anda lakukan ... maka
> jadilah spt dua kanak-kanak nakal yg bergaduh:
> A : Awak jahat
> B : Awak lagi jahat
> A : Kita ada ni.
> B : Alah ... kita pun ada juga. Lagi besarr.
>
> Faham tak contoh yg saya bagi kat atas. Kalau faham
> sila ulas secara keseluruhan. Jgn potong paragraph by
> paragraph. Cuba buang tabiat anda yg sudah sebati ini.
>
> Kembali kpd topik asal.
> 1. Anda sebenarnya EGO dan tidak mampu MERENDAH DIRI
> utk mengakui kejahilan sendiri. Namun jgn pulak marah
> kalau ada insan lain yg mengatakan diri anda
> sebenarnya jahil.
>
> 2. Saya telah terangkan bahawa anda mengambil rujukan
> anda, dan saya mengambil rujukan saya. Yang mana
> kedua-duanya adalah muktabar.
>
> Namun anda secara takbur mengatakan bahawa pendapat
> anda shj yg sebenar-benarnya betul, dan pendapat saya
> berdasarkan rujukan saya adalah salah. Atas alasan,
> pendapat saya salah sebab disalahkan oleh ulama'
> rujukan anda.
>
> [Anda berwatak spt wakil Muawiyah dlm majlis tahkim
> dimana dia telah melucutkan jawatan Saidina Ali dan
> Muawiyah, namun seterusnya telah melantik semula
> Muawiyah menjadi khalifah tanpa persetujuan Saidina
> Ali].
>
> Fine ... cuba bagi contoh kata-kata ulama' rujukan
> anda yg menolak secara terang pendapat ulama' rujukan
> kaum sufi spt Imam Jalaluddin As Sayuti dll.
>
> Sedangkan Imam mazhab yg 4 tidak pernah menyalahkan
> pendapat imam yg lain. Mereka hanya meyakini bahawa
> pendapatnya adalah betul tanpa menyalahkan pendapat
> mazhab lain.
>
> Persoalan batal wudhu' adalah contoh perbezaan
> pendapat yg jelas. Hanya anda yg cuba
> memutar-belitkannya sahaja.
>
> Begitu juga dgn soal yaqazah, ilham dsb. Di sana wujud
> perbezaan pendapat. Adakah ini soal pokok dlm akidah
> Islam yg membolehkan anda sewenang-wenang menyesatkan
> kaum sufi secara keseluruhan?
>
> Sekali lagi anda GELOJOH (satu sifat syaitan) dgn
> mengatakan semua itu bid'ah dgn alasan tiada nas Quran
> dan Hadis. Soalan saya, apakah anda pernah mengkaji /
> meminta pandangan dari kaum sufi?
>
> 3. Cuba terangkan dgn lebih lanjut maksud bid'ah dari
> segi bahasa [yg diguna-pakai oleh Imam Jalaluddin] dgn
> bod'ah dari segi istilah [yg diguna-pakai oleh kaum
> sufi].
>
> Kalau boleh ... sertakanlah penerangan anda dgn dalil
> Quran dan hadis atau petikan mana-mana kitab rujukan
> anda. Semuga saya dan netters yg lain boleh memikirkan
> kembali.
>
> Sekian dulu.
>
> ---Hanya mempertahankan diri---
>
> --- Nobody <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> > Sani Norku wrote:
> >
> > > Rahman,
> > > Syabas! saya ucapkan kpd anda kerana menjawab dgn
> > > tertib dan tidak terlalu meleret.
> > > 1. Kesimpulan bagi soalan 1, jika anda atau
> > > rakan-rakan sefirqah dan sefikrah anda tidak
> > > menggunakan hujah Quran dan hadis dgn sempurna,
> > maka
> > > jgnlah asyik menuding jari kpd org lain. Akuilah
> > > bahawa saya dan anda masih banyak kelemahan, dan
> > masih
> > > JAHIL.
> > >
> >
> > Ini cuma kesimpulan saudara yang berasaskan kepada
> > prejudis dan salah
> > faham.Ianya tidak factual dan jauh dari mempunyai
> > apa2 asas sekalipun
> >
> > > 2. Bagi soalan 2, mengikut pendapat anda
> > penggunaan
> > > hukum al-Quran dan hadis oleh org awam macam kita
> > ni
> > >
> > > 'adalah HALAL dan DIBOLEHKAN kerana rujukan kepada
> > Al
> > > Quran dan Sunnah yang dibuat oleh kami TELAH PUN
> > > dirujuk kepada ulama2 yang muktabar terlebih
> > dahulu
> > > sebelum digunakan sesuatu nas'.
> > >
> > > Jelas bahawa itu bukan direct. Maksudnya kita
> > WAJIB
> > > menggunakan tafsiran yg telah digunakan oleh
> > ulama'
> > > muktabar terdahulu.
> > >
> > > Sekarang apakah anda layak mengatakan bahawa
> > pendapat
> > > / tafsiran seseorang ulama' itu salah / sesat
> > > sekiranya ia berbeza dgn fatwa ulama yg lain?
> > Apatah
> > > lagi perbezaan itu hanya pada soal furuk dan
> > khilaf.
> >
> > Boleh sebab yang mengatakan sesuatu pendapat lain
> > itu tidak betul ialah
> > ULAMA JUGAK.
> >
> > Dan kita merujuk kepada HUJJAH ulama2 tersebut dan
> > bukannya ulama itu
> > sahaja..
> >
> > > Contoh paling jelas spt soal batal atau tidak
> > wudhu'
> > > seseorang lelaki yg menyentuh isterinya. Dengan
> > > menggunakan dalil yg sama, namun tafsiran yg
> > dibuat
> > > oleh imam-imam mazhab itu telah berbeza.
> >
> > Jelas saudara TAK FAHAM isu bersentuh
> > lelaki-perempuan dan wudu'.Sila
> > belajar lagi.
> >
> > Tidak ada kes yang dikatakan sebagai BERBEZA2
> > PENDAPAT.
> >
> > > Maka begitu jugalah dengan soal-soal kesufian ie
> > > tawassul, yaqazah, ilham, kasyaf, ilmu ghaib dsb.
> > Jika
> > > and menolak semua konsep tersebut, maka salah
> > pulakah
> > > saya sekiranya saya menerimanya? Sekiranya anda
> > > mempunyai dalil dan merujuk kpd ulama' muktabar yg
> > > anda yakini, maka begitu jugalah saya. Di mana
> > saya
> > > juga mempunyai dalil serta merujuk kpd
> > ulama'-ulama
> > > muktabar yg saya percayai.
> >
> > Konsep2 seperti YAQAZAH, ilham etc adalah konsep2
> > yang TIDAK DIKHILAFKAN
> > oleh Ulama sebagai SESAT, kecuali mereka2 yang
> > dilantik sebagai ulama
> > oleh orang2 Sufi.Orang2 sufi juga melantik ketua2
> > mereka sebagai WALI
> > dan mereka2 ini tidak ada WATIKAH PERLANTIKAN dari
> > ALLAH SWT pun di atas
> > kewalian mereka.
> >
> > Konsep2 seperti YAQAZAH, ILHAM tidak boleh di
> > samakan dengan konsep
> > perbezaan pendapat seperti kes bersentuh
> > lelaki-perempuan.
> >
> > Ini kerana timbulnya perbezaan pendapat di dalam isu
> > seperti membatalkan
> > wudhu' ini adalah disebabkan oleh TIDAK DITEMUI AL
> > HADEETH yang
> > menyatakan tidak batal wudhu apabila
> > bersentuh kulit antara lelaki perempuan.
> >
> > Apabila Al HAdeeth bersentuh kulit ini dinyatakan
> > sahih, maka pendapat
> > mengatakan batal itu secara otomatik tertolak.  Ini
> > kerana madzhab Imam
> > Syafiee adalah HADEETH SAHIH (Muqaddimah
> > AL MAJMU' - Imam Nawawi).MAnakala, ilham yaqazah etc
> > ini TIDAK ADA AL
> > HADEETH atau NAS yang dapat disandarkan kepadanya.
> > Ianya adalah
> > PENCIPTAAN KAUM SUFI semata2 dan bukannya kes
> > PERBEZAAN PENDAPAT
> > LANSUNG.
> >
> > Ia juga boleh dikategorikan sebagai BIDAAH kerana
> > ianya tiada dalam NAS
> > Al QURAN dan SUNNAH.
> >
> > JAdi, ianya tidak boleh diterima.
> >
> >
> > > Semuga anda dapat berlapang dada dengan setiap
> > perbezaan pendapat ini.
> >
> > Nabi melarang kita berlapang dada di atas KESESATAN.
> >
> > > 3. Merujuk kpd jawaapan ke-3, secara tak langsung
> > anda sudah menerima
> > > wujudnya pendapat bid'ah dholalah dan bid'ah
> > hasanah.
> > >
> > > Seterusnya anda mengatakan :
> > > "Pendapat saya ialah DEFINASI BIDAAH HASANAH Imam
> > AS
> > > Suyuti adalah BERLAINAN dengan definasi BIDAAH
> > HASANAH
> > > yang difahami oleh puak2 sesat seperti puak SUFI,
> > > SYIAH dan MUQALLID MADZHAB".
> > >
> > > Well ... tanpa meleret kpd permasalahan syiah dan
> > > muqallid mazhab, saya minta anda utk
> > memperjelaskan
> > > kenyataan anda tersebut dgn lebih terperinci.
> > Apakah
> > > perbezaan definisi Bid'ah hasanah yg diguna-pakai
> > oleh
> > > Imam Jalaluddin dgn definisi oleh puak-puak SUFI?
> > > Anda bertanggung-jawab kpd ribuan netters.
> >
> > Ini kerana saudara sendiri TIDAK PERNAH MERUJUK
> > kepada KONSEP BIDAAH
> > yang diterangkan oleh Imam Izzudeen dalam bukunya "
> > QAWAIDUL FIQH".
> >
> > Ada ulama yang mengambil bidaah dari segi BAHASA
> > yakni BARU.  Dalam kes
> > ini Imam AS SUyuti mengambil Bidaaah dari segi
> > BAHASA bermaksud BENDA
> > BAHARU.
> >
> > Walaubagaimanapun, Imam Suyuti tidak pernah
> > BERKOMPROMI maksud bidaah
> > dari segi ISTILAH dan tidak pernah menyokong bidaah
> > yang diertikan dari
> > sudut ISTILAH.
> >
> > Puak2 SUFI menganggap Bidaah dari segi ISTILAH juga
> > sebagai HASANAH
> > sedangkan BIDAAH HASANAH yang dirujuk oleh Imam
> > Suyuti hanyalah BIDAAAH
> > dari segi BAHASA.
> >
> > Itulah beza BIDAAH HASANAH imam Suyuti dengan bidaah
> > hasanah puak SUFI.
> >
> > Juga, SELURUH generasi sahabat, tabiin dan tabit
> > tabiin tidak mengenal
> > APA ITU BIDAAH HASANAH.
> >
> >
> > >
> > >
> > > 4. Bagi merujuk kpd nama ulama' yg terkehadapan
> > > menyatakan soal bid'ah ni ... good, kesemua ulama'
> > > tersebut boleh saya terima. Justeru anda bolehlah
> > > gunakan semua pendapat mereka. Namun sekali lagi
> > saya
> > > ingin bertanya ... tidak salahkan saya guna-pakai
> > > pendapat ulama' muktabar yang lain?
> > >
> > > ---Menunggu lagi---
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send online invitations with Yahoo! Invites.
> http://invites.yahoo.com
>
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>  ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
>  ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
>  ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
>  ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
>  ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
>  ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
>
> Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

--
-----------------------------------------------------
Click here for Free Video!!
http://www.gohip.com/freevideo/



 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Hassan Hj Abdullah <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke