*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
{ Sila lawat Laman Hizbi-Net - http://www.hizbi.net }
{ Hantarkan mesej anda ke: [EMAIL PROTECTED] }
{ Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED] }
*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Sani Norku wrote:
> Rahman,
> Syabas! saya ucapkan kpd anda kerana menjawab dgn
> tertib dan tidak terlalu meleret.
> 1. Kesimpulan bagi soalan 1, jika anda atau
> rakan-rakan sefirqah dan sefikrah anda tidak
> menggunakan hujah Quran dan hadis dgn sempurna, maka
> jgnlah asyik menuding jari kpd org lain. Akuilah
> bahawa saya dan anda masih banyak kelemahan, dan masih
> JAHIL.
>
Ini cuma kesimpulan saudara yang berasaskan kepada prejudis dan salah
faham.Ianya tidak factual dan jauh dari mempunyai apa2 asas sekalipun
> 2. Bagi soalan 2, mengikut pendapat anda penggunaan
> hukum al-Quran dan hadis oleh org awam macam kita ni
>
> 'adalah HALAL dan DIBOLEHKAN kerana rujukan kepada Al
> Quran dan Sunnah yang dibuat oleh kami TELAH PUN
> dirujuk kepada ulama2 yang muktabar terlebih dahulu
> sebelum digunakan sesuatu nas'.
>
> Jelas bahawa itu bukan direct. Maksudnya kita WAJIB
> menggunakan tafsiran yg telah digunakan oleh ulama'
> muktabar terdahulu.
>
> Sekarang apakah anda layak mengatakan bahawa pendapat
> / tafsiran seseorang ulama' itu salah / sesat
> sekiranya ia berbeza dgn fatwa ulama yg lain? Apatah
> lagi perbezaan itu hanya pada soal furuk dan khilaf.
Boleh sebab yang mengatakan sesuatu pendapat lain itu tidak betul ialah
ULAMA JUGAK.
Dan kita merujuk kepada HUJJAH ulama2 tersebut dan bukannya ulama itu
sahaja..
> Contoh paling jelas spt soal batal atau tidak wudhu'
> seseorang lelaki yg menyentuh isterinya. Dengan
> menggunakan dalil yg sama, namun tafsiran yg dibuat
> oleh imam-imam mazhab itu telah berbeza.
Jelas saudara TAK FAHAM isu bersentuh lelaki-perempuan dan wudu'.Sila
belajar lagi.
Tidak ada kes yang dikatakan sebagai BERBEZA2 PENDAPAT.
> Maka begitu jugalah dengan soal-soal kesufian ie
> tawassul, yaqazah, ilham, kasyaf, ilmu ghaib dsb. Jika
> and menolak semua konsep tersebut, maka salah pulakah
> saya sekiranya saya menerimanya? Sekiranya anda
> mempunyai dalil dan merujuk kpd ulama' muktabar yg
> anda yakini, maka begitu jugalah saya. Di mana saya
> juga mempunyai dalil serta merujuk kpd ulama'-ulama
> muktabar yg saya percayai.
Konsep2 seperti YAQAZAH, ilham etc adalah konsep2 yang TIDAK DIKHILAFKAN
oleh Ulama sebagai SESAT, kecuali mereka2 yang dilantik sebagai ulama
oleh orang2 Sufi.Orang2 sufi juga melantik ketua2 mereka sebagai WALI
dan mereka2 ini tidak ada WATIKAH PERLANTIKAN dari ALLAH SWT pun di atas
kewalian mereka.
Konsep2 seperti YAQAZAH, ILHAM tidak boleh di samakan dengan konsep
perbezaan pendapat seperti kes bersentuh lelaki-perempuan.
Ini kerana timbulnya perbezaan pendapat di dalam isu seperti membatalkan
wudhu' ini adalah disebabkan oleh TIDAK DITEMUI AL HADEETH yang
menyatakan tidak batal wudhu apabila
bersentuh kulit antara lelaki perempuan.
Apabila Al HAdeeth bersentuh kulit ini dinyatakan sahih, maka pendapat
mengatakan batal itu secara otomatik tertolak. Ini kerana madzhab Imam
Syafiee adalah HADEETH SAHIH (Muqaddimah
AL MAJMU' - Imam Nawawi).MAnakala, ilham yaqazah etc ini TIDAK ADA AL
HADEETH atau NAS yang dapat disandarkan kepadanya. Ianya adalah
PENCIPTAAN KAUM SUFI semata2 dan bukannya kes PERBEZAAN PENDAPAT
LANSUNG.
Ia juga boleh dikategorikan sebagai BIDAAH kerana ianya tiada dalam NAS
Al QURAN dan SUNNAH.
JAdi, ianya tidak boleh diterima.
> Semuga anda dapat berlapang dada dengan setiap perbezaan pendapat ini.
Nabi melarang kita berlapang dada di atas KESESATAN.
> 3. Merujuk kpd jawaapan ke-3, secara tak langsung anda sudah menerima
> wujudnya pendapat bid'ah dholalah dan bid'ah hasanah.
>
> Seterusnya anda mengatakan :
> "Pendapat saya ialah DEFINASI BIDAAH HASANAH Imam AS
> Suyuti adalah BERLAINAN dengan definasi BIDAAH HASANAH
> yang difahami oleh puak2 sesat seperti puak SUFI,
> SYIAH dan MUQALLID MADZHAB".
>
> Well ... tanpa meleret kpd permasalahan syiah dan
> muqallid mazhab, saya minta anda utk memperjelaskan
> kenyataan anda tersebut dgn lebih terperinci. Apakah
> perbezaan definisi Bid'ah hasanah yg diguna-pakai oleh
> Imam Jalaluddin dgn definisi oleh puak-puak SUFI?
> Anda bertanggung-jawab kpd ribuan netters.
Ini kerana saudara sendiri TIDAK PERNAH MERUJUK kepada KONSEP BIDAAH
yang diterangkan oleh Imam Izzudeen dalam bukunya " QAWAIDUL FIQH".
Ada ulama yang mengambil bidaah dari segi BAHASA yakni BARU. Dalam kes
ini Imam AS SUyuti mengambil Bidaaah dari segi BAHASA bermaksud BENDA
BAHARU.
Walaubagaimanapun, Imam Suyuti tidak pernah BERKOMPROMI maksud bidaah
dari segi ISTILAH dan tidak pernah menyokong bidaah yang diertikan dari
sudut ISTILAH.
Puak2 SUFI menganggap Bidaah dari segi ISTILAH juga sebagai HASANAH
sedangkan BIDAAH HASANAH yang dirujuk oleh Imam Suyuti hanyalah BIDAAAH
dari segi BAHASA.
Itulah beza BIDAAH HASANAH imam Suyuti dengan bidaah hasanah puak SUFI.
Juga, SELURUH generasi sahabat, tabiin dan tabit tabiin tidak mengenal
APA ITU BIDAAH HASANAH.
>
>
> 4. Bagi merujuk kpd nama ulama' yg terkehadapan
> menyatakan soal bid'ah ni ... good, kesemua ulama'
> tersebut boleh saya terima. Justeru anda bolehlah
> gunakan semua pendapat mereka. Namun sekali lagi saya
> ingin bertanya ... tidak salahkan saya guna-pakai
> pendapat ulama' muktabar yang lain?
>
> ---Menunggu lagi---
>
> --- Abdul Rahman <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
> >
> >
> > Sani Norku wrote:
> >
> > > Rahman ...
> > > Anda masih belum menjawab posting saya terdahulu
> > > secara menyeluruh. Sila ulas terlebih dahulu:
> > > 1. Sekiranya Prof Nurani tidak menggunakan hujah
> > Quran
> > > dan sunnah, apakah Ibnu Muhajir sebaliknya
> > menggunakan
> > > hujjah Quran dan Sunnah? Apakah anda mengiktiraf
> > > bahasa pusing-terbalik Ibnu Muhajir sbgi hujah
> > Quran
> > > dan sunnah?
> > >
> >
> > Saya tak rujuk kepada perdebatan Ibnu Muhajjir. Saya
> > merujuk kepada
> > pengalaman saya senriri.
> > JAdi soalan ini TIDAK RELEVAN.
> >
> >
> > > 2. Apakah hukum org awam yg masih jahil spt
> > saya,kamu dan Ibnu Muhajir
> > > menggunakan dalil direct dari al-Quran dan hadis?
> > Apakah anda sudah
> > > cukup syarat-syaratnya?
> > >
> >
> > Hukumnya adalah HALAL dan DIBOLEHKAN kerana rujukan
> > kepada Al Quran dan
> > Sunnah yang dibuat oleh kami TELAH PUN dirujuk
> > kepada ulama2 yang
> > muktabar terlebih dahulu sebelum digunakan sesuatu
> > nas.
> >
> >
> > > 3. Apakah pendapat anda tentang fatwa Imam
> > Jalaluddin As Sayuti dsb
> > > yang mengatakan bid'ah terbahagi dua iaitu bid'ah
> > dholalah dan
> > > hasanah? Contohnya dlm
> > > perayaan maulud/maulid nabi?
> >
> > Pendapat saya ialah DEFINASI BIDAAH HASANAH Imam AS
> > Suyuti adalah
> > BERLAINAN dengan definasi BIDAAH HASANAH yang
> > difahami oleh puak2 sesat
> > seperti puak SUFI, SYIAH dan MUQALLID MADZHAB.
> >
> > > Jawab dulu 3 soalan di atas yg saya ringkaskan
> > dari
> > > posting saya sebelumnya.
> >
> > Okay.
> >
> > > Anyway, soalan anda tentang ulama' yg terkehadapan
> > membicarakan soal
> > > bid'ah. Well ... adakah anda hanya mengiktiraf
> > Ibnu Taimiyah, Ibnul
> > > Jauzi, Muhammad Abdul
> > > Wahab, Al-Jazairi dan Ben Baz sahaja serta
> > berpandukan
> > > kitab Talbis Iblis semata-mata?
> >
> > Ertinya saudara tak tahu jawapannya.
> >
> > JAwapannya ialah:
> >
> > 1) ASY SYAITIBI di dalam kitabnya AL IKTISAM
> >
> > 2) IZZUDIN BIN ABDUS SALAM di dalam kitabnya "
> > QAWAIDUL FIQH".
> >
> > Imam Syafiee dan Imam Nawawi juga ada membahaskan
> > isu ini dengan panjang
> > lebar.
> >
> >
> > >
> > >
> > > Kalau YA ... kemanakah pula ulama'-ulama lain
> > ingin
> > > anda campakkam?
>
> __________________________________________________
> Do You Yahoo!?
> Send online invitations with Yahoo! Invites.
> http://invites.yahoo.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body : SUBSCRIBE HIZB)
( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED] pada body: UNSUBSCRIBE HIZB)
( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan )
( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net )
( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED] )
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Pengirim: Nobody <[EMAIL PROTECTED]>