*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rahman ...

Saya tidak menyanggah isi kandungan kitab Talbis
Iblis. Apatah lagi utk menyanggah pengarangnya.

Namun, disebabkan beliau juga tidak maksum, maka
tidaklah salah jika saya mengambil pendapat ulama'
mukatabar yg lain [sekiranya ada perbezaan]. Jika
tiada perbezaan ... maka anggaplah saya mengambil
kebenaran dari urutan yg berbeza.

Persoalan sekarang bukanlah Talbis Iblis atau Ibnu
Jauzi. Tetapi adalah ANDA. Adakah benar kenyataan anda
sama spt yg termaktub dlm kitab Talbis Iblis. Kerana 
jelas bhw sudah acap-kali anda membuat kesimpulan
sendiri berbeza dgn apa yg sebenarnya tertulis dlm
kitab-kitab.

Contohnya spt kesimpulan anda spt berikut:
Sufi yang dikritik oleh kitab Talbis Iblis adalah
jenis SUFI yang ada sekarang ini.  i.e. Naqsyabandi,
Syazili dsbnya. 

Sufi yang diserang dalam TALBIS IBLIS adalah sufi yang
percaya kepada YAQAZAH, ILHAM, KASYF, SHEIKH dsbnya
sebagai sumber ilmu.  Ini adlah ASAS kepada SEMUA SUFI
yang ada sekarang ini.

MEreka2 yang dipuji oleh ABUL FARD ABDUL RAHMAN AJ
JAUZI dalam TALBIS IBLIS adalah mereka2 yang TIDAK
MENGIKUT disiplin tariqat dan sufi yang kita kenal
sekarang ini.

Apakah benar Ibnu Jauzi ada menyatakannya secara
khusus nama-nama tariqat spt Naqsabandi, Syazali dll
tariqat yg muktabar? Atau itu hanya pembuhongan anda
shj yg lahir dari kelemahan daya analogi anda sendiri?
Kalau benar ... berikan shj petikan secara agak
menyeluruh isi kandungan Kitab tersebut. Jgn ambil dua
tiga baris ayat ... tapi sertakanlah dua tiga
perenggan secara lengkap.

Anda juga mengatakan:
Misalnya, Fudhail bin Iyadh dsbnya adalah tidak
mengikut mana2 tariqat tetapi dipanggil oleh orang
sebagai SUFI.  Buktinya, bagi FUDHAIL tidak ada SHEIKH
yang beliau ikuti kalau benar beliau ini seorang SUFI.

Rahman ...
Nyata bhw kebencian anda terhadap tasauf yg timbul
dari kejahilan sendiri menyebabkan anda tidak dpt
membezakan antara sufi, tasauf dan tareqat dgn
tareqat-tareqat khusus spt Naqsyabandi, Syazali,
Qadiri dsb.

Jika benar kenyataan anda di atas, maka anda
sendirilah yg tidak mengerti b/mana Fudhail menjadi
seorg sufi walaupun tidak mengikuti kumpulan mana-mana
tareqat.

Rahman ...
Memandangkan kitab Talbis Iblis ini adalah kitab
rujukan utama anda ... sudah sewajarnya andalah yg
perlu highlightkan apa shj yg anda fikirkan boleh
membantu anda utk mencapai kemenangan [mungkin
kemenangan itulah matlamat anda].

---Mempertahankan kebenaran---


__________________________________________________
Do You Yahoo!?
Send online invitations with Yahoo! Invites.
http://invites.yahoo.com

 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Sani Norku <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke