*~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
 {  Sila lawat Laman Hizbi-Net -  http://www.hizbi.net     }
 {        Hantarkan mesej anda ke:  [EMAIL PROTECTED]         }
 {        Iklan barangan? Hantarkan ke [EMAIL PROTECTED]     }
 *~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*
          PAS : KE ARAH PEMERINTAHAN ISLAM YANG ADIL
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Assalamualaikum,

Minggu ini minggu pertama bulan Julai 2000; mungkin minggu ini adalah minggu 
yang paling bersejarah untuk negara kita bagi sepanjang tahun ini. Serbuan dan 
rompakan senjata ke atas 2 buah kem tentera di Gerik, Perak dan pertempuran 
anti-klimaks di Sauk, akan menjadi suatu cerita yang akan diperbualkan orang 
untuk beberapa ketika.

Banyak yang sudah kita baca mengenai kejadian ini, baik di dada akhbar mau pun 
di dalam internet. Saya pun tak ingin menambah banyak, cuma ingin memberi 
sedikit ulasan dari sudut yang agak berbeza.

Sebelum itu, saya ingin memohon maaf jika ada sebarang pendapat dalam tulisan 
saya ini yang bertentangan dengan pandangan atau pun pendapat 'jumhur' sahabat 
dalam diskusi-diskusi net ini. Meneliti tulisan2 dan pandangan2 kebanyakan 
penulis-penulis di alam siber ini; kita dapat membuat kesimpulan bahawa 
majoritinya berpendapat bahawa kejadian di Sauk adalah tidak lebih dari 
lakunan atau pun mainan wayang kulit pihak tertentu semata-mata.

Antara hujjah yang dikemukakan ialah jalan ceritanya terlalu bercelaru, sat 
kata gini, sat kata gitu; tambah-tambah pula kejadian itu berlaku tak beberapa 
hari selepas cerita Dr Mahathir menyalahgunakan kuasanya untuk memaksa 
Pengarah BPR menutup kes rasuah melibatkan orang kuat beliau heboh 
diperkatakan orang - dari kamar mahkamah hinggalah ke pintu masjid. Dan, 
mungkin secara takdir atau kebetulan kes itu meletup selepas isu JAIS dimarahi 
dan diherdik Pak Lah yg masih menjadi duri dalam daging kpd majoriti 
masyarakat Islam tak kira apa pegangan politik mereka. Dan, secara takdir atau 
kebetulan juga, isu itu meletus di celah-celah keghairahan pihak2 tertentu 
untuk menghapuskan perkataan Islam dari mana2 parti politik atau pun 
pertubuhan. Maka dikatakan orang, cerita SAUK sengaja dikarang sebegitu rupa 
untuk menutup semua isu di atas termasuklah menjustifikasikan usaha untuk 
memadam perkataan Islam dari mana2 parti politik atau pun pertubuhan.

Persoalannya: Benarkah begitu?

Saya, secara peribadi, tanpa mewakili pendapat mana-mana pertubuhan atau pun 
organisasi, memohon maaf dan meminta jalan untuk memberi pendapat dari sudut 
yang berbeda.

Bagi saya, setelah membaca hampir kesemua akhbar2 utama dua tiga hari lepas; 
Berita Harian, Utusan Malaysia, The STAR, The SUN dan bertanyakan kawan2 yg 
membaca akhbar Cina serta tidak lupa membaca berita2 mutakhir di laman2 
reformasi; saya membuat kesimpulan bahawa kisah di Sauk adalah benar2 berlaku 
seperti apa yang berlaku.

Tidak ada apa yang perlu disembunyikan dan tidak apa yang perlu digusarkan.

Kerajaan yang ada hari ini harus bertanggungjawab terhadap kecurian senjata 
yang berlaku di Gerik sana, itu sudah pasti, tidak ada persoalan mengenainya.

CUMANYA HANGPA PILIHLAH SATU ANTARA DUA, NAJIB YG NAK KENA RESIGN ATAU PUN PM 
YANG KENA BERHENTI!!

Sementara rakyat jelata pula, khususnya mereka yang memandang remeh 
sensitiviti ummat Islam terhadap isu2 semasa (seperti isu JAIS dan isu 
Murtad), terutamanya kepada mereka yang bukan sama keturunan dengan kita; 
mulai hari ini, kamu semua harus sedar dan harus paham sepaham-pahamnya, 
bahawasanya jika sensitiviti ummat Islam terus-terusan dicabar, pasti akan 
bangkit dari kalangan kami, satu golongan yang sama ada hangpa suka atau 
tidak, memilih jalan untuk berjihad secara terang-terangan, tanpa 
selindung-selindung akan berkata :

"MUKHLISIN NA LAHUDDIN WALAU KARIHAL KAFIRUN!!"

Kerana itu, saya melihat kebangkitan sekumpulan kecil rakyat Malaysia beragama 
Islam ini - walau pun akhirnya menyerah kalah, adalah satu petanda rasa 
ketidak puasan hati yang amat sangat terhadap tekanan demi tekanan, dan 
penghinaan demi penghinaan terhadap agama Islam yang mulia ini. Memetik kata 
seorang sahabat karib saya:

"Depa ini bukan macam kita; kita ini lainlah, hati kita berserabut, bercampur 
dengan zat2 jahat dari segala jenis benda2 yg tak berjenis, jadi kalau orang 
hina atau main2kan agama kita, kita tak rasa sensitif sangat, paling kuat pun 
kita maki hamun, lepas itu habislah. Tapi, depa ini, hati depa ada zat lain; 
depa ini jenis yang selalu ada Usrah, Qiyamullail, tiap2 malam sembahyang 
tahajud, wirid dan selawat tak pernah lekang dari mulut; pakaian depa pulak 
serban dan jubah tanda usaha ikhlas nak mendekatkan diri dengan sunnah Rasul; 
jadi kalau orang hina Islam, walau pun sikit saja, jadi Zat dalam hati depa 
itu jadi cukup sensitif, mungkin sebab itulah depa meletup baru2 ini!!"

Saya tak nak komen apa yang kawan saya katakan itu, sebab apa yang dia katakan 
itu sebijik terkena batang hidung saya; ikhlas saya cakap kalaulah depa ajak 
saya join depa nak balun sapa-sapa sebab dok hina Islam ini, memang banyak 
alasan yang akan saya bagi; anak demam la, bini sakit la, kereta nak kena pi 
servis la, ada kenduri rumah pak menakan la dan lain-lain lagi. Sebab apa? 
sebab diri saya sendiri masih berserabut dengan segala jenis benda; lalu macam 
mana nak berpura-pura ikhlas berjihad di jalanNya?

Atas sebab kekurangan yang ada pada diri saya itu, yang menyebabkan saya tak 
mampu sampai ke tahap macam yang depa capai ini, maka di sini dengan ikhlas 
saya nak tulis kata:

"Saya respect dan kagum dengan keberanian depa"

Itu saja, kalau kata nak sokong, memang saya tak sokong, sebab dengan segala 
kelemahan yang ada pada diri saya ini, saya cuma boleh bagi alasan kata:

"Kita ada jemaah sendiri, yang memilih untuk menggunakan jalan demokrasi bagi 
menegakkan sistem pemerintahan Islam di bumi Malaysia. Jadi, sementara sistem 
yang ada masih membenarkan kita berjuang untuk menegakkan Islam, maka kita 
memilih sistem yang ada. Tapi, jika sekiranya sistem yang ada tidak 
membenarkan lagi kita berbuat demikian, maka kita tidak ada lain pilihan, 
melainkan terpaksa memilih lain 'cara'"

Benarkah begitu?

Saya sendiri tak pasti, cumanya kita berharap pihak-pihak berkenaan tidak akan 
memaksa atau kata orang putih 'push us to the corner' dalam usaha mereka 
mengharamkan nama Islam dari mana-mana pertubuhan ini. Kita semua masih 
cintakan kedamaian dan keamanan yang sama-sama kita nikmati ini, dan begitu 
juga majoriti rakyat Malaysia keseluruhannya, tak kira apa bangsa.

Lantaran itu, kita ingin berpesan kepada pihak-pihak yang berkenaan; cukuplah 
bermain api sekadar ini, kita risau kot kalau banyak lagi SAUK dan MEMALI akan 
'terbakar' nanti.

Wassalam,
Ahmad Baharudin Kasbi


 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
 ( Melanggan ? To : [EMAIL PROTECTED]   pada body : SUBSCRIBE HIZB)
 ( Berhenti ? To : [EMAIL PROTECTED]  pada body:  UNSUBSCRIBE HIZB)
 ( Segala pendapat yang dikemukakan tidak menggambarkan             )
 ( pandangan rasmi & bukan tanggungjawab HIZBI-Net                  )
 ( Bermasalah? Sila hubungi [EMAIL PROTECTED]                    )
 ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Pengirim: Ahmad Baharudin Kasbi <[EMAIL PROTECTED]>

Kirim email ke