Assalamualaikum...
   
  saya juga pernah mengalami nasib dan situasi seperti ini.
  kawan saya mengajak saya untuk belajar tentang al-Quran. Saya menerimanya 
kerana saya ingin mempelajari ilmu tajuid di dalam bacaan Al-Quran. 
   
  Akhirnya saya bersetuju untuk mengikuti kawan saya untuk menghadiri kelas 
tersebut di rumah tenaga pengajar tersebut.
  apabila saya tiba dikediamannya di kawasan perumahan di Nilai. saya terkejut 
kerana hanya saya dan kawan saya yang menghadiri kelas tersebut. Semasa saya 
duduk di sudut ruang tamu hati saya tergerak untuk melihat foto-foto peribadi 
tenaga pengajar tersebut. Saya terkejut gambar-gambar yang diambil menunjukkan 
gambar tenaga pengajar dan isterinya tidak mengenakan tudung. setelah saya 
melihat foto itu hati saya berdebar-debar tidak karuan..
   
  Kelas tersebut terdapat tiga sesi seperti terjemah Al-Quran, Sirah nabi serta 
aklak. 
  dalam sesi pembelajaran tersebut. tenaga pengajar tersebut memperkenakkan 
dirinya sebagai penyampai..bukan ustad seperti mana yang diketahui umum.
   
  semasa sesi pembelajaran itu..kami diajar tabsiran al-Quran yang banyak 
menyelirukan:
   
  1. Beliau menyatakan kita boleh membaca al-Quran mengunakan tabsiran bahasa 
Melayu (rumi) sahaja tanpa perlu membaca bahasa Arab. Beliau mengeluarkan 
beberapa contoh ayat-ayat dalam al-Quran yang meragukan.
   
  2. Beliau menyatakan agama yang kita pelajari selama ini adalah agama ikutan 
dari nenek moyang semata-mata.
   
  3. kita juga boleh sembayang membaca bahasa melayu (rumi ) sahaja.
   
  4. Saya ditempatkan ke Syurga jika saya mengikuti kelas tersebut. 
   
  dan banyak lagi penyelewengan..pada ketika itu saya amat takut.saya takut 
saya syirik. saya juga tidak berani makan dan minum yang dihidangkan kepada 
saya. saya takut saya lupa kepada Islam.badan saya mengigil ketika itu. 
akhirnya saya meminta kawan asaya untuk menghantar saya pulang saya memberikan 
pelbagai alasan untuk pulang kerumah..
  selama seminggu kepala saya terkena magrin dan muntah2.
   
  kini saya lebih berhati2 untuk belajar agama. saya sedih saya tidak dapat 
menarik kawan saya supaya untuk tidak mengikuti ajaran tersebut. dia percaya 
dia akan masuk kesyurga. sedangkan dia tidak bertudung dan jarang solat..
   
  saya harap dapat dijadikan pedoman kepada kawan2.
   
   
  

bjengka2007 <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
          
Sekadar berkongsi pandangan. 

Elok jangan menerima sebarang orang untuk mengajar kita. 

Sebaik-baiknya tolak secara baik tawaran mereka dengan kesibukan
jadual anda.

Berhati-hati untuk kebaikan anda.

--- In [email protected], firman haruddin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> 
> ASSALAMUALAIKUM..
> 
> Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang ahli agama berpangkat
ustaz berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an dari Shah Alam dan
ditemani 2 orang perempuan (anak didik)pada sebelah pagi hari ahad.
Kedatangan mereka ke rumah saya di Pandan Jaya di alu-alukan setelah
isteri saya melalui kawan dia memberikan sebab ingin memperkenalkan
seseorang yang bercerita tentang Al-Qur'an dan terjemahannya.
Mula-mula saya rasa berat hati juga nak menerima kedatangan mereka
kerana anngapan awal mereka ini cuma ingin menjual produk dengan
menggunakan al-Qur'an sebagai kekuatan produk mereka. Iyalah, saya
ragu juga dengan keikhlasan mereka yang sanggup datang dari jauh (Shah
Alam) ke tempat saya. Setelah memberikan ceramah khas hanya untuk kami
berdua suami isteri berkenaan Al-Qur'an dan terjemahan selama 2 jam,
mereka meminta supaya kami meneruskan lagi kelas dan bimbingan mereka
untuk 3 sesi berikutnya yang berkaitan dengan Akhlak, Sirah Nabi dan
Akidah. Kali ini mereka meminta supaya
> diadakan pada waktu malam. Pelbagai keraguan muncul di kepala pada
waktu itu, samaada mereka ini benar-benar ikhlas memberikan ceramah
dan kelas ini semata-mata kerana ibadat. Saya ada bertanyakan samada
mereka ini ada pusat ataupun kelas-kelas khas di kawasan Lembah Klang?
Jawapan mereka, tiada. Malahan mereka datang hanya memperkenalkan nama
tanpa memberitahu mereka mewakili mana-mana institusi agama atau
agensi. Cara pakaian mereka pun tidaklah menunjukkan mereka ini adalah
seorang ahli agama seperti memakai kopiah hanya berbaju melayu. Oleh
itu, saya ingin bertanyakan pihak Jakim wajarkah saya meneruskan kelas
kerana saya berasa ragu akan niat mereka. Antaranya, mengapa mereka
sanggup datang begitu jauh semata-mata memberikan kelas dan ceramah
kepada saya? Sedangkan di Shah Alam sendiri ada banyak lagi yang perlu
dilakukan di sana? mengapa hanya memilih kami dua orang suami isteri
tanpa melibatkan satu kelompok ataupun kumpulan? Mengapa perlu
dilakukan di rumah,
> mengapa tidak digunakan surau-surau atau masjid untuk memberikan
ceramah? Satu perkara yang paling saya risaukan ialah terjerumus ke
fahaman agama ajaran sesat,kalau bukanpun fahaman agama yang bersifat
radikal/ekstrimis. Fahaman Ayah Pin sendiri menggunakan Al-Qur'an
menyesatkan pengikutnya.
> 
> Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote: 
> 
> 
> 
> 
> Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>



                         

       
---------------------------------
Looking for last minute shopping deals?  Find them fast with Yahoo! Search.

Kirim email ke