Sekadar berkongsi pandangan. 

Elok jangan menerima sebarang orang untuk mengajar kita. 

Sebaik-baiknya tolak secara baik tawaran mereka dengan kesibukan
jadual anda.

Berhati-hati untuk kebaikan anda.



--- In [email protected], firman haruddin <[EMAIL PROTECTED]> wrote:
>
> 
>   ASSALAMUALAIKUM..
>    
>   Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang ahli agama berpangkat
ustaz berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an dari Shah Alam dan
ditemani 2 orang perempuan (anak didik)pada sebelah pagi hari ahad.
Kedatangan mereka ke rumah saya di Pandan Jaya di alu-alukan setelah
isteri saya melalui kawan dia memberikan sebab ingin memperkenalkan
seseorang yang bercerita tentang Al-Qur'an dan terjemahannya.
Mula-mula saya rasa berat hati juga nak menerima kedatangan mereka
kerana anngapan awal mereka ini cuma ingin menjual produk dengan
menggunakan al-Qur'an sebagai kekuatan produk mereka. Iyalah, saya
ragu juga dengan keikhlasan mereka yang sanggup datang dari jauh (Shah
Alam) ke tempat saya. Setelah memberikan ceramah khas hanya untuk kami
berdua suami isteri berkenaan Al-Qur'an dan terjemahan selama 2 jam,
mereka meminta supaya kami meneruskan lagi kelas dan bimbingan mereka
untuk 3 sesi berikutnya yang berkaitan dengan Akhlak, Sirah Nabi dan
Akidah. Kali ini mereka meminta supaya
>  diadakan pada waktu malam. Pelbagai keraguan muncul di kepala pada
waktu itu, samaada mereka ini benar-benar ikhlas memberikan ceramah
dan kelas ini semata-mata kerana ibadat. Saya ada bertanyakan samada
mereka ini ada pusat ataupun kelas-kelas khas di kawasan Lembah Klang?
Jawapan mereka, tiada. Malahan mereka datang hanya memperkenalkan nama
tanpa memberitahu mereka mewakili mana-mana institusi agama atau
agensi. Cara pakaian mereka pun tidaklah menunjukkan mereka ini adalah
seorang ahli agama seperti memakai kopiah hanya berbaju melayu. Oleh
itu, saya ingin bertanyakan pihak Jakim wajarkah saya meneruskan kelas
kerana saya berasa ragu akan niat mereka. Antaranya, mengapa mereka
sanggup datang begitu jauh semata-mata memberikan kelas dan ceramah
kepada saya? Sedangkan di Shah Alam sendiri ada banyak lagi yang perlu
dilakukan di sana? mengapa hanya memilih kami dua orang suami isteri
tanpa melibatkan satu kelompok ataupun kumpulan? Mengapa perlu
dilakukan di rumah,
>  mengapa tidak digunakan surau-surau atau masjid untuk memberikan
ceramah? Satu perkara yang paling saya risaukan ialah terjerumus ke
fahaman agama ajaran sesat,kalau bukanpun fahaman agama yang bersifat
radikal/ekstrimis. Fahaman Ayah Pin sendiri menggunakan Al-Qur'an
menyesatkan pengikutnya.
>   
> Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               
>  
>      
>                                
> 
>  Send instant messages to your online friends
http://uk.messenger.yahoo.com
>


Kirim email ke