Assalamu'alaikum saudara/i,
Nampaknya modus operandi mereka sama saja:
1. "Ajar" tafsir Quran di rumah
2. "Murid"-nya ialah orang yg kurang arif tetapi bersemangat untuk
mendalami ugama.
Tentang "ajar" tafsir Quran ni memang mudah untuk dibuat-buat. Kalau
kita baca sendiri terjemahan al-Quran pun sebahagian besarnya mudah
difahami dan memang kena batang hidung kita sendiri. Penipu2 itu akan
gunakan ayat-ayat yang boleh menimbulkan rasa "guilt" dalam diri murid
(sebenarnya mangsa) supaya mangsa rasa serba-salah dan rendah diri.
Ini adalah tektik yang sering digunakan dalam "cult" iaitu
kumpulan-kumpulan ajaran sesat -- iaitu menimbulkan rasa "bersalah" dan
rendah dir dalam diri mangsa. Apabila mangsa rasa lemah rohaninya, maka
senang dimanipulasi. Ini semua, setanlah tok gurunya.
Amat baik sekali kerana ada yang timbulkan permasalahan/fenomena ini di
sini. Dapatlah semua kita berkongsi pengalaman dan lebih berhati-hati di
masa akan datang.
Sebagaimana saranan yang lain, sebaik-baiknya ialah pergi ke
masjid-masjid/ surau-surau untuk mengikuti kuliah-kuliah oleh
ustaz-ustaz yang bertauliah. Mula-mula memang sukar sikit untuk difahami
kerana "level"-nya agak tinggi -- maklumlah kita join di tengah-tengah.
Lama-lama ia akan jadi biasa, insyaAllah.
Wallahu-a'lam
- TokMod