em,sy x lah pandai sangat.TP SAYA pernah terbaca hadis(fadhilat solat),bahawa hukum org mengajar Al-quran haram terima duit.jd x yah p pun x pa.kat masjid2 insyallah ada org mengajar,cuma kena usaha cari sikit la.YG BAIK DR ALLAH N BURUK DR SY .maaf kalau tersinggung
iheart2003 <[EMAIL PROTECTED]> wrote: Firman haruddin.. Saya pernah mengalami keadaan sama seperti anda.Atas kenginan ingin menambahkan pengetahuan agama di saat2 saya terumbang ambing pada usia awal 20an ini..teringinla hati nak kembali kepada-Nya.Saya dikenalkan dengan seorang kawan untuk mengikuti satu kelas Al-Quran dan pemahaman.Kelas tu di buat malam.Pada mulanya saya seronok sebab dapat seorang kawan dan ajak kita kembali ke jalan yg benar.Bila mula2 ikut kelas tu (kat damansara damai di rumahnya sendiri)sy prnah tanya kawan sy tuh adakah kelas ini berbayar..dia katakan percuma.. Saya datang dlm 3-4x kelas pemahaman Al-Quran dgn org tenaga pengajar.Timbul jga pelik hati saya sbb 2 org ni sanggup ajar saya yg cuma seorang.Mgkin mereka ni nak kutip pahala..n beribadah.. klau dr agensi mesti dia ambil kira tak banyak pun sedikit duit minyak atau makan diorang.Ini percuma lagi saya dihantar dan dijemput pula...Sy jga kagum dgn tenaga pengajar tu sbb ingat ayat mana n surah mana..sy yg masih baru ni terkial-kial mencari dlm buku tafsir Ar Rahman.. Slpas 3-4 x dtg ke kelas tu dia kata berakhirla sesi penganalan dan menyatakan banyak lg rahsia Al-Quran yg perlu dketahui..dan bertanya pd sy adakah sy berminat untuk mengetahuinya lebih lanjut..memangla kita minat kan?then dia tiba2 bg perumpamaan klau sedaramara kta sakit dan memerlukan pembedahan,kos pembedahan adlh sebanyak RM4000.Adakah kita nak biarkan je atau kta usaha cari duit tuh..Ada 1 lagi,kalau ilmu dunia n kita nak dapatkan ijazah dan perlu bayar RM4000 adakah kita tak bayar..n tak belajar? Nyatalah kata2 ni dia tujukan kepada saya sbb kalau nak belajar lg rahsia Al-Quran ni saya kena bayar RM4000 kepada mereka...Camana tuh? Sy berniat nak mendekatkan diri kepada Nya.Nak tambah lg pengetahuan sy mengenai Al-Quran yg selama ni kita khatam je tp tak tau maksudnya..Saya ni baru bekerja manala saya nak dptkan duit RM4000 untuk tuh..Lantas kelas seterusnya sy tak pegi n banyak kali gak diorang call suruh datang..Biarla sy pergi ke masjid2 je dgr usrah atau tazkirah.. Camana tuh?Salh ke tindakan sy tak bayar?n let go je? Cik Siti,Subang. --- In [email protected], firman haruddin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > ASSALAMUALAIKUM.. > > Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang ahli agama berpangkat ustaz berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an dari Shah Alam dan ditemani 2 orang perempuan (anak didik)pada sebelah pagi hari ahad. Kedatangan mereka ke rumah saya di Pandan Jaya di alu-alukan setelah isteri saya melalui kawan dia memberikan sebab ingin memperkenalkan seseorang yang bercerita tentang Al-Qur'an dan terjemahannya. Mula- mula saya rasa berat hati juga nak menerima kedatangan mereka kerana anngapan awal mereka ini cuma ingin menjual produk dengan menggunakan al-Qur'an sebagai kekuatan produk mereka. Iyalah, saya ragu juga dengan keikhlasan mereka yang sanggup datang dari jauh (Shah Alam) ke tempat saya. Setelah memberikan ceramah khas hanya untuk kami berdua suami isteri berkenaan Al-Qur'an dan terjemahan selama 2 jam, mereka meminta supaya kami meneruskan lagi kelas dan bimbingan mereka untuk 3 sesi berikutnya yang berkaitan dengan Akhlak, Sirah Nabi dan Akidah. Kali ini mereka meminta supaya > diadakan pada waktu malam. Pelbagai keraguan muncul di kepala pada waktu itu, samaada mereka ini benar-benar ikhlas memberikan ceramah dan kelas ini semata-mata kerana ibadat. Saya ada bertanyakan samada mereka ini ada pusat ataupun kelas-kelas khas di kawasan Lembah Klang? Jawapan mereka, tiada. Malahan mereka datang hanya memperkenalkan nama tanpa memberitahu mereka mewakili mana-mana institusi agama atau agensi. Cara pakaian mereka pun tidaklah menunjukkan mereka ini adalah seorang ahli agama seperti memakai kopiah hanya berbaju melayu. Oleh itu, saya ingin bertanyakan pihak Jakim wajarkah saya meneruskan kelas kerana saya berasa ragu akan niat mereka. Antaranya, mengapa mereka sanggup datang begitu jauh semata-mata memberikan kelas dan ceramah kepada saya? Sedangkan di Shah Alam sendiri ada banyak lagi yang perlu dilakukan di sana? mengapa hanya memilih kami dua orang suami isteri tanpa melibatkan satu kelompok ataupun kumpulan? Mengapa perlu dilakukan di rumah, > mengapa tidak digunakan surau-surau atau masjid untuk memberikan ceramah? Satu perkara yang paling saya risaukan ialah terjerumus ke fahaman agama ajaran sesat,kalau bukanpun fahaman agama yang bersifat radikal/ekstrimis. Fahaman Ayah Pin sendiri menggunakan Al-Qur'an menyesatkan pengikutnya. > > Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote: > > > > > Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com > --------------------------------- Looking for last minute shopping deals? Find them fast with Yahoo! Search.
