ASSALAMUALAIKUM..
   
  Baru-baru ini saya didatangi oleh dua orang ahli agama berpangkat ustaz 
berumur dalam lingkungan 50-an dan 60-an dari Shah Alam dan ditemani 2 orang 
perempuan (anak didik)pada sebelah pagi hari ahad. Kedatangan mereka ke rumah 
saya di Pandan Jaya di alu-alukan setelah isteri saya melalui kawan dia 
memberikan sebab ingin memperkenalkan seseorang yang bercerita tentang 
Al-Qur'an dan terjemahannya. Mula-mula saya rasa berat hati juga nak menerima 
kedatangan mereka kerana anngapan awal mereka ini cuma ingin menjual produk 
dengan menggunakan al-Qur'an sebagai kekuatan produk mereka. Iyalah, saya ragu 
juga dengan keikhlasan mereka yang sanggup datang dari jauh (Shah Alam) ke 
tempat saya. Setelah memberikan ceramah khas hanya untuk kami berdua suami 
isteri berkenaan Al-Qur'an dan terjemahan selama 2 jam, mereka meminta supaya 
kami meneruskan lagi kelas dan bimbingan mereka untuk 3 sesi berikutnya yang 
berkaitan dengan Akhlak, Sirah Nabi dan Akidah. Kali ini mereka meminta supaya
 diadakan pada waktu malam. Pelbagai keraguan muncul di kepala pada waktu itu, 
samaada mereka ini benar-benar ikhlas memberikan ceramah dan kelas ini 
semata-mata kerana ibadat. Saya ada bertanyakan samada mereka ini ada pusat 
ataupun kelas-kelas khas di kawasan Lembah Klang? Jawapan mereka, tiada. 
Malahan mereka datang hanya memperkenalkan nama tanpa memberitahu mereka 
mewakili mana-mana institusi agama atau agensi. Cara pakaian mereka pun 
tidaklah menunjukkan mereka ini adalah seorang ahli agama seperti memakai 
kopiah hanya berbaju melayu. Oleh itu, saya ingin bertanyakan pihak Jakim 
wajarkah saya meneruskan kelas kerana saya berasa ragu akan niat mereka. 
Antaranya, mengapa mereka sanggup datang begitu jauh semata-mata memberikan 
kelas dan ceramah kepada saya? Sedangkan di Shah Alam sendiri ada banyak lagi 
yang perlu dilakukan di sana? mengapa hanya memilih kami dua orang suami isteri 
tanpa melibatkan satu kelompok ataupun kumpulan? Mengapa perlu dilakukan di 
rumah,
 mengapa tidak digunakan surau-surau atau masjid untuk memberikan ceramah? Satu 
perkara yang paling saya risaukan ialah terjerumus ke fahaman agama ajaran 
sesat,kalau bukanpun fahaman agama yang bersifat radikal/ekstrimis. Fahaman 
Ayah Pin sendiri menggunakan Al-Qur'an menyesatkan pengikutnya.
  
Tok Mod <[EMAIL PROTECTED]> wrote:                               
 
     
                               

 Send instant messages to your online friends http://uk.messenger.yahoo.com 

Kirim email ke