Assalamualaikum w.b.t, Kehadapan saudara Fariz Luqman,
Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya. Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit sebanyak projek kami iaitu my1os. Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana OS yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama lain demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta memacu pembangunan negara. Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan lesen yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada ianya versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat. Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan seseorang pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti mana model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem dokumentari Revolution OS 2001 . Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering) sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang dimulakan oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya. Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya meletakkan harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi dan ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang lebih tinggi. Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan ini secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama. Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu. Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi pentadbirannya. Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan. Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen GPL serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos yang tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi pelayan kami. Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan menekankan kreativiti. Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian, jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan diatas, kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika dilihat dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan. Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang dari satu sumber iaitu laman web kernel.org . Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan seterusnya. Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan. Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti Ketupat Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka. Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi yang lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber terbuka. Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia. Sekian, terima kasih -- *Fariz Luqman* The Chairman of SimpleLinux Visit: http://www.simplelinux.tk Fb: http://facebook.com/simpleLinux "There IS a Malaysian Linux Distro" --- Facebook: facebook.com/farizluqman -- To unsubscribe from and detail about this group http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

