xpelah.... terima seadanya...... jgn ribut2 lagi..... masokis dah bgi pendapat sebelum ni. dan telah diterima baik oleh datac0de. kang bgus, awal2 muncul.... ;)
2010/12/27 simpleLinux <[email protected]>: > Tidak, kami tidak sesekali bermusuh dengan sesiapapun. Kami juga mendapat > kata sepakat oleh seluruh subscriber mailinglist OSDC dan OWASP iaitu ingin > berjumpa dengan my1os developers. > > Kami juga ingin mengetahui, adakah my1os mempunyai sumber? Sekiranya projek > my1os tidak mempunyai sumber [source code] projek ini boleh disaman oleh GNU > General Public Licence > > “…. and charge them if you wish” My1OS memang layak untuk dijual, tetapi > syaratnya > > “When we speak of free software, we are referring to freedom, not > > price. Our General Public Licenses are designed to make sure that you > > have the freedom to distribute copies of free software (and charge for > > them if you wish), that you receive source code or can get it if you > > want it, that you can change the software or use pieces of it in new > > free programs, and that you know you can do these things.” > > mesti ada sumber, dan saudara WAJIB memberi sumber [source code/changes] > kepada sesiapapun yang meminta > > 2010/12/27 simpleLinux <[email protected]> >> >> Assalamualaikum w.b.t, >> >> Kehadapan saudara Fariz Luqman, >> >> Pertama sekali saya memohon maaf atas kelewatan membalas email saudara >> kerana kesibukan masa.Diharap saudara dapat menerima seadanya. >> >> Berkenaan dengan pertanyaan saudara, izinkan saya menjelaskan sedikit >> sebanyak projek kami iaitu my1os. >> >> Pertama sekali kami bukanlah ingin menjadi musuh/rival kepada mana mana OS >> yang sedia ada baik diluar negara mahupun didalam negara Malaysia. Kami >> ingin sekali melihat kerjasama yang boleh dihasilkan antara satu sama lain >> demi mencapai objektif Kerajaan Malaysia iaitu Inovasi,Kreatif serta >> memacu pembangunan negara. >> >> Didalam kami membangunkan sistem operasi ini, kami tidak sama sekali >> dengan niat untuk melanggar mana mana peraturan lesen mahupun amalan lesen >> yang dikeluarkan oleh GNU iaitu GPL (General Public License) samada ianya >> versi 1,2 mahupun 3. Kami ingin sekali mencuba menceburkan diri dengan >> mengambil model contoh kami iaitu syarikat antarabangsa yang terkemuka >> didalam bidang sumber terbuka ini iaitu Red Hat. >> >> Ya kami akui bahawa kami mengenakan caj bayaran serendah RM 111.00 bagi >> mendapatkan perisian sistem operasi kami iaitu my1os, tetapi ianya >> bukanlah berbentuk lesen sama sekali. Ianya hanyalah melayakkan seseorang >> pengguna yang bersetuju sepenuhnya menggunakan perisian sistem operasi >> kami mendapatkan khidmat bantuan sokongan (support services) seperti mana >> model perniagaan Red Hat. Izinkan saya sebagai pembangun utama sistem >> operasi my1os untuk memetik kata kata Richard Stallman iaitu Founder GNU >> "free is in freedom, not free as in free beer" melalui filem dokumentari >> Revolution OS 2001 . >> >> Melalui filem dokumentari tersebut beliau menekankan prinsip berkongsi >> maklumat sesama sendiri dan seluruh dunia serta menggalakkan bagaimana >> boleh berniaga melalui sistem sumber terbuka. Dan diakhir filem >> dokumentari tersebut, ditunjukkan dimana saham Red Hat dibuka secara >> rasminya pada 19hb Ogos 1999 melalui IPO (Initial Public Offering) >> sehingga bernilai 3 Billion USD dan rentetan dari inisiatif yang dimulakan >> oleh Red Hat, VA Linux System mengikuti jejaknya dan berjaya. >> >> Disini bukanlah maksud saya menerangkan secara panjang lebar kenapa kami >> memilih business model Red Hat. Akan tetapi saya percaya bahawa saudara >> juga pembangun sistem operasi juga iaitu simpleLinux yang saya meletakkan >> harapan tinggi untuk bersama sama berjaya dibidang yang saudara ceburi dan >> ingin sekali melihat saudara dapat mengembangkannya hingga ke tahap yang >> lebih tinggi. >> >> Kami pembangun sistem operasi my1os juga sentiasa melihat perkembangan ini >> secara positif dimana kami bernaung dibawah Kementerian Antarabangsa dan >> Industri (MITI) didalam program keusahawanan mereka serta kami bernaung >> dibawah Yayasan Inovasi Malaysia (YIM). Adapun begitu kami melihat >> perkembangan menjual khidmat sokongan bantuan (support services) tidak >> melanggar mana mana klausa yang telah ditetapkan oleh GPL serta lesen >> lesen yang berkenaan. Jika kami terlepas pandang, diharap saudara dapat >> memperbetulkan kami supaya dapat dimanfaatkan bersama sama. >> >> Memetik kata kata En. Kahar Kamarudin di Facebook my1os, langkah seribu >> bermula dengan langkah yang satu dan sudah tentunya jika tidak dimulakan >> dengan langkah yang satu maka tidak akan tercapai langkah yang seribu. >> Banyak lagi perkara yang kami perlu perbaiki dari masa ke semasa sistem >> operasi my1os samada dari segi teknikal mahupun dari segi pentadbirannya. >> Adapun begitu kami bersedia dengan beraninya melangkah kehadapan. >> >> Sudah tentunya saudara tertanya kenapa kami tidak memberikan secara >> percuma kerana sumber kod yang kami terima adalah sumber terbuka serta >> lesennya adalah untuk semua. Ya memang kami tidak menetapkan sebarang >> syarat untuk menerima sumber kod kami, malah saudara boleh mengubahnya >> tanpa sebarang permasalahan kerana ianya telah tertakluk dibawah lesen GPL >> serta lain lain lesen yang berkaitan. Akan tetapi kami menampung kos yang >> tinggi untuk mengedarkannya serta kami bukanlah memberikan semata mata >> CD/DVD/USB malah kami memberikannya didalam bentuk starter pack yang >> berisi dengan key-chain serta lain lain goodies yang difikir sesuai. Ini >> tidak termasuk kos permulaan bagi support center kami serta talian >> berkenaan dengan support services, malah kos untuk menampung operasi >> pelayan kami. >> >> Projek sistem operasi my1os bukanlah semata mata mencari keuntungan >> sahaja. Kami bekerjasama dengan IPTA serta IPTS dalam program CSR >> (Corporate Social Responsibility) kami. Malah kami menawarkan peluang >> pekerjaan kepada lepasan graduan yang difikir sesuai untuk diserapkan >> kedalam projek sistem operasi kami. Pihak kami sentiasa in-line dengan >> hasrat Kerajaan Malaysia dimana menghasilkan produk inovasi dan menekankan >> kreativiti. >> >> Jika saudara tertanya adakah kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian, >> jawapannya, benar kami menggunakan sumber kod Ubuntu/Debian didalam >> membangunkan sistem operasi kami. Dan seperti yang saya terangkan diatas, >> kami sentiasa mematuhi lesen GPL serta lesen lesen berkaitan. Jika dilihat >> dari perspektif yang lain, jika saudara menggunakan kernel linux versi >> 2.6.x, ianya tidak berbeza dengan versi kernel linux yang kami gunakan. >> Akan tetapi jika dibandingkan dengan Red Hat dan lain lain distro yang >> sedia ada. Saudara dan saya sendiri tidak berbeza dengan mereka, kerana >> mereka juga menggunakan kernel linux versi 2.6.x kerana ianya datang dari >> satu sumber iaitu laman web kernel.org . >> >> Lebih mudah jika dapat dilihat sebegini, Red Hat jika di USA, perisa >> pizza/hamburger, akan tetapi kami/kita berperisa sambal petai, budu dan >> seterusnya. >> >> Akan tetapi bukanlah mudah untuk mencapai sesuatu kejayaan jika tidak >> menempuh kepayahan. Kami sentiasa berfikiran positif terhadap sebarang >> komen/cadangan/kritikan/cemuhan samada di mailing list mahupun di forum >> dimana sekalipun. Kami tidak berkecil hati jika ada terdiri dari bangsa >> Melayu sendiri sekalipun mencemuh ataupun memberi pandangan negatif >> terhadap kami. Kami terdiri daripada 100% bumiputera melayu yang >> membangunkan sistem operasi ini tanpa apa apa yang perlu diselindungkan. >> Kami juga mengambil iktibar dari sistem operasi terdahulu seperti Ketupat >> Linux, Embun dan lain lain. Penghormatan untuk mereka yang gugur dalam >> perjuangan sumber terbuka. Dengan izin, "where they fall is where WE >> continue their fight" . Dimana mereka gugur disitulah kami, pembangun >> sistem operasi my1os akan menyambung perjuangan mereka. >> >> Kami juga tidak memasang niat jahat terhadap mana mana sistem operasi yang >> lain seperti saudara dengan simpleLinux, saudara saya mambang/Oshiri >> dengan OshiriX dan lain lain lagi. Kami menyanjung penuh dan menghargai >> usaha saudara sekelian didalam memperjuangkan sistem operasi sumber >> terbuka. >> >> Diharap penjelasan ini dapat sedikit sebanyak memperjelaskan keraguan >> saudara berkenaan dengan projek sistem operasi my1os. Kami bukanlah >> berunsurkan politik, kami hanya patriotik kepada Malaysia. >> >> >> Sekian, terima kasih >> >> -- >> Fariz Luqman >> The Chairman of SimpleLinux >> Visit: http://www.simplelinux.tk >> Fb: http://facebook.com/simpleLinux >> >> "There IS a Malaysian Linux Distro" >> --- >> Facebook: facebook.com/farizluqman >> >> > > > > -- > Fariz Luqman > The Chairman of SimpleLinux > Visit: http://www.simplelinux.tk > Fb: http://facebook.com/simpleLinux > > "There IS a Malaysian Linux Distro" > --- > Facebook: facebook.com/farizluqman > > > -- > To unsubscribe from and detail about this group > http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information > -- VISIT ME @ HTTP://WWW.MASOKIS.COM -- To unsubscribe from and detail about this group http://www.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information

