Saya setuju bahawa tidak semua istilah perlu diterjemah. Ini kerana dalam bahasa harian pengguna komputer sendiri, kita telah gunakan istilah tersebut. Namun, tiada sekatan juga jika ada yang berani menukar sesuatu istilah asalkan ianya dapat diterima pakai dalam bahasa harian pengguna komputer misalnya perkataan Pelayar Web yang dahulunya kita guna Web Browser.
Beberapa tahun kebelakangan ini, perkataan seperti Laman Sesawang telah mula digunakan walaupun tidak diterima sepenuhnya. Mungkin suatu hari nanti, ia akan diterima pakai juga. Bagi saya, situasi ini telah lama berlaku dalam dunia bahasa dan istilah diseluruh dunia. Kadang-kadang, kita tidak mungkin menterjemah sama sekali sesuatu nama kerana ianya telah digunakan dan dikenali sekian lama. Sesiapa yang berani mengubah istilah atau nama tersebut pada mulanya akan menimbulkan kekeliruan kepada pendengar atau pembaca. Jika ianya diterima oleh semua, maka ramai orang akan mula menggunakan perkataan tersebut. Namun, jika ianya tidak diterima, ianya akan lenyap begitu saja. Saya masih geli hati jika mendengar Joystick dipanggil "Batang Gembira" hahaha... sila baca post tahun 2009 di blog saya berkaitan isu ini: http://blog.apogeek.com/2009/01/22/perlu-terjemah-atau-tidak/ Sebagai seorang yang berasal dari kawasan kampung yang mana keseluruhan penduduk kawasan kampung saya telah biasa mengadaptasi bahasa inggeris dalam bahasa harian dari zaman penjajahan british lagi, saya tidak hairan dengan isu ini. Hinggakan beberapa tempat berdekatan kawasan tempat tinggal saya masih menggunakan bahasa inggeris dan tidak mungkin dapat ditukar ke bahasa melayu. Ia hanya menjadi bahan ketawa penduduk kawasan kampung saya jika mereka menterjemah nama tempat-tempat tersebut ke bahasa melayu. Tempat yang saya maksudkan ialah Slim River, Behrang Station, Slim Village dan kawasan-kawan berdekatan... Jika anda menukarkannya kepada "Sungai Ramping", "Stesen Behrang" dan "Kampung Ramping", saya pasti penduduk setempat akan ketawa atau keliru habis. Orang-orang tua dikawasan saya lebih banyak menggunakan istilah bahasa inggeris dan mereka telah lama menggunakannya sejak dari zaman sebelum saya dan mungkin anda lahir. Saya sudah biasa. Sebab itu, kadang-kadang saya bercakap pun, terguna juga istilah-istilah bahasa inggeris. Bukan kerana saya tidak patriotik, tapi kerana itulah bahasa tempat kelahiran saya. 2011/3/18 sallehy <[email protected]> > Mohon mencelah. > Saya dalam industri buku swasta dan sekarang kami ada membangunkan produk > buku IT. > > Memang setakat ini kami hadapi pelbagai cabaran. Namun kami terus ingin > berusaha. > > Menurut pakar bahasa dalaman kami (pakar > 1<http://universitipts.com/index.php/siapa_ainon_mohd/>, > pakar 2 <http://ms.wikipedia.org/wiki/Abdullah_Hassan>) tidak semua > istilah perlu diterjemah. > Ini kerana kadangkala terdapat istilah umum dan khas, jargon dan istilah > antarabangsa. > Perkataan-perkataan dalam bidang IT ini perlu dikategorikan dengan betul > dan kadangkala ia berfungsi sepertimana kita menggunakan formula sains dan > matematik. > > Perkataan upload contohnya tidak diterjemah kerana ia adalah istilah global > dan semakin menyukarkan pengguna apabila diterjemahkan. > Terdapat juga perkataan yang hanya diitalic untuk pertama kali penggunaan > dan terus digunakan seperti biasa selepas itu. > > Perkataan cakera liut misalnya, memang tidak digunakan kerana istilah ini > semakin menyukarkan dan kini ia seolah-olah telah pupus. > > Dan sering terjadi istilah yang kami digunakan tidak seperti yang digunakan > oleh DBP (istilah IT). > Hal ini kerana kami mempunyai in-house style publishing tersendiri. > > Itu ialah serba sedikit pengalaman berkenaan istilah ini. Semoga bahasa > Melayu terus berkembang dalam semua bidang. > > Terima kasih. > > > On Fri, Mar 18, 2011 at 3:28 AM, Muhammad Syafiq < > [email protected]> wrote: > >> Haha. I remember that translation bro! >> >> Ppl in translation is back! yeah! you rock dude! >> >> محمد شافق بن مذلي >> Muhammad Syafiq Bin Mazli >> http://syafiq.me >> 67C2 1C07 FDEC 09ED DE58 >> 1ED8 FF26 6105 142D CBE2 >> >> >> >> On Fri, Mar 18, 2011 at 1:55 AM, Garfield WTF <[email protected]> wrote: >> >>> *Terminate this window. ==> Jahanamkan tingkap ini. >>> * >>> -- >>> *GarfieldWTF <http://garfield.in>* >>> Debian User Community (Malaysia) >>> *http://debmal.my* >>> --------------------------------------------------------- >>> *CS Squad VPS Hosting <http://cart.cs-squad.net/cart.php?gid=1>* >>> >>> >>> >>> -- Best Wishes, M. Fauzilkamil Zainuddin ---------------------------------------------------- ApOgEE a.k.a JeRuNgKuN ---------------------------------------------------- https://edge.launchpad.net/~apogee - ApOgEE on LaunchPad http://artofapogee.blogspot.com - Art Of ApOgEE http://coderstalk.blogspot.com - Coder's Talk ---------------------------------------------------- -- To unsubscribe from and detail about this group http://portal.mosc.my/osdc-my-mailing-list-information MOSC2011 http://fb.me/mosc2011

