MACHANG, 3 Sept -- Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar akan 
mewajibkan semua pembangunan berhampiran Sungai Kelantan mengemukakan 
laporan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi mengelakkan sungai 
itu daripada terus tercemar.

Setiausaha Parlimennya, Datuk Sazmi Miah berkata tiada cara lain 
untuk menangani masalah itu yang semakin serius kecuali mewajibkan 
penyediaan laporan EIA.

"Dengan mengemukakan laporan EIA itu, kementerian melalui Jabatan 
Alam Sekitar, akan mudah bertindak berbanding sekarang," katanya 
kepada pemberita di sini.

Masalah pencemaran Sungai Kelantan menerima teguran Perdana Menteri 
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi ketika beliau melawat Kelantan baru-
baru ini.

Sazmi sebelum ini juga mendedahkan bahawa pembalakan yang tidak 
terkawal, perlombongan dan pencerobohan hutan terutama di hulu Sungai 
Kelantan sebagai antara punca pencemaran itu.

"Kementerian akui ia semakin serius sekarang apabila berlakunya 
hakisan ketika hujan dan mambawa bahan terampai ke sungai tersebut 
yang menyebabkan pencemaran dan banjir buruk sebelum ini," katanya.

Beliau kesal kerana masalah pembalakan dan pencerobohan hutan di 
tebing Sungai Kelantan tidak diambil berat oleh kerajaan negeri yang 
memberikan kelulusan kepada kegiatan itu.//Bernama








 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 


Kirim email ke