KOTA BHARU: Bandar Kota Bharu mengalami banjir setiap tahun kerana 85 
peratus daripada jumlah tadahan hujan seluruh negeri ini bertumpu ke 
Sungai Kelantan yang berakhir dekat Tambatan Diraja, di sini.

Ancaman banjir kini semakin ketara apabila paras air Sungai Kelantan 
di Tangga Krai di Kuala Krai meningkat, selain curahan hujan hulu 
Kelantan melebihi 30 hingga 40 milimeter sehari.

Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran (JPS) negeri, Lim Chow Hock, 
berkata semua kakitangan Unit Hidrologi JPS kini memantau paras air 
dan data curahan hujan menerusi 15 mesin telemetrik seluruh negeri.

Katanya, keluasan keseluruhan negeri ini ialah 15,300 meter persegi 
dan kira-kira 85 peratus daripada tadahan hujan semua sungai negeri 
ini bertumpu ke Sungai Kelantan yang berakhir di Kota Bharu.

"Kita perlu bersiap sedia apabila paras air Sungai Kelantan di Kuala 
Krai mencecah paras waspada maksimum iaitu 22.5 meter (minimum 20.0 
meter). 

"Setakat petang ini, paras air di Tangga Krai masih di bawah tahap 
waspada iaitu sekitar 18 meter tetapi keadaan itu boleh berubah bila-
bila masa kerana kawasan hulu dilaporkan mengalami hujan," katanya.

Lim berkata, setakat ini, Kelantan sudah mencatatkan data curahan 
hujan berjumlah 2,030 milimeter (mm) berbanding kadar purata hujan 
tahunan di negeri ialah 2,700 mm.

"Kelantan masih mempunyai baki curahan hujan kira-kira 670 mm lagi 
dan jika jumlah hujan itu turun dalam tiga hari berterusan, boleh 
menyebabkan kita sekali lagi dilanda banjir," katanya.

Katanya, berdasarkan kajian JPS, aliran air sungai dari Gua Musang ke 
Kota Bharu mengambil masa antara 18 hingga 20 jam manakala dari Kuala 
Krai ke Kota Bharu pula ialah 10 hingga 12 jam.

Lim berkata, sehingga lewat petang semalam, JPS belum membuka bilik 
gerakan banjir kerana paras air di Tangga Krai dianggap masih normal.

Sementara itu, Pengarah Bahagian Keselamatan Negara (BKN) Kelantan, 
Mohd Rosli Mamat, berkata pihaknya sudah mengagihkan bekalan makanan 
untuk mangsa banjir sejak minggu lalu.

Katanya, bekalan itu membabitkan 2,400 kilogram beras untuk kegunaan 
lebih 140,000 mangsa membabitkan 677 pusat pemindahan banjir di 
seluruh negeri ini.

"Selain beras, BKN turut menyediakan makanan asas seperti gula, 
sardin, susu, teh/kopi, minyak masak dan ikan kering membabitkan kos 
perbelanjaan RM100,000 yang diperuntukkan kerajaan negeri," katanya.

Mohd Rosli berkata, bekalan banjir itu diagihkan kepada 174 pangkalan 
hadapan sebelum dibahagikan kepada mangsa yang berada di semua pusat 
pemindahan sebaik banjir berlaku.//BHarian







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 

Kirim email ke