KOTA BHARU, 26 Sept - Timbalan Menteri Besar Kelantan, Dato' Ahmad 
Yakob melahirkan rasa kesal terhadap agenda pihak tertentu yang cuba 
memburukkan kerajaan negeri sehingga air yang keruh di Sungai 
Kelantan didakwa sebagai kotor. 

Katanya, sungai Kelantan tidak kotor seperti yang cuba digambarkan 
sebuah stesen televisyen swasta baru-baru ini. Sehubungan itu beliau 
berkata, pihak terbabit perlu pandai membezakan di antara keruh dan 
kotor. 

"Kelantan tidak pernah melakukan aktiviti perlombongan di luar garis 
panduan ditetapkan sehingga berlakunya pencemaran sungai-sungai di 
negeri ini," katanya sebagai mengulas segmen air Sungai Kelantan 
kotor yang disiarkan sebuah stesen televisyen, baru-baru ini.

Menurut Ahmad air sungai keruh yang diambil pihak terbabit di Hulu 
Sungai Kelantan sebenarnya berlaku selepas hujan lebat di kawasan 
pedalaman.

"Semua orang tahu, air sungai mana-mana sekalipun kalau hujan lebat 
tentu warnanya berubah dan menjadi keruh. Setakat ini saya belum 
mendapat maklumat lagi adanya ikan-ikan yang mati kerana air sungai 
yang dianggap kotor.

"Ada sebuah negeri di negara ini sungainya begitu kotor sehingga ikan 
pun mati, tetapi di Kelantan tidak berlaku lagi kejadian tersebut," 
ujarnya.

Beliau juga berkata, pembangunan tanah kawasan hutan di negeri ini 
termasuk aktiviti perlombongan dilakukan mengikut piawaian ditetapkan 
serta mengikut nasihat pakar.

Tambahnya, kerajaan negeri hanya meluluskan kepada mana-mana syarikat 
yang mengikut sepenuhnya peraturan ditetapkan seperti menyediakan 
takungan air sebelum ia dilepaskan ke sungai.

"Mana-mana syarikat yang tidak mengikut peraturan yang telah 
ditetapkan kerajaan negeri, kita membatalkan segera kontrak mereka 
demi menjaga kualiti air dan alam sekitar,"ujarnya.

Bagaimanapun kata beliau hasil kegiatan pembangunan dan perlombongan 
sedikit sebanyak memberi kesan kepada air sungai di kawasan 
berdekatan, namun masih dalam keadaan terkawal. 

Baru-baru ini, stesen televisyen terbabit menyiarkan slot khas 
mengenai dakwaan pencemaran Sungai Kelantan. Namun, paparan yang 
dikemuka tidak dibuktikan melalui fakta yang tepat hanya sekadar 
cakap-cakap penduduk kampung dan Adun Dabong.//Hrkh

 







 
Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/perakan/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    mailto:[EMAIL PROTECTED] 
    mailto:[EMAIL PROTECTED]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [EMAIL PROTECTED]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/
 



Kirim email ke