. Buat rata-rata orang Islam orang yagn tidak sependapat dengan merkea adalah 
kafir... Dan merekapun dengan gigih dan penuh semangat saling berbunuhan... 
Lihat aja Siria, Mesir, Pakistan,Iraq, Yemen dll. --- In 
[email protected], <gkrantau@...> wrote: Sayang sekali ajaran 
Islam TIDAK melarng pembunuhan non-Muslim. 
 
Baca At Taubah 9:5 :" Ketika bulan2 suci (Shawal, Dhu Qua'adah, Dhul 
Hjjah dan Muharram) sudah berakhir BUNUHLAH pemuja berhala dimanapun kamu temui 
mereka. Tahanlah meeka, kepunglah mereka, dan intailah mereka untuk menyerang 
mereka di mana saja!" 
 
Pemuja berhala dan non-Muslim lainnya rupanya mnrt Al Qur'an halal untuk 
dibunuh. Dan hal ini terbukti dengan serangan2 yg dilakukan oleh Muslims sejak 
abad ke-7. 
 
Bertentangan dg ajaranyg mengatakan bhw Muslim hanya boleh berperang kalau 
diserang lebih dulu karena agamanya dan diusir dari kampung-halamannya. 
Kenyataannya Muslim selalu mendahului melakukan penyrangana thdp bangsa2 yg 
tidak pernah menggangguMuslim. Bangsa2 Mesir,Persia, Turki, India, Spanyol dst. 
 
Gabriella 
 
PS Spt tertulis di atas mnrt Al Qur'an  bulan2 suci itu TIDAK TERMASUK 
Ramadhan! 
 
 
 
 
________________________________ 
 From: ab rahim abdul hamid < arah1958@... >. 
 
To: " tawangalun@... " < tawangalun@... > 
Cc: " [email protected] " < 
[email protected] >; " 
[email protected] " < [email protected] 
>; " [email protected] " < 
[email protected] >; " matius10ay1@... " < 
matius10ay1@... >; " [email protected] " < 
[email protected] >; " [email protected] 
" < [email protected] >; " [email protected] 
" < [email protected] >; " rambitesemak@... " < 
rambitesemak@... >; " [email protected] " < 
[email protected] >; " [email protected] " < 
[email protected] >; ab rahim abdul hamid < arah1958@... >; hans 
mandala < hans_mandala1@... >; Iman K. < alexander_soebroto@... >; 
kepalaemase01 < kepalaemase01@... >; pinpinyuliansyah < 
pinpinyuliansyah@... >; rezameutia < rezameutia@... >; s s < 
suryauniversity@... > 
Sent: Friday, 30 August 2013 7:21 PM 
Subject: [Indonesia-Rising] Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan 
sengaja, maka balasannya adalah Jahannam 
 
 
 
  
Adalah menjadi perkara yang maklum minaddin bi dharurah (tidak ada alasan untuk 
tidak mengetahui) bahawa melakukan pembunuhan secara sengaja adalah haram 
secara qath’ie (pasti). Firman Allah SWT  
 
“Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya 
adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya 
serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93].  
 
 
Uqubat (Hukuman) Bagi Pembunuhan 
 
 
 
“Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi 
kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas 
dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33].  
 
FirmanNya yang lain,  
 
“Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ 
al-Baqarah (2):178].  
 
Adapun mengenai pilihan yang diberikan kepada ahli waris, is diterangkan oleh 
Rasulullah SAW melalui hadis baginda,  
 
“Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak, boleh meminta diyat 
(tebusan) atau membunuh si pelakunya (qisas)” [HR Bukhari].  
 
Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khuza’iy, ia berkata, aku 
mendengar Rasulullah SAW bersabda,  
 
“Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu 
dari tiga pilihan, boleh meng-qisas atau mengambil diyat atau memaafkan. Jika 
ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya”.  
 
Kesemua ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi al-qatlu 
al-amad adalah qisas atau pihak wali meminta diyat ataupun memaafkan, yang 
berbeza sama sekali dengan undang-undang yang diterapkan pada hari ini.  
 
Berkenaan diyat, terdapat dua jenis diyat iaitu pertama, diyat berat 
(mughallazah) yakni 100 ekor unta di mana 40 darinya mestilah bunting. Diyat 
ini diambil dari pembunuhan yang disengaja (qatlu al-amad) apabila walinya 
memilih untuk meminta diyat. Diyat ini juga diambil dari pembunuhan mirip 
sengaja (syibhul amad). Kedua, diyat yang tidak berat yakni 100 ekor unta 
sahaja. Diyat semacam ini diambil dari kes pembunuhan yang tersalah dan tidak 
sengaja. Dalil untuk kesemua ini diambil dari hadis Nabi SAW. Diriwayatkan oleh 
Imam Nasa’iy bahawa Amru bin Hazm meriwayatkan di dalam kitabnya bahawa 
Rasulullah SAW telah menulis surat kepada penduduk Yaman,  
 
“Sesungguhnya di dalam jiwa seorang mukmin itu ada 100 ekor unta”.  
 
Dikeluarkan dari Tirmizi dari Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya, 
bahawa Rasulullah SAW bersabda,  
 
“Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja maka keputusannya diserahkan kepada 
wali-wali pihak terbunuh. Mereka berhak membunuh (qisas) atau mengambil diyat 
yakni 30 ekor unta dewasa (hiqqah), 30 ekor unta muda (jaza’ah) dan 40 unta 
yang sedang bunting, dan mereka juga berhak memaafkannya”.  
 
Diyat di sini mestilah berupa unta, bukan yang lain. Ini kerana nas telah 
menetapkannya demikian. Oleh itu, diyat tidak boleh dibayar dengan lembu, 
kambing, biri-biri atau haiwan yang lain. Tidak ada dalil dari Rasulullah SAW 
yang menunjukkan atau membenarkan hal tersebut. Adapun terdapat beberapa 
riwayat dari Amru bin Syuaib dan juga dari Atha’ dari Jabir yang membenarkan 
diganti unta dengan lembu dan biri-biri, sesungguhnya hadis-hadis tersebut 
adalah dhaif kerana terdapat di dalamnya Muhammad bin Rasyid al-Dimasyqiy 
a-Makhuliy dan juga Muhammad bin Ishaq yang terkenal suka melakukan tadlis 
(pembohongan). Perlu difahami bahawa kedudukan unta (di dalam diyat) adalah 
dasar diyat. Ia tidak boleh ditukarkan dengan apa jenis haiwan pun dan atas 
alasan apa pun. 
  
Mengenai diyat wang, maka ia diukur dengan emas sebanyak 1,000 dinar dan perak 
sebanyak 12,000 dirham. Dalil tentang diyat yang dibayar dengan emas adalah apa 
yang diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazam 
dari bapanya dari datuknya,  
 
“Dan bagi orang yang memiliki emas (diyatnya) sebanyak 1,000 dinar”.  
 
Sedangkan dalil diyat dengan perak adalah berdasarkan riwayat Ikrimah dari Ibnu 
Abbas,  
 
“Seorang lelaki telah membunuh, kemudian Nabi SAW menetapkan diyatnya sebanyak 
12,000 dirham”.  
 
Satu dinar syar’ie adalah setara dengan 4.25 gram emas dan satu dirham syar’ie 
adalah setara dengan 2.975 gram perak. Oleh itu, diyat bagi pihak yang 
terbunuh, bila dibayar dengan emas adalah sebanyak 4,250 gram atau jika dibayar 
dengan perak berjumlah sebanyak 35,700 gram perak. Diyat seorang yang merdeka 
adalah sama dengan diyat seorang hamba, begitu juga diyat seorang lelaki adalah 
sama dengan diyat seorang perempuan. Juga, tidak ada perbezaan di antara dewasa 
dan kanak-kanak atau Muslim dan zimmi, kesemua diyat mereka sama sahaja. Hal 
ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW,  
 
“Kaum Muslimin darahnya sepadan”. Juga sabda baginda, “Di dalam jiwa seorang 
mukminah terdapat 100 ekor unta”. Sabda baginda yang lain, “Perhatikan orang 
yang terbunuh kerana pembunuhan yang mirip sengaja, baik terbunuh kerana cambuk 
mahupun tongkat, maka diyatnya adalah 100 ekor unta.  
 
Dalil-dalil ini berlaku umum tanpa dibezakan di antara lelaki mahupun wanita, 
merdeka mahupun hamba. 
 
Pihak Yang Wajib Membayar Diyat 
 
Mengenai pihak yang wajib membayar diyat, hal ini perlu dirincikan dan 
diperhatikan dengan cermat. Untuk kes pembunuhan sengaja (al-qatlu al-amad), 
diyat diambil dari harta si pembunuh, bukan dari aqilahnya. ‘Aqilah’ adalah 
pihak asabah  yang memiliki pertalian keluarga dari sebelah bapa (paternal 
relations/agnates). Adapun adik-beradik lelaki ibu (mother’s brothers) dan 
lain-lain saudara sebelah ibu (maternal relatives), suami/isteri dan siapa 
sahaja yang bukan dari sebelah bapa, kesemua mereka tidak termasuk dalam 
kategori aqilah. Adapun bapa dan anak lelaki bukanlah aqilah kerana aqilah 
adalah asabah yang tidak mewarisi kecuali bahagian yang ditinggalkan 
(baki/remainder) sahaja.  
 
Dalil bahawa diyat tidak diambil dari aqilah dalam kes pembunuhan sengaja 
adalah berdasarkan banyak hadis. Antaranya adalah yang diriwayatkan dari Amru 
bin al-Ahwas bahawa ia hadir pada saat haji wida’ bersama Rasulullah SAW di 
mana baginda bersabda,  
 
“Tidaklah seseorang pesalah/penjenayah melakukan jenayah kecuali (tertanggung) 
atas dirinya sendiri. Seorang anak tidak menanggung jenayah bapanya dan seorang 
bapa tidak menanggung jenayah anaknya”.  
 
Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda,  
 
“Seorang lelaki (anak) tidak dihukum atas kesalahan bapanya mahupun 
saudaranya”.  
 
Ini adalah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa pembunuhan yang disengaja, 
diyatnya tidak dibebankan kepada aqilah si pembunuh. Begitu juga di dalam kes 
pengakuan membunuh (confession) di mana diyatnya tidak dibebani kepada 
aqilahnya. Dari Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah SAW bersabda,  
 
“Jangan bebani ke atas aqilah diyat walau sedikit, dari orang yang mengaku 
membunuh”.  
 
Adapun untuk pembunuhan mirip sengaja (syibhul amad), tersalah (khata’) dan 
juga tidak sengaja (ma ujri mujarral khata’), dalam ketiga-tiga kategori ini, 
diyatnya adalah terbeban (wajib) ke atas aqilah,. Ini adalah berdasarkan hadis 
dari Abu Hurairah yang berkata,  
 
“Dua orang wanita dari suku Huzail berkelahi. Salah seorang di antaranya 
melempar seorang lagi dengan batu. Wanita (yang dilempari batu) itu mati, 
begitu juga (bayi) yang dikandungnya. Nabi SAW menetapkan bahawa diyat atas 
janin adalah (membebaskan) hamba lelaki atau perempuan sedangkan diyat bagi 
wanita itu adalah atas aqilahnya (aqilah si pelempar)”.  
 
Difahami dari hadis di atas bahawa membunuh dengan batu adalah termasuk 
pembunuhan mirip sengaja kerana (melempar) batu lazimnya tidak menyebabkan 
kematian. Manakala untuk pembunuhan tersalah dan tidak sengaja, terdapat hadis 
sahih dari Nabi SAW bahawa  
 
“Baginda memutuskan bahawa diyat untuk pembunuhan yang tersalah adalah 
(dipertanggungjawabkan) kepada aqilahnya”.  
 
Sebagai kesimpulan, diyat bagi pembunuhan mirip sengaja, tersalah dan juga 
tidak sengaja  adalah diwajibkan ke atas aqilah semata-mata, tidak 
diwajibkan ke atas ahli waris. Jadi, hanya aqilah sahajalah yang mesti 
membayarnya. Secara terperinci, aqilah seseorang adalah asyeerah (ahli 
keluarga)nya iaitu adik-beradik lelakinya, bapa saudara sebelah bapa (paternal 
uncles) dan anak-anak lelaki dari bapa saudara sebelah bapa (sepupu lelaki) 
sehinggalah kepada datuk yang ketiga (datuk kepada datuk).  Ia bermula 
dari fakhz (kaum keluarga) yang terdekat. Jika mereka tidak mampu, maka diyat 
dikumpulkan dari kerabat terdekat yang berikutnya dan seterusnya, yang 
mukallaf, lelaki dan merdeka dari kalangan asabah nasab (agnates by relation) 
kemudian asabah sabab (agnates by cause). Jika mereka ini tidak mampu atau 
tidak ada, maka diyatnya diambil dari Baitul Mal. Disebutkan di dalam hadis 
Sahal bin Abi Hasyamah tentang seseorang yang terbunuh di Khaibar,  
 
“Kemudian Rasulullah SAW membayar diyatnya dari apa yang ia miliki (Baitul 
Mal)”.  
 
Juga, di dalam hadis Amru bin Syuaib disebut,  
 
“Kemudian baginda membayar diyatnya sebanyak 100 ekor unta dari unta 
sedekah”.  
 
Diyat diambil dari aqilah secara samarata dan diambil dari aqilah yang mampu 
sahaja. Adapun mengenai persoalan kepada siapakah diyat ini diserahkan, ia 
diserahkan kepada ahli waris pihak yang terbunuh, bukan kepada aqilah mereka. 
Ini kerana terdapat hadis yang melarang pembayaran diyat kepada aqilah orang 
yang terbunuh [sila baca penjelasan penuh di dalam kitab Nizamul Uqubat, Abdul 
Rahman al-Maliki].  
 
 
 
 
[Non-text portions of this message have been removed]

------------------------------------

Post message: [email protected]
Subscribe   :  [email protected]
Unsubscribe :  [email protected]
List owner  :  [email protected]
Homepage    :  http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links

<*> To visit your group on the web, go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/

<*> Your email settings:
    Individual Email | Traditional

<*> To change settings online go to:
    http://groups.yahoo.com/group/proletar/join
    (Yahoo! ID required)

<*> To change settings via email:
    [email protected] 
    [email protected]

<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
    [email protected]

<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
    http://docs.yahoo.com/info/terms/

Kirim email ke