Wak AbRahim berkata: " ...akhirnya kita di tipu oleh syaitan dan hanya mempamirkan kejahilan kita atau kotornya hati kita".
Wak AbRahimdan kawan2 Muslim anda semua perlu ingat bahawa Nabi Muhammad sendirinya juga pernah terkecoh, mengucapkan bisikan dari syaiton! Di ramai madrasah di Indonesia dan Malaysia ketikabudak2 sedang belajar membaca ayat2 suci al Qur'an justru mereka kerasukan roh jahat, syaiton. Mereka ini kemudian berteriak-teriak dan lupakan diri. Hal seperti ini tidak pernah terjadi di kelas di mana budak2 belajar ayat2 daripada Alkitab (Bible) ataupun mereka yg belajar ajaran Buddha dan Hindu. Sungguh ajaib. Gabriella ________________________________ From: ab rahim abdul hamid <[email protected]> To: Gabriella Rantau <[email protected]> Cc: "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; ab rahim abdul hamid <[email protected]>; hans mandala <[email protected]>; Iman K. <[email protected]>; kepalaemase01 <[email protected]>; pinpinyuliansyah <[email protected]>; rezameutia <[email protected]>; s s <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]> Sent: Saturday, 31 August 2013 1:53 AM Subject: [Indonesia-Rising] Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam Syabas, kerana cuba memahami Al Quran dan Islam. Mari kita mempelajari seluruh Al Quran dan bukan cherry picking atau cut & paste mana mana ayat, akhirnya kita di tipu oleh syaitan dan hanya mempamirkan kejahilan kita atau kotornya hati kita. Commonly Misunderstood Quran Verses Dr. Jamal Badawi http://www.youtube.com/watch?v=zziCIyMtt-c ________________________________ From: Gabriella Rantau <[email protected]> Sent: Friday, 30 August 2013 9:32 PM Subject: Re: [Indonesia-Rising] Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam Sayang sekali ajaran Islam TIDAK melarng pembunuhan non-Muslim. Baca At Taubah 9:5 :" Ketika bulan2 suci (Shawal, Dhu Qua'adah, Dhul Hjjah dan Muharram) sudah berakhir BUNUHLAH pemuja berhala dimanapun kamu temui mereka. Tahanlah meeka, kepunglah mereka, dan intailah mereka untuk menyerang mereka di mana saja!" Pemuja berhala dan non-Muslim lainnya rupanya mnrt Al Qur'an halal untuk dibunuh. Dan hal ini terbukti dengan serangan2 yg dilakukan oleh Muslims sejak abad ke-7. Bertentangan dg ajaranyg mengatakan bhw Muslim hanya boleh berperang kalau diserang lebih dulu karena agamanya dan diusir dari kampung-halamannya. Kenyataannya Muslim selalu mendahului melakukan penyrangana thdp bangsa2 yg tidak pernah menggangguMuslim. Bangsa2 Mesir,Persia, Turki, India, Spanyol dst. Gabriella PS Spt tertulis di atas mnrt Al Qur'an bulan2 suci itu TIDAK TERMASUK Ramadhan! ________________________________ From: ab rahim abdul hamid <[email protected]>. To: "[email protected]" <[email protected]> Cc: "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; "[email protected]" <[email protected]>; ab rahim abdul hamid <[email protected]>; hans mandala <[email protected]>; Iman K. <[email protected]>; kepalaemase01 <[email protected]>; pinpinyuliansyah <[email protected]>; rezameutia <[email protected]>; s s <[email protected]> Sent: Friday, 30 August 2013 7:21 PM Subject: [Indonesia-Rising] Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam Adalah menjadi perkara yang maklum minaddin bi dharurah (tidak ada alasan untuk tidak mengetahui) bahawa melakukan pembunuhan secara sengaja adalah haram secara qath’ie (pasti). Firman Allah SWT “Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja, maka balasannya adalah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya dan melaknatnya serta menyediakan azab yang besar baginya.” [TMQ an-Nisa’ (4):93]. Uqubat (Hukuman) Bagi Pembunuhan “Dan barangsiapa dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya Kami telah memberi kekuasaan kepada ahli warisnya, tetapi janganlah ahli waris itu melampaui batas dalam membunuh” [TMQ al-Isra’ (17):33]. FirmanNya yang lain, “Diwajibkan atas kamu qisas berkenaan orang-orang yang dibunuh” [TMQ al-Baqarah (2):178]. Adapun mengenai pilihan yang diberikan kepada ahli waris, is diterangkan oleh Rasulullah SAW melalui hadis baginda, “Barangsiapa yang terbunuh, maka walinya memiliki dua hak, boleh meminta diyat (tebusan) atau membunuh si pelakunya (qisas)” [HR Bukhari]. Imam Abu Daud meriwayatkan dari Abu Syuraih al-Khuza’iy, ia berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa tertumpah darahnya atau disakiti, maka ia boleh memilih salah satu dari tiga pilihan, boleh meng-qisas atau mengambil diyat atau memaafkan. Jika ingin yang keempat, maka kuasailah dirinya”. Kesemua ini merupakan dalil yang sangat jelas bahawa hukuman bagi al-qatlu al-amad adalah qisas atau pihak wali meminta diyat ataupun memaafkan, yang berbeza sama sekali dengan undang-undang yang diterapkan pada hari ini. Berkenaan diyat, terdapat dua jenis diyat iaitu pertama, diyat berat (mughallazah) yakni 100 ekor unta di mana 40 darinya mestilah bunting. Diyat ini diambil dari pembunuhan yang disengaja (qatlu al-amad) apabila walinya memilih untuk meminta diyat. Diyat ini juga diambil dari pembunuhan mirip sengaja (syibhul amad). Kedua, diyat yang tidak berat yakni 100 ekor unta sahaja. Diyat semacam ini diambil dari kes pembunuhan yang tersalah dan tidak sengaja. Dalil untuk kesemua ini diambil dari hadis Nabi SAW. Diriwayatkan oleh Imam Nasa’iy bahawa Amru bin Hazm meriwayatkan di dalam kitabnya bahawa Rasulullah SAW telah menulis surat kepada penduduk Yaman, “Sesungguhnya di dalam jiwa seorang mukmin itu ada 100 ekor unta”. Dikeluarkan dari Tirmizi dari Amru bin Syuaib dari bapanya dari datuknya, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang membunuh dengan sengaja maka keputusannya diserahkan kepada wali-wali pihak terbunuh. Mereka berhak membunuh (qisas) atau mengambil diyat yakni 30 ekor unta dewasa (hiqqah), 30 ekor unta muda (jaza’ah) dan 40 unta yang sedang bunting, dan mereka juga berhak memaafkannya”. Diyat di sini mestilah berupa unta, bukan yang lain. Ini kerana nas telah menetapkannya demikian. Oleh itu, diyat tidak boleh dibayar dengan lembu, kambing, biri-biri atau haiwan yang lain. Tidak ada dalil dari Rasulullah SAW yang menunjukkan atau membenarkan hal tersebut. Adapun terdapat beberapa riwayat dari Amru bin Syuaib dan juga dari Atha’ dari Jabir yang membenarkan diganti unta dengan lembu dan biri-biri, sesungguhnya hadis-hadis tersebut adalah dhaif kerana terdapat di dalamnya Muhammad bin Rasyid al-Dimasyqiy a-Makhuliy dan juga Muhammad bin Ishaq yang terkenal suka melakukan tadlis (pembohongan). Perlu difahami bahawa kedudukan unta (di dalam diyat) adalah dasar diyat. Ia tidak boleh ditukarkan dengan apa jenis haiwan pun dan atas alasan apa pun. Mengenai diyat wang, maka ia diukur dengan emas sebanyak 1,000 dinar dan perak sebanyak 12,000 dirham. Dalil tentang diyat yang dibayar dengan emas adalah apa yang diriwayatkan oleh Nasa’i dari Abu Bakar bin Muhammad bin Amru bin Hazam dari bapanya dari datuknya, “Dan bagi orang yang memiliki emas (diyatnya) sebanyak 1,000 dinar”. Sedangkan dalil diyat dengan perak adalah berdasarkan riwayat Ikrimah dari Ibnu Abbas, “Seorang lelaki telah membunuh, kemudian Nabi SAW menetapkan diyatnya sebanyak 12,000 dirham”. Satu dinar syar’ie adalah setara dengan 4.25 gram emas dan satu dirham syar’ie adalah setara dengan 2.975 gram perak. Oleh itu, diyat bagi pihak yang terbunuh, bila dibayar dengan emas adalah sebanyak 4,250 gram atau jika dibayar dengan perak berjumlah sebanyak 35,700 gram perak. Diyat seorang yang merdeka adalah sama dengan diyat seorang hamba, begitu juga diyat seorang lelaki adalah sama dengan diyat seorang perempuan. Juga, tidak ada perbezaan di antara dewasa dan kanak-kanak atau Muslim dan zimmi, kesemua diyat mereka sama sahaja. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah SAW, “Kaum Muslimin darahnya sepadan”. Juga sabda baginda, “Di dalam jiwa seorang mukminah terdapat 100 ekor unta”. Sabda baginda yang lain, “Perhatikan orang yang terbunuh kerana pembunuhan yang mirip sengaja, baik terbunuh kerana cambuk mahupun tongkat, maka diyatnya adalah 100 ekor unta. Dalil-dalil ini berlaku umum tanpa dibezakan di antara lelaki mahupun wanita, merdeka mahupun hamba. Pihak Yang Wajib Membayar Diyat Mengenai pihak yang wajib membayar diyat, hal ini perlu dirincikan dan diperhatikan dengan cermat. Untuk kes pembunuhan sengaja (al-qatlu al-amad), diyat diambil dari harta si pembunuh, bukan dari aqilahnya. ‘Aqilah’ adalah pihak asabah yang memiliki pertalian keluarga dari sebelah bapa (paternal relations/agnates). Adapun adik-beradik lelaki ibu (mother’s brothers) dan lain-lain saudara sebelah ibu (maternal relatives), suami/isteri dan siapa sahaja yang bukan dari sebelah bapa, kesemua mereka tidak termasuk dalam kategori aqilah. Adapun bapa dan anak lelaki bukanlah aqilah kerana aqilah adalah asabah yang tidak mewarisi kecuali bahagian yang ditinggalkan (baki/remainder) sahaja. Dalil bahawa diyat tidak diambil dari aqilah dalam kes pembunuhan sengaja adalah berdasarkan banyak hadis. Antaranya adalah yang diriwayatkan dari Amru bin al-Ahwas bahawa ia hadir pada saat haji wida’ bersama Rasulullah SAW di mana baginda bersabda, “Tidaklah seseorang pesalah/penjenayah melakukan jenayah kecuali (tertanggung) atas dirinya sendiri. Seorang anak tidak menanggung jenayah bapanya dan seorang bapa tidak menanggung jenayah anaknya”. Dari Ibnu Mas’ud, ia berkata, Rasulullah SAW bersabda, “Seorang lelaki (anak) tidak dihukum atas kesalahan bapanya mahupun saudaranya”. Ini adalah dalil-dalil yang menunjukkan bahawa pembunuhan yang disengaja, diyatnya tidak dibebankan kepada aqilah si pembunuh. Begitu juga di dalam kes pengakuan membunuh (confession) di mana diyatnya tidak dibebani kepada aqilahnya. Dari Ubadah bin Samit bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jangan bebani ke atas aqilah diyat walau sedikit, dari orang yang mengaku membunuh”. Adapun untuk pembunuhan mirip sengaja (syibhul amad), tersalah (khata’) dan juga tidak sengaja (ma ujri mujarral khata’), dalam ketiga-tiga kategori ini, diyatnya adalah terbeban (wajib) ke atas aqilah,. Ini adalah berdasarkan hadis dari Abu Hurairah yang berkata, “Dua orang wanita dari suku Huzail berkelahi. Salah seorang di antaranya melempar seorang lagi dengan batu. Wanita (yang dilempari batu) itu mati, begitu juga (bayi) yang dikandungnya. Nabi SAW menetapkan bahawa diyat atas janin adalah (membebaskan) hamba lelaki atau perempuan sedangkan diyat bagi wanita itu adalah atas aqilahnya (aqilah si pelempar)”. Difahami dari hadis di atas bahawa membunuh dengan batu adalah termasuk pembunuhan mirip sengaja kerana (melempar) batu lazimnya tidak menyebabkan kematian. Manakala untuk pembunuhan tersalah dan tidak sengaja, terdapat hadis sahih dari Nabi SAW bahawa “Baginda memutuskan bahawa diyat untuk pembunuhan yang tersalah adalah (dipertanggungjawabkan) kepada aqilahnya”. Sebagai kesimpulan, diyat bagi pembunuhan mirip sengaja, tersalah dan juga tidak sengaja adalah diwajibkan ke atas aqilah semata-mata, tidak diwajibkan ke atas ahli waris. Jadi, hanya aqilah sahajalah yang mesti membayarnya. Secara terperinci, aqilah seseorang adalah asyeerah (ahli keluarga)nya iaitu adik-beradik lelakinya, bapa saudara sebelah bapa (paternal uncles) dan anak-anak lelaki dari bapa saudara sebelah bapa (sepupu lelaki) sehinggalah kepada datuk yang ketiga (datuk kepada datuk). Ia bermula dari fakhz (kaum keluarga) yang terdekat. Jika mereka tidak mampu, maka diyat dikumpulkan dari kerabat terdekat yang berikutnya dan seterusnya, yang mukallaf, lelaki dan merdeka dari kalangan asabah nasab (agnates by relation) kemudian asabah sabab (agnates by cause). Jika mereka ini tidak mampu atau tidak ada, maka diyatnya diambil dari Baitul Mal. Disebutkan di dalam hadis Sahal bin Abi Hasyamah tentang seseorang yang terbunuh di Khaibar, “Kemudian Rasulullah SAW membayar diyatnya dari apa yang ia miliki (Baitul Mal)”. Juga, di dalam hadis Amru bin Syuaib disebut, “Kemudian baginda membayar diyatnya sebanyak 100 ekor unta dari unta sedekah”. Diyat diambil dari aqilah secara samarata dan diambil dari aqilah yang mampu sahaja. Adapun mengenai persoalan kepada siapakah diyat ini diserahkan, ia diserahkan kepada ahli waris pihak yang terbunuh, bukan kepada aqilah mereka. Ini kerana terdapat hadis yang melarang pembayaran diyat kepada aqilah orang yang terbunuh [sila baca penjelasan penuh di dalam kitab Nizamul Uqubat, Abdul Rahman al-Maliki]. [Non-text portions of this message have been removed] ------------------------------------ Post message: [email protected] Subscribe : [email protected] Unsubscribe : [email protected] List owner : [email protected] Homepage : http://proletar.8m.com/Yahoo! Groups Links <*> To visit your group on the web, go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/ <*> Your email settings: Individual Email | Traditional <*> To change settings online go to: http://groups.yahoo.com/group/proletar/join (Yahoo! ID required) <*> To change settings via email: [email protected] [email protected] <*> To unsubscribe from this group, send an email to: [email protected] <*> Your use of Yahoo! Groups is subject to: http://docs.yahoo.com/info/terms/
