Konvokesyen UUM ditangguh kerana banjir
November 02, 2010
ALOR
SETAR, 2 Nov – Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM) ke-23 sesi
kelima dan keenam yang dijadual hari ini terpaksa ditangguh akibat
banjir yang melanda daerah Kubang Pasu sej...ak semalam.
Naib
Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Dr Mohamed Mustafa Ishak
berkata majlis konvokesyen bagi dua hari pertama iaitu pada 31 Okt dan 1
Nov berjalan lancar.
“Bagaimanapun, bagi sesi kelima dan keenam
pada hari terakhir majlis konvokesyen, iaitu hari ini terpaksa ditangguh
atas sebab banjir di kawasan sekitar universiti ini,” katanya dalam
kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata jalan utama yang
menghubungkan UUM dengan Alor Setar iaitu melalui Lebuhraya Utara
Selatan ditutup kepada semua kenderaan akibat banjir teruk, manakala
beberapa laluan alternatif juga amat membahayakan pengguna jalan raya.
“UUM
amat berat hati untuk membuat keputusan ini tetapi demi kebaikan dan
keselamatan para graduan, ibu bapa, waris dan staf menyebabkan keputusan
ini terpaksa dibuat.
“Keputusan ini juga dibuat kerana
kebanyakan kakitangan yang bertugas sempena majlis konvokesyen turut
terjejas akibat banjir sama ada rumah mereka dinaiki air atau
terperangkap dalam banjir serta jalan yang menghubung UUM ke kediaman
mereka terputus,” katanya.
Mohamed Mustafa berkata keadaan dalam
kawasan kampus terkawal dan ibu bapa tidak perlu bimbang tentang
keselamatan dan bekalan makanan penuntut yang tinggal di kawasan kampus.
Beliau
berkata semua graduan diminta merujuk kepada maklumat terkini dalam
laman web serta surat akan dikeluarkan bagi memaklumkan tarikh baru
menggantikan majlis konvokesyen yang ditangguh itu.
“Bagi
penuntut yang sedang bercuti sempena cuti sebelum peperiksaan akhir
turut diminta merujuk kepada laman web UUM bagi mengetahui perkembangan
terkini mengenai keadaan banjir di kawasan sekitar universiti,” katanya.
– Bernama
HMDTMB :
Alhamdulillah Konvokeysen Dian di hari kedua atau
sesion ke-4 berjalan lancar, nyata nya kami sdh kembali ke Tanah Air.
Memang kami mengalami kesulitan mencari jalan keluar dari Kampus UUM,
seperti report bergambar yang telah kami buat. Tuhan masih melindungi
kami. Terima kasih Tuhan.
Wassalam,
HM Dt.MB (53+)
Barusan mandarek di Pakanbaru tadi siang.
--
.
* Posting yg berasal dari Palanta RantauNet, dipublikasikan di tempat lain
wajib mencantumkan sumber: ~dari Palanta r...@ntaunet
http://groups.google.com/group/RantauNet/~
* Isi email, menjadi tanggung jawab pengirim email.
===========================================================
UNTUK DIPERHATIKAN, melanggar akan dimoderasi:
- DILARANG:
1. E-mail besar dari 200KB;
2. E-mail attachment, tawarkan di sini & kirim melalui jalur pribadi;
3. One Liner.
- Anggota WAJIB mematuhi peraturan serta mengirim biodata! Lihat di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/web/peraturan-rantaunet
- Tulis Nama, Umur & Lokasi disetiap posting
- Hapus footer & seluruh bagian tdk perlu dlm melakukan reply
- Untuk topik/subjek baru buat email baru, tdk mereply email lama & mengganti
subjeknya.
===========================================================
Berhenti, bergabung kembali, mengubah konfigurasi/setting keanggotaan di:
http://groups.google.com/group/RantauNet/subscribe.