Help Palestine [hidayahnet] The rock star in Islamic World

2009-09-17 Terurut Topik Mohamed Fudzail
Khaled’s message is more than ‘air-conditioned Islam’

Last month, as I joined a group of media researchers and experts in Amman
for a Cambridge University workshop on religious broadcasting in the Middle
East, I realised the impact that satellite television has had on the
presentation of Islamic values to an international audience. The convergence
of religion and television, two powerful players in this region’s cultural
life, has given rise to a new genre of Islamic “televangelism” that seeks to
promote Islam as a religion of peace, tolerance, and love in their simplest
terms.

Islam provides peace of mind for more than one billion people around the
world and defines much of their cultural identity in an age of
globalisation. I see the new generation of satellite television preachers as
fostering global receptivity to Islam and the Muslim world. When one speaks
of the new wave of Islamic “televangelism”, Amr
Khaledalways jumps
to the forefront.

*HERE* 


Re: Help Palestine [hidayahnet] Tak kesian ka nak rotan wanita ?

2009-09-17 Terurut Topik naim fathi
Ruan/puan.
Hukum rotan dalam Islam samalah juga dengan hudud potong tangan. Hukum adalah 
hukum.
Kalau nak elak contoversi, kita toksah bincang atau komen sebab itu hukum yang 
diturunkan Allah.
Bab pelaksanaan lain cerita sebab itu telah diubah-ubah oleh manusia. Apabila 
telah selesai 6,666
ayat diturnkan maka sempurnalah syariat Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad 
dan akan terus
dipelihara oleh Allah dan orang-orang yang beriman sampai ke hari kiamat. 
Jangan konfus diri kita
dengan mengubah-mengubah hukum.

Saya bagi contoh- makan daging babi, sampai ada orang mengatakan ada kalanya 
HALAL..yakni bila dharurat.
Allah tidak pernah kata HALAL cuma kita mengharap Allah mengapunkan kita bila 
dalam keadaan terpaksa dan
selagi kita tidak melampau batas. Niat tu biar betul. Jangan bila berlaku 
keadaan dharurat kita ambil kesempatan
nak bedal semua bahagian babi, masak macam-macam jenis masakan. Ini dah melapau.

Wassalam.





From: "kho...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Tuesday, August 25, 2009 17:39:01
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Tak kesian ka nak rotan wanita ?

 
Aswt,
  
    Kecoh Satu Malaysia bila peraturan menghukum secara merotan peminum arak 
seperti yang ditetapkan oleh Islam hendak dilaksanakan keatas seorang wanita 
yang bersalah meminum arak. Sampai PM kata (ditujukan kepada pesalah wanita 
itu) pasal apa tak merayu, jangan redha saja dengan hukuman itu ?? Selama ini 
kita tak pernah dengar pula simpati daripada seorang PM bila wanita 
dijatuhi hukuman gantung oleh mahkamah civil. Itu belum lagi hukuman rejam 
sepertimana pernah dilaksanakan oleh Rasulullah saw keatas wanita yang mengaku 
berzina. Kalau jangan redha kepada hukuman ertinya adalah lebih baik redha 
kepada perbuatan maksiat atau dihukum ikut cara yang diredhai oleh penjajah 
Barat /Yahudi dan Nasrani dulu, kini dan selamanya yang telah ratusan tahun dok 
jajah pemikiran sebahagian pemimpin Melayu/Islam ?? Sebenarnya simpati yang 
ditunjukkan itu tidak pada tempatnya. Ianya akan terus menjadikan sama ada 
lelaki atau wanita Islam mudah terjerumus kedalam
 pelbagai maksiat lain !!

   Bila PM adalah orang yang tak belajar agama dan tak mau pula tanya tentang 
agama kepada yang tau maka beginilah jadinya !!? Inilah yang menjadikan 
puak-puak yang dok berjuang hendakkan ? Islam liberal naik tocang bila seorang 
PM pun macam menentang hukuman-hukuman yang ditetapkan Islam. Sebat cara Islam 
itu dia ingat macam sebat yang dilaksanakan bawah hukuman civil yang kabarnya 
doktor dok kena rawat pula pesalah yang dirotan di bawah hukuman civil selama 
beberapa hari. Tentu sekali sebat mereka itu jauh lebih perit daripada sebatan 
yang dibenarkan dalam Islam.

   Agaknya bagi setengah-setengah orang Islam termasuk pemimpin ( terutama 
pemimpin yang bersenjatakan keris bogel ) tak patut sekali orang minum arak pun 
nak disebat !! Wanita pula tu !! Mereka anggap seolah-olah mengambil arak itu 
hanya satu kesalahan kecil sedangkan dalam Islam mengambil arak adalah salah 
satu daripada dosa besar. Tiada ibadah yang sah jika dilakukan dalam 
keadaan "tidak siuman" lebih-lebih lagi tidak siuman yang terjadi akibat 
perbuatan diri sendiri seperti meminum arak.

   Pernah berlaku di mana pemimpin Yahudi merancang agar pemimpin 
Arab/Islam dapat dibuktikan sebagai kaki betina dengan menjemput mereka ke satu 
majlis kemudian diberikan arak dan wanita cantik. Apa yang berlaku bila sudah 
berada bersama wanita dalam keadaan mabuk itu dirakamkan oleh Yahudi untuk 
didedahkan kepada orang ramai !! Maka jelas sekali minum arak itu adalah ibu 
segala maksiat !! Begitu juga jika wanita yang mabuk maka dia terdedah kepada 
pelbagai maksiat lain !! Mungkin masih ada di kalangan pak-pak menteri kita 
yang Melayu/Islam yang dulunya mungkin kaki arak tapi "terpaksa buang tabiat" 
bila dah jadi pemimpin yang masih ingin terus lakukannya sekali sekala 
sekadar satu gelas kalau pun tidak satu botol pun cukplah !! Bimbang juga 
mereka kalau tertangkap oleh penguasa ? dari jabatan Agama Islam dan disebat !! 
Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal




  Get your preferred Email name!
Now you can @ymail.com and @rocketmail.com.
http://mail.promotions.yahoo.com/newdomains/aa/

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Melawat Orang Sakit

2009-09-17 Terurut Topik Abu Heakal

Daripada Ali r.a., katanya, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Tiada seorang Muslim pun yang meninjau saudaranya Muslim (yang sakit) di waktu 
pagi, melainkan ada tujuh puluh ribu malaikat yang mendoakan padanya supaya 
memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu berada di waktu petang."

"Dan jikalau ia meninjau di waktu petang, maka ada tujuh puluh ribu malaikat 
yang mendoakan padanya supaya ia memperolehi kerahmatan Tuhan sampai orang itu 
berada di waktu pagi. Juga orang tersebut akan memperolehi tempat buah-buahan 
yang sudah waktunya dituai di dalam syurga."  

Diriwayatkan oleh Imam Termidzi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis 
hasan. 



Help Palestine [hidayahnet] Tuntutan rapatkan saf

2009-09-17 Terurut Topik Mohd-Shariff, Zaidi
Subject:
FW:   kena baca..tuntutan rapatkan saf


Assalamualaikum...


Banyak yg terlupa pasal benda yang amat penting ketika solat berjemaah.



Perintah Dan Tuntutan Merapatkan Saf

Persoalan menjaga saf dan merapatkan saf di dalam solat adalah merupakan
suatu permasalahan yang kian terabai. Ramai dari kalangan masyarakat hari
ini, mengambil mudah dalam hal ini sebagaimana yang banyak berlaku di
masjid-masjid sekeliling kita. Saf-saf solat mereka kelihatan renggang,
tidak sekata, dan lebih mengecewakan adalah apabila para imam sendiri 
tidak
ambil endah berkenaan hal ini. Sedangkan jika dilihat kepada hadis-hadis
Rasulullah s.a.w. dan atsar para sahabat, dalam persoalan merapatkan saf
ini, sungguh betapa dititik beratkan kesempurnaannya, dan malah jika gagal
menyempurnakannya, ada pula hadis-hadis yang berbentuk ancaman.

Meluruskan dan merapatkan saf (barisan) dalam solat berjamaah adalah
merupakan suatu hal yang sangat diperintahkan (dituntut), sebagaimana di
dalam hadis Nabi s.a.w., (maksudnya), "Luruskan saf-mu, kerana 
sesungguhnya
meluruskan saf itu merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat". (Hadis
Riwayat Muslim, no. 433) Dalam Riwayat yang lain, "Sesungguhnya meluruskan
saf itu merupakan sebahagian dari mendirikan solat." (Hadis Riwayat
Bukhari, no. 722. Muslim, no. 435) "Sesungguhnya menegakkan saf (meratakan
saf), adalah sebahagian dari kebaikan solat." (Hadis Riwayat Bukhari, no.
723)

Hadis tersebut dan hadis-hadis lain yang seumpamanya, kata lbnu Hazm,
merupakan dalil wajibnya merapikan saf sebelum dan sepanjang melaksanakan
solat. Kerana menyempurnakan solat itu wajib, sedang kesempurnaan saf
merupakan sebahagian dari kesempurnaan solat, maka merapikan saf merupakan
kewajiban. Juga lafaz 'amr (perintah) dalam hadis di atas menunjukkan
wajib. Selain itu, Rasulullah s.a.w. setiap kali akan memulakan solat
(berjemaah), selalu menghadap kepada jamaah dan memerintahkan untuk
meluruskan saf, sebagaimana yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik r.a.

Umar bin Khaththab r.a. pernah memukul Abu Utsman al-Nahdi kerana keluar
dari barisan solatnya. Juga Bilal pernah melakukan hal yang sama, seperti
yang dikatakan oleh Suwaid bin Ghaflah bahawa Umar dan Bilal pernah 
memukul
bahu kami dan mereka tidak akan memukul orang lain, kecuali kerana
meninggalkan sesuatu yang diwajibkan. (Rujuk Fathul Bari, 2/447). Anas 
r.a.
ketika tiba di kota Madinah ditanya, "Apa yang engkau ingkari dari
perbuatan kami sejak sepeninggalan Rasulullah?" Dia menjawab, "Tidak ada
perbuatan kalian yang aku ingkari kecuali ketika kalian tidak meluruskan
saf-saf kalian." (Diriwayatkan oleh Bukhari di dalam Sahihnya, no. 724)

Bahkan Rasulullah s.a.w. sebelum memulakan solat, beliau berjalan 
merapikan
saf dan memegang dada dan bahu para sahabat lalu bersabda, "Hendaklah
kalian meluruskan saf-saf kalian atau Allah akan membalikkan wajah-wajah
kalian." (Hadis Riwayat Bukhari, no. 717, Muslim, no. 436)

Di dalam riwayat Abu Hurairah r.a.. dia berkata, "Rasulullah biasa masuk
memeriksa ke saf-saf bermula dari satu hujung (sisi) ke hujung yang lain,
memegang dada dan bahu kami seraya bersabda, "Jangan lah kalian berbeza
(tidak lurus safnya), kerana akan menjadikan hati kalian
berselisih." (Hadis Riwayat Muslim)

Dalam hadis yang lain yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari an-Nu'man 
bin
Basyir: beliau berkata, "Dahulu Rasullullah meluruskan saf kami sehingga
sampai seperti meluruskan anak panah hingga beliau memandang kami telah
faham apa yang beliau perintahkan kepada kami (sehingga saf kami telah 
rapi
- pent.), kemudian suatu hari beliau keluar (untuk solat) kemudian beliau
berdiri, hingga ketika beliau akan bertakbir, beliau melihat seseorang 
yang
dadanya terkehadapan, maka beliau bersabda:

"Wahai para hamba Allah, hendaklah kalian benar-benar meluruskan saf atau
Allah akan memperselisihkan wajah-wajah kalian". (Diriwayatkan oleh 
Muslim,
no. 436)

Sedangkan hadis yang diriwayatkan dari Anas r.a., Beliau bersabda,
"Luruskan dan rapatkan saf-saf kalian, kerana sesungguhnya aku melihat
kalian dari balik punggungku." (Diriwayatkan oleh Abu Ya'la di dalam
al-Musnad, no. 3720, al-Mukhlis di dalam al-Fawaid (1/10/2), Sa'id ibn
Manshur di dalam al-Sunan, dan al-Ismaili sebagaimana di dalam Fathul Bari
(2/211). Sanad hadis ini adalah sahih menurut syarat al-Bukhari dan Muslim
seperti disebutkan di dalam al-Silsilah as-Sahihah)

Imam al-Qurthubi berkata, "Yang dimaksudkan dengan perselisihan hati pada
hadis di atas adalah bahawa ketika seseorang tidak lurus di dalam safnya
dengan berdiri ke depan atau ke belakang, menunjukkan kesombongan di dalam
hatinya yang tidak mahu diatur. Yang demikian itu, akan merosakkan hati 
dan
memungkinkan menimbulkan perpecahan." (Rujuk: Fathul Bari 2/443) Pendapat
ini juga didukung oleh Imam al-Nawawi, beliau berkata, "Berbeza hati
maksudnya, terjadi di antara mereka kebencian dan permusuhan serta
pertentangan hati. Perbezaan ketika ber-saf merupakan perbezaan zahir dan
perbezaan zahir adalah wujud dari per

Help Palestine [hidayahnet] Things To Remember

2009-09-17 Terurut Topik Shania Opal
*  Things To Remember * 
** 
 No one can ruin your day without your permission.
*
*
* Most people will be about as happy, as they decide to be

* Others can stop you temporarily, but only you can do it

   permanently. 
* Whatever you are willing to put up with, is exactly what

  you will have. 
* Success stops when you do. 
* When your ship comes in make sure you are willing to

  unload it. 
* You will never have it all together.

* Life is a journey...not a destination. Enjoy the trip!

* The biggest lie on the planet When I get what I want I will

  be happy. 
* The best way to escape your problem is to solve it.

* I've learned that ultimately , 'takers' lose and 'givers' win.

* Life's precious moments don't have value, unless they are

  shared. 
 * If you don't start, it's
certain you won't arrive. 
* We often fear the thing we want the most.

* He or she who laughs..lasts.

* Yesterday was the deadline for all complaints.

* Look for opportunities..not guarantees.

* Life is what's comingnot what was.

* Success is getting up one more time.

* Now is the most interesting time of all.

* When things go wrong.don't go with them.
*


-- 
Jangan menampal dunia
dengan mengoyakkan akhirat.

Janganlah menjadi begitu masin..
sehingga orang meludahmu..
Dan janganlah pula berlaku
terlampau manis, sehingga
mereka menelan dirimu
begitu saja...

"Be a Rose which gives fragrance
even to those who crash it"


  


Help Palestine [hidayahnet] Gerai Melayu dirobohkan di Bagan Pinang

2009-09-17 Terurut Topik Suara N9
Masihkah kita ingat cerita di bawah ? Atau Melayu mudah lupa ? Inikah yang 
dinamakan pembangunan tetapi nasib orang Melayu tertindas ?


13 peniaga kecewa tindakan MPPD

Sinar Harian. TANJUNG BIRU – `Sudah jatuh, ditimpa tangga', begitulah nasib 
yang menimpa 13 peniaga di sini apabila diarahkan keluar dari premis perniagaan 
masing-masing dan tambah mengecewakan barang perniagaan telah disediakan untuk 
jualan musim cuti merdeka akan datang.

Sebanyak 13 gerai peniaga akan dirobohkan Majlis Perbandaran Port Dickson 
(MPPD) dalam masa terdekat berikutan kawasan tersebut bakal dinaik taraf dengan 
pelbagai kemudahan baru untuk keselesaan pelancongan.

Salah seorang wakil peniaga, Mohd Dahlan Mohd Yusof memberitahu, tindakan Pihak 
Berkuasa Tempatan (PBT) itu benar-benar mengecewakan mereka kerana ia dilakukan 
tanpa notis bertulis supaya premis ini dikosongkan secepat mungkin.

“Sudah 25 tahun kami berniaga di sini, dan kami tidak akan berpindah kerana 
tempat ini adalah sumber rezeki kami untuk membesarkan anak-anak.

“Walaupun kawasan ini agak terasing dari jalan utama, namun ini adalah kawasan 
pelancongan terkenal Port Dickson dan setiap minggu ia adalah tumpuan 
pelancongan,” katanya.

Beliau juga mendakwa, MPPD akan merobohkan keseluruhan gerai yang ada, tetapi 
hanya empat unit gerai dan tiga kiosk sahaja akan dibangunkan.

“Pembangunan sebegini adalah tidak adil kerana bilangan kami adalah lebih ramai 
berbanding kemudahan premis yang bakal disediakan. Kami juga terpaksa memohon 
kembali berniaga di gerai tersebut, malah bukan sahaja akan bersaing sesama 
sendiri tetapi bersaing dengan orang luar,” katanya.

Menerusi maklumat yang diterima, MPPD mengeluarkan notis perpindahan pada tahun 
2006, namun tiada sebarang notis bertulis dikeluarkan selepas itu kecuali notis 
secara lisan oleh pegawai MPPD dalam tempoh terdekat.

Peniaga juga mendakwa, mereka tidak pernah diberi cadangan untuk dibenarkan 
berniaga di sekitar kawasan iaitu ketika pembangunan dijalankan malah pengusaha 
hotel sekitar juga tidak dimaklumkan tentang penutupan lokasi itu selama 9 
bulan.

Wakil peniaga turut mendakwa, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu 
tidak pernah turun padang dan langsung tidak mengendahkan masalah tersebut.

“Kami pernah menghubungi wakil rakyat kawasan ini untuk mengadu masalah ini 
tetapi tiada sebarang tindakan dan lebih mengejutkan kami, beliau menyuruh kami 
menyelesaikan masalah ini sendiri,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story1852566.asp
http://amkns.blogspot.com/2008/08/siapa-yang-menindas-melayu-nsembilan.html







Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Berjabat Tangan

2009-09-17 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada al-Bara' r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada dua orang 
Muslim pun yang bertemu lalu keduanya berjabatan tangan, melainkan keduanya itu 
diampuni dosanya oleh Allah sebelum keduanya itu berpisah." 

(Riwayat Abu Dawud)  



Help Palestine [hidayahnet] German Scholar Dr Murad Hofmann- selected as Islamic Personality of the year

2009-09-17 Terurut Topik Peace Justice
Mohammed bin Rashid receives German Muslim Scholar Hofmann



2009-09-10
16:11:58
WAM
Dubai, Sep 10th, 2009 (WAM)--Sep 10th, 2009 (WAM)--Vice President and Prime
Minister of UAE and Ruler of Dubai His Highness Sheikh Mohammed bin Rashid Al
Maktoum, received at his Al Marmum resort last night German Muslim Scholar Dr
Murad Hofmann, who has been selected as Islamic Personality of the year by the
Dubai International Holy Quran Award in its 13th edition.

Sheikh Mohammed
congratulated Hofmann on his selection as the Islamic Personality of the year
and appreciated his efforts to boost Islam as a religion of tolerance and love
through his researches, editions and ideas.

On his part, Hofmann lauded
the objectives of the award and expressed his pleasure about his selection as
the Islamic personality of the year.

Present at the meeting were Ibrahim
Mohammed Bumelha, Adviser of Sheikh Mohammed bin Rashid for Cultural and
Humanitarian Affairs and Chairman of the Organising Committee of the Holy Quran
Award.

http://www.wam.ae/servlet/Satellite?c=WamLocEnews&cid=1248235676497&pagename=WAM%2FWAM_E_Layout&parent=Query&parentid=1135099399852


For any personal reply, please reply me bejust.pe...@yahoo.com Join me 
@facebook!
Thanks a lot for your time.
BeJustPeace N.B.: I never mail any advertisement or spam - so if you get 
somethine like this from this account, please forgive me as sometimes, people 
may spam using my ID. Wish you all the best. RESPECT.


  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan

2009-09-17 Terurut Topik naim fathi
Diberikan Ramadhan khusus untuk hambanya bermunajat kepadanya dengan ganjaran 
yang berlipat berbanding dengan bulan-bulan lain. Dijadikan solat tarawikh itu 
untuk sesorang mendekatkan diri kepada Allah. Jadi tidak perlu berjemaah. Buat 
sendiri-sendiri dirumah sekadar yang termampu. Buat 2 atau  4 dan rehat. Bila 
rasa larat buat dan tambah lagi. Nak buat sampai 50 atau 100 rakaat pun boleh 
kerana ia adalah sunat, tiada had. Minta (doa) dan mintalah kepadanya. Kalau 
buat beramai-ramai dimasjid ia menjadi lain. Buat-dan buat dan terus buat 
sehingga selesai 8 atau 20 baru selesai. Nak buat 2 rakaat pun boleh tapi 
tambah bacaan seperti 100 Al Ikhlas setiap rakaat. Tidak ada had atau batas 
dalam solat tarawikh melainkan malam selepas Isyak sehingga Subuh.

Saya tidak pernah berjumpa atau terjumpa NAS yang menunjukkan Nabi buat tarwikh 
berjemaah atau menggalakkan ummatnya berjemaah malah dihalau balik suruh buat 
sendirian dan bagindapun ketika itulah (malam-malam Ramadhan) mahu bersendirian.
Yang adalah hanyalah perintah Umar supaya dilakukannya berjemaah.

Terpulang kepada orang Islam cara mana nak lakukannya. Yang pasti tidak ada 
perintah dari Nabi supaya ia dilakukan berjemaah di masjid.





From: "kho...@yahoo.com" 
To: Ikhwanul Muslimun 
Sent: Monday, September 7, 2009 19:30:27
Subject: Re: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan

 
Wslm,

   Sepanjang Ramadan ramai dari kita mangikuti pelbagai tazkirah daripada 
ustaz-ustaz, tok-tok guru sama ada di surau-surau, di masjid-masjid, melalui 
media-media massa bahkan di pelbagai jabatan dan institusi kerajaan/swasta. 
Bagaimana pun sejauh mana keberkesanan nya wallahua'lam. Satu perkara yang 
masih menjadi perbincangan secara tidak formal ialah bilangan rakaat solat 
taraweh antara 8 sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan 20 
sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khattab ra. Ada ustaz-ustaz dan tok 
guru lebih menekankan bilangan rakaat sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar 
al Khattab dan beberapa imam/mazhab yang sebaiknya dilakukan 20 rakaat secara 
berjamaah.

   Kalau tak silap saya dari apa yang saya pernah dengar Nabi SAW tidak lakukan 
solat taraweh berterusan secara berjamaah kerana bimbang ianya difardhukan 
kepada umatnya. Maka berlapang dada tentang bilangan rakaat dan berjamaah ini 
saya rasa adalah lebih baik. Saya rasa Nabi sendiri berpandangan jauh untuk 
tidak memberatkan umatnya maka apa yang penting dan diharapkan ialah agar ramai 
yang akan melakukan solat taraweh walau sekadar 8 rakaat terutama generasi 
muda/remaja dan menekankan agar mereka terus istiqamah melakukan solat fardhu 
berjamaah. Ada yang istiqamah solat taraweh 20 rakaat tapi selepas Ramadan 
solat fardhu tidak dikerjakan secara jamaah dan mungkin ada yang entah solat 
entah tidak !! Mungkin juga ada baiknya kalau ustaz/tok-tok guru mengajak agar 
mereka yang mengerjakan 8 rakaat itu mengerjakan 20 rakaat pada 10 hari 
terakhir Ramadan kerana apa yang selalu kita lihat pada 10 hari tersebut 
bilangan jamaah kian hari kian merosot pada
 hal malam Lailatul Qadr yang Allah swt janjikan lebih baik dari 1000 bulan itu 
diberitahu oleh Nabi SAW ialah salah satu malam pada 10 hari terakhir Ramadan.

   Memang bulan Ramadan bulan beramal dan sebagai bulan kemuncak dalam 
memperbanyakan ibadah tapi tidak kurang juga ada ustaz dan tok-tok guru meminta 
agar Ramadan ini dijadikan bulan menjalani latihan intensif agar prestasi lebih 
baik pada bulan-bulan lain dapat dicapai. Saya dapati ada mereka-mereka yang 
dikira sudah berumur tidak tinggal solat isyak di bulan Ramadan dan taraweh 
berjamaah tapi tidak solat maghrib dan solat-solat fardhu yang lain secara 
berjamaah pada hal jarak rumah mereka sangat dekat dengan surau/masjid. Solat 
berjamaah bagi solat fardhu sangat-sangat dianjurkan oleh Nabi SAW dengan 
memberitahu bahawa ganjaran nya 27 kali ganda melebihi dari solat seorang diri 
bahkan Nabi pernah mengancam untuk bakar rumah mereka yang tidak solat fardhu 
berjamaah. Maka amat wajar bulan Ramadan ini dijadikan sebagai bulan menjalani 
latihan intensif agar solat berjamaah terus dilakukan secara istiqamah selepas 
Ramadan. Anehnya bila menyambut hari
 raya Aidilfitri ada yang sudah tidak lagi memberatkan solat fardhu samada 
bersendirian atau berjamaah untuk beberapa hari dan ada yang secara 
berterusan. Wallahua'lam.

ibnuAli
kota jembal

--- On Wed, 9/2/09, ah...@yahoo. com  wrote:


>From: ah...@yahoo. com 
>Subject: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan
>To: "Ikhwanul Muslimun" 
>Date: Wednesday, September 2, 2009, 5:23 PM
>
>
> 
>Salam...
>
>Ramadhan bagi umat Islam bukan sekadar salah satu nama bulan qomariyah, tapi 
>dia mempunyai makna tersendiri. Ramadhan bagi seseorang muslim adalah rehlah 
>daripada kehidupan materialistik kepada kehidupan ruhiyah, daripada kehidupan 
>yang penuh dengan pelbagai masalah keduniaan menuju kehidupan yang penuh 
>tazkiyatus nafs(penyu

Help Palestine [hidayahnet] Bagan Pinang, tak perlu isu Altantuya, peribadi calon

2009-09-17 Terurut Topik Suara N9
Kempen Pilihanraya Kecil di Bagan Pinang tidak perlu membangkitkan isu 
Altantuya, isu komisyen Sukhoi dan Scorpene, isu PKFZ, isu peribadi calon. 
Orang kampung tak faham isu-isu macam ni.

Sebenarnya terlalu banyak isu dan masalah rakyat di Negeri Sembilan ini. 
Pilihanraya Kecil Bagan Pinang inilah medan untuk rakyat di Negeri Sembilan, 
kontraktor-kontraktor di Negeri Sembilan, guru-guru KAFA di N.Sembilan, pemilik 
tanah adat di N.Sembilan meluahkan isi hati mereka yang terbuku selama ini.

Tidak pernah rasanya ada Pilihanraya Kecil di N.Sembilan.

Rugilah jika rakyat , orang kampung , kontraktor , tentera , polis , JKKK dan 
sebagainya tidak mendapat manafaat dalam Pilihanraya Kecil ini.

Oleh itu para Blogger yang Pro Pakatan Rakyat perlu turun padang membongkar 
masalah rakyat di Bagan Pinang secara khusus dan masalah rakyat Negeri Sembilan 
secara amnya.

Beberapa isu setempat terdapat blog berikut :

PAS Negeri Sembilan http://pasns.blogspot.com 
Perumahan Terbengkalai di N.Sembilan http://terbengkalai.blogspot.com 
Projek Gajah Putih di N.Sembilan http://gajahputihn9.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Kenapa Kena Baca Al-Quran Setiap Hari?

2009-09-17 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Musa r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: 

"Berta'ahudlah kepada al-Quran (yakni peliharalah untuk selalu membaca al-Quran 
itu secara tetap waktunya), sebab demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam 
genggaman kekuasaanNya, nescayalah al-Quran itu lebih sangat mudah terlepasnya 
daripada seekor unta yang ada di dalam ikatan talinya." 

(Muttafaq 'alaih) 




Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Menunaikan Hak-hak Orang Lain

2009-09-17 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Hak seorang 
Muslim atas Muslim lainnya itu ada lima perkara iaitu menjawab salam, meninjau 
orang sakit, mengikuti janazah-janazah (yang akan dimakamkan), mengabulkan 
undangan dan mentasymitkan orang yang bersin." 

(Muttafaq 'alaih) 


Re: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : 7 Perkara Yang Disuruh

2009-09-17 Terurut Topik Kholid Ali
  Meninjau atau menziarahi orang zakit sangat ditekankan dalam Islam. Banyak 
hadith Nabi SAW  mengenai kelebihan serta ganjaran daripada Allah swt keatas 
mereka yang menziarahi orang sakit. Memandangkan ianya semakin diabaikan kerana 
barangkali ramai yang sibuk dengan urusan mencari duit dan macam-macam 
kesibukan dunia yang lain maka apa yang dianjurkan oleh Nabi semakin diabaikan. 
Bahkan yang sibuk dengan urusan ibadah pergi balik masjid pun ramai yang tidak 
mengambil tahu urusan jiran/saudaranya (orang Islam yang sedang uzur/sakit), 
 
  Islam bukan agama yang sekadar menekan hubungan seseorang dengan Tuhannya 
sahaja tapi juga hubungan sesama manusia. Nabi sendiri pernah menziarahi 
jirannya ? seorang Yahudi yang selalu mengganggunya. Apabila satu hari dia 
tidak mengganggu Nabi maka Nabi berasa hairan lalu beginda pergi bertanya kabar 
dan mendapati dia sedang sakit. Maka barulah Yahudi itu mengiktiraf bahawa Nabi 
kita itu benarlah seorang Nabi dan Rasul kerana peribadinya sama sebagaimana 
Nabi/Rasul-Rasul yang telah diutuskan sebelum ini.
 
    Menyedari keadaan ini masjid di tempat saya sedang berusaha menggerakan 
aktiviti ziarah dalam kumpulan secara berterusan di mana imam sendiri ambil 
bahagian (disamping bertindak sebagai Pengerusi program). Biasanya kita hanya 
ziarah orang-orang yang rapat dengan kita tapi jika diatur secara kumpulan atas 
dasar sesama Islam tidak penting sama ada yang sakit itu rapat dengan kita atau 
tidak. Baru-baru ini jadual ziarah telah diatur tapi seorang dari yang bakal di 
ziarah yang telah lama uzur telah meninggal dunia dua hari sebelum sempat di 
ziarahi. Ini juga satu pengajaran agar ziarah harus disegerakan jika seseorang 
itu telah lama sakit. Wallahua'lam.
 
ibnuAli
kota jembal
 
 

--- On Mon, 9/7/09, a...@yahoo.com  wrote:


From: a...@yahoo.com 
Subject: Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : 7 Perkara Yang Disuruh
To: "Ikhwanul Muslimun" , "Abu Heakal" 

Date: Monday, September 7, 2009, 7:00 PM


 





Daripada Abu Umarah iaitu al-Bara' bin 'Azib radhiallahu anhuma, katanya: "Kita 
semua diperintah oleh Rasulullah s.a.w. untuk melakukan tujuh perkara, iaitu 
meninjau orang sakit, mengikuti janazah, menentasymitkan orang yang bersin, 
menolong orang yang lemah, membantu orang yang teraniaya, meratakan salam dan 
melaksanakan sumpah."

(Muttafaq 'alaih)

Ini adalah salah satu dari berbagai riwayat Imam Bukhari.

















  

Re: Help Palestine [hidayahnet] Transformasi di Bulan Ramadhan

2009-09-17 Terurut Topik rozaimy baharuddin
8 atau 20 atau 30 atau 100 rakaat dah tak jadi isu sekarang ni, bukan macam
dulu isu rakaat ini jadi isu besar.

Malah ada hadis mengatakan Rasulullah pernah melakukan
solat terawih 2 rakaat aje. Malangnya Ustaz yg mengajar tu
tak nak beritahu hadis tu. Dia kata kalau dia beritahu nanti sure
kita org buat 2 rakaat aje.. he he he. macam tahu aje le ustaz ni.

Kalau kita TERlalu sibuk, boleh buat kat rumah, aku sendiri
pun dah 2 kali solat terawih kat rumah aje. Paling lewat aku buat
jam 5.00 pagi. Balik rumah dah jam 12.00 mlm, terus tidur, penat gila.

Apa-apa pun, kita kena bersangka baik, mungkin depa solat berjemaah kat
tempat
lain selepas ramadhan. Ye la, aku bukan ALLAH boleh tahu depa solat
berjemaah atau tidak.
Malah kalau kita tengok org jual goreng pisang tu menjual dari petang sampai
ke mlm sekali
pun kita tak boleh kata depa tak solat. Kita bukan tengok depa 24 jam. so
mana tahu depa tak
solat. kita selalu sangka org yg berniaga pasal malam tak solat maghrib,
pasal masa tu kita
dok kat surau, memang le kita tak tahu depa solat atau tidak. Ye la kita
rasa diri kita BAGUS
pasal sering solat berjemaah, tu pasal HATI kita ni KOTOR sikit, pasal ingat
kita BAGUS
sangat. Selagi kita melihat amalan seorg dgn MATA aje, dah terus jatuh
hukum, payoh le
kita ni

Paling mudah, tanya depa, abang dah solat ke? Berani tanya, kalau tak
berani,
buang aje dlm fikiran kita yg kata abang tu tak solat.

Tetapi sebagai manusia, aku pun kadang-kadang terlintas juga dlm hati,
"abang ni entah solat ke tidak mahgrib tadi"
Bila tersedar aku cepat-cepat sebut astagfirullahalazim dan malam nya kena
buat solat taubat pasal hati aku dah menjatuhkan hukum sesuka hati aku.
Macam le aku ni TUHAN.

Selepas kita dpt didik hati kita, cuba le didik hati isteri dan anak-anak
kita.
Caranya, kita beli aje durian. Nanti kalau terjumpa isi yg rosak atau
busuk,
mesti ada yg berkata, "ayah kena tipu dgn penjual durian la, masa buka tu
semua ok,
dia tutup dgn tangan buah yg rosak". Lepas hang pa jawap le
"Jgn marah kat Allah, kita ni hamba dia aje, jgn suka-suka marah kat ALLAH"
"adik marah kat penjual durian tu pasal tipu ayah"

"Adik boleh baca hati penjual durian ke? Dia mesti nak jual durian yg elok,
sebab nanti kita
mungkin dtg lagi nak beli, kalau dia kasi buah busuk, gerenti tak dtg dah
kedai dia"

"Tak kan nak kata, petani yg tanam durian tu saja-saja kasi yg busuk kat
pemborong,
nanti sure pemborong tak beli lagi"

"habis tu, kita salah kan pokok. dan seterusnya salah ALLAH pasal kasi buah
durian busuk kat kita"


Melalut pulak aku ni pasal durian... Berbalik semula pasal isu Ramadhan
ramai org kat surau.
bila habis ramadhan org dah kurang sangat. Ada banyak kemungkinan mereka
dari kariah lain,
dan mungkin juga bulan puasa aje, shift kerja habis awal. Macam aku le,
bulan biasa habis kerja jam
6.00 ptg, bulan puasa habis kerja jam 5.00 ptg. So bila bukan bulan puasa,
ramai yg balik lewat.
tak sempat nak berjemaah kat surau. Kat tempat aku, ada 2 ustaz yg jarang
berjemaah kat surau
kalau bukan bulan ramadhan atau hari minggu. Satu ustaz tu sampai rumah
selalunya jam 8.30mlm dan
yg seorg lagi ustaz ni, hari-hari biasa banyak sangat kelas mengajar agama
sebelah malam (maknanya dia
solat berjemaah kat surau tempat lain). Kalau kita tengok dgn MATA kita yg
TERROR ni, sure kita
kata "apa le ustaz 2 ekor ni, cakap pasal kebaikan solat berjemaah,  tetapi
dia sendiri tak solat berjemaah"
Terus jatuh hukum.. tetapi pasal kita org semua dah tahu, tak ada le kita
org mengumpat ustaz dua org tu.
TETAPI bila bulan puasa, Ustaz pertama tu dpt balik awal macam aku, maka
sempat le dia berjemaah.
Begitu juga ustaz kedua, jemputan mengajar tajwid kat surau-surau pun tak
ada bulan puasa, maka ada
le ustaz tu kat surau tempat aku.

Contoh kat surau aku ni, banyak muka aku tak kenal, ye la, selalunya maksima
2 saf aje, tiba-tiba bulan ramadhan penuh surau, sampai la ni lebih dari 3
saf. Bila tanya
tok imam, rupanya yg ramai tu dtg dari kariah lain, surau sebelah taman.
Surau depa
buat 20 rakaat, tu yg ramai lari kat surau tempat aku

Bulan Ramadhan ni mudah sangat nak tingkatkan amalan pasal setan kena ikat,
so kalau bulan ramadhan ni amalan kita sama aje macam bulan-bulan lain iaitu
tak ada peningkatan langsung walaupun sedikit, maknanya kita le syaitan tu.
he he he

So apa yg ingin aku sampaikan?

"BERSANGKA BAIK DAN JANGAN SUKA-SUKA MENJATUHKAN HUKUM.

by the way malam lailatul qadar dah lepas dah (Sabtu malam Ahad).


2009/9/8 <>

>
>
> Wslm,
>
>Sepanjang Ramadan ramai dari kita mangikuti pelbagai tazkirah daripada
> ustaz-ustaz, tok-tok guru sama ada di surau-surau, di masjid-masjid, melalui
> media-media massa bahkan di pelbagai jabatan dan institusi kerajaan/swasta.
> Bagaimana pun sejauh mana keberkesanan nya wallahua'lam. Satu perkara yang
> masih menjadi perbincangan secara tidak formal ialah bilangan rakaat solat
> taraweh antara 8 sepertimana yang dilakukan oleh Rasulullah saw dan 20
> sebagaimana dianjurkan oleh Saidina Umar al Khatta

Help Palestine [hidayahnet] Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 43

2009-09-17 Terurut Topik Dr. Adel Elsaie
Islamic Youth Awakening (Sahwah) Campaign 43

http://www.usislam.org/IslamicYouth/islamic_youth.htm

Please remember that Monday is our Islamic Youth Awakening day.

1. Glorious Quran on Good Manners:

Ascertain the truth of any news, lest you smite someone in ignorance and
afterwards repent of what you did [49/6]
2. Words of Wisdom from Prophet Mohammad (PBUH):

"Who is the most favoured of Allah? He, from whom the greatest good comes to
His creatures." (Bukhari)
*3. *Muhammad (PBUH), The Best Man Ever Lived:

A Pact of Love,
by *Ali Al-Halawani*

4. Videos Of Prophet Muhammad:

the death of the prophet muhammad PBUH (in
arabic)

5. Great Muslims who Changed History, Most of the companions of the Prophet
(PBUH)  were Youth:

Ali Ibn Abi Taleb (10 years old), Talhah ibn Ubaydullah (14 years old),
Said ibn Zayd ( 15 years Old), Sad ibn Abi Waqqas  (17 years old), Umar Ibn
Al Khattab (26 years old) Abdur-Rahman ibn Awf (30 years), Othman Ibn Affan
(34 years old), Abu Bakr (37 years old)
Hasan 
Al-Banna,
started Muslim Brotherhood at the age of 21 years

6. Yes, Say it LOUD: YES ISLAM IS THE ANSWER:

Parents* *Love in
Islam
*,  *Dr. Adel Elsaie

7. Islamic Inspirational Songs

Sami Yusuf - Hasbi Rabbi 

Yes you can be strong Muslim, please sign the petition :  Muslim Youth Code
of Honor

Required a million signature each year Until that last Muslim Youth sign in.

Please circulate this posting to your brothers and sisters, Jazakum Allah
Khairan.

Please note that this posting is for adults too.

Dr. Adel Elsaie

http://www.usislam.org/


Help Palestine [hidayahnet] Pesanan terbaik dari seorang rakan....

2009-09-17 Terurut Topik Noorshamsudin Hj. Mohd. Darus
Sekadar menyampaikan...
 
Pesanan terbaik dari seorang rakan
 
Assalamualaikum,
 
Just wanna share with everyone kisah benar yang saya lalui. Baru- baru ni 
ketika saya nak ke Surau berdekatan dgn rumah saya untuk sembahyang Isyak, 
seorang pak cik berjanggut putih dan berjubah putih dari jauh melemparkan 
senyum kepada saya. Kerana masih ada banyak waktu, saya tunggu pak cik 
berjanggut putih tu dan bertongkat yang tidak saya kenali itu. Timbul di hati 
saya untuk jalan seiringan ke surau.
 
Bila beliau hampir pada saya, kami saling memberi salam. Orangnya sudah 
berumur. Tiba-tiba, pak cik itu memulakan perbualan. Beliau cakap dalam bahasa 
Melayu dan Inggeris yang agak baik. Beliau cakap semua ayat Quran baik dan 
penting, tapi ada tiga surah yang beliau 'pegang' betul-betul, dan beliau 
nasihatkan saya supaya pegang betul-betul juga. Beliau juga nasihatkan saya 
supaya pesan pada anak-anak supaya pegangnya betul-betul.
 
Pertama, kata beliau, surah Al-Fatihah. Selain penting untuk sah sembahyang, ia 
juga ada doa minta bantuan Tuhan dan mintak tunjukkan jalan yang betul. 
Mudah-mudahan dengan 'menjaga' bersungguh-sungguh surah Al-Fatihah, akan 
terbuka pintu bantuan dan jalan yang betul untuk kita, kata pakcik.
 
Kedua, Surah Al-Ikhlas. Surah ini, katanya, surah tauhid.
Kita mesti ingat Tuhan itu Esa dan semua amalan mesti untuk-Nya. Tak guna buat 
baik tapi tak ikhlas.
 
Ketiga, surah Al-Kafirun, kata pak cik. Bahagian ini, menarik sikit. Pak cik tu 
cakap surah Al-Kafirun ada kena mengena dengan zaman sekarang, zaman 
globalisasi. Dalam zaman globalisasi, katanya, anak-anak saya mesti diajar 
supaya pegang betul-betul surah itu. Sebab, dalam zaman globalisasi, anak saya 
mungkin kena kerja atau belajar sampai ke Amerika atau ke mana-mana.
 
Kalau dia pegang pada surah Al-Kafirun, insya-Allah, dia akan selamat, kata pak 
cik. Dia akan bergaul dengan orang beragama lain, tapi dia sedar 'untukmu 
agamamu, untukku agamaku'.
Betul juga, fikir saya. Kemudian, pak cik cakap ada satu lagi perkara yang saya 
mesti pegang. Orang Islam, katanya, mesti ada tiga kekuatan.
 
Pertama, kekuatan minda
 
Minda, kata pak cik, ialah ilmu. Orang Islam mesti ada ilmu, termasuk ilmu 
moden, ilmu teknologi, ilmu teknologi maklumat (IT) dan > sebagainya kerana 
ilmu-ilmu itu perlu untuk hidup.
 
Kedua, kekuatan hati
 
Hati ialah iman, kata pak cik. Hati orang Islam mesti kuat supaya betapa banyak 
sekali pun ilmunya, dia sedar siapa yang lebih berkuasa. Bila ilmu ada iman, 
barulah ilmu dan hidup jadi betul. Kala u minda kuat tapi hati tak kuat, 
maknanya kekuatan tak seimbang dan ilmu boleh rosakkan iman, kata pak cik.
 
Ketiga, kuat fizikal
 
Pertama-pertama, kalau tubuh badan lemah, susah ilmu nak masuk dalam minda, 
kata pak cik. Kala u pun ada ilmu dan ada iman, jika tubuh badan tak kuat, 
susah nak beramal. Maknanya, kekuatan masih tak seimbang, katanya.
 
Habis saja pak cik cakap pasal tiga surah dan tiga kekuatan, beliau minta diri 
dan hilang dari pandangan saya setiba nya di surau tersebut.
Terima kasih kepada pak cik berjanggut tu. Sebelum itu beliau berpesan agar 
saya sebarkan kepada yang lain. Pesanannya memang baik untuk saya sampaikan..
 
Iqra'.!
 
Take a breakmeditate...3 minutes & calm your mind...
Recite 3x :
1. Katakanlah (wahai Muhammad); " (Tuhanku) ialah Allah Yang Maha Esa;
2. "Allah Yang menjadi tumpuan sekelian makhluk untuk memohon sebarang hajat;
3. 'Ia tidak beranak, dan Ia pula tidak diperanakkan;
4. "Dan tidak ada sesiapa pun yang setara dengan-Nya".
 
Setelah baca , forwardkan email ini kepada seberapa banyak rakan-rakan anda.
Bayangkan betapa besarnya RAHMAT yang Allah turunkan. Insyaallah.
 
Wassalam.



 
Noorshamsudin Bin Hj. Mohd. Darus
IS Audit, Audit & Compliance Division, AFFINBANK
1st Floor, Menara AFFIN, 80 Jalan Raja Chulan
50200 Kuala Lumpur,  W. Persekutuan
MALAYSIA
 
Tel:  03 - 27315246  /  03 - 27315242    Fax: 03 - 20264081    -  H/P:  012 - 
2923403
 
  "BANKING WITHOUT BARRIERS"
 


  

Help Palestine [hidayahnet] Al-Hadith : Perbezaan Antara Rumah dan Kubur

2009-09-17 Terurut Topik Abu Heakal


Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: 

"Janganlah kamu semua menjadikan rumah-rumahmu itu seperti kubur (yakni tidak 
pernah bersembahyang sunnah atau membaca al-Quran di dalamnya), sehingga 
sunyi-sunyi saja dari ibadat. Sesungguhnya syaitan itu lari dari rumah yang di 
dalamnya itu dibacakan surat al-Baqarah." 

(Riwayat Muslim)