Assalamualaikum Tuan Saiful @ Ipul. Lama tak dengar berita. Rasanya hampir atau lebih dua bulan Tuan Saiful @ Ipul tidak berada di alam maya ni. Ke manakah gerangan?
--- On Thu, 6/26/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> wrote: From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> Subject: RE: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan To: pesisir@yahoogroups.com Date: Thursday, June 26, 2008, 8:38 AM Salam, Apa yang pasti SASTERA JUGA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA. Terima kasih. To: [EMAIL PROTECTED] .com From: [EMAIL PROTECTED] my Date: Wed, 25 Jun 2008 15:44:03 +0800 Subject: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan Salam kepada Sdr Edi dan rakan-rakan semua, Saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang tanggapan serong banyak pihak terhadap subjek kesusasteraan yang diajar dalam sistem pendidikan negara selama ini. kebetulan, saya juga pernah bercakap tentang hal ini kepada khalayak sebelum ini. Pandangan saya adalah seperti berikut: Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, nilai murni dan kemahiran yang berlangsung secara berterusan dalam diri seseorang, semenjak kecil sehinggalah ke akhir hayat (life long learning). Ia merupakan satu proses dengan kaedah-kaedah yang tertentu sehingga seseorang memperolehi pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan yang sesuai dengan keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan pendidikan. Encyclopedia mentakrif pendidikan sebagai 'to draw out', facilitating realization of self-potential and latent talents of an individual. It is an application of pedagogy, a body of theoretical and applied research relating to teaching and learning and draws on many disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan tentang pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih sempurna, lebih baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau kemanusiaan...” Istilah ‘pembangunan’ boleh difahami dari pelbagai perspektif, tapi maksudnya sama; untuk memberi kesejahteraan kepada kehidupan manusia. Pembangunan tidak semata-mata dilihat dari sudut ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu juga dilihat dari segi budaya, cara hidup dan sebagainya. ‘Modal insan’ (human capital) pula adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan sumber manusia, atau a way of defining and categorizing peoples skills and abilities as used in employement and as they otherwise contribute to the company Untuk memahami tentang peranan sistem pendidikan di Malaysia, boleh dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi teras dan tunjang bagi semua aktiviti dan program pendidikan. Pernyataan peranan atau matlamat sistem pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap; rendah, menengah dan tinggi. Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas dalam pernyataan yang berbunyi: Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. (Huraian Sukatan Pelajaran,1988:V) Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif yang ingin dicapai oleh sistem pendidikan negara. Dari segi sahsiah, pendidikan bertujuan melahirkan individu yang seimbang pada domanin kognitif, afektif, dan psikomotor atau unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat negara ini yang dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti sebagai insan, iaitu insan yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta berupaya pula memberi sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini merupakan asas pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, yang turut menggariskan kaedah yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Hal ini menunjukkan bahawa pembinaan individu yang dihajati perlulah berlaku secara terus menerus dan tanpa putus, di samping berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu tanpa pemisahan dengan kurikulum lain. Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini juga telah ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi melalui pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang mensasarkan pembangunan modal insan sebagai teras utama pembangunan negara, khususnya dalam mencapai impian Wawasan 2020. Dalam konteks tersebut, fokus diberikan kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama, iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk masyarakat berbudaya serta memiliki kekuatan moral. Walau bagaimanapun, perbincangan tugasan ini akan memberi perhatian khusus terhadap fungsi atau peranan sistem pendidikan negara dalam mengesahkan pembanguanan modal insan dalam konteks Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan dan dibincangkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian, khususnya daripada perspektif kurikulum kesusasteraan Melayu. Peranan pendidikan khususnya berdasarkan contoh-contoh pengajaran dan pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, adalah jelas mengarah kepada matlamat atau objektif yang digariskan oleh FPN. F.R. Leavis seorang sarjana sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam bukunya Education and the Univesity (1971) menegaskan bahawa pengajian kesusasteraan sepatutnya menjadi inti pengajian kepada semua pengetahuan yang diajar di universiti, dengan alasan bahawa ianya penting untuk meninggikan peradaban bangsa daripada pengajian kejuruan atau vokesional. Kepentingan yang sama turut ditegaskan oleh Probst (1987) dengan menyatakan, Literature provides us not knowledge ready-made but the opportunity to make knowledge. And it is knowledge not about things – those it leaves to scientists and engineers – but about relationships and values and purpose. It is the kind of knomledge that each individual is responsible for. Pernyataan ini menekankan tentang peluang-peluang untuk mendapatkan pengetahuan, tentang hubungan dan nilai serta tujuannya yang menjadi keperluan bagi setiap individu. Di Amerika Syarikat misalnya, pendidikan kesusasteraan dimasukkan ke dalam kurikulum sekolah sejak kurun ke 18 dengan tertubuhnya Franklin’s Philadelphia Academy (1751) dengan asas “..the consideration of literature as a source of vicarious experience which could be used to aid student in better character and better social judgement.” Sehingga ke hari ini ilmu-ilmu sastera masih terus diajar di Barat, termasuk di Universiti Harvard. Di Malaysia, reka bentuk kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah diajar di peringkat sekolah kini diimplimentasi secara wajib melalui KomSas (Komponan Sastera) dalam subjek Bahasa Melayu. Melalui Komsas, semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima tanpa mengira aliran pengajian atau etnik akan menerima pendidikan kesusasteraan kerana Bahasa Melayu merupakan subjek wajib. Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu kesusasteraan dapat menyumbang ke arah pembangunan manusia dari sudut spiritual. Sementara di peringkat pengajian tinggi, pendidikan kesusasteraan diajar dalam program-program pengajian di beberapa buah universiti utama di negara ini, termasuk di Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putera Malaysia. Bentuk kurikulum yang digubal di peringkat sekolah dan pengajian tinggi, sebahagian besar adalah mengarah kepada pencapaian matlamat dalam FPN, iaitu bagi mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek, meliputi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Unsur intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Fikiran dan pemikiran yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai soal-soal moral, masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada pelajar. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini, pelajar didedahkan kepada usaha-usaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan ilmu, berfikiran kritis dan kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran. Mereka juga dilatih untuk mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus dan menghasilkan idea-idea yang bernas, serta berupaya pula memanfaatkan ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar. Penghayatan teks-teks kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi melalui teknik-teknik simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal jawab dan perbincangan dalam kelas mendorong pelajar terus berfikir bagi mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat memupuk dan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu mengembangkan daya pemikiran. Hal ini selaras dengan matlamat FPN yang berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, termasuk dalam aspek intelek. Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada ciri-ciri rohani yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya Tuhan, menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin tentang tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak mulia dan memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi memastikan bahawa insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi pencapaian akademik atau material, tetapi disertai dengan kualiti kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini dilakukan melalui teks-teks kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti novel Imam oleh SN Abdullah Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair Amir Hamzah dan Kemala. Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang mementingkan sahsiah diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya seperti ini mengajak pembaca untuk sentiasa mementingkan soal tanggugjawab dan disiplin diri dalam apa juga keadaan, di samping sentiasa mengamalkan akhlak mulia. Pendidikan yang menerapkan nilai-nilai sebegini jelas berupaya melahir dan membangunkan modal insan yang baik untuk negara. Salah satu unsur yang melandasi penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur emosi yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. Emosi yang dimanifestasikan melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah karya sastera, dapat dimanfaatkan ke arahmemiliki tingkah laku yang terkawal dan berperasaan tenang, memiliki dan memupuk perasaan kasih sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan menilai keindahan. Dengan menghayati dan menerapkan nilai-nilai tersebut di kalangan pelajar, akan dapat memupuk semangat kasih sayang dan rasa kekitaan sesama manusia, seterusnya dapat melahirkan masyarakat penyayang yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Eleman-eleman mulia seperti ini bukan sahaja digalakkan dalam amalan semua agama, malah ia perlu ditekankan dalam konteks perhubungan sosial, khususnya bagi melahirkan kelompok masyarakat Malaysia (berbagai bangsa dan agama) yang diikat oleh rasa kekitaan dan perpaduan. Aspek ini juga merupakan sebahagian daripada ciri modal insan yang ingin dibangunkan dalam negara sistem pendidikan negara yang dimanifestasikan melalui FPN. Seterusnya ialah penekanan terhadap keseimbangan dari segi jasmani atau fizikal. Ini dapat dikaitkan dengan domain psikomotor yang menekankan aspek bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, memanfaatkan kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta menggunakan kemahiran dan kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. Dalam kurikulum kesusasteraan, aspek ini dapat direalisasikan melalui pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui teknik simulasi, lakonan semula, deklamasi puisi dan seumpamanya yang mendorong pelajar mengasah dan memupuk bakat serta kemahiran berkomunikasi dan berkerjasama dengan rakan-rakan, di samping mendorong kepada penampilan diri secara fizikal. Berdasarkan kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut melalui pengajaran dan pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, menunjukkan bagaimana peranan sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan menjana pembangunan modal insan dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi matlamat untuk mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam empat komponen yang disasarkan oleh sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, dapat melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti, iaitu yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Masyarakat berilmu pengetahuan yang dihasratkan oleh sistem pendidikan adalah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang lain dan kebaikan alam sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan terbuka. Ciri-ciri intelektual menjadi satu teras dalam penulisan kesusasteraan, sehingga karya kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai lambang tamadun sesuatu bangsa. Melalui teks Sejarah Melayu misalnya, mendedahkan pelajar kepada tradisi keintelektualan dan ketamadunan bangsa pada zaman silam yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan sehingga ke hari ini. Banyak teladan dan iktibar daripada teks tersebut yang boleh dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa dan negara seluruhnya. Melalui pelagai kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek ini juga dapat membentuk keterampilan diri pelajar, iaitu dengan memiliki pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas, berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, berpandangan jauh dan berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan nilai-nilai murni dalam teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak mulia, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai murni, mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan buruk, mengamal perlakuan yang baik, menghayati nilai-nilai mulia merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Begitu juga dalam memupuk rasa bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mereka diajar untuk menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan amanah dan dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan amanah, bersih dan cekap, sentiasa berusaha untuk meningkatkan daya pengeluaran, memahami peraturan dan undang-undang negara, serta berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa dan negara. Seterusnya adalah untuk melahirkan individu yang berupaya mencapai kesejahteraan diri, iaitu dengan mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang tenang dan badan yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk menghadapi cabaran hidup serta sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang baik dengan orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini dilakukan melalui penghayatan terhadap watak dan perwatakan dalam karya cenderung ke arah memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Dengan menampilkan watak role model tertentu, pelajar dibimbing supaya turut memiliki nilai-nilai tersebut. Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem pendidikan negara ialah untuk membina insan yang berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui contoh-contoh perbincangan di atas, secara tidak langsung telah mengarah kepada pencapaian objektif FPN yang telah digariskan oleh dasar pendidikan negara. Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan baik di sekolah, mahu pun di pusat pengajian tinggi adalah sebagai sebahagian daripada usaha ke arah merealisasikan matlamat sistem pendidikan negara. Sama ada secara tersurat atau tersirat, teks-teks kesusasteraan sentiasa memupuk perpaduan rakyat melalui kerjasama, toleransi, kekitaan dan hormat menghormati, berusaha memajukan ekonomi ke arah perkembangan bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan kestabilan negara, sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan dan perlembagaan, sanggup mempertahankan diri, agama, bangsa dan negara serta sentiasa mengamal dan menghayati prinsip-prinsip rukun negara. Justeru itu, semua prinsip tersebut haruslah terkandung dalam karya-karya kesusasteraan yang dipilih sebagai teks pilihan atau teks wajib bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran kursus ini, sama ada di peringkat sekolah atau universiti. Peranan sistem pendidikan bukan untuk mengadakan perubahan negara sahaja, tetapi juga mengesahkan pembangunan modal insan dalam negara. Justeru, pendidikan kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat, yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui perbincangan tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya berdasarkan contoh pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum kesusasteraan, menunjukkan bagaimana caranya matlamat tersebut boleh dicapai. Penekanan kurikulum kesusasteraan itu sendiri adalah untuk melahir dan membina modal insan yang seimbang dan harmonis serta dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan sudah tentu menjadikan matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk direalisasikan. Hal ini menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan bukan sahaja untuk melakukan perubahan atau pembangunan fizikal, tetapi yang lebih penting adalah membangunkan modal insan yang merupakan aset utama kepada negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh direalisasikan melalui pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan. Wallahu'alam. (Norhayati AR) ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- --------- UNIVERSITY OF MALAYA - " Producing Leaders Since 1905 " Enrich your blog with Windows Live Writer. Windows Live Writer