ketua 2 pesisir juga sudah lama tidak berkhabaran di alam maya kerana kebetulan lap top d rumah rosak baru kini kembali pulih apapun di harap segalanya semakin hebat. saudara manzaidi, tuan ipul dan sahabat maya yang lain jua turut semakin hebat...
> Assalamualaikum Tuan Saiful @ Ipul. > Lama tak dengar berita. Rasanya hampir atau lebih dua bulan Tuan Saiful @ > Ipul tidak berada di alam maya ni. Ke manakah gerangan? > > > --- On Thu, 6/26/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> > wrote: > > From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]> > Subject: RE: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan > To: pesisir@yahoogroups.com > Date: Thursday, June 26, 2008, 8:38 AM > > > > > > > > Salam, > > Apa yang pasti SASTERA JUGA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA. > > Terima kasih. > > > > > To: [EMAIL PROTECTED] .com > From: [EMAIL PROTECTED] my > Date: Wed, 25 Jun 2008 15:44:03 +0800 > Subject: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan > > > > > > > Salam kepada Sdr Edi dan rakan-rakan semua, > Saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang tanggapan serong banyak > pihak terhadap subjek kesusasteraan yang diajar dalam sistem pendidikan > negara selama ini. kebetulan, saya juga pernah bercakap tentang hal ini > kepada khalayak sebelum ini. Pandangan saya adalah seperti berikut: > > Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan, > nilai murni dan kemahiran yang berlangsung secara berterusan dalam diri > seseorang, semenjak kecil sehinggalah ke akhir hayat (life long learning). > Ia merupakan satu proses dengan kaedah-kaedah yang tertentu sehingga > seseorang memperolehi pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan yang > sesuai dengan keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan > pendidikan. Encyclopedia mentakrif pendidikan sebagai 'to draw out', > facilitating realization of self-potential and latent talents of an > individual. It is an application of pedagogy, a body of theoretical and > applied research relating to teaching and learning and draws on many > disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan tentang > pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih sempurna, > lebih baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau kemanusiaan... Istilah > pembangunan boleh difahami dari > pelbagai perspektif, tapi maksudnya sama; untuk memberi kesejahteraan > kepada kehidupan manusia. Pembangunan tidak semata-mata dilihat dari > sudut ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu juga dilihat dari segi > budaya, cara hidup dan sebagainya. Modal insan (human capital) pula > adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan sumber > manusia, atau a way of defining and categorizing peoples skills and > abilities as used in employement and as they otherwise contribute to the > company > > Untuk memahami tentang peranan sistem pendidikan di Malaysia, boleh > dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi teras dan > tunjang bagi semua aktiviti dan program pendidikan. Pernyataan peranan > atau matlamat sistem pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap; > rendah, menengah dan tinggi. Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas > dalam pernyataan yang berbunyi: > > Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah > memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu > untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, > rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada > Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu > pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan > berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap > keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara. > > (Huraian Sukatan Pelajaran,1988:V) > > Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif yang ingin dicapai oleh > sistem pendidikan negara. Dari segi sahsiah, pendidikan bertujuan > melahirkan individu yang seimbang pada domanin kognitif, afektif, dan > psikomotor atau unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu, > pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat negara ini yang > dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti sebagai insan, iaitu insan yang > berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab > dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta berupaya pula memberi > sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini merupakan asas > pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, yang turut menggariskan kaedah > yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu. Hal ini menunjukkan bahawa > pembinaan individu yang dihajati perlulah berlaku secara terus menerus dan > tanpa putus, di samping berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu > tanpa pemisahan dengan kurikulum > lain. > > Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini juga telah > ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi melalui > pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang mensasarkan pembangunan > modal insan sebagai teras utama pembangunan negara, khususnya dalam > mencapai impian Wawasan 2020. Dalam konteks tersebut, fokus diberikan > kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama, > iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan > sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk > masyarakat berbudaya serta memiliki kekuatan moral. Walau bagaimanapun, > perbincangan tugasan ini akan memberi perhatian khusus terhadap fungsi > atau peranan sistem pendidikan negara dalam mengesahkan pembanguanan modal > insan dalam konteks Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan dan > dibincangkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian, > khususnya daripada perspektif kurikulum kesusasteraan > Melayu. > > > > Peranan pendidikan khususnya berdasarkan contoh-contoh pengajaran dan > pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, adalah jelas mengarah kepada > matlamat atau objektif yang digariskan oleh FPN. F.R. Leavis seorang > sarjana sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam bukunya > Education and the Univesity (1971) menegaskan bahawa pengajian > kesusasteraan sepatutnya menjadi inti pengajian kepada semua pengetahuan > yang diajar di universiti, dengan alasan bahawa ianya penting untuk > meninggikan peradaban bangsa daripada pengajian kejuruan atau vokesional. > Kepentingan yang sama turut ditegaskan oleh Probst (1987) dengan > menyatakan, Literature provides us not knowledge ready-made but the > opportunity to make knowledge. And it is knowledge not about things > those it leaves to scientists and engineers but about relationships and > values and purpose. It is the kind of knomledge that each individual is > responsible for. Pernyataan ini menekankan tentang > peluang-peluang untuk mendapatkan pengetahuan, tentang hubungan dan nilai > serta tujuannya yang menjadi keperluan bagi setiap individu. Di Amerika > Syarikat misalnya, pendidikan kesusasteraan dimasukkan ke dalam kurikulum > sekolah sejak kurun ke 18 dengan tertubuhnya Franklins Philadelphia > Academy (1751) dengan asas ..the consideration of literature as a source > of vicarious experience which could be used to aid student in better > character and better social judgement. Sehingga ke hari ini ilmu-ilmu > sastera masih terus diajar di Barat, termasuk di Universiti Harvard. > > Di Malaysia, reka bentuk kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah > diajar di peringkat sekolah kini diimplimentasi secara wajib melalui > KomSas (Komponan Sastera) dalam subjek Bahasa Melayu. Melalui Komsas, > semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima tanpa mengira aliran > pengajian atau etnik akan menerima pendidikan kesusasteraan kerana Bahasa > Melayu merupakan subjek wajib. Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan > ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu kesusasteraan dapat menyumbang ke arah > pembangunan manusia dari sudut spiritual. Sementara di peringkat pengajian > tinggi, pendidikan kesusasteraan diajar dalam program-program pengajian di > beberapa buah universiti utama di negara ini, termasuk di Universiti > Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia, > Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putera > Malaysia. Bentuk kurikulum yang digubal di peringkat sekolah dan pengajian > tinggi, sebahagian besar adalah > mengarah kepada pencapaian matlamat dalam FPN, iaitu bagi mewujudkan > insan yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek, meliputi intelek, > rohani, emosi dan jasmani. > > Unsur intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang > menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih > penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Fikiran dan > pemikiran yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai soal-soal moral, > masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada > pelajar. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini, pelajar > didedahkan kepada usaha-usaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan > ilmu, berfikiran kritis dan kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran. > Mereka juga dilatih untuk mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus > dan menghasilkan idea-idea yang bernas, serta berupaya pula memanfaatkan > ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar. Penghayatan teks-teks > kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi melalui teknik-teknik > simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal jawab dan > perbincangan dalam kelas mendorong pelajar > terus berfikir bagi mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat > memupuk dan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu > mengembangkan daya pemikiran. Hal ini selaras dengan matlamat FPN yang > berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, termasuk dalam > aspek intelek. > > Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada ciri-ciri > rohani yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya > Tuhan, menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin > tentang tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak > mulia dan memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi > memastikan bahawa insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi > pencapaian akademik atau material, tetapi disertai dengan kualiti > kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini dilakukan melalui teks-teks > kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti novel Imam oleh SN Abdullah > Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair Amir Hamzah dan Kemala. > Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang mementingkan sahsiah > diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya seperti ini mengajak pembaca > untuk sentiasa mementingkan soal tanggugjawab dan disiplin diri dalam apa > juga keadaan, di samping sentiasa > mengamalkan akhlak mulia. Pendidikan yang menerapkan nilai-nilai sebegini > jelas berupaya melahir dan membangunkan modal insan yang baik untuk > negara. > > Salah satu unsur yang melandasi penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur > emosi yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera. > Emosi yang dimanifestasikan melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah > karya sastera, dapat dimanfaatkan ke arahmemiliki tingkah laku yang > terkawal dan berperasaan tenang, memiliki dan memupuk perasaan kasih > sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan > menilai keindahan. Dengan menghayati dan menerapkan nilai-nilai tersebut > di kalangan pelajar, akan dapat memupuk semangat kasih sayang dan rasa > kekitaan sesama manusia, seterusnya dapat melahirkan masyarakat penyayang > yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Eleman-eleman mulia seperti ini bukan > sahaja digalakkan dalam amalan semua agama, malah ia perlu ditekankan > dalam konteks perhubungan sosial, khususnya bagi melahirkan kelompok > masyarakat Malaysia (berbagai bangsa dan agama) yang diikat oleh rasa > kekitaan dan perpaduan. Aspek ini juga > merupakan sebahagian daripada ciri modal insan yang ingin dibangunkan > dalam negara sistem pendidikan negara yang dimanifestasikan melalui FPN. > > Seterusnya ialah penekanan terhadap keseimbangan dari segi jasmani atau > fizikal. Ini dapat dikaitkan dengan domain psikomotor yang menekankan > aspek bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, memanfaatkan > kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta menggunakan > kemahiran dan kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. Dalam > kurikulum kesusasteraan, aspek ini dapat direalisasikan melalui pelbagai > kaedah pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui teknik > simulasi, lakonan semula, deklamasi puisi dan seumpamanya yang mendorong > pelajar mengasah dan memupuk bakat serta kemahiran berkomunikasi dan > berkerjasama dengan rakan-rakan, di samping mendorong kepada penampilan > diri secara fizikal. > > Berdasarkan kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut melalui pengajaran > dan pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, menunjukkan bagaimana > peranan sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan menjana pembangunan > modal insan dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi matlamat untuk > mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam empat komponen yang > disasarkan oleh sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, dapat > melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti, iaitu yang berilmu > pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan > berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap > keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. > > Masyarakat berilmu pengetahuan yang dihasratkan oleh sistem pendidikan > adalah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk > menambah ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang > lain dan kebaikan alam sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan > terbuka. Ciri-ciri intelektual menjadi satu teras dalam penulisan > kesusasteraan, sehingga karya kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai > lambang tamadun sesuatu bangsa. Melalui teks Sejarah Melayu misalnya, > mendedahkan pelajar kepada tradisi keintelektualan dan ketamadunan bangsa > pada zaman silam yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan sehingga ke hari > ini. Banyak teladan dan iktibar daripada teks tersebut yang boleh > dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa dan negara seluruhnya. > Melalui pelagai kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek ini > juga dapat membentuk keterampilan diri pelajar, iaitu dengan memiliki > pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas, > berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, berpandangan > jauh dan berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan nilai-nilai > murni dalam teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak > mulia, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai > murni, mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan > buruk, mengamal perlakuan yang baik, menghayati nilai-nilai mulia > merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Begitu > juga dalam memupuk rasa bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mereka > diajar untuk menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan > amanah dan dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan amanah, > bersih dan cekap, sentiasa berusaha untuk > meningkatkan daya pengeluaran, memahami peraturan dan undang-undang > negara, serta berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama, > bangsa dan negara. > Seterusnya adalah untuk melahirkan individu yang berupaya mencapai > kesejahteraan diri, iaitu dengan mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang > tenang dan badan yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk > menghadapi cabaran hidup serta sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang > baik dengan orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini dilakukan melalui > penghayatan terhadap watak dan perwatakan dalam karya cenderung ke arah > memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Dengan menampilkan watak role model > tertentu, pelajar dibimbing supaya turut memiliki nilai-nilai tersebut. > > Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem pendidikan negara ialah > untuk membina insan yang berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian > dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui contoh-contoh > perbincangan di atas, secara tidak langsung telah mengarah kepada > pencapaian objektif FPN yang telah digariskan oleh dasar pendidikan > negara. Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran subjek > kesusasteraan baik di sekolah, mahu pun di pusat pengajian tinggi adalah > sebagai sebahagian daripada usaha ke arah merealisasikan matlamat sistem > pendidikan negara. Sama ada secara tersurat atau tersirat, teks-teks > kesusasteraan sentiasa memupuk perpaduan rakyat melalui kerjasama, > toleransi, kekitaan dan hormat menghormati, berusaha memajukan ekonomi ke > arah perkembangan bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan > kestabilan negara, sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan > dan perlembagaan, sanggup mempertahankan diri, > agama, bangsa dan negara serta sentiasa mengamal dan menghayati > prinsip-prinsip rukun negara. Justeru itu, semua prinsip tersebut > haruslah terkandung dalam karya-karya kesusasteraan yang dipilih sebagai > teks pilihan atau teks wajib bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran > kursus ini, sama ada di peringkat sekolah atau universiti. > > > Peranan sistem pendidikan bukan untuk mengadakan perubahan negara sahaja, > tetapi juga mengesahkan pembangunan modal insan dalam negara. Justeru, > pendidikan kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat, > yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui > perbincangan tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya > berdasarkan contoh pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum > kesusasteraan, menunjukkan bagaimana caranya matlamat tersebut boleh > dicapai. Penekanan kurikulum kesusasteraan itu sendiri adalah untuk > melahir dan membina modal insan yang seimbang dan harmonis serta > dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan sudah tentu menjadikan > matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk direalisasikan. Hal ini > menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan bukan sahaja untuk melakukan > perubahan atau pembangunan fizikal, tetapi yang lebih penting adalah > membangunkan modal insan yang merupakan aset utama kepada > negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh direalisasikan melalui > pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan. > Wallahu'alam. (Norhayati AR) > ------------ --------- --------- --------- --------- --------- --------- > --------- --------- > UNIVERSITY OF MALAYA - " Producing Leaders Since 1905 " > > > > > Enrich your blog with Windows Live Writer. Windows Live Writer > > > > > > > > > > > > > > >