Sori be Wa, mmg kehidupan ini sentiasa sibuk dengan kesibukannya masing-masing. 
Tak tahula bila kesibukan itu akan berakhir, yang pasti hasil daripada 
kesibukan itu lah yang akan menjadikan kita semakin mengenal erti kehidupan 
yang menuntut kepada kita agar sentiasa bermuhasabah bagi merealisasikan segala 
baiah yang telah dimeterikan.


To: [EMAIL PROTECTED]: [EMAIL PROTECTED]: Fri, 27 Jun 2008 22:47:50 
+0800Subject: RE: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan




ketua 2 pesisir juga sudah lama tidak berkhabaran di alam maya keranakebetulan 
lap top d rumah rosak baru kini kembali pulih apapun di harapsegalanya semakin 
hebat. saudara manzaidi, tuan ipul dan sahabat maya yanglain jua turut semakin 
hebat...> Assalamualaikum Tuan Saiful @ Ipul.> Lama tak dengar berita. Rasanya 
hampir atau lebih dua bulan Tuan Saiful @> Ipul tidak berada di alam maya ni. 
Ke manakah gerangan?>>> --- On Thu, 6/26/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL 
PROTECTED]>> wrote:>> From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>> 
Subject: RE: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan> To: 
pesisir@yahoogroups.com> Date: Thursday, June 26, 2008, 8:38 AM>>>>>>>> Salam,> 
 > Apa yang pasti SASTERA JUGA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA.>  > Terima 
kasih.>>>>> To: [EMAIL PROTECTED] .com> From: [EMAIL PROTECTED] my> Date: Wed, 
25 Jun 2008 15:44:03 +0800> Subject: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam 
pendidikan>>>>>>  > Salam kepada Sdr Edi dan rakan-rakan semua,> Saya merasa 
terpanggil untuk mengulas tentang tanggapan serong banyak> pihak terhadap 
subjek kesusasteraan yang diajar dalam sistem pendidikan> negara selama ini. 
kebetulan, saya juga pernah bercakap tentang hal ini> kepada khalayak sebelum 
ini. Pandangan saya adalah seperti berikut:>> Pendidikan merupakan satu proses 
pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,> nilai murni dan kemahiran yang 
berlangsung secara berterusan dalam diri> seseorang, semenjak kecil sehinggalah 
ke akhir hayat (life long learning).> Ia merupakan satu proses dengan 
kaedah-kaedah yang tertentu sehingga> seseorang memperolehi pengetahuan, 
pemahaman, tingkah laku dan amalan yang> sesuai dengan keperluan serta kehendak 
golongan yang melaksanakan> pendidikan. Encyclopedia  mentakrif pendidikan 
sebagai 'to draw out',> facilitating realization of self-potential and latent 
talents of an> individual. It is an application of pedagogy, a body of 
theoretical and> applied research relating to teaching and learning and draws 
on many> disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan tentang> 
pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih sempurna,> lebih 
baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau kemanusiaan...”  Istilah> 
‘pembangunan’ boleh difahami dari> pelbagai perspektif, tapi maksudnya sama; 
untuk memberi kesejahteraan> kepada kehidupan manusia. Pembangunan tidak 
semata-mata dilihat dari> sudut ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu 
juga dilihat dari segi> budaya, cara hidup dan sebagainya. ‘Modal insan’ (human 
capital) pula> adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan 
sumber> manusia, atau a way of defining and categorizing peoples skills and> 
abilities as used in employement and as they otherwise contribute to the> 
company>  > Untuk memahami tentang peranan sistem pendidikan di Malaysia, 
boleh> dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi teras dan> 
tunjang bagi semua aktiviti dan program pendidikan. Pernyataan peranan> atau 
matlamat sistem pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap;> rendah, 
menengah dan tinggi. Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas> dalam 
pernyataan yang berbunyi:>> Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang 
berterusan ke arah> memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh 
dan bersepadu> untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi 
intelek,> rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan 
kepada> Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu> 
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan> 
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap> 
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.>  > (Huraian 
Sukatan Pelajaran,1988:V)>  > Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif 
yang ingin dicapai oleh> sistem pendidikan negara. Dari segi sahsiah, 
pendidikan bertujuan> melahirkan individu yang seimbang pada domanin kognitif, 
afektif, dan> psikomotor atau unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di 
samping itu,> pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat negara ini 
yang> dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti sebagai insan, iaitu insan yang> 
berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab> dan 
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta berupaya pula memberi> sumbangan 
kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini merupakan asas> pelaksanaan 
sistem pendidikan di Malaysia, yang turut menggariskan kaedah> yang berterusan, 
menyeluruh dan bersepadu.  Hal ini menunjukkan bahawa> pembinaan individu yang 
dihajati perlulah berlaku secara terus menerus dan> tanpa putus, di samping 
berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu> tanpa pemisahan dengan 
kurikulum> lain.>  > Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini 
juga telah> ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi 
melalui> pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang mensasarkan 
pembangunan> modal insan sebagai teras utama pembangunan negara, khususnya 
dalam> mencapai impian Wawasan 2020. Dalam konteks tersebut, fokus diberikan> 
kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama,> iaitu 
meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan> sains; 
penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk> masyarakat 
berbudaya serta memiliki kekuatan moral. Walau bagaimanapun,> perbincangan 
tugasan ini akan memberi perhatian khusus terhadap fungsi> atau peranan sistem 
pendidikan negara dalam mengesahkan pembanguanan modal> insan dalam konteks 
Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan dan> dibincangkan di sini adalah 
berdasarkan pengalaman dan penelitian,> khususnya daripada perspektif kurikulum 
kesusasteraan> Melayu.>  >  >  > Peranan pendidikan khususnya berdasarkan 
contoh-contoh pengajaran dan> pembelajaran  kurikulum kesusasteraan Melayu, 
adalah jelas mengarah kepada> matlamat atau objektif yang digariskan oleh FPN. 
F.R. Leavis seorang> sarjana sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam 
bukunya> Education and the Univesity (1971) menegaskan bahawa pengajian> 
kesusasteraan sepatutnya menjadi inti pengajian kepada semua pengetahuan> yang 
diajar di universiti, dengan alasan bahawa ianya penting untuk> meninggikan 
peradaban bangsa daripada pengajian kejuruan atau vokesional.> Kepentingan yang 
sama turut ditegaskan oleh Probst (1987) dengan> menyatakan, Literature 
provides us not knowledge ready-made but the> opportunity to make knowledge. 
And it is knowledge not about things –> those it leaves to scientists and 
engineers – but about relationships and> values and purpose. It is the kind of 
knomledge that each individual is> responsible for. Pernyataan ini menekankan 
tentang> peluang-peluang untuk mendapatkan pengetahuan, tentang hubungan dan 
nilai> serta tujuannya yang menjadi keperluan bagi setiap individu. Di Amerika> 
Syarikat misalnya, pendidikan kesusasteraan dimasukkan ke dalam kurikulum> 
sekolah sejak kurun ke 18 dengan tertubuhnya Franklin’s Philadelphia> Academy 
(1751) dengan asas “..the consideration of literature as a source> of vicarious 
experience which could be used to aid student in better> character and better 
social judgement.” Sehingga ke hari ini ilmu-ilmu> sastera masih terus diajar 
di Barat, termasuk di Universiti Harvard.>  > Di Malaysia, reka bentuk 
kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah> diajar di peringkat sekolah kini 
diimplimentasi secara wajib melalui> KomSas (Komponan Sastera) dalam subjek 
Bahasa Melayu. Melalui Komsas,> semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan 
lima tanpa mengira aliran> pengajian atau etnik akan menerima pendidikan 
kesusasteraan kerana Bahasa> Melayu merupakan subjek wajib. Langkah yang 
diambil oleh pihak kerajaan> ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu kesusasteraan 
dapat menyumbang ke arah> pembangunan manusia dari sudut spiritual. Sementara 
di peringkat pengajian> tinggi, pendidikan kesusasteraan diajar dalam 
program-program pengajian di> beberapa buah universiti utama di negara ini, 
termasuk di Universiti> Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti 
Sains Malaysia,> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti 
Putera> Malaysia. Bentuk kurikulum yang digubal di peringkat sekolah dan 
pengajian> tinggi, sebahagian besar adalah> mengarah kepada pencapaian matlamat 
dalam FPN, iaitu bagi mewujudkan> insan yang seimbang dan harmonis dalam 
pelbagai aspek, meliputi intelek,> rohani, emosi dan jasmani. >  > Unsur 
intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang> 
menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih>  
penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Fikiran dan> 
pemikiran yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai soal-soal moral,> 
masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada> 
pelajar. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini, pelajar> 
didedahkan kepada usaha-usaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan> ilmu, 
berfikiran kritis dan kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran.> Mereka juga 
dilatih untuk mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus> dan menghasilkan 
idea-idea yang bernas, serta berupaya pula memanfaatkan> ilmu untuk diri, orang 
lain dan alam sekitar. Penghayatan teks-teks> kesusasteraan seperti novel, 
cerpen dan puisi melalui teknik-teknik> simulasi, sumbang saran, main peranan, 
lakonan, soal jawab dan> perbincangan dalam kelas mendorong pelajar> terus 
berfikir bagi mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat> memupuk dan 
melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu> mengembangkan 
daya pemikiran. Hal ini selaras dengan matlamat FPN yang> berhasrat mewujudkan 
insan yang seimbang dan harmonis, termasuk dalam> aspek intelek.>  > 
Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada ciri-ciri> 
rohani yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya> Tuhan, 
menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin> tentang 
tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak> mulia dan 
memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi> memastikan bahawa 
insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi> pencapaian akademik atau 
material, tetapi disertai dengan kualiti> kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini 
dilakukan melalui teks-teks> kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti 
novel Imam oleh SN Abdullah> Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair 
Amir Hamzah dan Kemala.> Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang 
mementingkan sahsiah> diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya seperti ini 
mengajak pembaca> untuk sentiasa mementingkan soal tanggugjawab dan disiplin 
diri dalam apa> juga keadaan, di samping sentiasa> mengamalkan akhlak mulia. 
Pendidikan yang menerapkan nilai-nilai sebegini> jelas berupaya melahir dan 
membangunkan modal insan yang baik untuk> negara.>  > Salah satu unsur yang 
melandasi penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur> emosi yang membezakan 
antara karya sastera dengan karya bukan sastera.> Emosi yang dimanifestasikan 
melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah> karya sastera, dapat dimanfaatkan 
ke arahmemiliki tingkah laku yang> terkawal dan berperasaan tenang, memiliki 
dan memupuk perasaan kasih> sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan 
serta menghargai dan> menilai keindahan. Dengan menghayati dan menerapkan 
nilai-nilai tersebut> di kalangan pelajar, akan dapat memupuk semangat kasih 
sayang dan rasa> kekitaan sesama manusia, seterusnya dapat melahirkan 
masyarakat penyayang> yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Eleman-eleman mulia 
seperti ini bukan> sahaja digalakkan dalam amalan semua agama, malah ia perlu 
ditekankan> dalam konteks perhubungan sosial, khususnya bagi melahirkan 
kelompok> masyarakat Malaysia (berbagai bangsa dan agama) yang diikat oleh 
rasa> kekitaan dan perpaduan. Aspek ini juga> merupakan sebahagian daripada 
ciri modal insan yang ingin dibangunkan> dalam negara sistem pendidikan negara 
yang dimanifestasikan melalui FPN.>  > Seterusnya ialah penekanan terhadap 
keseimbangan dari segi jasmani atau> fizikal. Ini dapat dikaitkan dengan domain 
psikomotor yang menekankan> aspek bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan 
sosial, memanfaatkan> kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta 
menggunakan> kemahiran dan kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. 
Dalam> kurikulum kesusasteraan, aspek ini dapat direalisasikan melalui 
pelbagai> kaedah pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui 
teknik> simulasi, lakonan semula, deklamasi puisi dan seumpamanya yang 
mendorong> pelajar mengasah dan memupuk bakat serta kemahiran berkomunikasi 
dan> berkerjasama dengan rakan-rakan, di samping mendorong kepada penampilan> 
diri secara fizikal.>  > Berdasarkan kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut 
melalui pengajaran> dan pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, 
menunjukkan bagaimana> peranan sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan 
menjana pembangunan> modal insan dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi 
matlamat untuk> mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam empat 
komponen yang> disasarkan oleh sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, 
dapat> melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti, iaitu yang berilmu> 
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan> 
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap> 
keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.>> Masyarakat 
berilmu pengetahuan yang dihasratkan oleh sistem pendidikan> adalah masyarakat 
yang mencintai ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk> menambah ilmu 
pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang> lain dan kebaikan 
alam sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan> terbuka. Ciri-ciri 
intelektual menjadi satu teras dalam penulisan> kesusasteraan, sehingga karya 
kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai> lambang tamadun sesuatu bangsa. 
Melalui teks Sejarah Melayu misalnya,> mendedahkan pelajar kepada tradisi 
keintelektualan dan ketamadunan bangsa> pada zaman silam yang boleh dipelajari 
dan dimanfaatkan sehingga ke hari> ini. Banyak teladan dan iktibar daripada 
teks tersebut yang boleh> dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa dan 
negara seluruhnya.> Melalui pelagai kaedah dan aktiviti pengajaran dan 
pembelajaran subjek ini> juga dapat membentuk keterampilan diri pelajar, iaitu 
dengan memiliki> pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu 
tugas,> berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, 
berpandangan> jauh dan berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan 
nilai-nilai> murni dalam teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang 
berakhlak> mulia, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap 
nilai> murni, mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan> 
buruk, mengamal perlakuan yang baik, menghayati nilai-nilai mulia> merangkumi 
nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Begitu> juga dalam 
memupuk rasa bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mereka> diajar untuk 
menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan> amanah dan 
dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan amanah,> bersih dan 
cekap, sentiasa berusaha untuk> meningkatkan daya pengeluaran, memahami 
peraturan dan undang-undang> negara, serta berusaha memajukan diri, keluarga, 
masyarakat, agama,> bangsa dan negara.> Seterusnya adalah untuk melahirkan 
individu yang berupaya mencapai> kesejahteraan diri, iaitu dengan mempunyai 
fikiran yang waras, jiwa yang> tenang dan badan yang sihat, mempunyai daya 
ketahanan diri yang kuat untuk> menghadapi cabaran hidup serta sentiasa dapat 
mewujudkan perhubungan yang> baik dengan orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini 
dilakukan melalui> penghayatan terhadap watak dan perwatakan dalam karya 
cenderung ke arah> memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Dengan menampilkan watak 
role model> tertentu, pelajar dibimbing supaya turut memiliki nilai-nilai 
tersebut.>  > Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem pendidikan negara 
ialah> untuk membina insan yang berupaya memberi sumbangan terhadap 
keharmonian> dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui 
contoh-contoh> perbincangan di atas, secara tidak langsung telah mengarah 
kepada> pencapaian objektif FPN yang telah digariskan oleh dasar pendidikan> 
negara. Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran subjek> 
kesusasteraan baik di sekolah, mahu pun di pusat pengajian tinggi adalah> 
sebagai sebahagian daripada usaha ke arah merealisasikan matlamat sistem> 
pendidikan negara. Sama ada secara tersurat atau tersirat, teks-teks> 
kesusasteraan sentiasa memupuk perpaduan rakyat melalui kerjasama,> toleransi, 
kekitaan dan hormat menghormati, berusaha memajukan ekonomi ke> arah 
perkembangan bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan> kestabilan 
negara, sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan> dan 
perlembagaan, sanggup mempertahankan diri,> agama, bangsa dan negara serta 
sentiasa mengamal dan menghayati> prinsip-prinsip rukun negara. Justeru itu, 
semua prinsip tersebut> haruslah terkandung dalam karya-karya kesusasteraan 
yang dipilih sebagai> teks pilihan atau teks wajib bagi tujuan pengajaran dan 
pembelajaran> kursus ini, sama ada di peringkat sekolah atau universiti.>  >> 
Peranan sistem pendidikan bukan untuk mengadakan perubahan negara sahaja,> 
tetapi juga mengesahkan pembangunan modal insan dalam negara. Justeru,> 
pendidikan kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat,> yang 
boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui> perbincangan 
tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya> berdasarkan contoh 
pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum> kesusasteraan, menunjukkan 
bagaimana caranya matlamat tersebut boleh> dicapai. Penekanan kurikulum 
kesusasteraan itu sendiri adalah untuk> melahir dan membina modal insan yang 
seimbang dan harmonis serta> dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan 
sudah tentu menjadikan> matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk 
direalisasikan. Hal ini> menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan bukan 
sahaja untuk melakukan> perubahan atau pembangunan fizikal, tetapi yang lebih 
penting adalah> membangunkan modal insan yang merupakan aset utama kepada> 
negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh direalisasikan melalui> pengajaran 
dan pembelajaran subjek kesusasteraan.> Wallahu'alam. (Norhayati AR)> 
------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------> 
--------- ---------> UNIVERSITY OF MALAYA  -  " Producing Leaders Since 1905 
">>>>> Enrich your blog with Windows Live Writer. Windows Live 
Writer>>>>>>>>>>>>>>> 






_________________________________________________________________
Manage multiple email accounts with Windows Live Mail effortlessly.
http://www.get.live.com/wl/all

Kirim email ke