ketua 2 pesisir juga sudah lama tidak berkhabaran di alam maya kerana
kebetulan lap top d rumah rosak baru kini kembali pulih apapun di harap
segalanya semakin hebat. saudara manzaidi, tuan ipul dan sahabat maya yang
lain jua turut semakin hebat...



> Assalamualaikum Tuan Saiful @ Ipul.
> Lama tak dengar berita. Rasanya hampir atau lebih dua bulan Tuan Saiful @
> Ipul tidak berada di alam maya ni. Ke manakah gerangan?
>
>
> --- On Thu, 6/26/08, Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>
> wrote:
>
> From: Muhammad Saiful Haq Hussin <[EMAIL PROTECTED]>
> Subject: RE: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan
> To: pesisir@yahoogroups.com
> Date: Thursday, June 26, 2008, 8:38 AM
>
>
>
>
>
>
>
> Salam,
>  
> Apa yang pasti SASTERA JUGA YANG MEMANUSIAKAN MANUSIA.
>  
> Terima kasih.
>
>
>
>
> To: [EMAIL PROTECTED] .com
> From: [EMAIL PROTECTED] my
> Date: Wed, 25 Jun 2008 15:44:03 +0800
> Subject: { PESISIR } peranan kesusasteraan dalam pendidikan
>
>
>
>
>
>  
> Salam kepada Sdr Edi dan rakan-rakan semua,
> Saya merasa terpanggil untuk mengulas tentang tanggapan serong banyak
> pihak terhadap subjek kesusasteraan yang diajar dalam sistem pendidikan
> negara selama ini. kebetulan, saya juga pernah bercakap tentang hal ini
> kepada khalayak sebelum ini. Pandangan saya adalah seperti berikut:
>
> Pendidikan merupakan satu proses pemerolehan dan pemindahan pengetahuan,
> nilai murni dan kemahiran yang berlangsung secara berterusan dalam diri
> seseorang, semenjak kecil sehinggalah ke akhir hayat (life long learning).
> Ia merupakan satu proses dengan kaedah-kaedah yang tertentu sehingga
> seseorang memperolehi pengetahuan, pemahaman, tingkah laku dan amalan yang
> sesuai dengan keperluan serta kehendak golongan yang melaksanakan
> pendidikan. Encyclopedia  mentakrif pendidikan sebagai 'to draw out',
> facilitating realization of self-potential and latent talents of an
> individual. It is an application of pedagogy, a body of theoretical and
> applied research relating to teaching and learning and draws on many
> disciplines. Ini bermakna, pembangunan modal insan menekankan tentang
> pentingnya membentuk manusia yang sedia ada kepada yang lebih sempurna,
> lebih baik, dan memiliki ciri-ciri keinsanan atau kemanusiaan...”  Istilah
> ‘pembangunan’ boleh difahami dari
>  pelbagai perspektif, tapi maksudnya sama; untuk memberi kesejahteraan
> kepada kehidupan manusia. Pembangunan tidak semata-mata dilihat dari
> sudut ekonomi atau sains dan teknologi, tapi perlu juga dilihat dari segi
> budaya, cara hidup dan sebagainya. ‘Modal insan’ (human capital) pula
> adalah merujuk kepada soal-soal keprofesionalan pengurusan sumber
> manusia, atau a way of defining and categorizing peoples skills and
> abilities as used in employement and as they otherwise contribute to the
> company
>  
> Untuk memahami tentang peranan sistem pendidikan di Malaysia, boleh
> dirujuk kepada Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang menjadi teras dan
> tunjang bagi semua aktiviti dan program pendidikan. Pernyataan peranan
> atau matlamat sistem pendidikan tersebut adalah meliputi semua tahap;
> rendah, menengah dan tinggi. Hal tersebut telah diungkapkan secara jelas
> dalam pernyataan yang berbunyi:
>
> Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha yang berterusan ke arah
> memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
> untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
> rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
> Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
> pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
> berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
> keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan Negara.
>  
> (Huraian Sukatan Pelajaran,1988:V)
>  
> Pernyataan di atas jelas menggariskan objektif yang ingin dicapai oleh
> sistem pendidikan negara. Dari segi sahsiah, pendidikan bertujuan
> melahirkan individu yang seimbang pada domanin kognitif, afektif, dan
> psikomotor atau unsur intelek, rohani, emosi dan jasmani. Di samping itu,
> pendidikan juga bermatlamat untuk melahirkan rakyat negara ini yang
> dilengkapi dengan ciri-ciri berkualiti sebagai insan, iaitu insan yang
> berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab
> dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta berupaya pula memberi
> sumbangan kepada keluarga, masyarakat dan negara. FPN ini merupakan asas
> pelaksanaan sistem pendidikan di Malaysia, yang turut menggariskan kaedah
> yang berterusan, menyeluruh dan bersepadu.  Hal ini menunjukkan bahawa
> pembinaan individu yang dihajati perlulah berlaku secara terus menerus dan
> tanpa putus, di samping berlaku secara menyeluruh, merentasi dan berpadu
> tanpa pemisahan dengan kurikulum
>  lain.
>  
> Kepentingan soal pembinaan dan pembangunan modal insan ini juga telah
> ditegaskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Badawi melalui
> pembentangan Rancangan Malaysia Ke 9 (RMK-9) yang mensasarkan pembangunan
> modal insan sebagai teras utama pembangunan negara, khususnya dalam
> mencapai impian Wawasan 2020. Dalam konteks tersebut, fokus diberikan
> kepada tiga strategi utama untuk melahirkan modal insan kelas pertama,
> iaitu meningkatkan keupayaan dan penguasaan ilmu, mengukuhkan keupayaan
> sains; penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta inovasi; dan memupuk
> masyarakat berbudaya serta memiliki kekuatan moral. Walau bagaimanapun,
> perbincangan tugasan ini akan memberi perhatian khusus terhadap fungsi
> atau peranan sistem pendidikan negara dalam mengesahkan pembanguanan modal
> insan dalam konteks Malaysia. Bukti-bukti yang dikemukakan dan
> dibincangkan di sini adalah berdasarkan pengalaman dan penelitian,
> khususnya daripada perspektif kurikulum kesusasteraan
>  Melayu.
>  
>  
>  
> Peranan pendidikan khususnya berdasarkan contoh-contoh pengajaran dan
> pembelajaran  kurikulum kesusasteraan Melayu, adalah jelas mengarah kepada
> matlamat atau objektif yang digariskan oleh FPN. F.R. Leavis seorang
> sarjana sastera di Universiti Cambridge (1937-1962) dalam bukunya
> Education and the Univesity (1971) menegaskan bahawa pengajian
> kesusasteraan sepatutnya menjadi inti pengajian kepada semua pengetahuan
> yang diajar di universiti, dengan alasan bahawa ianya penting untuk
> meninggikan peradaban bangsa daripada pengajian kejuruan atau vokesional.
> Kepentingan yang sama turut ditegaskan oleh Probst (1987) dengan
> menyatakan, Literature provides us not knowledge ready-made but the
> opportunity to make knowledge. And it is knowledge not about things –
> those it leaves to scientists and engineers – but about relationships and
> values and purpose. It is the kind of knomledge that each individual is
> responsible for. Pernyataan ini menekankan tentang
>  peluang-peluang untuk mendapatkan pengetahuan, tentang hubungan dan nilai
> serta tujuannya yang menjadi keperluan bagi setiap individu. Di Amerika
> Syarikat misalnya, pendidikan kesusasteraan dimasukkan ke dalam kurikulum
> sekolah sejak kurun ke 18 dengan tertubuhnya Franklin’s Philadelphia
> Academy (1751) dengan asas “..the consideration of literature as a source
> of vicarious experience which could be used to aid student in better
> character and better social judgement.” Sehingga ke hari ini ilmu-ilmu
> sastera masih terus diajar di Barat, termasuk di Universiti Harvard.
>  
> Di Malaysia, reka bentuk kurikulum pendidikan kesusasteraan yang telah
> diajar di peringkat sekolah kini diimplimentasi secara wajib melalui
> KomSas (Komponan Sastera) dalam subjek Bahasa Melayu. Melalui Komsas,
> semua pelajar tingkatan satu hingga tingkatan lima tanpa mengira aliran
> pengajian atau etnik akan menerima pendidikan kesusasteraan kerana Bahasa
> Melayu merupakan subjek wajib. Langkah yang diambil oleh pihak kerajaan
> ini kerana berkeyakinan bahawa ilmu kesusasteraan dapat menyumbang ke arah
> pembangunan manusia dari sudut spiritual. Sementara di peringkat pengajian
> tinggi, pendidikan kesusasteraan diajar dalam program-program pengajian di
> beberapa buah universiti utama di negara ini, termasuk di Universiti
> Malaya, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Sains Malaysia,
> Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dan Universiti Putera
> Malaysia. Bentuk kurikulum yang digubal di peringkat sekolah dan pengajian
> tinggi, sebahagian besar adalah
>  mengarah kepada pencapaian matlamat dalam FPN, iaitu bagi mewujudkan
> insan yang seimbang dan harmonis dalam pelbagai aspek, meliputi intelek,
> rohani, emosi dan jasmani. 
>  
> Unsur intelek merupakan satu unsur utama dalam sesebuah karya sastera yang
> menjadikan ia bukan hanya sebagai bahan hiburan semata-mata, tetapi lebih
>  penting bahan untuk pembaca mendapatkan ilmu pengetahuan. Fikiran dan
> pemikiran yang ditimbulkan misalnya, adalah mengenai soal-soal moral,
> masyarakat, ekonomi, politik dan lain-lain menjadi bahan teladan kepada
> pelajar. Melalui proses pengajaran dan pembelajaran subjek ini, pelajar
> didedahkan kepada usaha-usaha untuk mendapat, meningkat dan menyebarkan
> ilmu, berfikiran kritis dan kreatif dalam mengembangkan daya pemikiran.
> Mereka juga dilatih untuk mampu menghurai, mencerakin, menaakul, merumus
> dan menghasilkan idea-idea yang bernas, serta berupaya pula memanfaatkan
> ilmu untuk diri, orang lain dan alam sekitar. Penghayatan teks-teks
> kesusasteraan seperti novel, cerpen dan puisi melalui teknik-teknik
> simulasi, sumbang saran, main peranan, lakonan, soal jawab dan
> perbincangan dalam kelas mendorong pelajar
>  terus berfikir bagi mencari jawaban kepadan setiap permasalahan, dapat
> memupuk dan melahirkan pelajar yang berfikiran kritis, kreatif dan mampu
> mengembangkan daya pemikiran. Hal ini selaras dengan matlamat FPN yang
> berhasrat mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis, termasuk dalam
> aspek intelek.
>  
> Karya-karya kesusasteraan Melayu juga memberi penekanan kepada ciri-ciri
> rohani yang akan melahirkan insan yang menyedari dan menginsafi adanya
> Tuhan, menyedari dan mensyukuri pemberian Tuhan, menyedari serta prihatin
> tentang tanggungjawab, memupuk dan membina disiplin diri, membentuk akhlak
> mulia dan memiliki jiwa yang tenteram dan tenang. Hal ini penting bagi
> memastikan bahawa insan yang dilahirkan bukan hanya berjaya dari segi
> pencapaian akademik atau material, tetapi disertai dengan kualiti
> kerohanian. Penerapan nilai-nilai ini dilakukan melalui teks-teks
> kesusasteraan yang bersifat kerohanian seperti novel Imam oleh SN Abdullah
> Husein atau puisi-puisi kerohanian oleh penyair Amir Hamzah dan Kemala.
> Melalui penampilan watak dan perwatakan contoh yang mementingkan sahsiah
> diri dan sifat-sifat kerohanian, karya-karya seperti ini mengajak pembaca
> untuk sentiasa mementingkan soal tanggugjawab dan disiplin diri dalam apa
> juga keadaan, di samping sentiasa
>  mengamalkan akhlak mulia. Pendidikan yang menerapkan nilai-nilai sebegini
> jelas berupaya melahir dan membangunkan modal insan yang baik untuk
> negara.
>  
> Salah satu unsur yang melandasi penciptaan karya kesusasteraan ialah unsur
> emosi yang membezakan antara karya sastera dengan karya bukan sastera.
> Emosi yang dimanifestasikan melalui watak dan perwatakan dalam sesebuah
> karya sastera, dapat dimanfaatkan ke arahmemiliki tingkah laku yang
> terkawal dan berperasaan tenang, memiliki dan memupuk perasaan kasih
> sayang, memiliki semangat kekitaan dan perpaduan serta menghargai dan
> menilai keindahan. Dengan menghayati dan menerapkan nilai-nilai tersebut
> di kalangan pelajar, akan dapat memupuk semangat kasih sayang dan rasa
> kekitaan sesama manusia, seterusnya dapat melahirkan masyarakat penyayang
> yang disasarkan oleh pihak kerajaan. Eleman-eleman mulia seperti ini bukan
> sahaja digalakkan dalam amalan semua agama, malah ia perlu ditekankan
> dalam konteks perhubungan sosial, khususnya bagi melahirkan kelompok
> masyarakat Malaysia (berbagai bangsa dan agama) yang diikat oleh rasa
> kekitaan dan perpaduan. Aspek ini juga
>  merupakan sebahagian daripada ciri modal insan yang ingin dibangunkan
> dalam negara sistem pendidikan negara yang dimanifestasikan melalui FPN.
>  
> Seterusnya ialah penekanan terhadap keseimbangan dari segi jasmani atau
> fizikal. Ini dapat dikaitkan dengan domain psikomotor yang menekankan
> aspek bakat dan kemahiran teknikal, manipulatif dan sosial, memanfaatkan
> kemahiran dan kecergasan fizikal untuk berdikari serta menggunakan
> kemahiran dan kecerdasan fizikal bagi kepentingan masyarakat. Dalam
> kurikulum kesusasteraan, aspek ini dapat direalisasikan melalui pelbagai
> kaedah pengajaran dan pembelajaran kesusasteraan, seperti melalui teknik
> simulasi, lakonan semula, deklamasi puisi dan seumpamanya yang mendorong
> pelajar mengasah dan memupuk bakat serta kemahiran berkomunikasi dan
> berkerjasama dengan rakan-rakan, di samping mendorong kepada penampilan
> diri secara fizikal.
>  
> Berdasarkan kewujudan ciri-ciri keseimbangan tersebut melalui pengajaran
> dan pembelajaran kurikulum kesusasteraan Melayu, menunjukkan bagaimana
> peranan sistem pendidikan dapat melahir, memupuk dan menjana pembangunan
> modal insan dalam negara. Sekaligus ianya dapat memenuhi matlamat untuk
> mewujudkan masyarakat yang seimbang dan harmonis dalam empat komponen yang
> disasarkan oleh sistem pendidikan negara. Pada masa yang sama, dapat
> melahirkan rakyat Malaysia yang berkualiti, iaitu yang berilmu
> pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
> berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
> keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
>
> Masyarakat berilmu pengetahuan yang dihasratkan oleh sistem pendidikan
> adalah masyarakat yang mencintai ilmu pengetahuan, sentiasa berusaha untuk
> menambah ilmu pengetahuan, memanfaatkan ilmu untuk kebajikan diri, orang
> lain dan kebaikan alam sekitar serta mempunyai fikiran yang luas dan
> terbuka. Ciri-ciri intelektual menjadi satu teras dalam penulisan
> kesusasteraan, sehingga karya kesusasteraan itu sendiri dilihat sebagai
> lambang tamadun sesuatu bangsa. Melalui teks Sejarah Melayu misalnya,
> mendedahkan pelajar kepada tradisi keintelektualan dan ketamadunan bangsa
> pada zaman silam yang boleh dipelajari dan dimanfaatkan sehingga ke hari
> ini. Banyak teladan dan iktibar daripada teks tersebut yang boleh
> dijadikan landasan untuk kebaikan diri, bangsa dan negara seluruhnya.
> Melalui pelagai kaedah dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran subjek ini
> juga dapat membentuk keterampilan diri pelajar, iaitu dengan memiliki
> pengetahuan, kelayakan dan kemahiran dalam menjalankan sesuatu tugas,
> berkebolehan melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna, berpandangan
> jauh dan berinisiatif. Pada masa yang sama, melalui penerapan nilai-nilai
> murni dalam teks kesusasteraan dapat melahirkan pelajar yang berakhlak
> mulia, iaitu yang mempunyai pengetahuan dan keyakinan terhadap nilai
> murni, mempunyai kesedaran terhadap kesan daripada perbuatan baik dan
> buruk, mengamal perlakuan yang baik, menghayati nilai-nilai mulia
> merangkumi nilai-nilai kerohanian, kemanusiaan dan kewarganegaraan. Begitu
> juga dalam memupuk rasa bertanggungjawab di kalangan pelajar. Mereka
> diajar untuk menyedari bahawa setiap tugas dan tanggungjawab merupakan
> amanah dan dilaksanakan dengan sempurna, menjalankan tugas dengan amanah,
> bersih dan cekap, sentiasa berusaha untuk
>  meningkatkan daya pengeluaran, memahami peraturan dan undang-undang
> negara, serta berusaha memajukan diri, keluarga, masyarakat, agama,
> bangsa dan negara.
> Seterusnya adalah untuk melahirkan individu yang berupaya mencapai
> kesejahteraan diri, iaitu dengan mempunyai fikiran yang waras, jiwa yang
> tenang dan badan yang sihat, mempunyai daya ketahanan diri yang kuat untuk
> menghadapi cabaran hidup serta sentiasa dapat mewujudkan perhubungan yang
> baik dengan orang lain. Pemupukan nilai-nilai ini dilakukan melalui
> penghayatan terhadap watak dan perwatakan dalam karya cenderung ke arah
> memanfaatkan nilai-nilai tersebut. Dengan menampilkan watak role model
> tertentu, pelajar dibimbing supaya turut memiliki nilai-nilai tersebut.
>  
> Matlamat terakhir yang termaktub dalam sistem pendidikan negara ialah
> untuk membina insan yang berupaya memberi sumbangan terhadap keharmonian
> dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. Melalui contoh-contoh
> perbincangan di atas, secara tidak langsung telah mengarah kepada
> pencapaian objektif FPN yang telah digariskan oleh dasar pendidikan
> negara. Pada keseluruhannya, proses pengajaran dan pembelajaran subjek
> kesusasteraan baik di sekolah, mahu pun di pusat pengajian tinggi adalah
> sebagai sebahagian daripada usaha ke arah merealisasikan matlamat sistem
> pendidikan negara. Sama ada secara tersurat atau tersirat, teks-teks
> kesusasteraan sentiasa memupuk perpaduan rakyat melalui kerjasama,
> toleransi, kekitaan dan hormat menghormati, berusaha memajukan ekonomi ke
> arah perkembangan bangsa dan negara, sentiasa berusaha mengekalkan
> kestabilan negara, sentiasa berusaha mematuhi dan mempertahankan peraturan
> dan perlembagaan, sanggup mempertahankan diri,
>  agama, bangsa dan negara serta sentiasa mengamal dan menghayati
> prinsip-prinsip rukun negara. Justeru itu, semua prinsip tersebut
> haruslah terkandung dalam karya-karya kesusasteraan yang dipilih sebagai
> teks pilihan atau teks wajib bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran
> kursus ini, sama ada di peringkat sekolah atau universiti.
>  
>
> Peranan sistem pendidikan bukan untuk mengadakan perubahan negara sahaja,
> tetapi juga mengesahkan pembangunan modal insan dalam negara. Justeru,
> pendidikan kesusasteraan adalah sebahagian daripada platform yang tepat,
> yang boleh dimanfaatkan untuk mencapai matlamat tersebut. Melalui
> perbincangan tentang matlamat sistem pendidikan negara, khususnya
> berdasarkan contoh pengajaran dan pembelajaran dalam kurikulum
> kesusasteraan, menunjukkan bagaimana caranya matlamat tersebut boleh
> dicapai. Penekanan kurikulum kesusasteraan itu sendiri adalah untuk
> melahir dan membina modal insan yang seimbang dan harmonis serta
> dilengkapi dengan ciri-ciri kualiti sebagai insan sudah tentu menjadikan
> matlamt sistem pendidikan negara lebih mudah untuk direalisasikan. Hal ini
> menunjukkan bahawa peranan sistem pendidikan bukan sahaja untuk melakukan
> perubahan atau pembangunan fizikal, tetapi yang lebih penting adalah
> membangunkan modal insan yang merupakan aset utama kepada
>  negara. Hasrat tersebut sudah tentu boleh direalisasikan melalui
> pengajaran dan pembelajaran subjek kesusasteraan.
> Wallahu'alam. (Norhayati AR)
> ------------ --------- --------- --------- --------- --------- ---------
> --------- ---------
> UNIVERSITY OF MALAYA  -  " Producing Leaders Since 1905 "
>
>
>
>
> Enrich your blog with Windows Live Writer. Windows Live Writer
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>
>


Kirim email ke