Help Palestine [hidayahnet] Jin tolak kereta. Shahir AF8 Kemalangan

2010-10-12 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Malam tadi ada majlis doa selamat di rumah sahabat. Saya duduk makan semeja 
dengan Ustaz Basit dari Jabatan Mufti N.Sembilan, Dato Rohani, Ustaz 
Khairuzzaman dan beberapa ustaz lain. Kami bercerita mengenai banyak jin, 
syaitan, acara pemujaan dan sihir sekarang ini dan kaitannya dengan kemalangan 
jalanraya.

Ustaz Basit kata, kawan dia pernah nampak dijalanraya, jin tolak kereta, kereta 
yang ditolak tadi pun kemalangan dan jin tadi bertepuk tangan. Tidak dapat 
dinafikan jin atau makhluk sebegini memang wujud. Kita sebagai umat Islam 
mohonlah perlindungan daripada Allah, hanya kepada Allah semata-mata.

Kenal waktu untuk berjaga-jaga, lepas tengah malam, panas terik, senja, hujan 
panas dan sebagainya. Masuk waktu sembahyang kalau dalam perjalanan, berhenti 
sembahyang, jangan tangguh. Jangan terlalu mengantuk, letih, terlalu gembira, 
banyak ketawa dalam perjalanan.

Nampaknya tak habis-habis orang kita suka tengok cerita hantu. Buatlah cerita 
yang mendekatkan orang Melayu kepada masjid dan surau. Ingat kubur dan buat 
persiapan selepas mati.


Selasa Julai 6, 2010
Kisah Norman KRU Jumpa Hantu Dalam Karak

FILEM Karak akan merungkai pengalaman sebenar penulis skripnya, Ketua Pegawai 
Eksekutif Kumpulan KRU Studios, Norman Abdul Halim yang hampir-hampir 
kemalangan kerana ternampak hantu.

Bercerita pengalaman itu, kata Norman ketika dia sedang melalui lebuh raya di 
antara Behrang dan Rawang dia pernah nampak seperti lembaga di kawasan 
berkenaan.

Selepas peristiwa itu Norman lebih berhati-hati selepas melalui kawasan itu 
yang dianggapnya ‘keras’.

Sebelum menghasilkan skrip yang turut dilakonkan oleh juara AF8 Shahir itu, 
Norman telah melakukan kajian terlebih dahulu perspektif masyarakat mengenai 
makhluk berkenaan.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/7/6/mstar_hiburan/20100705163218sec=mstar_hiburan

Rabu September 22, 2010
Kereta Baru Shahir (AF8) Berpusing Lima Kali

PETALING JAYA: Kereta jenis Nissan Fairlady berwarna putih milik juara AF8, 
Ahmad Shahir Zawawi, 22, berpusing sebanyak lima kali sebelum merempuh 
pembahagi jalan di lebuh raya antara Bidor ke Sungkai, Perak.

Kemalangan pada pukul 6.30 petang, Isnin itu berlaku semasa penyanyi lagu 
Kebahagiaan Dalam Perpisahan itu dalam perjalanan pulang dari rumah keluarganya 
di Kampar, Perak ke Kuala Lumpur setelah menjalani penggambaran sebuah program 
terbitan Astro.

Katanya, kereta yang berharga sekitar RM180,000 itu baru dibeli oleh Shahir 
pada bulan Ramadan baru-baru ini.

“Shahir dan kawannya, Aman yang berada dalam kereta itu selamat. Alhamdulillah. 
Cuma keretanya remuk teruk di bahagian belakang dan hadapan.

Bercerita tentang bagaimana Shahir boleh terlibat dalam kemalangan tersebut, 
Mahanum berkata waktu itu hujan lebat dan cermin kereta Shahir menjadi kabur.

“Air hujan di tepi lebuh raya itu begitu banyak sehingga Shahir merasakan 
kereta yang dinaikinya itu seperti terapung-apung. Lantas dia menekan brek dan 
selepas itu keretanya berpusing sebanyak lima kali sehingga melanggar pembahagi 
jalan.

Sehari sebelum Hari Raya Aidilfitri tahun lalu, Shahir pernah terlibat dalam 
kemalangan jalan raya dan ini merupakan kemalangan besar kedua berlaku dalam 
hidupnya.

http://mstar.com.my/hiburan/cerita.asp?file=/2010/9/22/mstar_hiburan/20100921162936sec=mstar_hiburan






Help Palestine [hidayahnet] Melayu, cantik sungguh, terliur tengok, teringin rasanya

2010-10-12 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tak sangka, masih ada anak Melayu yang mahir membuat parang, hulu dan sarung. 
Begitu cantik sekali, terasa nak beli bila tengok gambar di blognya. Kenapa 
tidak dipromosikan secara meluas dan diperluaskan lagi industri ini agar lebih 
ramai menceburi bidang ini ?

Patut dimasukkan tempat ini dalam destinasi pelancongan utama Negeri Sembilan.

Ahli Parlimen Jelebu tak nak tolong promosi di TV1 ke ?

Lihat sendiri laman Blog dia http://zamri-tukangparang.blogspot.com 

Zamri Bin Wahid 
Mentaus Crafts 
No. 19, Kg. Mentaus, 
72400 Simpang Durian, 
Jelebu, Negeri Sembilan. 
No. H/P: 019-6685036



  


Help Palestine [hidayahnet] BENGKEL IKAN AIR TAWAR 21 Okt 2010 Seremban

2010-10-12 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bengkel Halatuju Perniagaan Penternakan Ikan Air Tawar 
Tarikh : 21 Oktober 2010 (Khamis)
Tempat : Bilik Kuliah Pusma, Aras 3, Bangunan MARA Seremban Plaza, Jalan Dato' 
Muda Linggi, Seremban
Yuran :  RM 10

Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi Pusat Usahawan MARA (PUSMA) di talian 
06-7626088

Sumber : 
http://pusman9.blogspot.com/2010/10/bengkel-halatuju-perniagaan-penternakan.html
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Bunuh diri dalam bulan Ramadhan di Malaysia

2010-09-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Orang Melayu semakin hilang arah tuju, hilang pedoman, hilang iman. 3 juta 
rakyat Malaysia hadapi masalah mental dengan 50,000 cubaan bunuh diri setiap 
tahun di Malaysia, sumber 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html . 
Apa ke tidaknya berita akhbar dan TV saban hari kurang memaparkan keinsafan dan 
semangat persaudaraan, hanya menanamkan rasa tamak, nafsu makan, nafsu 
berbelanja dan hiburan, rasa prasangka dan kebencian.

Pagi murung, malam mati
Harian Metro 1 Sep 2010.

PASIR PUTEH: “Ketika hampir waktu berbuka, semua ahli keluarga masih 
menunggunya balik namun sehingga selepas berbuka saya rasa tidak sedap hati 
lalu terus mencarinya dan menemuinya dalam keadaan tergantung di rumah bapa 
saudaranya,” kata x, 73, bapa kepada x, 31, yang ditemui tergantung 
dalam sebuah rumah di Kampung Bukit Belah dekat Gaal, di sini, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 malam itu, pemuda terbabit ditemui bapanya dalam 
keadaan tergantung dengan tali pengikat lembu diikat pada alang rumah dalam 
sebuah bilik rumah bapa saudaranya terletak bersebelahan rumah keluarga di 
kampung terbabit.

Menurut x, sebelum kejadian, anaknya ceria dan sempat membantunya di ladang 
serai pada sebelah petang. Bagaimanapun katanya, pagi sebelum itu anaknya 
dilihat murung dan berbaring di beranda rumah bapa saudaranya itu.

“Pagi tadi (kelmarin) saya ada tanya dia kenapa tidak balik ke rumah, sebab 
kebiasaannya setiap pagi dan petang dia mesti balik untuk mandi dan 
kadang-kadang menolong ibunya di rumah.

“Arwah sangat ceria sebelum ini, tetapi saya pelik pagi tadi dia murung dan 
sebelah petangnya pula dia ke ladang membantu saya memunggah serai untuk 
dipasarkan di pasar tani,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.

xx berkata, selepas menolong di ladang serai, dia sempat berpesan kepada 
anaknya supaya pulang awal membantu ibunya.

Katanya, anaknya itu tidak kelihatan apabila mereka sedang bersiap untuk 
berbuka puasa sehingga selepas itu dia mula berasa tidak sedap hati.

“Selalunya apabila tiba masa untuk berbuka puasa dia akan balik, namun semalam 
saya pelik kerana tidak balik sehinggalah dia dijumpai mati tergantung,” 
katanya.

x berkata, beberapa hari sebelum itu arwah sempat meminta duit dengannya 
untuk beli baju serta peralatan lain sebagai persiapan awal menyambut raya.

“Saya memintanya bersabar kerana masih belum mendapat kutipan hasil serai 
daripada peraih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Mohd Kamal Zainal, 
ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan mengklasifikasikan kes berkenaan 
sebagai mati mengejut.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Pagimurung_malammati/Article







Help Palestine [hidayahnet] Kenangan Solat Jumaat dalam bangunan gereja

2010-09-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Teringat kisah masa di US lebih 20 tahun lalu, di sebuah pekan universiti di 
bahagian Midwest. Umat Islam di sana pada mulanya tiada masjid apatah lagi 
surau untuk mengadakan solat jemaah apatah lagi solat Jumaat. Mulanya pihak 
universiti benarkan guna bilik kuliah untuk dijadikan tempat solat Jumaat 
sahaja.

Pernah saya kena turn jadi khatib untuk khutbah Jumaat di bilik kuliah 
universiti.

Sembahyang raya pula buat di padang permainan atau padang rekreasi awam di 
pekan tersebut.

Lepas tu umat Islam di sana menyewa rumah untuk dijadikan surau/masjid juga 
pusat Islam. Pernah sekali kami menyewa sebuah bilik dalam bangunan gereja 
untuk dijadikan masjid dan tempat solat Jumaat selama beberapa bulan. Bilik 
dalam bangunan gereja ini boleh masuk melalui pintu lain tanpa lalu ruang dalam 
gereja.

Tapi ada kalanya pada musim sejuk, sebab sejuk sangat, kami lalu saja ruang 
dalam gereja. Tak ada apa-apa masalah antara pihak gereja dan umat Islam ketika 
itu.

Akhir sekali umat Islam di sana berjaya membeli sebuah rumah untuk dijadikan 
masjid.

Kini saya diberitahu rumah tersebut dijadikan Pusat Islam manakala terdapat 
sebuah masjid baru di pekan tersebut.

Tak ada pula prasangka agama ketika itu, elok saja pergaulan antara Islam dan 
bukan Islam.

Antara aktiviti yang menarik ketika itu ialah mengajar ilmu Islam dan Al Quran 
kepada banduan-banduan di penjara di sana yang kebanyakannya Afro American. 
Mereka begitu berminat untuk mendalami ilmu Islam , tetapi tidak ramai 
sukarelawan yang istikamah untuk ziarah dan mengajar mereka.

Islam itu indah, indahnya Islam. 

Rugilah mereka yang tidak menyebarkan risalah Islam apatah lagi mengamalkannya.

Rugilah mereka yang Islam hanya pada nama.

Mungkin sahabat saya Mohd Nasir Awang di Terengganu ingat lagi kisah nostalgia 
di atas.



  


Help Palestine [hidayahnet] Sembelih anak, ada 3 juta orang gila di Malaysia

2010-09-02 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Nampaknya Bala Gila dan Sakit Mental di Malaysia ini kurang mendapat perhatian. 
Sebelum ini saya ada menulis artikel betapa serius ini penyakit ini dan ianya 
boleh menjadi wabak bala baru umpama bom jangka. Kes sembelih anak di Kelantan 
bukan kes baru dan mungkin bukan yang terakhir.

Artikel saya sebelum ini ada 3 juta pesakit mental dan betapa seriusnya kes 
sakit mental, gila dan bunuh diri di Malaysia pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Semua pihak harus memainkan peranan terutama media. Media sekarang ini terlalu 
melalaikan, membuat provokasi penyokong parti untuk membenci antara parti yang 
lain.

Media terutama TV dan akhbar perlu menyeru orang ramai terutama umat Islam 
kembali kepada Al Quran sepenuhnya, bukan kembali ke Bazar Ramadan sepenuhnya.

Semarakkan masjid, penuhkan masjid, solat jemaah di masjid sepanjang bulan, 
bukan bulan Ramadan sahaja.

Sebelum ini Ustaz Zakaria Talib dari Rembau berkata , sekarang in terlalu 
banyak kekacauan, antara puncanya ialah terlalu banyak sihir dan ilmu hitam. 
Justeru dia menyeru kepada semua umat Islam banyakkan beramal, banyakkan baca 
Al Quran, di rumah, di masjid, di surau, di stesen bas ketika menunggu bas dan 
sebagainya.

Malam tadi pun di Surau Alamanda , Senawang didatangi oleh seorang pemuda 
Melayu yang tampan dan diri terurus yang belum pernah nampak sebelum ini tapi 
seperti seorang pesakit mental. Keliling surau, tapi tak sembahyang, kejap 
petik buah kelapa, bawa keliling surau. Jemaah suruh semua budak-budak masuk 
surau untuk mengelakkan kejadian tidak diingini.

Saya menghubungi polis. Tidak lama kemudian datang 2 anggota polis menaiki 
kapcai. Polis tanya pemuda tadi mana IC, ditunjuknya kertas berlipat itu Icnya. 
Tanya tinggal kejap kata Rahang, kejap kata entah mana. Tanya nama, diberi nama 
perempuan.

Polis tadi kata susah kes ini, sebab dia tak kacau orang, nak bawa balai pun 
atas kes apa, nak panggil hospital pun tak boleh sebab dia tak kacau orang. Itu 
ialah prosedur mereka. Akhirnya polis tadi atas inisiatif dia sendiri bawa 
pemuda tadi pergi makan.

Nampaknya prosedur polis, kementerian kesihatan dan hospital pun tak jelas 
dalam kes orang sakit mental ni. Tunggu orang sakit mental tadi bunuh atau 
sembelih atau hentak kepala budak dan sebagainya baru boleh bawa ke hospital 
dan sebagainya.



  


Help Palestine [hidayahnet] Kaitan Bulan Penuh dan Pesakit Jiwa

2010-09-02 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kes sembelih anak di Kelantan berlaku pada 14 Ramadan. Semalam juga di Surau 
Alamanda, Senawang didatangi seorang asing yang ada tanda pesakit mental. 14 
Ramadan memang bulan sedang mengambang. Adakah ada kaitan tindakan luar kawalan 
pesakit mental 3 hari dan 3 hari selepas bulan mengambang ?

Di negara barat aktiviti sihir yang hebat dilakukan pada kala bulan mengambang.

Oleh itu kita umat Islam di Malaysia ini hendaklah sentiasa kenal haribulan 
Islam, tahu bila bulan mengambang. Banyakkan beramal, baca Quran dan sebagainya.

Umat Islam khususnya orang Melayu harus hindari amalan sihir dan ilmu hitam.

Polis di Amerika Syarikat mempertingkatkan keadaan berjaga-jaga di kala bulan 
mengambang, polis di Malaysia tak tahulah, mungkin pada mereka ini tahyul ?

Sila baca artikel di bawah (mana-mana pelajar IPT bidang saikologi mungkin 
boleh tolong alih bahasa dan jadikan bahan kajian atau tesis) :

More babies born. More crime. More suicides. Now scientists try to explain why 
we're all... moonstruck
By VICTORIA MOORE
24 January 2007

The poet Robert Graves was so in thrall to the mystical power of the Moon that 
he would sometimes be an embarrassment to his children.

Once, according to his daughter, we went to an evening fun fair. Dad noticed 
the Moon and, being superstitious, he bowed to it nine times, very slowly, 
oblivious to the people watching him. My brother and I walked on, pretending we 
had no idea who this strange man was.

To Graves, the Moon's ability to affect human lives was beyond dispute. He 
maintained that the matriarchal deity - which he named the White Goddess - 
contained a divine source of energy. This energy, he believed, was the sole 
source of inspiration for his love poems.

Modern scientists may not go so far as to join Graves in his genuflections, but 
some are coming round to his way of thinking. An increasingly vocal contingent 
believe the Moon influences the way we think and act just as decisively as it 
sucks and spits the Earth's oceans into tides.

In a new scientific paper, The Lunar Cycle: Effects On Human And Animal 
Behaviour And Physiology, Professor Michal Zimecki of the Polish Academy of 
Sciences has analysed dozens of studies that take lunar activity into account, 
and argues that a full moon could affect criminal activity and our health, 
causing an escalation in crime and admissions to hospital to surge.

We're not safe when it's a new moon, either: apparently, suicide rates go up 
when the Moon is a mere sliver in the sky. Zimecki also says there seems to be 
a close relationship between the female body and lunar cycles, as fertility 
appears to be affected. 
Are his ideas lunacy? You may well ask. The word lunatic actually means, as 
the first four letters suggest, affected with the kind of insanity that was 
supposed to have recurring periods, depending on changes of the Moon, 
according to the Oxford English Dictionary.

And, in the 1600s, Chief Justice Sir William Hale was explicit about the 
connection between the Moon and a person's mental state. He said: The Moon has 
great influence on all diseases of the brain, especially dementia.

Our ancestors did not merely believe a full moon could bring on madness. They 
also associated it with phenomena such as lycanthropy - the witchcraft by which 
a man becomes a werewolf - and the spine-chilling spectre of hounds baying at 
the night sky.
Now Zinecki says the effects of the Moon are so marked it may be helpful in 
police surveillance and medical practice. Indeed, some psychiatric hospitals 
increase security at certain periods in the lunar cycle.

It is generally accepted among mental health carers that patients with 
psychotic disorders present more extreme symptoms at the time of a full moon, 
says one healthcare professional.

One of the most infamous modern-day lunatics is Christopher Gore, a brilliant 
maths student who, one night in the early Nineties when a full moon hung over 
the Gloucestershire countryside, took an axe and murdered his parents. He was 
later questioned over two other murders, both of which had also occurred during 
a full moon, and given an indefinite sentence in Broadmoor.

It's hard to tell whether people simply respond emotionally to the illumination 
and potent symbolism suggested by a full moon, or if there might be a deeper 
link between them.

Either way, it's not just those with pre-existing mental health problems who 
appear to be affected.

One three-month study on 1,200 prisoners in the maximum security wing of Armley 
Jail in West Yorkshire found that there was an unequivocal rise in violence 
during the days on either side of a full moon. A further study in Florida found 
significant clusters of violent incidents around the full moon.

And in other research, involving the incidence of crimes reported to three 
police stations over a four-year period, the number of crimes was higher on 
full moon days than at any other point in the lunar cycle.

The conclusion was 

Help Palestine [hidayahnet] Nak tahu kenapa mercun bola bahaya, boleh putus jari ?

2010-09-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
TV sekarang ni sibuk dengan persiapan raya dan Bazar Ramadan. Kurang beri 
perhatian pendidikan mengenai bahaya mercun bola. Bahkan ramai ibu tidak tahu 
apa itu mercun bola dan kenapa ianya bahaya. Para ibu terutamanya perlu tahu 
bentuk mercun bola dan beri penerangan kepada anak-anak kenapa mercun bola ini 
bahaya, boleh menyebabkan jari putus, mata buta, telinga pekak dan paling teruk 
membawa maut.

TV janganlah sibuk dengan makan je bulan puasa ni, sampai Buletin Utama, berita 
TV1 pun cerita pasal makan siang malam. 

Cubalah buat segmen mengenai bahaya mercun.

OK, untuk kaum ibu, mari belajar mengenai mercun bola dan ajar anak-anak bahaya 
mercun bola, kerana kaum bapa ini selalunya tak boleh harap, dia yang beria-ia 
beli dan main mercun.

Baik, mercun bola ini bentuk bulat macam bola bersaiz duit siling 20 sen atau 
50 sen.

Ada sumbu sepanjang 1 inci. Mercun bola ini berwarna-warni dan diperbuat 
daripada plastik. Nampak menarik macam permainan.

MERCUN BOLA INI PALING BAHAYA DARIPADA MERCUN BIASA YANG DIBALUT KERTAS. 
PLASTIK INI BERTINDAK SEBAGAI PELURU HIDUP ATAU MENJADI SERPIHAN (SHARPNEL) 
YANG BOLEH MENEMBUS MATA, KULIT DAN DAGING APABILA MELETUP.

LAGI SATU BAHAYA IALAH SUMBU :
1. SUMBU INI BOLEH TERBAKAR DALAM TAK NAMPAK LUAR
2. BIASANYA SUMBU TERBAKAR PERLAHAN, TAPI ADA YANG TIBA-TIBA TERUS TERBAKAR 
PANTAS DAN MELETUP.

MERCUN BOLA IALAH ADIK KEPADA BOM TANGAN 

BUKAN SETAKAT JANGAN MAIN, JANGAN BERADA DEKAT DENGAN MEREKA YANG MAIN MERCUN 
BOLA !!!

Dalam segmen TV tadi buat sedikit demo mercun bola ni, letak pada buah tembikai 
tengok macamana tembikai tadi pecah. Atau pada daging ayam, tengok serpihan 
plastik mercun bola tadi masuk dalam daging.

PENDIDIKAN ADALAH PENTING DALAM PENCEGAHAN !!!

TAK NAK KELUAR FATWA KE , APA HUKUM MAIN , MENGEDAR , MENJUAL , MEMBUAT MERCUN 
BOLA NI ? 



  


Help Palestine [hidayahnet] Petai Makruh, Petai Haram, Cempedak Halal

2010-09-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ayah saya ada sikitlah dusun berhampiran Gunung Datuk, Kg Batang Nyamor, 
Rembau. Adalah petai 1-2 pokok, cempedak 1-2 pokok, durian beberapa batang. 
Dusun ni memang ayah jaga, selalu ditebas dan tiada semak.

Hasil dusun dikongsi , tidak dijual. Makan sekeluarga dan dikongsi dengan kera, 
monyet, tupai dan PENCURI. Baru-baru ni PENCURI ambil semua petai dan cempedak. 
Sebenarnya banyak PETAI di Rembau ini , kalau pemilik dusun alpa sikit ianya 
akan dicuri. Yang curi ini orang MELAYU.

Jadi berhati-hatilah kepada mereka yang membeli PETAI di REMBAU, jangan 
bersubahat dengan PETAI CURI. Petai ni makruh, tapi kalau dah PETAI CURI, 
Entahlah.

Masalah orang Melayu REMBAU pemalas , hanya suka curi buah orang di dusun ni, 
rasanya berlaku di mana-mana. Orang MELAYU malas nak usaha kebun, hanya rajin 
curi hasil kerja titik peluh orang macam ayah saya yang dah berumur 73 tahun, 
sedangkan pencuri tadi sihat lagi , muda lagi.

PUNCA nak tak tahu kenapa ? SEBABNYA orang Melayu dah tak tahu apa itu Dosa dan 
Pahala , apa itu Syurga dan Neraka. Masjid-masjid di Rembau dan seluruh Negeri 
Sembilan ini banyak yang nak mati, yang ada imam tua yang bacaan pun susah nak 
dengar.

Pengerusi Majils Agama Islam Negeri Sembilan tak risau ke akan ditanya di 
akhirat nanti apa usaha tuan untuk mengimarahkan masjid di Negeri Sembilan ini. 
Macamana nak ajak orang kampung ke masjid ajar mengenal dosa dan pahala, syurga 
dan neraka supaya gejala BALA WABAK mencuri buah di Rembau dan seluruh Negeri 
Sembilan ini dapat dikurangkan dan agar orang ramai yang beli buah dan petai 
tepi jalan di Rembau tidak terlibat dalam membeli buah yang ada unsur syubahat ?

Bagi saya mudah, lagi banyak pencuri ini curi buah, lagi banyak boleh tuntut 
semula di akhirat dari pencuri buah tadi. Tapi kesian juga, pencuri tadi tak 
kenal dosa dan pahala kerana masjid di Negeri Sembilan makin mati. Kalau boleh 
nak tengok pencuri tadi insaf dan sama-sama masuk syurga.

Nak harapkan hukum hudud, entah bila akan terlaksana di Malaysia ini.

Kalau yang menentang hukum hudud itu bukan Islam , biasalah. Takkan kita nak 
suruh orang bukan Islam sokong hukum hudud, lebih baik kita ajak dia masuk 
Islam.

Apa guna kita bersorak gembira orang bukan Islam sokong hudud, tetapi mereka 
tidak mendapat hidayah Allah, yang menyebabkan mereka saudara sebapa dengan 
kita iaitu Nabi Adam tidak mendapat rahmat Allah di akhirat nanti.

Tapi yang peliknya orang Islam yang tak sokong hukum hudud.



  


Help Palestine [hidayahnet] Kalau nak buang bayi , hantar ke N.Sembilan

2010-08-31 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Isu pembuangan bayi banyak berpunca dari zina, sumbang mahram atau rogol. 
Melaka telah bertindak dengan tubuh sekolah untuk asingkan pelajar terhamil, 
kahwinkan remaja yang tak boleh kawal nafsu dan beri insentif perkahwinan. 
Kelantan menegaskan perlu dilaksanakan hukum hudud. Negeri lain macamana ? Kita 
perlukan tindakan, bukan setakat mengkritik apa yang negeri lain buat.

Negeri Sembilan pun dah mula bertindak, tapi bukan kerajaan. Hanya sebuah 
pertubuhan bukan kerajaan atau NGO yang terhad sumber kewangan dan tenaga 
manusia dan diterajui oleh seorang saudara baru atau mualaf.

Pertubuhan tersebut ialah Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan (YKSNS) yang 
beribu pejabat di Kuala Pilah. Kepada mereka yang hendak buang bayi sila 
hubungi YKSNS dengan Motto mereka JANGAN BUANG BAYI ANDA, BERIKAN KEPADA KAMI 

Untuk maklumat lanjut hubungi talian YKSNS di 06-4810092 Email: 
maa...@gmail.com 

Atau pada pautan berikut 
http://yksn9.blogspot.com/2010/08/jangan-buang-bayi-anda-berikan-kepada.html 

Friday, August 20, 2010
Jangan buang bayi anda, berikan kepada kami !

YKSNS memahami tekanan perasaan yang dialami oleh gadis-gadis remaja belasan 
tahun yang keterlanjuran disebabkan pergaulan bebas pada usia remaja lalu 
disebabkan kebuntuan dan untuk menutup malu mereka bertindak di luar batas 
kemanusiaan dengan cuba melakukan tindakan membuang anak ataupun bayi yang baru 
dilahirkan.

YKSNS boleh merasakan penderitaan dan tekanan yang dialami oleh remaja sehingga 
bertindak begitu. Kami boleh merasakan bagi tersiksa mereka menanggung malu 
sehingga sanggup dan tergamak melakukan perbuatan kejam membuang anak yang 
menurut pemikiran orang biasa sesuatu yang luar biasa dan tidak 
berperikemanusiaan. Tetapi pada masa yang sama tiada pula membuka dan 
menyediakan ruang taubat dan kembali ke pangkal jalan.

YKSNS ingin menyeru kepada remaja yang terperangkap dalam situasi seumpama ini 
agar kembali tenangkan diri dan yakin pada Allah swt adalah Tuhan Yang Maha 
Pengasih Lagi Penyayang. Bagi Allah swt walau sebanyak lautan buih dosa kita 
pun, bagi Tuhan Yang  Pemurah dan Lagi Penyayng tiada keberatan walau sebiji 
sawi untuk menerima taubat dan membersihkan dosa noda kita.

Remaja yang kebuntuan,

Kembali tenang, kuatkan semangat, rasakan cinta dan sayang Allah swt kepada 
makhluk manusia sebagai sebaik-baik ciptaan-Nya hubungilah kami. Kami mempunyai 
kemudahan penginapan dan pengalaman menguruskan isu seperti ini daripada 
penjagaan sewaktu mengandung sehinggalah bersalin dan kami juga bersedia untuk 
memikul amanah untuk membesarkan anak-anak yang tidak bersalah dan tidak 
berdosa itu jika tidak diperlukan. Ingat anak tersebut tidak minta dilahirkan 
begitu dan dibiarkan mati dalam tong sampah - pilu rasa hati apa bila melihat 
martabat manusia dipersiakan sehingga ke tong sampah.

Hubungi kami...
Kami bersedia membantu...
Kembalilah ke pangkal jalan...
Jangan terus bergelumang dengan dosa dan noda
Ingatlah pada Tuhan Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang




  


Help Palestine [hidayahnet] Solat Jemaah Sentuh Bahu Ubat Pelbagai Penyakit

2010-08-29 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Semasa saya belajar di luar negara , apabila solat berjemaah dengan pak-pak 
Arab atau Mat Saleh, saf akan rapat, bahu akan bersentuh, jari kaki juga akan 
bersentuh dengan jemaah di kiri kanan kita. Tapi , sayang di Malaysia, jarang 
betul nak jumpa senario begini. Kita lebih suka solat jemaah tak bersentuh bahu 
dan jari kaki.

Walhal Nabi Muhammad saw yang sepatunya yang kita kasihi dan contohi suruh kita 
rapatkan saf bila sembahyang, Mungkin sebab banyak saf kita tak rapat, maka 
macam-macam kacau bilau berlaku di Malaysia sekarang ini di kalangan umat Islam.

Dari saf solat yang tak rapat , dah nampak umat Islam di Malaysia ini tak 
bersatu hati.

Bila kita dah tua ni, badan semakin lemah, uban makin banyak, itu semua tanda 
nak mati. Saya mengalami masalah tidak stabil apabila berdiri lama dalam solat, 
ianya berkaitan dengan sistem keseimbangan badan dalam telinga.

Kalau solat diri lama, rasa nak jatuh. Bila solat tarawikh kena duduk. Carilah 
terapi dalam internet. Antara terapinya ialah perlu ada sokongan bila berdiri, 
atau gerak-gerakkan kaki. Banyak pula gerak kaki, batal pula sembahyang. 
Alternatif lain ialah sembahyang duduk.

Jadi saya cubalah sembahyang rapat ke dinding. Alhamdulillah, tiada rasa nak 
jatuh lagi. Habis tu kalau tak ada dinding atau tiang macam mana ? Nak rapat ke 
bahu jemaah, semua jemaah kat Malaysia ni kebanyakan bahu jauh-jauh.

Akhirnya saya suruhlah anak saya solat sebelah saya, jadi lengan bahu dia rapat 
dengan lengan bahu saya, barulah rasa stabil.

Tulah, Nabi dah suruh rapat saf, tak nak rapat saf.

Sekarang terbukti melalui pengalaman sendiri rapat saf saya tidak hilang 
keseimbangan badan.

Agaknya kalau semua umat Islam di Malaysia solat jemaah rapat jari kaki dan 
bahu, mungkin kurang masalah mental, sakit jiwa, kencing manis, darah tinggi 
dan pelbagai penyakit lain . Itu semua kuasa Allah.

Sila baca dibawah ini kajian sains, rapat saf dalam solat boleh memberikan 
tenaga dan memulihkan tenaga dan merawat pelbagai penyakit. Percuma tu beb, tak 
payah belanja ribu-ribu , makan suplemen, minum tongkat ali dan sebagainya.

JAKIM, Mufti , Pengerusi Majlis Agama Islam , ABIM, JIM, PAS tak buat promosi 
besar-besaran ke rapat saf masa solat, bermula Ramadhan ini, Jemaah Tabligh dah 
lama promosi rasanya.

*
SOLAT : KEAJAIBAN DARI SUDUT SAINS

Seorang professor fizik di  Amerika Syarikat telah  membuat  satu  kajian 
tentang  kelebihan  solat  berjemaah  yang disyariatkan dalam Islam.  Katanya 
tubuh badan  kita mengandungi dua cas elektrik  iatu  cas positif  dan cas 
negatif.

Dalam aktiviti harian kita sama ada bekerja, beriadah atau berehat, sudah tentu 
banyak tenaga digunakan.

Dalam proses  pembakaran  tenaga,  banyak berlaku  pertukaran  cas  positif  
dan  cas  negatif,  yang menyebabkan ketidakseimbangan dalam tubuh kita.

Ketidakseimbangan  cas dalam  badan  menyebabkan kita rasa letih  dan lesu  
setelah  menjalankan  aktiviti seharian.

Oleh itu cas-cas ini perlu diseimbangkan semula untuk mengembalikan kesegaran 
tubuh ke tahap normal.

Berkaitan dengan solat berjemaah,   timbul persoalan   di minda professor ini   
mengapa   Islam  mensyariatkan solat berjemaah dan mengapa solat lima waktu  
yang  didirikan  orang  Islam  mempunyai  bilangan rakaat yang tidak sama.

Hasil kajiannya mendapati bilangan rakaat yang berbeza dalam solat kita 
bertindak  menyeimbangkan cas-cas dalam badan  kita.  Semasa  kita solat  
berjemaah,  kita  disuruh  meluruskan  saf, bahu  bertemu   bahu  dan  
bersentuhan tapak  kaki.   Tindakan-tindakan  yang  dianjurkan  semasa  solat  
berjemaah   itu   mempunyai  berbagai  kelebihan.

Kajian  sains  mendapati   sentuhan  yang  berlaku  antara  tubuh kita  dengan  
 tubuh  ahli  jemaah  lain yang  berada di kiri dan  kanan kita akan 
menstabilkan kembali cas-cas yang diperlukan oleh tubuh.

Ia berlaku  apabila cas  yang berlebihan – sama ada negatif atau positif akan 
dikeluarkan, manakala yang berkurangan akan  ditarik  ke dalam kita. Semakin 
lama pergeseran ini berlaku, semakin seimbang cas dalam tubuh kita.Menurut 
beliau lagi, setiap kali kita bangun dari tidur, badan kita akan merasa segar 
dan sihat setelah berehat berapa jam.

Ketika ini  tubuh  kita mengandungi  cas-cas  positif  dan negatif  yang  
hampir  seimbang.   Oleh itu, kita hanya memerlukan sedikit  lagi proses  
pertukaran  cas agar  keseimbangan penuh  dapat dicapai.   Sebab itu,  solat 
Subuh didirikan 2 rakaat.

Seterusnya, setelah sehari kita bekerja kuat dan memerah otak semua cas ini 
kembali  tidak stabil  akibat kehilangan cas lebih  banyak  daripada  tubuh.  
Oleh itu,  kita  memerlukan  lebih  banyak  pertukaran cas.

Solat  jemaah yang disyariatkan  Islam  berperanan  untuk  memulihkan   
keseimbangan  cas-cas  berkenaan.   Sebab itu,   solat  Zohor didirikan 4 
rakaat untuk memberi ruang yang lebih kepada proses pertukaran cas dakam tubuh.

Situasi yang sama turut berlaku di sebelah petang.  Banyak tenaga  dikeluarkan  

Help Palestine [hidayahnet] Rumah Ibu Hamil Luar Nikah perlu dibantu

2010-08-22 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Hukum hudud wajib dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa tetapi jika tidak 
melaksanakan hukum hudud, tanggunglah sendiri di akhirat. Itu adalah kata-kata 
yang sering disebut oleh Ustaz Dato Hj Arshad Abdul Samad , Bekas Ketua Hakim 
Mahkamah Syariah Negeri Sembilan dalam Kuliah Feqah beliau, beliau tidak pernah 
berceramah atas pentas politik atau mengutarakan isu politik semasa dalam 
ceramah, kuliah atau forum beliau.

Cuba kita semua khususnya orang Melayu, tolong bersikap rasional. Baca 
betul-betul kisah di bawah ini. Pasangan ini pada pandangan saya perlu dibantu, 
untuk mengelakkan dosa yang lebih besar iaitu membunuh selepas berzina atau 
dirogol , pasangan suami isteri ini menubuhkan rumah perlindungan atas 
inisiatif sendiri untuk membantu gadis remaja yang terlanjur atau mungkin 
dirogol.

Hukum hudud ialah satu bab. Apa yang patut dibuat sekarang jika tidak dapat 
melaksanakan hukum hudud satu hal lain. Mungkin apa yang pasangan di bawah ini 
lakukan lebih mulia di sisi Allah pada masa kini daripada mereka yang berjihad 
di jalan Allah, atau bersedekah berjuta ringgit, hanya Allah yang Maha 
Mengetahui.

Sebelum Melaka nak buat sekolah ibu hamil luar nikah , nampaknya pasangan di 
bawah ini telah mendahului kita semua.

Kepada Shahrizat , saya nak tanya, tahu ke tidak kewujudan rumah perlindungan 
di bawah ini ? Ada tak pasangan ini diberi apa-apa geran atau bantuan ?

***
Isu bayi luar nikah masalah bersama

Berita Harian 15 Ogos 2010

Gadis terlanjur perlu diberi bantuan, bimbingan berterusan elak gejala 
berleluasa

SAYA pernah melawat sebuah rumah di mana anak muda Islam yang mengandung di 
luar nikah diberikan tempat untuk tinggal dan berlindung sehingga mereka 
melahirkan kandungan. Menurut pasangan suami isteri yang mengurus dan membiayai 
rumah itu, kebanyakan tetamu mereka tiba di pintu pagar, selalunya selepas 
mengandung empat atau lima bulan, hampir semuanya macam hilang punca tidak tahu 
hendak berbuat apa-apa atau ke mana. Melalui kawan mereka mendapat tahu 
mengenai rumah itu di mana tiada soalan ditanya – hanya usaha menyelamatkan 
bakal ibu dan anak yang lahir menjadi agenda utama.

Kebanyakannya muncul empat atau lima bulan selepas Hari Kekasih atau 
Valentine’s Day ataupun selepas sambutan tahun baru. Ketika itu ramai anak muda 
yang mudah terlupa hukum serta juga hasil dan kesan tindakan mereka.

Sebaik tiba, mereka dibawa berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan dan ubatan 
supaya ibu dan kandungan selamat dan sihat. Belanja mengurus datang daripada 
pasangan itu, serta derma ikhlas orang yang tahu.

Pasangan itu juga yang membawa gadis ke hospital, ada kalanya pada tengah malam 
atau pagi buta. Ini amal jariah mereka menolong orang yang masyarakat secara am 
tidak mahu tahu wujud. Di rumah itu kalangan tetamu, ada kalanya berbelas orang 
pada sesuatu masa di sebalik langsir yang membahagi ruang tamu rumah setingkat 
itu, diberikan tempat tinggal, makan dan pakai serta sepanjang masa mereka di 
situ pendidikan agama dan tempat mengadu nasib.

Mereka solat berjemaah dan diberikan ceramah agama, sesi kaunseling dan 
pemantapan emosi. Mereka akan meninggalkan rumah itu selepas melahirkan anak 
yang boleh dijaga sendiri atau oleh keluarga, ataupun diamanahkan kepada 
pasangan lain untuk dibesarkan sebagai anak angkat.

Pasangan itu berkata, rumah berkenaan diwujudkan kerana bagi anak gadis yang 
terlanjur, mereka tiada tempat dituju. Masyarakat, termasuk ada kalanya 
keluarga, tidak dapat menerima apa yang berlaku dan seakan mahu menutup mata 
bahawa perkara ini berlaku.

Contohnya, rumah itu terletak di sebuah kawasan perumahan di Kuala Lumpur yang 
hampir semua penghuninya bukan Melayu-Islam. Kata pasangan itu, jika di kawasan 
Melayu-Islam mereka bimbang ada yang akan menyerang atau mengusir mereka. 
Maklumlah anak muda itu melanggar hukum agama.

Sebenarnya orang Melayu-Islam semacam tidak boleh memikirkan bagaimana hendak 
menghadapi gejala sosial ini. Ia adalah dilema utama kita. Kita tidak mahu 
apa-apapun tindakan seperti mahu membenar atau menggalakkan apa yang haram. 
Kita tidak mahu dilihat seperti terbabit atau bersubahat dengan kemungkaran.

Namun, mahu tidak mahu, kita perlu menerima kenyataan yang ada antara anak muda 
kita yang tetap cuba untuk melakukan hubungan kelamin walaupun secara haram. 
Bagaimana banyak pun tangkapan dibuat Jabatan Agama Islam Negeri, ia tidak 
melenyapkan kemungkinan anak muda berkhalwat. Walaupun hukumannya rejam, ada 
juga orang akan melakukan perkara yang ditegah.

Sebagai masyarakat Islam apakah peranan dan tanggungjawab kita dalam usaha 
mengatasi masalah ini terutama menjaga nasib bayi yang bakal dilahirkan? Apakah 
kesudahan isu anak gadis Islam mengandung luar nikah? Apakah yang perlu mereka 
lakukan? Apakah tanggungjawab kita selain memandang serong dan mencaci mereka?

Kita tidak boleh berkata masalah ini tidak mungkin melanda kita. Hari demi 
hari, semakin banyak bayi dibuang, sekali gus 

Help Palestine [hidayahnet] KEMPEN Zina Susah, Kahwin Mudah Murah

2010-08-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Zina, anak luar nikah, buang bayi semakin menjadi-jadi di kalangan umat Islam 
terutama orang Melayu di Malaysia. Selain dari faktor tidak melaksanakan Hukum 
Hudud apakah kemungkinan faktor lain yang menyebabkan gejala sosial umat Islam 
ini semakin kritikal dan membarah sekarang ini ?

Tengok saja laporan Harian Metro di bawah, ibu merelakan anak mereka berzina 
sampai melahirkan empat anak luar nikah atas alasan tidak mempunyai masa untuk 
bernikah.

Apakah ini saja satu kes yang berlaku di Malaysia, atau mungkin banyak lagi ?

Apakah orang Melayu ini fikir perkahwinan menurut Islam ini terlalu susah dan 
mahal kerana perlu ada hantaran beribu-ribu ringgit, perlu ada hantaran 
berdulang-dulang dan perlu dibalas dengan tambahan berdulang-dulang, perlu ada 
persandingan, perlu ada karaoke, perlu ada kompang, perlu ada renjis air mawar, 
perlu ada kain rentang sepanjang jalan dengan muka pengantin di traffic light 
supaya mudah orang nak cari rumah kerana GPS, GPS ni tak class ?

Walhal perkahwinan dalam Islam itu cukup mudah dan murah. Yang penting 
menunaikan tanggungjawab sebagai suami isteri , anak dan menantu menurut Islam 
, itu saja.

Saya sedang tunggu pihak mana nak buat KEMPEN ZINA SUSAH, KAHWIN MUDAH MURAH.

Setakat ni yang bersungguh nak buat di Melaka saja.

Negeri lain, komen dan kritik je yang banyak. Negeri Sembilan terus SENYAP ! 
Tak dak komen langsung, ya ke, tidak ke, mungkin sibuk nak buat MAJLIS BUBUR 
LAMBUK PERIUK TERBANYAK UNTUK PECAH REKOD MALAYSIA

***
KONGSI DOSA ANAK BERZINA

Harian Metro 11 Ogos 2010

PUTRAJAYA: Seorang ibu tergamak ‘berkongsi dosa’ dengan anak lelaki 
kesayangannya apabila membiarkan pemuda itu bersekedudukan dengan teman wanita 
di rumahnya lebih tiga tahun sehingga menghasilkan empat zuriat haram.

Perbuatan pasangan berusia awal 20-an itu terbongkar selepas penguat kuasa 
Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang mendapat maklumat mengenai salah laku 
mereka menyerbu sebuah rumah di Serdang, dekat sini, kira-kira jam 11 pagi 
semalam.

Lebih mengaibkan, ketika disoal siasat, pasangan terbabit dengan selamba 
memberitahu penguat kuasa Jais mereka bersekedudukan sejak sekian lama kerana 
tidak mempunyai masa untuk berkahwin secara sah dan mendaftarkan perkahwinan.

Penolong Pengarah Bahagian Perancangan dan Strategik Jabatan Agama Islam 
Selangor (Jais), Shahrom Maarop, berkata pasangan terbabit dipercayai 
bersekedudukan sejak lebih tiga tahun lalu sehingga memperoleh empat anak hasil 
zina yang berusia tiga, dua, setahun serta paling bongsu tiga bulan.

“Penduduk di kawasan itu tertipu dengan perbuatan pasangan terbabit yang 
dipercayai menggunakan rumah ibu mereka untuk tinggal secara haram sehingga 
melahirkan anak luar nikah.

“Kebanyakan penduduk menyangka pasangan terbabit sudah bernikah dan mengadakan 
majlis perkahwinan di tempat lain,” katanya.

Shahrom berkata, dia terkejut dan hairan dengan sikap ibu lelaki terbabit yang 
langsung tidak mempedulikan dosa dilakukan anak di rumahnya.

Menurutnya, ibu terbabit boleh dianggap bersekongkol dengan anaknya bagi 
mengelak kegiatan tidak bermoral terbongkar.

“Saya percaya sikap ibu yang tidak kisah dan sayangkan anaknya itu secara 
berlebihan mendorong dia membenarkan anaknya bersekedudukan sehingga beberapa 
tahun,” katanya.

Beliau berkata, siasatan juga mendapati lelaki terbabit bekerja manakala 
‘isteri tidak halal’ itu menjadi suri rumah sepenuh masa di rumah ibu mentuanya.

Menurut Shahrom, semua cahaya mata pasangan terbabit tidak memiliki sijil lahir 
dan beliau diberitahu, semua anak itu disambut ‘bidan misteri’ di kawasan 
berkenaan tanpa merujuk klinik atau hospital berhampiran.

“Mereka berbuat demikian untuk mengelak salah laku mereka diketahui pihak 
berkuasa. Perbuatan pasangan terbabit boleh menimbulkan masalah kepada anak 
mereka yang sudah pasti sukar untuk memasuki alam persekolahan kerana tiada 
sijil lahir yang sah,” katanya.

Shahrom berkata, pihaknya menahan pasangan terbabit dan membawa mereka ke 
pejabat Jais di Shah Alam untuk siasatan lanjut sebelum dibebaskan dengan 
jaminan Jais.

Menurutnya, pasangan terbabit akan didakwa mengikut Seksyen 25, Enakmen Jenayah 
Syariah Selangor kerana melakukan persetubuhan haram dan Seksyen 29 akta sama 
kerana melakukan khalwat.

“Kami juga akan memanggil ibu dan bapa pasangan wanita terbabit bagi mengenal 
pasti punca kegiatan itu berlaku,” katanya.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Kongsidosaanakberzina/Article






Help Palestine [hidayahnet] Kahwin muda, Zina, malu kat orang Hindu

2010-08-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Saya pelik kenapa masih ramai pihak duk hentam Ketua Menteri Melaka isu kahwin 
muda dan sekolah khas untuk pelajar terlanjur mengandung. Ya , Hukum Hudud 
wajib dilaksanakan. Mereka yang ada kuasa, tak laksanakan tanggung sendiri di 
akhirat. Tapi sekarang apa nak buat ? Berilah pandangan yang praktikal. Tak 
malu ke dengan keluarga-keluarga Hindu yang hidup miskin di Negeri Sembilan ini 
kisahnya di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/orang-hindu-tak-buang-bayi-tapi-orang.html

Keluarga Hindu ini walaupun hidup miskin dan daif, mereka tidak buang anak, 
buang bayi, buang isteri.

Saya ingin mencadangkan bantuan kahwin pasangan muda ini bukan hanya diberikan 
kepada pasangan Islam, ianya patut diberikan kepada semua agama.


***
Mingguan Malaysia 8 Ogos 2010

Kahwin muda atau berzina?

MINGGUAN: Bagaimana timbulnya cadangan mewujudkan sekolah hamil dan membenarkan 
perkahwinan bawah umur?

MOHD. ALI: Di Melaka kita telah menganjurkan dua seminar sosial iaitu bagi 
peringkat negeri dan kebangsaan. Di dalam kedua-dua seminar itu para peserta 
menyatakan kebimbangan yang amat sangat tentang gejala sosial termasuk kes 
buang bayi, hamil luar nikah, rogol dan sebagainya. Lebih menyedihkan 
kebanyakan kes melibatkan orang Islam.

Lalu diakhir seminar itu disarankan supaya diadakan pelbagai program untuk 
mengatasi gejala sosial termasuk mengadakan ceramah motivasi dan seminar 
pendidikan. Paling mustahak sekali jalan penyelesaian yang dicadangkan adalah 
balik kepada ajaran agama. Kita dah cuba banyak bidang tetapi sehingga hari ini 
statistik kes-kes tersebut bukannya menurun sebaliknya makin meningkat.

Di Melaka kita perkenalkan program Rumahku Syurgaku, kita beri pegawai 
tambahan, kita adakan ceramah tambahan di semua peringkat, tapi jumlah kes 
sosial semakin meningkat malah perceraian pun makin meningkat. Ini bermakna 
pendekatan yang lepas kurang berkesan. Apa yang kita lihat anak-anak muda 
banyak terlibat dalam kes buang bayi, hampir setiap bulan ada kes tersebut 
tidak kira di Melaka atau pun negeri-negeri lain. Semuanya berlaku.

Kita lihat kes buang bayi di negeri Melaka. Pada 2001 ada satu kes, tahun ini 
pula tiga kes buang bayi. Bagi kes bayi lahir luar nikah pula pada 2009 ada 391 
kes dan untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini sebanyak 174 kes dicatatkan. 
Ini amat merunsingkan. Bagi tahun lepas kes lahir bawah umur 16 tahun adalah 
sebanyak 33 orang, manakala 114 kes pula (17-20 tahun), 123 kes (21-24 tahun), 
57 kes (25-30 tahun), 3 kes (31-40 tahun) dan satu kes (41 tahun ke atas).

Maknanya hampir 78 peratus yang terlibat dalam kes hamil luar nikah adalah 
remaja bawah umur 24 tahun.

Jadi apa punca yang sebenar?

MOHD. ALI: Saya melihat isu yang sebenar adalah budak-budak muda ini hendak 
berkahwin tapi tidak dibenarkan, jadi mereka berzina. Bila berzina mereka takut 
ibu bapa marah, takut kena halau maka untuk elak itu semua jadilah kes buang 
bayi.

Mengapa kita biarkan mereka berzina? Bukankah elok kita bagi mereka kahwin 
pasal itu yang mereka hendak. Kita tak bagi kahwin sebab mereka muda, kerja pun 
tak ada, ada yang masih bersekolah. Jadi saya berpendapat cadangan seminar 
adalah berbalik kepada agama, jadi apakah yang terbaik selain mengahwinkan 
mereka? Kalau kita tak mengahwinkan mereka, mereka akan bersekedudukan, ada 
hubungan seks sehingga mendapat anak luar nikah.

Sedangkan walaupun mereka bawah umur 16 tahun, tetapi sudah akil baligh dan 
tidak dapat menahan nafsu. Sama ada ibu bapa tahan, ustaz tahan, Ketua Menteri 
tahan mereka tidak peduli, mereka nak kahwin juga. Jadi daripada buat maksiat 
bukankah lebih baik mereka dikahwinkan.

Persoalannya sekarang, mengahwinkan pasangan muda selesai timbul pula masalah 
lain, mereka tidak bekerja dan masih bersekolah, apa masa depan mereka?

MOHD. ALI: Lepas dikahwinkan kerajaan negeri akan bimbing mereka. Ada yang 
bertanya bagaimanapun pula kalau mereka dah kahwin sedangkan mereka budak 
sekolah, siapa nak tanggung. Bagi saya benda itu semua tidak sepatutnya timbul. 
Daripada ibu bapa tanggung malu, nak kena jaga anak luar nikah lagi baik jaga 
cucu yang halal kerana anak mereka sudah berkahwin. Cumanya ada ibu bapa yang 
miskin, ada juga remaja daripada keluarga bermasalah maka kerajaan negeri dan 
Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) untuk membiayai perkahwinan mereka dengan 
perbelanjaan RM500 majlis yang cukup untuk upah nikah, saksi dan sebagainya. 
Mas kahwin boleh hutang.

Selepas menjadi suami isteri kalau ibu bapa tidak mahu jaga, kerajaan negeri 
akan ambil tanggungjawab untuk jaga pasangan yang halal bernikah ini. Saya 
percaya daripada jaga pasangan yang berzina elok kita jaga pasangan halal 
bernikah. Kalau mereka masih bersekolah, biarkan mereka terus pergi sekolah, 
tetapi rupa-rupanya budak sekolah salah, mengandung kena berhenti.

Maka saya cadangkan tubuh sekolah untuk remaja hamil bernikah. Timbul pula 
persoalan siapa nak tubuhkan sekolah itu. Kita bersetuju JAIM akan tubuhkan 
sekolah 

Help Palestine [hidayahnet] Akademi Imam Muda Ramadhan 1431H Senawang

2010-08-13 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PROGRAM AKADEMI IMAM MUDA RAMADHAN
Tempat : Dewan Al Falah , No 51, Tingkat 2 , Cempaka Commercial Centre , 
Senawang ( Sebelah Taman Seri Pagi )

- Terbuka untuk kanak-kanak lelaki dan perempuan berusia 10 – 12 tahun
- Hanya RM 10 seorang setiap siri
- Daftar untuk 3 Siri Hanya RM 20
- Hadiah menarik turut menanti untuk sepuluh peserta terawal

SIRI 1  - SOLAT SUPER
14 Ogos 2010 , Sabtu
8 pagi - 12.30 tgh

SIRI 2 - AL QURAN MANTOP
21 Ogos 2010 , Sabtu
8 pagi - 12.30 tgh

SIRI 3 - MUSLIM IDOL :
28 Ogos 2010 , Sabtu
8 pagi - 12.30 tgh

Anjuran : ALFALIHEEN MANAGEMENT

Hubungi :
Pejabat : 06-6797048
Ustaz Said : 019-2377240

Borang penyertaan di 
http://alfaliheen.blogspot.com/2010/08/akademi-imam-muda.html







Help Palestine [hidayahnet] PORNOGRAFI tak perlu dikawal, Buang Duit dan MASA

2010-08-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Heboh sekarang ini kes buang bayi, seks bebas , rogol , lelaki gila seks. Ianya 
dikaitkan dengan bahan pornografi di internet. Tak perlulah nak buang masa dan 
duit nak lantik jururunding untuk kawal bahan pornografi ini. Ianya sebenarnya 
dah tak terkawal lagi dah. Remaja dan budak-budak sekarang termasuk yang 
sekolah rendah lagi cepat mengejar teknologi internet dan MMS ni.

Kerajaan terutama JAKIM buatlah pendekatan lain yang lebih praktikal dan mesra.

Antara pendekatan yang mudah dan praktikal ialah :

1. Buat laman web, laman sosial yang interaktif yang menarik golongan muda dan 
remaja untuk melayari, yang dikemaskini setiap hari. Bukan macam laman web 
Kementerian Pelajaran, JAKIM, Majlis Agama Islam dan Jabatan Agama Islam yang 
langsung tak mesra kepada remaja yang suka main game dan melayari bahan 
pornografi di internet.

2. Buat pertandingan mudah dan hadiah menarik dalam laman web ini. Nak tak nak 
mereka akan melayari laman web ini yang menyediakan hadiah setiap hari.

3. Dalam laman web ini berilah kata-kata nasihat yang pendek dan mudah.

4. Yang ini Paling PENTING. Sediakan seberapa banyak khidmat kaunseling secara 
on-line. Para remaja, terutama gadis perempuan dan wanita ini kesunyian, mereka 
perlukan bimbingan dan tempat untuk mengadu. Tapi pastikan kaunselor wanita 
untuk wanita sahaja. Tengok sahaja dalam akhbar , begitu banyak wanita yang 
mengadu nasib masalah teman lelaki, suami, bekas suami dan lain-lain.

5. YANG INI LAGI PENTING. PERANAN MEDIA. Media perlu hebohkan majlis 
perkahwinan yang ringkas dengan mas kahwin yang murah. Kalau boleh majlis 
perkahwinan yang tiada khemah, tiada karaoke, tiada hantaran berdulang-dulang. 
Barulah remaja Melayu sedar rupanya Islam itu mudah, adat Melayu je yang 
menyusahkan. Kalau mereka tahu, tak perlulah mereka berzina dan buang bayi. 
Pergi je pejabat Agama dan akad nikah. Yang wajib Akad Nikah, kenduri TAK 
WAJIB, HANTARAN TAK WAJIB.

6. Ulang banyak-banyak Cerekarama TV3 tarikh 31 Julai 2010 tajuk TAKDIR 
rasanya. Keluarga pengantin perempuan minta hantaran RM 50,000.00. Akhir sekali 
pengantin lelaki kahwin dengan perempuan lain yang beri lelaki RM 50,000.00 , 
tanpa hantaran dan tanpa Majlis Kenduri Kahwin.

7. YANG INI LAG PENTING. Kesian saya tengok Bung Mukhtar dan Zizie Izette. 
Mereka ini nak tunjukkan contoh pada ahli politik dan ahli parlimen lain, kalau 
ada hati dengan artis, kahwin saja. Tapi media pula dah menghukum mereka 
KESALAHAN BESAR kahwin dua tanpa kebenaran Isteri PERTAMA. Sedangkan KESALAHAN 
TERLALU Besar kalau BERZINA. JAKIM dan Majlis Fatwa, kajilah balik kebenaran 
untuk poligami ni. Nak galakkan orang kahwin di THAILAND atau BERZINA ? 

8. SEKOLAH IBU TERLANJUR/MENGANDUNG. Sesiapa yang menentang idea ini , tolong 
bagi pendekatan lain. Kalau remaja yang dah terlanjur ini nak buat apa ? Suruh 
DIA PONTENG SEKOLAH ? Suruh dia duduk RUMAH Teman Lelaki ? Suruh DIA gugurkan 
anak ?

Akhir sekali baca balik Khutbah Jumaat JAKIM ini yang banyak cerita mengenai 
SEKS di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Sekolah pelajar hamil, Melaka patut dipuji

2010-08-10 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ada beberapa perkara yang saya tertarik dengan Ali Rustam ni walaupun dia bukan 
parti yang sama dengan yang saya sertai. Mungkin itu sebabnya begitu sukar 
Pakatan Rakyat , terutamanya PAS dan PKR untuk menang satu kerusi pun di 
Melaka. Dalam bab seks bebas dan gejala sosial beliau memberikan idea-idea yang 
tidak bercanggah dengan syarak dan praktikal , cuma perlu pengkajian yang 
mendalam untuk dilaksanakan.

Beliau tidak mencadangkan pendidikan seks di sekolah. Beliau tidak mencadangkan 
pemberian kondom percuma. Beliau hanya mencadangkan sekolah khas untuk pelajar 
terlanjur. Dan sekarang beliau setuju dengan cadangan menggalakkan pelajar 
kahwin awal yang tak mampu lagi dah kawal nafsu.

Kerajaan Negeri Sembilan senyap saja ke dalam isu ni ? Macamana pula kerajaan 
Kelantan , Kedah, Pulau Pinang dan Selangor ? Pahang, Johor dan lain-lain yang 
ditadbir BN macamana ?

Takkan nak sibuk isu pasir je , isu ketuanan Melayu lah, isu perpaduan Melayu 
lah. Sedangkan ramai Melayu yang dan terbunting.

Juga baca artikel saya sebelum ini Khutbah Jumaat cerita Sex, banyak Syok di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/khutbah-jumaat-cerita-sex-banyak-syok.html 

* 

Mstar , Rabu Julai 28, 2010 

Melaka Galak Remaja Mampu Supaya Kahwin Awal 

MELAKA: Sidang Dewan Undangan Negeri, Rabu, diberitahu, Majlis Agama Islam 
Melaka (Maim), telah meluluskan dua resolusi iaitu menggalakkan remaja yang 
berkemampuan berkahwin awal dan membenarkan pelajar mengandung meneruskan 
persekolahan mereka.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, resolusi Maim bertarikh 18 
Mei lepas itu adalah satu rumusan untuk mengatasi gejala sosial di kalangan 
remaja Melayu di negeri itu.

Ibu bapa perlu menerima hakikat ini, sekiranya kalangan remaja yang mempunyai 
nafsu luar biasa untuk bernikah, kita kahwinkan dia dan jangan tahan, katanya 
menjawab soalan Chua Kheng Hua (BN-Bemban) mengenai indeks jenayah di negeri 
ini pada persidangan Dewan Undangan Negeri, Rabu.

Beliau berkata resolusi Maim itu adalah rumusan bengkel sosial untuk menangani 
gejala sosial di kalangan remaja dan bagi remaja yang ingin berkahwin awal 
melakukan demikian selepas menjalani sesi kaunseling.

Ini untuk mengelakkan maksiat kerana cara halal ini (berkahwin) lebih baik 
daripada melakukan perbuatan haram iaitu seks di luar nikah, katanya.

Beliau juga berkata, sebanyak 112 kes rogol dilaporkan pada tahun lepas dan 40 
kes bagi tempoh Januari hingga Jun tahun ini manakala bagi kes buang bayi, satu 
kes pada tahun lepas dan tiga kes dari Januari hingga Jun tahun ini.

Mohd Ali berkata, kebanyakan kes rogol melibatkan remaja Melayu dan pada 
awalnya adalah perbuatan suka sama suka sebelum ia diketahui oleh ibu bapa 
gadis yang terlibat dan membuat laporan polis.

Dewan yang bersidang sejak tiga hari lepas ditangguh kepada tarikh yang akan 
ditetapkan kelak.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/7/28/mstar_berita/20100728185842sec=mstar_berita
   




  


Help Palestine [hidayahnet] Hi Tea Amal bersama Artis Muadz 8 Ogos 2010

2010-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
HI-TEA AMAL - RAYUAN SETANGGI KASIH
Tarikh : 08 Ogos 2010
Hari : Ahad
Masa : 2.30 ptg hingga 5.30 ptg
Tempat : Bangi Golf Resort

Bersama Artis Muadz Dzulkefly http://muadzseekinglight.blogspot.com 

Kupon Sumbangan cuma RM 50 seorang

Untuk Sumbangan Amal :
1. Maahad Tahfiz As-Saidiyyah , Seremban http://www.saidiyyah.com 
2. National Society for the Deaf of Malaysia
3. Persatuan Ukhuwwah UTM
4. Cancer Associate and Kindred Networking

Maklumat lanjut di http://www.saidiyyah.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Ancaman JI Serius di Senawang, DARURAT

2010-08-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Mungkin ini saja cara untuk saya menarik perhatian Menteri Dalam Negeri dan 
Ketua Polis Negara tapi bukan perhatian CIA, Mossad, MI5 dan sebagainya. 
Ancaman JI semakin serius di Senawang. Tapi JI di Senawang bukan Jemaah 
Islamiah, ianya ialah Jenayah Internal atau kes jenayah seperti pecah rumah, 
ragut, pecah kereta dan sebagainya.

Pada pendapat saya JI ini yang lebih bahaya sekarang ini kepada orang ramai, 
kerana mereka sentiasa menghantui setiap isi rumah pada setiap hari.

Sebelum ini beberapa kali saya tulis mengenai kes sedemikian dalam Blog saya di 
http://waghih.blogspot.com untuk memperingatkan orang ramai agar lebih 
berhati-hati bersama membantu polis mencegah jenayah.

Namun disebabkan rakyat terlalu sedikit yang mempunyai akses internet dan kalau 
ada yang mempunyai akses internet di siber kafe mereka lebih asyik bermain 
game, judi, melayari laman web lucah dan sebagainya.

Akhirnya untuk menyedarkan orang ramai akan bahaya kes pecah rumah yang semakin 
berleluasa ini maka beberapa bunting telah dinaikkan untuk member amaran kepada 
penduduk setempat supaya berwaspada.

Baru beberapa hari bunting ini dinaikkan, sebelum subuh tadi Sabtu 24 Julai 
2010 didapati 2 bunting ini telah dikoyakkan di hadapan Surau Taman Alamanda. 1 
bunting tidak dijumpai, satu lagi bunting didapati seperti direntap dan 
dibiarkan di bawah tiang.

Mungkin penjenayah JI ini tadi terlalu geram agaknya kerana mendapati kegiatan 
mereka telah dihebohkan di taman ini dan penduduk mengambil tindakan yang pro 
aktif mencegah jenayah seperti memasang lampu luar rumah, mengunci pintu pagar 
dan sebagainya.

Malam tadi juga saya pergi Giant Senawang, apabila selesai dan menuju tempat 
kereta bertemu dengan seorang sahabat dari Taman Satria, dia semacam cemas. 
Katanya kereta bakal menantunya kena pecah di tempat letak kereta dalam kawasan 
Giant Senawang. Saya dapati kereta kancil dipecah tingkap kecil bahagian 
penumpang belakang. Di tempat duduk belakangnya ada beberapa bungkusan selepas 
membeli belah. Pencuri mungkin telah mengambil beberapa bungkusan.

Pagi tadi masa mesyuarat apabila saya ceritakan insiden di Giant, salah seorang 
AJK berkata memang benar di Giant Senawang ada beberapa kes pecah cermin 
kereta. Sepatutnya pihak Giant dan polis mengambil langkah proaktif dengan 
meletakkan bunting memberitahu ada beberapa kes pecah cermin kereta agar 
pengguna lebih berhati-hati.

Sekejap tadi AJK Masjid Bandar Baru Senawang kata minggu lepas tabung masjid 
kena pecah, walhal masjid betul-betul sebelah Balai Polis Senawang. 2-3 hari 
lepas juga salah seorang AJK Masjid Bandar Baru Senawang keretanya kena pecah 
pada siang hari di tempat letak kereta pasaraya Econsave Senawang.

Kacau-kacau , tak selamat lagi Malaysia ni. Boleh kata darurat lah.

Oleh itu Wahai Pak Menteri Dalam Negeri dan Wahai Ketua Polis Negara, 
TOLONGLAH, janganlah dilekakan rakyat dengan indeks jenayah yang rendah, tapi 
sebaliknya setiap hari ancaman JI ada di muka pintu, di pintu kereta dan di 
masjid.

Tolonglah tambah anggota untuk buat rondaan di setiap taman. Tolonglah bekalkan 
anggota ini dengan kereta peronda yang cukup dengan minyak yang cukup. Macamana 
nak buat Rukun Tetangga, kebanyakan rakan kerja kilang saya malamnya berniaga 
kerana gaji tak cukup, harga barang naik selepas harga diselaraskan.

Media , pula , TOLONGLAH, berilah kesedaran pada rakyat akan bahaya jenayah 
sekarang ini, di mana-mana, janganlah sibuk dengan isu pasir saja, isu 
perpaduan Melayu sahaja, sedangkan isu JI Jenayah ini lagi menakutkan rakyat.

Gambar bunting cegah jenayah kena koyak pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/ancaman-ji-serius-di-senawang-darurat.html 

Gambar bunting yang dipasang, sebelum di koyak di 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/awas-kes-pecah-rumah.html 

Beberapa kes jenayah yang dilaporkan sekitar Senawang dan Seremban di bawah ini 
:

http://waghih.blogspot.com/2010/07/awas-kes-pecah-rumah.html 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-ragut-pula-berleluasa-di-senawang.html 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-semakin-tak-terkawal-di.html 
http://waghih.blogspot.com/2010/07/kes-pecah-rumah-berleluasa-di-senawang.html 




  


Help Palestine [hidayahnet] Senang je nak dapat gula MURAH, tolong rahsiakan

2010-07-27 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Apa nak dirisaukan gula naik. Rumah saya ada 7 orang , sebulan guna gula tak 
sampai 1 kg. Apa nak dimarahkan bila gula naik 25 sen, sikit sangat. Kalau nak 
RM 1 pun tak terjejas pun keluarga saya. Itu kalau saya fikir diri saya dan 
keluarga sendiri. Tapi yang terjejas teruk ialah makcik-makcik yang buat kuih, 
pakcik-pakcik yang ada IKS buat sirap roselle dalam botol. Mereka ini yang 
banyak guna gula, mungkin beratus kilo sehari.

Mungkin industri minuman dan makanan yang besar atau yang hanya memikirkan 
keuntungan, mereka akan cari cara lain untuk mendapatkan pemanis tiruan yang 
jauh lebih murah dari gula. Akan tetapi pemanis tiruan ini ada yang amat 
merbahaya kepada kesihatan manusia.

Hasrat KERAJAAN untuk mengurangkan pesakit kencing manis di negara ini, MUNGKIN 
akan terbantut , sekiranya terdapat banyak minuman dan makanan di negara ini 
menggunakan pemanis tiruan yang tidak diluluskan Kementerian Kesihatan.

Akhirnya pesakit kencing manis di negara ini akan meningkat.

Ingat lagi kes susu tepung di China yang tercemar akibat Melamine ? Tidak 
mustahil pengusaha minuman dan makanan yang rakus akan menggunakan gantian gula 
yang murah dan mungkin merbahaya.

Air minuman berkarbonat yang berjenama ada yang menggunakan gula dari ekstrak 
jagung iaitu HFCS atau High Fructose Corn Syrup yang terdapat dakwaan yang 
ianya menyebabkan kegemukan dan risiko kencing manis yang tinggi.

Kerajaan BARISAN NASIONAL sepatutnya tidak perlu ambil kira sangat  reaksi 
rakyat samada rakyat marah pada mereka atau tidak. Kerajaan Barisan Nasional 
pimpinan Dato Seri Najib sepatutnya mengarahkan semua kementerian terutama 
Kementerian Kesihatan untuk turun padang membuat kajian ke atas semua produk 
minuman dan makanan yang menggunakan pemanis tiruan yang membahayakan kepada 
kesihatan rakyat Malaysia.

Kementerian yang bantu Usahawan , Peniaga Kecil dan IKS pula pun MESTI turun 
padang , beri cadangan kepada mereka ini bagaimana untuk menggunakan pemanis 
tiruan yang murah tapi tidak membahayakan kesihatan.

Kita tidak mahu ada IKS-IKS yang gulung tikar sebab lurus bendul, dan ada pula 
industri makanan dan minuman yang makin untung tanpa mengambil kira faktor 
kesihatan

Kita tidak mahu krisis Susu Bayi di China yang tercemar dengan Melamine akan 
berlaku di Malaysia.

Jangan Nanti Nasi Menjadi Bubur , Jasad Pun Terkubur.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com 


Sugar substitute

Artificial sweeteners cost the food industry only a fraction of the cost of 
natural sweeteners, in spite of the extremely high profit margins for 
manufacturers of artificial sweeteners. So it is not surprising that the food 
industry is promoting its diet or light products heavily, thus moving the 
customers over to its even more profitable artificially-sweetened products. 

A 2005 study by the University of Texas Health Science Center at San Antonio 
showed that increased weight gain and obesity was associated with increased use 
of diet soda in a population based study. 

Animal studies have indicated that artificial sweeteners can cause body weight 
gain. A sweet taste induces an insulin response, which causes blood sugar to be 
stored in tissues (including fat), but because blood sugar does not increase 
with artificial sugars, there is hypoglycemia and increased food intake the 
next time there is a meal. After a while, rats given sweeteners have steadily 
increased calorie intake, increased body weight, and increased adiposity 
(fatness). Furthermore, the natural responses to eating sugary foods (eating 
less at the next meal and using some of the extra calories to warm the body 
after the sugary meal) are gradually lost 

http://en.wikipedia.org/wiki/Sugar_substitute 




  


Help Palestine [hidayahnet] Khutbah Jumaat cerita Sex, banyak Syok

2010-07-26 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Hari ni Khutbah Jumaat mengejutkan semua para jemaah yang hadir. Terbeliak biji 
mata mendengar khutbah yang menceritakan isu hubungan seks suami isteri dan 
seks bebas. Yang satu dapat pahala, yang satu dapat dosa. Kalau sebelum ni 
ramai jemaah terlentok dengar khutbah, hari ni hampir semua terpesona. Rugilah 
siapa yang tak dengar khutbah isu seks ni. Tak apa, boleh rujuk laman web JAKIM.

Tak sabar nak dengar khutbah Jumaat minggu depan isu apa pula.

Sebelum ini saya tulis artikel Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING di
http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html . 
Semenjak dua menjak ni dah tak boring dah.

Khutbah hari ini juga berkisar apa yang saya ada tulis sebelum ini krisis buang 
bayi dan cara mengatasinya di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html

***

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia http://www.islam.gov.my/khutbahjakim
“HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH”
(16 JULAI 2010 / 4 SYA,BAN 1431H)

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Bersempena dengan perhimpunan kita untuk menunaikan fardhu Jumaat pada hari ini 
marilah sama-sama kita bertakwa kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh 
melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 
Mudah-mudahan kehidupan kita beroleh kebahagian di dunia dan kesejahteraan di 
akhirat yang kekal abadi, insya-Allah.

Tajuk khutbah pada hari ini ialah: HIDUP BERKELUARGA SATU IBADAH.

MUSLIMIN YANG DIRAHMATI ALLAH,

Budaya berzina terus menjadi isu panas di negara ini kerana sering dikaitkan 
dengan kes-kes pengguguran kandungan, pembahagian kondom percuma, pil pencegah 
hamil percuma, pembuangan bayi, rasuah seks dan pembunuhan.

Walaupun budaya keji  ini dibenci oleh semua agama tetapi hanya Islam sahaja 
yang mengenakan hukuman yang paling berat kepada penzina iaitu direjam sampai 
mati jika pernah berkahwin dan disebat 100 kali jika dilakukan oleh mereka yang 
belum pernah berkahwin.
Hukuman keras yang dikenakan oleh Islam ini amat waras kerana perbuatan berzina 
adalah perbuatan yang menjatuhkan harga diri manusia serta melahirkan status 
nasab atau keturunan hina yang berpanjangan.

Pada hari Jumaat yang mulia ini mimbar mengingatkan bahawa pergaulan bebas 
adalah punca utama penzinaan. Ketahuilah bahawa seorang lelaki yang mendekati 
wanita pada dasarnya ia telah mendekati pintu perzinaan. Seorang lelaki yang 
memberi tumpuan penuh pandangan kepada wanita bererti ia telah mendekati 
perzinaan.

Begitu pula dengan mereka yang senang melayari gambar-gambar porno di internet, 
menonton video lucah adalah mendorong kepada perzinaan. Termasuk juga orang 
yang sudah bertunang dan menyangka bahawa setelah bertunangan ia boleh 
melakukan apa saja terhadap calon isteri adalah bercanggah dengan ajaran Islam. 
Firman Allah dalam surah al-Israa’ ayat 32:

Yang bermaksud: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu 
adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat.”

Kita perlu ingat bahawa orang yang berzina akan menerima azab siksa yang sangat 
pedih di neraka Jahannam. Kepanasan api neraka adalah 70 kali ganda kepanasan 
api yang ada di atas dunia ini. Dalam beberapa hadith disebutkan di akhirat 
kelak, Allah SWT tidak menegurnya, tidak menyapanya dan tidak memandangnya.

Ketika perbuatan berzina berleluasa dan pintu-pintu menuju perzinaan juga 
terbuka luas yang kelihatan sukar disekat, maka ketahuilah bahawa musibah 
bersiap sedia datang menerpa kita. Seberapa dekat kita dengan pinti-pintu 
menuju perzinaan, sedekat itu pulalah musibah yang akan diturunkan oleh Allah 
SWT.

Musibah mungkin tidak menimpa diri kita tetapi akan menimpa anak cucu kita 
misalnya turut terjebat dengan amalan perzinaan.

Nafsu seks adalah fitrah anugerah Allah SWT kepada manusia untuk mewujudkan 
kasih sayang dan mendapatkan ketenangan dalam kehidupan. Bagaimana pun 
perlepasaan dan pembebasan  hawa nafsu hendaklah dilakukan secara halal iaitu 
melalui perkahwinn yang sah.

Hadith dari Muslim meriwayatkan Abu Zarr al-Ghifari berkata Rasulullah SAW 
bersabda yang bermaksud, “ Sesungguhnya setiap kali seseorang itu bertakbir 
adalah satu sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah 
sedekah, menyeru yang makruf itu adalah sedekah, dan menghalang yang munkar 
juga sedekah, melakukan hubungan kelamin suami isteri juga adalah sedekah”. 
Lalu kami bertanya kepada Rasulullah, “ adakah kami mendatangi isteri-isteri 
kami baginya mendapat pahala?. Rasulullah bersabda “ Tidakkah kamu sedar jika 
melakukan syahwat kepada yang haram itu berdosa, maka sebaliknya bila melakukan 
perbuatan yang halal itu pastilah berpahala”.

Para sahabat RA apabila mendengar sabda Rasulullah itu agak terkejut kerana 
mereka tidak terfikir sebelum itu dan agak pelik juga. Lantaran itu mereka pun 
segera menyusulkan pertanyaan kepada Rasulullah dengan kehairanan: “Melakukan 
hubungan kelamin antara suami isteri pun diberi pahala”.

Rasulullah SAW menjelaskan dengan 

Help Palestine [hidayahnet] Kes Pecah Kedai pula berleluasa di Seremban

2010-07-26 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Indeks jenayah sebenarnya makin turun atau makin naik ? Hari demi hari berlaku 
macam-maca kes jenayah. Kali ni kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, 
Seremban di pecah masuk. Habis semua diambil pencuri termasuk duit  derma orang 
ramai untuk Tabung Sekolah Rendah Islam Al Munawarah , Durian Tunggal , Melaka 
dan Tabung Anak Yatim Paroi pun disapunya.

Selamat ke tidak Malaysia ni ?

*
Polis diminta kerap buat rondaan di Ampangan
Faiz Abdullah

SEREMBAN, 15 Julai 2010 : Ahli Dewan Undangan Negeri Ampangan, Rashid Latiff 
meminta agar pihak polis melakukan rondaan yang lebih kerap di kawasan itu 
kerana banyak kes jenayah terutama kecurian dan penagihan dadah.

Sementara polis menjalankan tugas, beliau juga ingin menyeru kepada peniaga dan 
penduduk Ampangan agar turut sama mengambil langkah pencegahan dengan memasang 
gril besi jika mampu.

Sekurang-kurangnya pasanglah lampu di belakang rumah atau kedai kerana ini 
akan meminimumkan risiko rumah atau kedai mereka dipecah masuk,” katanya.

Rashid yang juga Bendahari PKR negeri berkata, terdapat desakan daripada 
penduduk setempat yang memohon polis membina sekurang-kurangnya sebuah pondok 
di kawasan Ampangan terutama di kawasan Flat Uda.

Kepadatan penduduk di kawasan Ampangan, Flat Uda, Kampung Ismail, Kampung 
Jiboi dan persekitaran adalah lebih 20,000 orang. Sewajarnya sebuah pondok 
polis harus didirikan untuk membendung dan mengawal kadar jenayah di sini, 
ujarnya lagi.

Sementara itu, kedai penjual akhbar Harakah di Ampangan, Ishak Adam, 54, 
dipecah masuk kelmarin.

Ishak yang merupakan pengedar utama untuk seluruh Negeri Sembilan menyedari 
kedainya dipecah masuk apabila memulakan perniagaan lebih kurang 7.30 pagi.

Pencuri dipercayai memasuki kedai dengan memecahkan bumbung dan siling di 
bahagian belakang.

Ishak mengalami kerugian lebih RM5,900 termasuk kad prabayar, rokok, wang tunai 
dan dua bilah keris hiasan.

Apa yang lebih mendukacitakan, turut dicuri ialah dua buah tabung derma 
masing-masing daripada Rumah Anak Yatim Anakku Sayang Panchor, Paroi dan 
Sekolah Rendah Islam Al-Munauwarah Durian Tunggal, Melaka.

Pihak pengurusan rumah anak yatim dan sekolah agama tersebut meletakkan tabung 
derma di kedai Ishak untuk kutipan derma ikhlas daripada orang ramai.

Saya percaya mereka masuk dengan menyelinap daripada bumbung dan siling yang 
dipecahkan oleh mereka.

Sepanjang 25 tahun saya berniaga di sini, inilah kali pertama kejadian 
seumpama ini berlaku, katanya yang membuat laporan di Balai Polis Rahang.

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=27621:polis-diminta-kerap-buat-rondaan-di-ampangan-catid=53:negeri-sembilanItemid=98






Help Palestine [hidayahnet] Tawaran Kolej Komuniti Rembau

2010-07-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KURSUS JANGKA PENDEK 
Kolej Komuniti Rembau sebuah pusat pendidikan yang cemerlang dalam bidang 
Teknologi, Bisnes dan Industri 

CARA PERMOHONAN
Pemohon yang berminat bolehlah menghubungi Pengarah Kolej Komuniti Rembau atau 
Ketua Jabatan Pembelajaran Sepanjang Hayat, Kolej Komuniti Rembau

Pengarah
Kolej Komuniti Rembau
Lot PT 2565-2579,
Taman Pinggiran Pedas,
71400 Pedas, Negeri Sembilan.
06-6858 672 (Pej.) 
06-6858 698 (F)

Maklumat dari 
http://pmdrembau-v1.blogspot.com/2010/07/kursus-jangka-pendek.html 
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Semangat Gotong Royong Melayu Makin Luntur

2010-07-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kita leka dengan politik, kita leka dengan hiburan, kita leka dengan sukan, 
kita leka mengejar pangkat dan harta, kita leka mencari keseronokan, hingga 
semangat gotong royong makin hari makin luntur di kalangan kita. Ke mana hala 
tuju kita , hinggakan kubur pun kita ambil sikap macam Bangau Oh Bangau untuk 
dijaga.

Kubur sendiri sendiri agaknya.

Pada saat itu Allah akan mencabut perasaan gerun dari hati-hati musuh kamu dan 
tersemat di dalam hati-hati kamu penyakit ‘wahan’.” Lalu sahabat bertanya lagi, 
“Apakah yang dimaksudkan dengan ‘wahan’ itu ya Rasulullah?” Baginda menjawab, 
“Wahan ialah sikap cintakan dunia dan takutkan mati.”
(Riwayat Abu Dawud dan Ahmad dari Thawban).

Rasulullah saw pernah ditanya: Siapakah orang beriman yang lebih bijak ? Jawab 
baginda: Mereka yang lebih banyak mengingati mati dan lebih baik penyediaannya 
kepada perkara selepas mati, mereka itulah yang lebih bijak”
(Riwayat ibn Majah drpd ibn Umar ra)

Beberapa kisah sadis lunturnya semangat gotong royong kita di
http://amkns.blogspot.com/2010/02/anjing-kuda-masuk-kubur.html
http://waghih.blogspot.com/2010/05/kubur-pun-orang-melayu-tak-boleh-jaga.html

***

KUBUR TAK TERURUS
Berita Harian 7 Julai 2010

Kawasan perkuburan Jalan Pengadang Baru dikhuatiri jadi sarang binatang liar

KUALA TERENGGANU: Tanah perkuburan di Jalan Pengadang Baru, dekat sini kini 
terbiar dan dipenuhi semak dibimbangi menjadi tempat binatang berbisa seperti 
ular dan kala jengking membiak sehingga mengancam keselamatan penduduk.

Penduduk kawasan terbabit berharap pihak pengurusan tanah perkuburan yang 
bertanggungjawab mengambil tindakan segera bagi membersihkan tanah perkuburan 
itu.

Tinjauan Edisi Timur mendapati semak hampir menenggelamkan semua 100 kubur 
sehingga menyukarkan pengunjung menziarah kubur saudara mereka, selain pagar 
kubur roboh. Penduduk, Mohd Alif Bahktiar, 28, mendakwa kawasan tanah 
perkuburan Islam seluas lebih 1.2 ekar itu sudah lama terbiar dan tidak terurus 
dan seperti sudah dilupakan.

Katanya, semua pihak termasuk penduduk setempat bertanggungjawab membersih 
kubur itu.

Beliau juga melahirkan rasa sedih apabila melihat keadaan kubur nenek moyangnya 
yang tidak terurus dan kebanyakan sudah daif.

Semua pihak perlu bertanggungjawab atau mengadakan gotong-royong bagi membersih 
tanah perkuburan itu supaya ia tidak kelihatan menakutkan.
Tanah perkuburan ini terletak di tepi jalan utama ke Kuala Berang sebenarnya 
sudah menimbulkan persoalan dan cerita buruk daripada pengunjung kubur yang 
menziarah kubur ibu bapa dan sanak saudara mereka mengapa kawasan kubur ini 
tidak jaga, katanya.

Mohamad Musa, 39, pula berasa sedih melihat persekitaran tanah perkuburan itu 
yang tidak terurus dan bimbang kehadiran ular dan kala jengking serta menjadi 
sarang pembiakan binatang berbisa itu.

Katanya, tanah kubur itu terbiar kerana sikap tidak bertanggungjawab pihak yang 
terbabit terhadap pengurusan tanah perkuburan itu walaupun sudah ada pihak yang 
membuat aduan mengenai masalah itu.

Pengurusan tanah perkuburan perlu mengadakan gotong-royong membersihkan tanah 
perkuburan ini terutama sebelum Aidilfitri, katanya.

Saya berharap tanah perkuburan ini dapat dipulihkan segera termasuk kerjasama 
Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) agar dapat membersihkan 
segera kubur ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kuburtakterurus/Article






Help Palestine [hidayahnet] Kursus Perniagaan 19 ke 23 Jul Seremban

2010-07-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KURSUS ASAS PERNIAGAAN
Tarikh : 19 - 23 Julai 2010 (Isnin - Jumaat)
Masa : 8 pg – 5 ptg
Tempat : Aras 3, Bangunan Seremban Plaza, Jalan Dato' Muda Linggi, Seremban
Yuran : RM 200

Hubungi Pusat Usahawan MARA Negeri Sembilan (PUSMA)
Tel: 06-7626088 / Faks : 06-7626081
email pusm...@gmail.com

Info lanjut di 
http://pusman9.blogspot.com/2010/07/kursus-asas-perniagaan-19-07-2010.html






Help Palestine [hidayahnet] Talian Kecemasan Cegah Bunuh Diri di Malaysia

2010-07-08 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Sepuluh peratus rakyat Malaysia menghadapi masalah mental. Kalau jumlah 
penduduk di Malaysia 29  juta, bermakna 2.9 juta mempunyai masalah mental. 
Mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari di Malaysia , 2500 
orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Malangnya tiada 
pihak yang benar-benar serius dalam menangani gejala bunuh diri ini, penyebab 
kematian kedua tertinggi di Malaysia.

Kupasan dan statistik bunuh diri di Malaysia saya ada tulis sebelum ini di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Macamanapun saya terjumpa ada satu badan bebas yang mengambil inisiatif untuk 
mencegah gejala bunuh diri di Malaysia yang menyediakan talian kecemasan pada 
pautan berikut 
http://www.suicide.org/hotlines/international/malaysia-suicide-hotlines.html . 
Badan bebas ini menggelarkan diri mereka Befrienders.

Bila pula JAKIM , Majlis Agama Islam , Parti Politik Islam dan Melayu juga 
NGO-NGO Islam akan mengambil pendekatan serupa ? 

Atau kita masih leka siapa sebenarnya pengkhianat negara, siapa sebenarnya 
sahabat Yahudi , siapa sebenarnya musuh Zionis , siapa yang bekerja dengan APCO 
, siapa yang rapat dengan NED , FELDA Bankrap , FELDA Kaya ?

* 
Malaysia Suicide Hotlines
Befrienders Malacca 
Peti Suraj No. PS245
Pejalat Pos
Besar Melaka
75100
MELAKA 
Contact by: Face to Face  - Phone 
Hotline: (06) 284 2500 

Befrienders Penang 
104-1A Mewah Court
Jalan Tan Sri Teh Ewe Lim
11600
PULAU PINANG 
Contact by: Face to Face  - Phone  - E-mail: 
Hotline: (04) 281 5161
Hotline: (04) 281 1108
Website: befpen.org
E-mail Helpline: p...@befpen.org 
Hours: Sat, Sun: 17:00 - 23:00 

The Befrienders Kuala Lumpur 
95 Jalan Templer
Petaling Jaya
46000
SELANGOR DARUL EHSAN 
Contact by: Face to Face  - Phone  - Letter:  - E-mail: 
Hotline: (03) 7956 8144
Hotline: (03) 7956 8145
Website: befrienders.org.my/
E-mail Helpline: s...@befrienders.org.my 
Hours: Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri, Sat, Sun: 00:00 - 23:00 

Befrienders Ipoh 
Peti Surat 413
Ipon
30750
PERAK 
Contact by: Face to Face  - Phone 
Hotline: (05) 547 7933
Hotline: (05) 547 7599 

Befrienders Seremban 
Seremban 
Contact by: - Phone 
Hotline: 06 7653588
Hotline: 06 7653589 
Hours:  Mon, Tues, Wed, Thurs, Fri: 19:00 - 22:00 

Lifeline Association of Malaysia 
71-2nd Floor, Jin Jejaka 2
55100
TMN MALURI 
Contact by: Face to Face  - Phone 
Hotline: (063) 92850039
Hotline: (063) 92850279
Hotline: (063) 92850049 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kempen JOM Solat Sempena Isra Mikraj 10 Jul 2010

2010-07-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, dia akan 
dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana 
sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. Jika 
seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, dia 
akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan 
solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama 
dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam 
neraka.

Dipetik dari laman web ISMA 
http://www.ismaweb.net/v4/perutusan-khas-sempena-isra%E2%80%99-dan-mi%E2%80%99raj/

PERUTUSAN KHAS SEMPENA ISRA’ DAN MI’RAJ

Peristiwa Isra’ dan Mi’raj yang disambut setiap tahun amat sinonim dengan 
ibadat solat, yang merupakan satu-satunya ibadat yang difardhukan secara 
langsung oleh Allah SWT kepada Rasulullah SAW tanpa perantaraan Malaikat.

Lantaran itu, solat mendapat kedudukan yang istimewa dalam Islam.

Rasulullah SAW pernah menyifatkan solat sebagai ciri pembeza di antara Islam 
dan kekufuran. Sabda baginda SAW yang bermaksud:
“Perbezaan antara seseorang dan kekafiran ialah dengan meninggalkan solat.” 
(Riwayat Imam Muslim)

Solat, kefardhuan yang tiada tolak ansur

Oleh kerana itu, solat merupakan tiang seri bagi agama Islam.

Ia merupakan amalan yang paling disukai oleh Allah sebagaimana yang diterangkan 
oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad yang 
bermaksud:

“Janganlah kamu meninggalkan solat dengan sengaja kerana sesiapa yang 
meninggalkannya dengan sengaja, penjagaan atau pemeliharaan Allah dan RasulNya 
telah terlepas dari dirinya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Ingatlah amaran Allah SWT!

Marilah kita sama-sama hayati amaran tegas yang telah disampaikan oleh 
Rasulullah SAW terhadap orang-orang yang meninggalkan solat. Antaranya adalah 
sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:

“Sesiapa yang tidak  solat, maka tiada agama baginya.” (Riwayat as-Sayuti)

“Sesiapa yang meninggalkan solat Asar, maka terhapuslah segala pahala 
amalannya.” (Riwayat Imam Bukhari)

Oleh itu, sesiapa yang tidak menunaikan solat kerana sibuk dengan kerajaannya, 
dia akan dibangkitkan bersama Fir’aun. Jika seseorang itu tidak menunaikan 
solat kerana sibuk dengan kementeriannya, dia akan dibangkitkan bersama Haman. 
Jika seseorang itu tidak menunaikan solat kerana sibuk menguruskan hartanya, 
dia akan dibangkitkan bersama Qarun. Begitu juga sesiapa yang tidak menunaikan 
solat kerana sibuk mengendalikan perniagaannya, dia akan dibangkitkan bersama 
dengan Ubay bin Khalaf. Sedarlah kesemua mereka itu akan dimasukkan ke dalam 
neraka.

Ayuh wahai saudaraku! Marilah kita semua menjaga dan memelihara solat dalam 
kehidupan seharian kita, kerana solat itu adalah tiang seri agama kita. Renungi 
sabda Rasulullah SAW:

“As-Solatu  imaduddin, faman aqamaha faqad aqamad din, waman tarakaha faqad 
hadamad din.”

Maksudnya: “Solat adalah tiang seri agama, maka sesiapa yang menunaikan solat, 
maka sesungguhnya dia telah menegakkan agama, dan sesiapa yang meninggalkan 
solat, maka sesungguhnya dia telah meruntuhkan agama”.

Sesungguhnya Islam itu telah dibina di atas solat, di samping mengucap dua 
kalimah syahadah, haji, puasa dan zakat.

Sekretariat Dakwah  Sosial,
Ikatan Muslimin Malaysia

Poster Kempen di  
http://www.ismaweb.net/v4/kempen-ayuh-solat-sempena-israk-mikraj-1431h/







Help Palestine [hidayahnet] Jemaah PAS dan UMNO bertumbuk di Masjid Melaka ?

2010-07-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ada lagi kes macam ni. Ingatkan zaman saya kecil-kecil dulu. Walaupun dalam 
berita tak di sebut orang UMNO dengan orang PAS, kemungkinan itu ada. Kalau nak 
ulas isu ini, siapa bersalah, siapa benar, sampai bila-bila pun tak habis. 
Masing-masing akan bawa hujah masing-masing. Kalau nak saman ke mahkamah pun, 
akan memakan masa bertahun-tahun. Mudah sahaja, nak selesai, atau tak nak 
selesai, itu sahaja.

Kepada ulama-ulama veteran dalam UMNO dan PAS, cubalah turun padang, selesaikan 
isu ini dengan cara baik.

Nak sangat bertumbuk, dua-dua pihak daftar sebagai sukarelawan bantuan ke 
Palestin, baru tahu langit tinggi rendah.

Kepada pihak yang hanya akan mengeruhkan lagi keadaan, baik jangan masuk 
campur. Berdoa sahaja agar Allah memberi petunjuk kepada mereka dan kita semua.

*
JEMAAH BERTUMBUK DALAM MASJID
Sinar Harian 1 Julai 2010

PERNU – Hanya kerana disangka menutup lampu masjid, seorang lelaki dibelasah 
beberapa jemaah lain di Masjid Bukit Pegoh, di sini, Ahad lalu.

Kejadian berlaku sebelum solat Maghrib apabila mangsa, berusia dalam lingkungan 
37 tahun itu disergah seorang jemaah yang berusia 20an yang baru tiba.

Mangsa yang memegang jawatan ahli jawatankuasa masjid itu belum menyalakan 
lampu masjid kerana hari masih siang, tetapi dipercayai memadamkan lampu.

Sumber berkata, lelaki terbabit dikatakan menyerang jemaah itu selepas 
menyergah mangsa dengan pertanyaan kenapa kau tutup lampu masjid?.

Mangsa kemudiannya diserang bertubi-tubi dan cuba melawan untuk mempertahankan 
diri sebelum seorang lagi jemaah yang juga ‘orang kuat’ masjid itu turut sama 
menyerang dengan mengetuk kepala mangsa dengan lampu suluh.

Keadaan menjadi lebih tegang apabila berlaku campur tangan jemaah lain yang 
menyokong kedua-dua pihak berkenaan sehingga bertukar menjadi ‘medan gusti’ 
sambil disaksikan lebih 60 jemaah.

Akibat kejadian itu, mangsa dan beberapa jemaah terbabit mengalami lebam lebam.

Sumber berkata, kejadian itu ada kaitan dengan pemecatan salah seorang imam 
masjid itu beberapa bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah 
mengesahkan kejadian itu.

http://www.sinarharian.com.my/com/content/story7889457.asp

JEMAAH BUKIT PEGOH DILEMA SOLAT DUA IMAM
Berita Harian 10 Mei 2010

JASIN: Ahli jemaah kariah Masjid Bukit Pegoh di Pernu, dekat sini, bagaikan 
dalam dilema apabila mereka berhadapan situasi melakukan solat berimamkan dua 
imam, sejak awal April lalu, dipercayai akibat perbezaan fahaman politik.

Pengerusi masjid berkenaan, Md Jani Gembor, 65, berkata perselisihan faham 
antara imam masjid itu yang dilantik Majlis Agama Islam Melaka (Maim) dengan 
seorang imam muda berusia 28 tahun bermula tahun lalu. Beliau mendakwa, bukan 
sekadar mengajar ilmu agama tanpa tauliah sejak setahun yang lalu, imam muda 
itu juga seolah-olah menghasut dengan mengatakan Imam 1 masjid terbabit tidak 
layak menjadi imam. Katanya, menyedari imam muda itu mengajar tanpa tauliah, 
kariah masjid memintanya untuk mendapatkan tauliah terlebih dulu daripada 
Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim).

Pada awal tahun ini, kita memintanya mendapatkan tauliah mengajar agama tetapi 
dia enggan, malah pengikutnya seramai kira-kira 15 orang hingga 20 orang 
memarahi kami.

Berikutan itu, pada 1 April lalu, ahli kariah masjid membuat laporan kepada 
Jaim dan sejak itu imam muda bersama pengikutnya melakukan solat dua imam di 
masjid ini, katanya di sini, semalam.

Mengulas lanjut, Md Jani berkata, imam muda dari Masjid Tanah itu bersama 
pengikutnya akan datang sebelum masuk waktu solat lima waktu, namun akan 
melihat dan menunggu di saf belakang sehingga solat selesai dan selepas itu, 
barulah beliau mengimamkan solat.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/JemaahBukitPegohdilemasolatduaimam/Article/index_html

SEJARAH MASJID BUKIT PEGOH

Masjid Bukit Pegoh asalnya adalah sebuah surau dibawah naungan Masjid Pernu. 
Setelah bertambahnya bilangan penduduk dalam Kg. Bukit Pegoh dan Bukit Larang 
berlakulah persempadanan semula kawasan kariah dan wujudlah kawasan Kariah 
Masjid Bukit Pegoh. Bangunan surau telah dinaikkan  taraf menjadi masjid dengan 
sedikit pengubahsuaian  tetapi ianya masih bangunan kayu. Dalam tahun 1973 
sekali lagi bangunan masjid ini telah dinaikkan taraf dan diubah menjadi  
bangunan batu. Bangunan ini masih berdiri diatas tapak asal masjid lama dan 
telah disempurnakan  perasmiannya oleh Y.B. Tun Abd. Ghaffar Baba dalam bulan 
September 1973.

Setelah lebih 30 tahun berlalu dan bilangan penduduk dalam kawasan kariah 
bertambah, usaha-usaha untuk membesarkan masjid mula dijalankan. Pada bulan 
Ogos 2003 pihak lembaga  Masjid telah mengemukakan permohonan kepada Perdana 
Menteri bagi meminta peruntukan sebanyak RM600,000 bagi tujuan mengubahsuai dan 
membesarkan masjid. Di akhir tahun 2004 pihak Jabatan Perdana Menteri telah 
mengeluarkan arahan kelulusan peruntukan yang diminta.

Setelah beberapa perubahan dibuat pada pelan yang dikemukakan maka 

Help Palestine [hidayahnet] Kursus Kecemasan di Rumah 11 Julai 2010 Senawang

2010-07-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
CERAMAH dan DEMO KESIHATAN
Asas Penjagaan Kesihatan Anak-Anak di Rumah
Bersama Jururawat Terlatih Persatuan Bulan Sabit Merah
Tarikh : 11 Julai 2010 / Ahad
Masa : 9 pg - 12 tgh
Tempat : Taman Bandar Senawang (sebelah Pusat Bersalin Sukhilmi)

Yuran : 
RM35 seorang.
RM60 untuk pasangan suami isteri
RM100 untuk 3 peserta  yang mendaftar serentak 
Jamuan ringan disediakan
Tempat terhad

Hubungi :
Dr Faridah Idris - 019-6548073 myzu...@gmail.com 
Raziah Johar - 0196519722

Maklumat lanjut di 
http://2uzulfa.blogspot.com/2010/07/ceramah-asas-penjagaan-kesihatan-anak.html 

Anjuran : Kelab Susu Ibu Seremban 

KANDUNGAN PROGRAM:
Kaedah-kaedah tindakan awal untuk masalah:
 - demam
 - cirit-birit
 - batuk dan kahak
 - sawan dan demam
 - rawatan luka
 - rawatan melecur
Praktikal cara rawatan juga akan ditunjukkan 



  


Help Palestine [hidayahnet] Jawab soalan ini sebelum mansuh UPSR PMR

2010-07-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kepada pihak-pihak yang menyokong pemansuhan UPSR dan PMR terutamanya Pak 
Menteri sendiri, sila jawab lima sahaja soalan-soalan di bawah ini sebelum 
beria-ia hendak memansuhkannya. Sesal Dulu Pendapatan , Sesal Kemudian Tiada 
Berguna.

1. Berapa banyakkah penjimatan kerajaan dalam Ringgit Malaysia apabila UPSR dan 
PMR ini dimansuhkan, dari mesyuarat lembaga peperiksaan, kos buat soalan, kos, 
tanda kertas jawapan dan sebagainya ? Adakah mencecah jutaan ringgit setiap 
tahun ?

2. Apakah bentuk peperiksaan atau pemilihan yang telus dan holistik untuk 
menentukan pelajar masuk ke Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi 
Tinggi, Sekolah Kluster dan sebagainya ? Berapa pula kos diperlukan untuk 
proses pemilihan pelajar ini tanpa UPSR dan PMR yang masuk ke Tingkatan 1 dan 
Tingkatan 4 ?

3. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk menguruskan Program 
Permata Negara ?

4. Berapakah kos tambahan Kementerian Pelajaran untuk mengambil guru bahasa 
Mandarin dan Tamil untuk ditempatkan di kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, 
mulai tahun 2011 ? Kenapa Bahasa Mandarin dan Tamil sahaja, kenapa tidak Bahasa 
Arab atau Guru khusus Tulisan Jawi ?

5. Bolehkah diadakan satu sistem sekolah menengah sahaja , sesuai dengan konsep 
1Malaysia, tidak perlu Sekolah Berasrama Penuh, Sekolah Berprestasi Tinggi, 
Sekolah Kluster dan sebagainya. Ini akan memudahkan penempatan pelajar ke 
Tingkatan 1 dan 4 , kerana para pelajar tidak akan ada tekanan untuk merebut 
tempat ke sekolat Elit sebegini kerana tiada lagi sekolah Elit , dan juga 
memudahkan Pejabat Pelajaran sendiri untuk menempatkan pelajar ?

* 
ISU KEWAJARAN UPSR, PMR DIUMUM TAHUN INI
KUALA LUMPUR 1 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan 
mengumumkan keputusan sama ada memansuhkan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah 
(UPSR) dan Penilaian Menengah Rendah (PMR) atau sebaliknya dalam tahun ini.

Mengenai Program Permata Negara yang akan diambil alih Kementerian Pelajaran, 
Timbalan Perdana Menteri memberitahu, itu tugas baru yang diserahkan kepada 
kementerian.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0702pub=utusan_malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_05.htmarc=hive
 

MBM SOKONG MANSUH PMR, KEKAL UPSR
KUALA LUMPUR 29 Jun - Majlis Belia Malaysia (MBM) menyokong cadangan pemansuhan 
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR).

Bagaimanapun Presidennya, Mohamed Maliki Mohamed Rapiee (gambar) berkata, MBM 
berpendapat, Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) perlu diteruskan kerana ia 
mampu menilai keupayaan murid sepanjang berada di sekolah rendah sebelum 
memasuki sekolah menengah.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0630pub=utusan_malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_05.htmarc=hive
 

MUHYIDDIN ARAH PENGAMBIL SEGERA GURU BAHASA IBUNDA 
PUTRAJAYA 30 Jun - Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengarahkan pengambilan 
segera bagi guru bahasa Mandarin dan Tamil supaya mereka dapat ditempatkan di 
kira-kira 7,000 sekolah kebangsaan, mulai tahun depan.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0630pub=utusan_malaysiasec=Terkinipg=bt_17.htmarc=hive
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kerajaan rugi RM 2.7 Billion kerana Saman Ekor ?

2010-07-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kira-kira RM 2.7 Billion gagal dikutip kerajaan antara tahun 2000 dan 2008, 
kata Timbalan Menteri Pengangkutan. Kutipan saman bukan hanya bertujuan 
mendapatkan hasil tetapi juga bagi meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan 
pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.

Sebelum ini saya ada menulis prosedur Saman Ekor menganiaya sesetengah pemilik 
kenderaan yang tidak bersalah. Pemandu yang bersalah terus bebas. Ulasan 
sepenuhnya di  http://waghih.blogspot.com/2010/06/haramkan-saman-ekor-pdrm.html 

Sekarang RM2.7 Billion saman tertunggak, majoriti adalah saman polis. Adakah 
ianya majoriti dari saman ekor ? 

Kalau saman ekor , yang kena saman ialah pemilik kenderaan. Pemandu yang 
bersalah kalau dia bukan pemilik kenderaan, dia tak akan bayar samannya sampai 
bila-bila.

Menteri Dalam Negeri , tolonglah kaji balik sistem Saman Ekor ni. Buatlah macam 
negara lain, kalau nak saman, saman pemandu pada masa kejadian. Berikan lebih 
anggota polis untuk saman laju. Saman ekor perlu seorang anggota polis sahaja, 
saman pemandu mungkin memerlukan 10 anggota polis untuk buat sekatan jalanraya.

Juga bekalkanlah polis dengan kereta peronda yang boleh pergi 200 km/j bila ada 
saman laju, biar kereta peronda tadi boleh kejar pemandu yang memandu laju. 
Takkanlah polis nak kejar dengan Kancil atau Waja kereta Mercedes, Volvo, Bas 
Xpress , Evo , GTO dsbnya.

** 
Dewan Rakyat: 16.5 Juta Saman Dengan Nilai RM2.7 Bilion Gagal Dikutip

KUALA LUMPUR, 30 Jun 2010 (Bernama) -- Kira-kira RM2.7 bilion daripada 
16,529,848 saman tertunggak lalu lintas gagal dikutip kerajaan antara tahun 
2000 dan 2008, kata Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Abdul Rahim Bakri.

Daripada jumlah itu, majoriti adalah saman polis sebanyak 15,220,358 manakala 
yang lain melibatkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sebanyak 470,983 dan 
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) sebanyak 838,507 saman.

Bagi saman yang dikeluarkan tahun lepas sehingga kini, ia adalah saman aktif 
yang masih menjadi saman kitaran semula, katanya ketika menjawab soalan Mohd 
Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) pada persidangan Dewan Rakyat pada Rabu.

Mohd Nor mahu tahu jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga 
April tahun ini.

Abdul Rahim berkata bagi memastikan saman tertunggak tersebut dikutip, beberapa 
pendekatan termasuk menyekat urusniaga seperti pembaharuan cukai jalan dan 
lesen memandu berdasarkan peruntukan Seksyen 115, Akta Pengangkutan Jalan 1987 
bagi pemandu yang tidak dapat dikesan.

Usaha lain yang dilakukan ialah memperuntukkan kira-kira RM282 juta bagi 
menambah baik sistem pungutan pengkomputeran JPJ yang dikenal pasti masih 
berkapasiti rendah bagi membolehkan kapasiti pungutan ditingkatkan.

Kita juga menyediakan perkhidmatan online bagi pembatalan sekatan dan 
penyenaraian hitam di antara JPJ dan agensi lain khususnya PDRM dan mewujudkan 
pusat sehenti supaya pembayaran saman boleh dilakukan di mana-mana selain 
pembayaran secara online dan kad kredit, katanya.

Sementara itu ketika menjawab soalan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang 
mencadangkan supaya saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata cadangan itu 
sukar untuk dipertimbangkan.

Kutipan saman bukan hanya bertujuan mendapatkan hasil tetapi juga bagi 
meningkatkan persepsi ditangkap di kalangan pengguna jalan raya agar mereka 
lebih berhati-hati, katanya.

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=509810 

*** 
RM2.7b saman lalu lintas gagal dikutip 

KUALA LUMPUR 30 Jun - Sebanyak 16.5 juta saman lalu lintas bernilai RM2.7 
bilion yang diklasifikasikan tertunggak gagal dikutip kerajaan antara 2000 
hingga 2008.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Abdul Rahim Bakri berkata, saman itu 
membabitkan tiga agensi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan 15,220,358 
saman, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), 470,983 saman dan Dewan Bandaraya 
Kuala Lumpur (DBKL), 838,507 saman.

Saman yang dikeluarkan pada 2009 sehingga sekarang adalah saman aktif yang 
masih tidak dianggap sebagai tertunggak, katanya.

Beliau menjawab soalan Mohd. Nor Othman (BN-Hulu Terengganu) yang bertanya 
mengenai jumlah kutipan saman yang gagal dikutip kerajaan sehingga April tahun 
ini pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Menjawab soalan tambahan Datuk Mohamed Aziz (BN-Sri Gading) yang mencadangkan 
saman itu dihapuskan, Abdul Rahim berkata, tindakan menyaman itu bukan 
semata-mata untuk mendapatkan hasil tetapi bagi mewujudkan persepsi 'ditangkap' 
di kalangan pengguna jalan raya agar mereka lebih berhati-hati.

Berdasarkan kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia 
(MIROS), persepsi 'ditangkap' di kalangan pengguna jalan raya kini hanya 35 
peratus.

Apabila kita kenakan saman, kebanyakan pengguna masih menganggap tiada 
tindakan akan diambil. Ini berpunca daripada kelemahan kita untuk mengutip 
saman, katanya.

Dalam usaha mengutip saman tertunggak, katanya, kerajaan akan mengambil 
pelbagai langkah termasuk 

Help Palestine [hidayahnet] Budak Melayu Rank No 1 Dunia Tinju

2010-07-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Malaysia boleh menang Bola Piala Dunia. Pokoknya , hendak atau tak hendak, itu 
saja. Dulu Jepun, Korea Selatan, Ghana tu setaraf atau bawah ranking dari 
Malaysia masa zaman Super Mokh dan Ghani Minhat. Rupanya Dato Ghani Minhat ini 
orang Kg Solok, Rantau. N.Sembilan tapi tak pernah bermain untuk N.Sembilan.

Malaysia boleh menang apa-apa acara dunia, hendak atau tak hendak, dengan 
komitmen bukan sahaja pemain, tetapi jurulatih, pengurus dan pegawai. Kalau nak 
berjaya semua pengurus, pegawai, jurulatih dan pemain makan menu yang sama, 
bilik taraf yang sama, kenderaan yang sama. Kalau pergi pertandingan atau 
latihan luar negara tu jangan bawa anak bini, semua dari pemain hingga pegawai.

Baru-baru ni saya ke Shah Alam atas urusan peribadi. Jumpalah seorang brader 
ni, yang tak pernah saya jumpa sebelum ni, tapi sebab ada urusan terjumpalah 
dia. Dia pun ceritalah sikit karier beliau. Beliau terlibat dalam sukan Muay 
Thai atau Tomoi atau Kickboxing.

Sebut Tomoi ni selalunya yang kita ingat hanya orang Thai atau Jean Claude Van 
Damme. Rupanya ada budak Melayu yang sekarang ini ranking No 1 Dunia kategori 
Feather Weight.

Brader yang saya jumpa ni kata , Melayu yang terlibat dalam seni bela diri ini 
ada segelintir kecil yang tunjuk terror sesama sendiri sahaja. Tapi tak ke mana.

Muay Thai katanya perlu disiplin yang tinggi. Ada budak kita yang tak tahan. 

Hairan ye, kenapa ahli sukan macam ni yang mendapat ranking No 1 dunia tidak 
mendapat liputan dan ganjaran yang sehebat sukan lain seperti Badminton dan 
Squasy dan lain-lain ?

http://www.worldmuaythai.org/fighter-ranking
Feather Weight
55.338 KG (122 Lbs) - 57.153 KG (126 Lbs)
1. Saiful Boxx Warrior - Malaysia
2. Ochir Odbayar - Spain

Light Weight
58.967 KG (130 Lbs) - 61.235 KG (135 Lbs)
1. Jerson Estoro - Philiphine
2. Rivero Alexander - Spain
3. Uiziibat Turbayr - Mongolia
4. Wayi Boxx Warriors - Malaysia
 
http://boxxtomoi.blogspot.com 
http://muaythaimalaysia.blogspot.com 
http://muaythaitigers.blogspot.com 




  


Help Palestine [hidayahnet] Konvensyen Wanita Islam 24 July 2010 N.Sembilan

2010-07-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KONVENSYEN WANITA ISLAM NASIONAL – KONWANIS 2010
Tarikh : 24 Julai 2010 / Sabtu
Tempat:  Dewan Wawasan Politeknik Port Dickson
Yuran : Pelajar RM35 , Dewasa RM70

Info di http://konwanis.ismaweb.net

Semua Wanita Dijemput Hadir

Aturcara Program
8 pg – Pendaftaran
9.45 pg – Identiti dan jati diri wanita : Perspektif Islam oleh Ustz. Noraqilah 
Bahrin
10.45 pg – Wanita Mendepani Cabaran sosial Pascamoden oleh Ustz. Norsoleha 
Mohd. Salleh
12.30 tgh hari - Sumber Pengambilan Sebagai Asas Jati Diri Pasca oleh Ust. 
Ahmad Sanusi bin Azmi
1.30 tgh– Makan/solat
3 ptg -  Forum : Realiti Wanita Pasca Moden bersama Ustz. Nik Norsaha, Pn. Hjh. 
Rohani Dato’ Shahir, Ustzh. Razidah Adam
5.30 ptg - Mini Karnival: Jualan, pameran, pemeriksaan kesihatan percuma, booth 
perubatan alternatif, dan lain-lain
8 mlm – Malam Keseniaan KONWANIS 2010

Objektif Konvensyen :
- Menjelaskan identiti dan jati diri wanita dari perspektif Islam
- Memimpin wanita dalam mendepani cabaran sosial di pasca moden
- Memartabatkan Islam sebagai penyelesai masalah dan jalan keluar

Sumber : 
http://wanitaisma.wordpress.com/2010/06/25/selamat-datang-ke-konvensyen-wanita-islam-nasional-konwanis-2010/






Help Palestine [hidayahnet] Konvensyen Falak N.Sembilan 2 ke 4 Jul 2010

2010-07-01 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KONVENSYEN FALAK NEGERI SEMBILAN 2010
Tema : Bersama Menerokai Kebesaran Ilahi
Tarikh : 2 ke 4 Julai 2010 (Jumaat – Ahad)
Masa : 9 pagi hingga 11 malam
Tempat : Sek Men Keb Agama Syeikh Haji Mohd Said, Seremban

Anjuran : Jabatan Mufti Negeri Sembilan

AKTIVITI MENARIK :
Pertandingan Teknologi Roket Sasaran dan Payung Terjun
Pertandingan Mewarna Kanak-kanak
Pemeriksaan Kesihatan
Pertandingan Pidato mengenai Astronomi
Kuiz Manhaj Fiqh al-Shafie
Pertandingan Bercerita
Pameran oleh Agensi Kerajaan
Pameran Teleskop
Pameran Model Jam Matahari
Pameran Model Sistem Solar
Pameran Model Tongkat Istiwa
Pameran Foto Panorama Fenomena Alam
Semakan Tarikh lahir Miladi kepada Hijriah

Sumber : 
http://krewpaginfm.blogspot.com/2010/06/hebahan-radio-malaysia-negerifm-acara.html







Help Palestine [hidayahnet] PLKN, Menteri cubalah turun padang tengok keluarga susah

2010-06-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PLKN tak jadi masalah kalau wajib untuk semua lepasan SPM. Masalahnya ada yang 
terpaksa ada yang terlepas. Ada sesetengah pelatih ini dari keluarga yang daif 
dan miskin, mereka amat memerlukan kewangan untuk kerja sementara sebagai 
sedikit bekalan apabila melanjutkan pelajaran ke IPT. Sepatutnya criteria 
pelatih PLKN ini didahulukan mereka dari golongan jutawan, kemudian kaya raya, 
kemudian kaya, kemudian mewah, akhir sekali barulah keluarga miskin.

Wahai Pak Menteri cubalah turun padang rakyat makin susah sangat. Saya bukan 
suruh mansuhkan PLKN, tapi berilah pertimbangan kepada mereka yang ingin 
mencari sumber pendapatan tambahan.

Kalau saya jadi majikan pun , saya mungkin tak akan lepaskan pekerja saya 
selama 3 bulan. Setiap hari ialah untung rugi kepada syarikat.

Kalau tidak buat semua pemilihan PLKN ini secara sukarela macam Askar Wataniah. 
Promosikan betul-betul biar remaja bersemangat untuk hadir program PLKN.

Laporan The Star pada 20 Jun 2010 pula menyatakan salah satu masalah besar 
program PLKN ialah perkelahian dan pergaduhan di kalangan para pelatih yang 
bersifat kenegerian , terutamanya mereka dari Kelantan dan Kedah sukar 
menyesuaikan diri apabila berada di Sarawak.



Majikan perlu benar pekerja sertai PLKN

Berita Harian 20 Jun 2010

PUTRAJAYA: Majikan diingatkan jangan cuba menghalang atau menggagalkan 
kehadiran pekerja mereka yang dipilih menyertai Program Latihan Khidmat Negara 
(PLKN), sebaliknya harus berterima kasih kerana program itu memantapkan 
prestasi pekerja masing-masing.

Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang 
Kechil, menegaskan tidak ada kelonggaran dalam Akta Latihan Khidmat Negara yang 
membolehkan seseorang mengelak menyertai PLKN atas alasan sedang bekerja.

“JLKN boleh membuat laporan polis terhadap majikan yang menghalang atau 
menggagalkan kehadiran sesiapa yang dipanggil menyertai PLKN. Jadi, saya minta 
kerjasama majikan dalam perkara ini. “Sebenarnya, majikan mendapat faedah 
kerana PLKN mengembalikan kepada mereka pekerja yang lebih komited, rajin dan 
jujur selepas tiga bulan menerusi program dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan.

“Penangguhan atau pengecualian dalam kes tertentu bagi menyertai PLKN hanya 
diberi atas tiga sebab iaitu kerana masih belajar, mengikuti peperiksaan 
diluluskan kerajaan atau mengalami kesusahan luar biasa,” katanya kepada 
pemberita, di sini, semalam selepas majlis perasmian pergerakan pelatih PLKN 
Kumpulan 3 siri 7/2010, di sini semalam.

Mengikut Seksyen 24 Akta Latihan Khidmat Negara 2003, majikan wajib memberi 
kebenaran kepada pekerja yang mengikuti PLKN cuti selama tiga bulan dan 
membayar gaji selama 30 hari.

Bagaimanapun, kata Abdul Hadi, PLKN lazimnya tidak menghadapi masalah kerana 
pelatih tidak hadir, sebaliknya kekurangan tempat kerana tahun ini saja 
menerima 2,000 permohonan untuk menyertai program itu secara sukarela tetapi 
hanya mampu menempatkan 400 pelatih.

Dari segi persepsi majikan pula, beliau menjelaskan, kini semakin ramai majikan 
menyedari kebaikan PLKN dan tidak menjadi masalah bagi mereka melepaskan 
pekerja masing-masing selama tiga bulan.

PLKN siri ketujuh merangkumi 120,000 pelatih dan pergerakan kumpulan ketiga 
membabitkan 40,584 pelatih yang lahir pada 1992 itu dilakukan selama tiga hari 
bermula semalam dengan menggunakan 1,016 bas, 19 kapal terbang dan lapan feri 
ke kem latihan di seluruh negara.

Selain itu, pada 26 Jun ini, 12,944 pelatih yang diberi penangguhan pada 2004, 
2005 dan 2006 dipanggil semula untuk ikuti PLKN kali ini serta diminta datang 
sendiri melaporkan diri di kem yang ditetapkan di negeri masing-masing bagi 
memudahkan perjalanan.

Abdul Hadi berkata, pelatih yang perlukan penangguhan boleh memohon menggunakan 
borang sedia ada dengan memberi sebab kenapa mahukan penangguhan dan terpulang 
kepada JLKN sama ada boleh diluluskan atau tidak.

Akta memperuntukkan pelatih PLKN perlu selesaikan latihan sebelum berumur 35 
tahun dan penangguhan tidak boleh melampaui usia itu. Abdul Hadi mengesahkan 
peserta paling tua menyertai PLKN tahun ini berusia 24 tahun.

Beliau berkata, JLKN menyusun semula program latihan bagi sesi ini dengan modul 
fizikal diawalkan manakala modul pelajaran dan pengajian dalam kelas 
dikemudiankan kerana hampir tiga minggu tempoh latihan akan berada dalam bulan 
Ramadan.

Ini bukan perkara baru kerana tahun lalu pun berlaku keadaan sama dan kita 
tidak hadapi masalah, bahkan memberi peluang kepada rakan pelatih bukan Islam 
mempelajari dan memahami apa itu puasa. Malah, ada sebahagian daripada mereka 
cuba berpuasa. Ini asimilasi baik bagi pelatih memahami dan menghormati budaya 
serta agama masyarakat lain, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/MajikanperlubenarpekerjasertaiPLKN/Article




The Star 20 Jun 2010

Conflicts in NS camps a result of trainees' cultural differences


KUCHING: Cultural differences among National Service (NS) 

Help Palestine [hidayahnet] Khatib menangis sebak baca khutbah Jumaat

2010-06-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pada Jumaat 18 Jun 2010 saya bersolat Jumaat di Masjid Bandar Baru Senawang. 
Tajuk khutbah Jumaat pada hari tersebut ialah berkenaan berbuat baik kepada ibu 
bapa. Khatib baca khutbah dengan penuh semangat dan amat menghayatinya. Khatib 
didapati sering tersedu apabila membaca khutbah yang menyentuh kasih ibu. aka 
nada ketika kedengaran khatib menangis sebak dan terhenti sebentar membaca 
khutbah.

Yang khatib amat teresak menangis apabila membacakan dibawah ini :

Kebiasaan kita sebagai anak akan lebih mengingati dan menyebut nama ibu. Jika 
kita ada masalah kita akan luahkan kepada ibu, kita lebih suka berkongsi 
perasaan dengan ibu, jika kita sakit, kita lebih suka ibu yang jaga. Kalau 
hendak makan, kita lebih suka ibu yang masak dan suapkan. Sehinggakan untuk 
memasuki gerbang perkahwinan pun, masih mengharapkan bantuan ibu.

Inilah kali pertama saya dengar teks khutbah yang begitu menyentuh perasaan 
hinggakan semua jemaah tergamam mendengarkannya.

Dan inilah yang sepatutnya JAKIM buat setiap minggu, menyediakan teks khutbah 
yang praktikal yang menyentuh isu semasa, isu gejala sosial yang semakin parah, 
isu bunuh diri, isu buang bayi, isu buang ibu bapa dan sebagainya.

Kepada mereka yang tidak berkesempatan mendengar khutbah tersebut, mungkin 
sebab uzur, atau dari golongan wanita atau mungkin terlelap tetapi bukan tidur, 
di bawah ialah tek khutbah yang paling bagus untuk kita semua.

Sebelum ini saya ada menulis artikel Khutbah Jumaat semakin membosankan BORING 
di http://waghih.blogspot.com/2010/05/khutbah-jumaat-semakin-membosankan.html

Nampaknya teks khubtah JAKIM kali ini tidak membosankan dan tidak boring, 
terutama yang menyentuh bab mengadakan kenduri tahlil untuk ibu bapa yang sudah 
meninggal dunia.

*
Dari laman web JAKIM http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

“PENGUKURAN KASIH SAYANG TERHADAP IBU BAPA”
(18 JUN 2010 / 5 REJAB 1431H)

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Marilah kita sama-sama meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah SWT  dengan 
melakukan segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. 
Mudah-mudahan kita tergolong di kalangan orang yang mendapat keberkatan di 
dunia dan di akhirat.

Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah bertajuk: “PENGUKURAN KASIH 
SAYANG TERHADAP IBU BAPA”.

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Islam  mengajar  umatnya supaya menghormati dan berbuat baik kepada ibu bapa. 
Segala jasa dan pengorbanan yang mereka curahkan sejak di alam rahim sehingga 
kita dilahirkan begitu besar pengorbanannya. Merekalah yang  bertanggungjawab 
mencari nafkah dan mendidik kita sehingga dewasa. Mereka juga sanggup 
mengorbankan nyawa dan kepentingan diri demi mengharungi pelbagai cabaran untuk 
masa depan anak-anak.

Marilah kita merenung kembali semasa kita kecil dulu apa yang telah dilakukan 
oleh kedua ibu bapa kita, merekalah yang memberi susu kepada kita, menyuap 
makanan ke mulut kita, memandikan kita, memakai pakaian kepada kita, mendodoi 
dan menidurkan kita, membersihkan najis dan segala kotoran di badan kita,  
menghantar kita ke sekolah demi melihat anaknya ini menjadi insan berguna di 
kemudian hari.

Kasih ibu bapa kepada anak-anak berpanjangan sepanjang hayat, pengorbanan dan 
kudrat dicurah siang -malam, hanya tahu memberi dan tidak mengharapkan apa-apa 
balasan dari anak kerana menginsafi anak itu adalah lahir dari kandungannya 
yang dijaga penuh selama sembilan bulan.

Mimbar menyeru ingatlah apa yang kita miliki pada hari ini, harta, pekerjaan, 
pangkat, kesenangan  dan keluarga kita adalah hasil dari pengorbanan mereka. 
Tanpa mereka kita tidak dapat melihat dunia ini dan tanpa nasihat dan 
pengorbanan mereka kita tidak akan memiliki semua ini. Sehubungan itu, kita 
sebagai anak wajib menghormati, mentaati dan berbuat baik terhadap mereka. Ini 
sebagai suatu penghormatan tertinggi daripada anak dan membalas jasa ibu bapa 
mereka.

Firman Allah SWT dalam surah al-Israk ayat 23-24:
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah 
melainkan kepada-Nya, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada kedua ibu bapa. 
Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur 
tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada 
keduanya sekalipun perkataan 'ah', dan janganlah engkau menengking mereka, 
tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia. Dan rendahkanlah dirimu 
kepada keduanya kerana belas kasihan dan kasih sayangmu, dan doakanlah: Wahai 
Tuhanku! Kasihanilah mereka berdua sebagaimana mereka telah memelihara dan 
mendidikku semasa kecil.”

Muslimin yang di Rahmati Allah,

Tidak dapat dinafikan bahawa kasih sayang  seorang ibu mengatasi segalanya, 
tidak dapat dinilai dengan emas dan perak, tidak dapat dibayar dengan wang 
ringgit. Berdasarkan sifat dan naluri keibuan, maka tidak hairan kasih sayang 
dan pengorbanannya melebihi segalanya.

Tidak hilang dihati seorang ibu perasaan rindu terhadap anak-anaknya walaupun 

Help Palestine [hidayahnet] Isi Rumah mewah punca Negara MUFLIS

2010-06-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bajet 2010 mengurangkan perbelanjaan awam sejumlah RM24 bilion. Sifat hedonisme 
(berbelanja mengikut nafsu) jika menjadi panduan hidup, individu terbabit akan 
terjerumus kepada beban hutang yang besar, bahkan boleh membawa kepada muflis. 
Pusat kemajuan ekonomi dunia akan berpindah kepada negara kuasa baru dunia 
seperti China, India, Brazil dan Russia dalam beberapa dekad lagi.


Amalan hedonisme membawa muflis

Berita Harian 11 Jun 2010

Oleh Datuk Nik Mustapha ialah Ketua Pengarah Institut Kefahaman Islam Malaysia 
(IKIM)

Keadaan ekonomi semasa hendaklah disahut isi rumah dengan berbelanja secara 
berhemat

Dalam hadis Nabi SAW, Baginda mengingatkan masyarakat Islam dengan sabda 
Baginda berikut: “Sesungguhnya Allah suka apabila seseorang daripada kamu 
apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya dengan penuh ketelitian 
dan dengan sebaik-baiknya” (Hadis riwayat Al-Bahaiqi).

Aspek kedua yang perlu diberi perhatian oleh pihak pemerintah dalam mendepani 
ekonomi negara semasa sudah pasti membabitkan aspek perbelanjaan awam. Sebagai 
salah satu usaha mengurangkan defisit perbelanjaan awam, Bajet 2010 
mengurangkan perbelanjaan awam sejumlah RM24 bilion.

Sifat hedonisme (berbelanja mengikut nafsu) jika menjadi panduan hidup, 
individu terbabit akan terjerumus kepada beban hutang yang besar, bahkan boleh 
membawa kepada muflis.

Di barat, kehidupan isi rumah yang mewah, dipengaruhi falsafah hedonisme 
menyebabkan banyak mereka terpaksa menanggung beban hutang besar. Negara mereka 
turut dibebani jumlah hutang besar untuk merangsang ekonomi semoga pulih.

Namun, keadaan ekonomi hanya bertahan pada jarak pendek dan beban hutang terus 
membesar sehingga ada beberapa negara muflis di Eropah.

Namun, dunia memperlihatkan bahawa pusat kemajuan ekonomi dunia akan berpindah 
kepada negara kuasa baru dunia seperti China, India, Brazil dan Russia dalam 
beberapa dekad lagi.

Masyarakat Islam mesti menjadi pemain berkesan dalam suasana itu.

Artikel penuh di 
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Amalanhedonismemembawamuflis/Article






Help Palestine [hidayahnet] Nak menangis dengar kisah PASTI ini

2010-06-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Nak menangis saya mendengar coretan seorang bapa dan PASTI pada pautan berikut 
http://whitewakgreen.blogspot.com/2010/06/meluntur-buluh-biar-dari-rebung.html 

Tahniah kepada semua yang terlibat dalam pendidikan anak-anak peringkat rebung 
di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) di seluruh Malaysia. Walaupun gajinya tak 
seberapa , tetapi nilainya teramat tinggi dalam Islam.

Teruskan perjuangan para penggerak dan guru PASTI juga kepada semua guru-guru 
agama dan pentadbir institusi pendidikan agama di Malaysia ini.

Terima kasih kepada semua ibu bapa dan penjaga yang menghantar anak mereka ke 
PASTI.



  


Help Palestine [hidayahnet] Hutang Antara Punca Perceraian

2010-06-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama berlaku penceraian pada 
kalangan pasangan Islam. Masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada 
kalangan suami yang membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya 
mendorong penceraian.

Analisis isu sebelum ini mengenai Krisis Buang Bayi dan Adat Perkahwinan Melayu 
di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html 

** 
Hutang Antara Punca Perceraian 

KANGAR, 7 Jun (Bernama) -- Menanggung beban hutang adalah antara faktor utama 
berlaku penceraian pada kalangan pasangan Islam di Perlis.

Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam Perlis Jafperi Othman berkata berasaskan 
kajian, masalah hutang menyebabkan tekanan khususnya pada kalangan suami yang 
membawa kepada pergaduhan dengan isteri dan seterusnya mendorong penceraian.

Justeru bakal suami harus memantapkan kedudukan ekonomi mereka sebelum 
berkahwin kerana alam perkahwinan yang dibebani hutang akan menimbulkan masalah 
kepada rumah tangga, katanya berucap pada perhimpunan bulanan, di sini hari ini.

Beliau juga bimbang dengan kadar penceraian yang semakin meningkat di negeri 
itu sejak kebelakangan ini iaitu daripada 458 kes pada 2008 kepada 502 pasangan 
tahun lepas.

Untuk tahun ini sehingga 15 Mei lepas, seramai 120 pasangan Islam telah 
bercerai di negeri ini, katanya.

Kesan buruk yang dihadapi apabila berlaku perceraian ialah nasib anak-anak 
pasangan itu yang sudah pasti kurang mendapat perhatian dan kasih sayang ibu 
bapa mereka yang telah berpisah, katanya.

Beliau berkata sememangnya perkahwinan digalakkan bagi membendung pergaulan 
bebas namun pada masa yang sama ikatan itu tidak harus dibubar dengan mudah.

Jafperi juga bimbang dengan gejala sosial di negara ini yang menyaksikan 17,303 
anak tidak sah taraf dilahirkan sepanjang tahun lepas.

Ibu bapa hendaklah sentiasa awasi pergaulan anak-anak mereka agar tidak 
terjebak dengan gejala sosial itu yang akan memberi kesan buruk bukan saja 
kepada keluarga, tetapi masyarakat dan juga negara, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=503981  



  


Help Palestine [hidayahnet] Halal Mart di Tampin Negeri Sembilan

2010-06-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Halal Mart - FI Food Industries 
Halal and Thoyyibah Shoppe
Fahmi Ibrahim Food Industries (MA 0144143-V)
A-14/1, Tingkat 1, Blok A, Pusat Perniagaan Tampin Square (berhadapan kedai 
D'Mara Tampin)
73000 Tampin, Negeri Sembilan. 

Maklumat lanjut di http://tampin-halalmart.blogspot.com  



  


Help Palestine [hidayahnet] Balai Polis berhantu di Malaysia

2010-06-20 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Buaya adalah makhluk Allah. Hantu juga adalah makhluk Allah. Sepatutnya manusia 
mesti teramat takut kepada pencipta buaya dan hantu iaitu Allah swt berbanding 
dengan buaya dan hantu. Cumanya takkan sengaja kita nak menempah kecelakaan 
dengan berenang di lubuk buaya atau tinggal di kediaman hantu. Mohonlah 
pertolongan Allah bila berhadapan dengan buaya dan hantu.

Pernah menjelang maghrib saya memandu kereta di Terengganu , terbang seekor 
ayam jantan melintas kereta. Berdentum kuat bunyi kereta, tengok ayam tadi 
terus terbang tak mati atau cedera. Depan kereta saya remuk , gril dan bonet 
besi kemek.

Juga pernah menjelang maghrib ketika memandu di Rembau , seekor anjing melintas 
jalan , berdentum kuat bawah kereta saya langgar. Anjing tu selamba sahaja 
berlari tanpa sebarang kecedaraan. Mujur tiada kerosakan pada bawah kereta.

Pernah suatu malam isteri saya mengadu kehilangan surat amat penting nak serah 
di pejabat keesokan hari, walhal sebelum ini memang ada atas meja, tiada 
sesiapa yang usik. Tanya semua anak , mereka semua tak tahu. Tak apalah , 
berdoa sahaja pada Allah. Keesokan pagi , surat yang hilang tadi puas cari satu 
rumah sampai dalam tong sampah, tengok dah ada elok atas meja. Tanya semua tak 
tahu macamana surat dah menjelma semula. Syaitan paling suka melaga-lagakan 
manusia, terutama pasangan suami isteri.

Dulu di rumah selalu dengar budak-budak main guli kat tingkat atas. Ingatkan 
anak jiran sebelah main. Jiran sebelah pula ingat anak kita yang main guli. 
Rupanya makhluk lain yang main guli. Sekarang dah tak ada dah.

Apa-apa pun mohonlah pertolongan Allah, kerana Allah yang mencipta semua 
makhluk di dunia ini. Yang penting sembahyang fardu mesti ditunaikan 5 waktu 
sehari semalam, yang lelaki sebaiknya berjemaah di masjid atau surau.

Ada satu perkara kita patut takut, iaitu takut mati, bekalan akhirat tak cukup. 
Setiap 20 minit malaikat maut akan ziarah setiap seorang daripada kita, tengok 
dah sampai masa atau belum nak cabut nyawa kita.

Kisah Lebuhraya Kajang Seremban ada Hantu ? di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/lebuhraya-kajang-seremban-ada-hantu.html


KELIBAT BUDAK BERMAIN AIR

Harian Metro 1 Jun 2010

BETONG , Sarawak : Jelmaan lembaga berbaju putih dengan berambut panjang 
dipercayai pontianak bukan saja menganggu anggota dan pegawai Ibu Pejabat Polis 
Daerah (IPD) Betong, malah tahanan lokap turut menerima nasib sama.

Lembaga berkenaan dikatakan ‘menjaga’ salah satu lokap berkenaan dan seringkali 
menjelma di setiap sudut menyebabkan tahanan tidak lena tidur.

Menurut sumber, seorang ustaz dipanggil untuk ‘merawat’ lokasi berkenaan kerana 
sering menerima gangguan daripada lembaga itu.

“Ustaz itu memberitahu, salah satu lokap memang tempat lembaga itu dibunuh. 
Sebab itulah, ‘dia’ sering mengganggu tahanan yang ditempatkan di situ,” 
katanya.


Tambah sumber itu lagi, beberapa anggota polis yang bertugas pada waktu malam 
turut melihat kelibat dua hingga tiga kanak-kanak berlari dalam bangunan itu.

“Pernah seorang anggota terserempak dengan dua kanak-kanak sedang berlari dan 
bermain air. Pada keesokan harinya dia mendapati kawasan berkenaan basah,” 
katanya.

Katanya, gangguan seumpama itu tidak asing bagi anggota dan pegawai IPD 
berkenaan, malah ketika berada di bangunan lama, mereka turut mengalaminya 
“Memang ada gangguan ketika IPD lama, tapi ia tidak sehebat di sini. Malah 
suatu ketika, macam-macam bunyi yang meremangkan bulu roma dapat dengar,” 
katanya.

Muka depan Harian Metro semalam melaporkan tiga anggota dari IPD Betong hampir 
trauma selepas didakwa diganggu makhluk berbaju putih serta rambut panjang 
sejak sebulan lalu.

Peristiwa ini berlaku sehari selepas IPD berkenaan dipindahkan ke bangunan baru 
kira-kira dua kilometer dari bangunan lama.

Kejadian bersiri itu berlarutan dan kali terakhir Jumaat lalu memaksa seorang 
ustaz dipanggil untuk ‘menangkap’ lembaga berkenaan.

Bacaan al-Quran tak henti BETONG: Sejak gangguan makhluk halus semakin 
menjadi-jadi kebelakangan ini, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Betong bergema 
dengan bacaan ayat suci al-Quran setiap hari.

Bermula jam 7 malam hingga 7 pagi, bangunan IPD berkenaan tidak pernah henti 
walaupun seminit daripada bacaan ayat kitab suci itu menggunakan rakaman kaset 
bertujuan menjauhi gangguan berkenaan.

Seorang anggota yang pernah mengalami gangguan makhluk halus itu, berkata 
bangunan IPD berkenaan akan bergema dengan bacaan ayat al-Quran bagi 
menghilangkan ketakutan kepada anggota.

“Inilah ikhtiar yang kami lakukan sejak mengalami perkara itu. Malah, pegawai 
atasan turut mengadakan majlis tahlil pada setiap Jumaat dengan harapan dapat 
mengelakkan daripada diganggu.

“Boleh dikatakan setiap minggu pasti ada program seperti ini. Pihak kami 
berusaha untuk memastikan gangguan yang dialami sejak sebulan lalu, tidak 
berlaku lagi,” katanya.

Menurutnya, dia sendiri akan mengambil wuduk jika bertugas waktu malam selain 
membaca yasin.

“Seorang ustaz pernah 

Help Palestine [hidayahnet] Malu nak jumpa ALLAH isu Masyarkat Judi di Malaysia

2010-06-17 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Alangkah malunya saya nanti bila dihadapkan di mahkamah ALLAH di akhirat nanti, 
bila ditanya apa peranan saya untuk membantu masyarakat Malaysia supaya bebas 
dari najis judi. Lagi malu masyarakat majoriti bukan Islam di Amerika Syarikat 
ada persatuan untuk memulihkan mereka yang ketagih judi dan persatuan yang 
menentang pemandu mabuk.

Tapi kita di Malaysia ini, yang majoritinya orang Islam, bila sampai isu judi 
dan arak, seolah-olah ianya perkara biasa. Sampaikan akhbar berbahasa Melayu 
pun mempromosikan judi melalui iklan dalam akhbar mereka.

Malunya saya di akhirat nanti. Judi, keluarga hancur, masyarakat musnah.

Kepada sesiapa yang terlibat dalam arak dan judi ini , samada secara langsung 
atau tidak langsung, termasuk membeli akhbar yang ada iklan judi , cubalah cari 
jawapan yang terbaik dan save kan dalam lap top atau thumbdrive dalam otak dan 
buka di akhirat nanti.

Persatuan Memulihkan Tahi Judi di Amerika Syarikat 
http://www.onlinecasinoreports.com/directory/associationsandorganizations/gamblersanonymous/

Persatuan Ibu-Ibu di Amerika Syarikat yang menentang pemandu mabuk 
http://www.madd.org

**
KAKI JUDI PINJAM ALONG DIJANGKA MENINGKAT
Berita Harian 29 Mei 2010

KUALA LUMPUR: Jumlah kaki judi yang akan berhutang dengan along dijangka 
meningkat sehingga 50 peratus sepanjang musim Piala Dunia 2010 bulan depan 
berikutan ceti haram itu dikatakan mempermudahkan syarat pinjaman untuk tujuan 
pertaruhan.

Ketua Biro Pengaduan Awam MCA, Datuk Michael Chong, berkata sasaran itu 
berpandukan statistik tahun 2008 ketika Kejohanan Piala Euro di Perancis yang 
mana 630 orang yang berhutang dengan along membuat aduan di pejabatnya kerana 
gagal membayar balik pinjaman. Katanya, pihaknya menjangka orang ramai terutama 
kaki judi akan membuat pinjaman daripada ceti haram itu minimum RM100,000 dalam 
usaha mengaut keuntungan semaksimum mungkin daripada 64 perlawanan sepanjang 
kejohanan berlangsung.

Katanya, orang ramai membuat pinjaman daripada along kerana saluran itu sangat 
mudah dan cepat, bagaimanapun peminjam tidak diterangkan secara terperinci 
kadar faedah daripada jumlah pembayaran balik pinjaman yang dibuat kerana 
kebiasaannya ia akan meningkat dua kali ganda berbanding pada hari biasa.

“Pemohon mudah terpengaruh kerana mereka sangat teruja untuk bertaruh selain 
terdesak menjadi kaya dalam tempoh singkat tanpa memikirkan kesannya.

“Kebanyakan mangsa yang mengadu ke pejabat MCA memberitahu mereka tidak sedar 
bunga dikenakan sangat tinggi. Sekiranya lewat sehari, bagi pinjaman sebanyak 
RM1,000 bunganya mencecah RM400 berbanding hari biasa,” katanya ketika 
dihubungi di sini, semalam.

Michael berkata, sepanjang tahun ini orang ramai yang membuat pinjaman dengan 
along dan gagal membayarnya balik secara purata 30 kes sebulan dan dijangka 
meningkat dua kali ganda, apabila kejohanan Piala Dunia yang memasuki edisi 
ke-19 itu bermula 11 Jun ini.
“Saya menyeru orang ramai supaya berfikir banyak kali sebelum membuat pinjaman 
dengan along kerana golongan ini akan melakukan apa saja termasuk mencederakan 
sehingga membawa maut dalam usaha mendapatkan kembali wang mereka.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Kakijudipinjamalongdijangkameningkat/Article


KERAJAAN PULAU PINANG TOLAK PERMOHONAN LESEN PERJUDIAN ASCOT SPORT SDN BHD
28 Mei, 2010 17:23 PM

PULAU PINANG, 28 Mei (Bernama) -- Kerajaan Negeri Pulau Pinang mengambil 
keputusan menolak permohonan Ascot Sport Sdn Bhd bagi lesen premis perjudian 
setelah menimbangkan keburukan dan akibat daripada kegiatan itu terhadap 
masyarakat.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata keputusan itu dibuat selepas mengadakan 
mesyuarat dengan semua Exco kerajaan negeri dan mengikut Seksyen 101(v) Akta 
Kerajaan Tempatan yang meliputi isu berhubung kesihatan, keselamatan dan 
keselesaan.

Sudah cukup premis perjudian yang ada (di negeri ini), mereka mahu mengadakan 
hampir 12 kali cabutan dalam seminggu, ini akan akibatkan kemusnahan 
kekeluargaan dan memberi impak negatif kepada golongan remaja, katanya kepada 
pemberita di sini, pada Jumaat.

Lim berkata Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran 
Seberang Jaya (MPSP) telah diarah membekukan lesen premis pertaruhan yang 
menawarkan judi sukan.

Keputusan ini juga untuk mempromosikan kehidupan masyarakat yang lebih sihat, 
katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=501832







Help Palestine [hidayahnet] Konsert Al Aqsa 17 Julai 2010 N.Sembilan

2010-06-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KONSERT DEMI MU AL AQSA
Tarikh : 17 Julai 2010 / Sabtu
Tempat : Stadium Tertutup Nilai , Negeri Sembilan
Masa : 8 mlm – 11 mlm

Bersama :
- Shoutul Harokah dari Indonesia http://www.shoutulharokah.com
- Kumpulan Mestica
- Kumpulan Daie
- Dr Lim Swee Tin
- Nisah Haron

Tiket-tiket (untuk Tabung Palestin)
- VIP RM 30
- Dewasa dan Pelajar IPT RM 10
- Pelajar Menengah RM 8
- Bawah 12 tahun Percuma

Gerai dan Pameran bermula jam 5.30 ptg

Maklumat lanjut di www.konsertalaqsa.wordpress.com

Hubungi : Yaseer 013-3401951 , Raja Rina 013-2080043 , Salman 013-7217621 , 
Omar 019-3091820

Anjuran :
Ikatan Musliman Malaysia , Persatuan Belia Islam Nasional , Aman Palestin Bhd , 
Kelab Remaja ISMA

IKATAN MUSLIMIN MALAYSIA (ISMA) Seremban
No 32A , Jalan Bunga Raya 9
Pusat Perniagaan Senawang, Taman Tasik Jaya
Seremban
Tel/Fax : 06-6785268
www.isman9.wordpress.com
www.ISMAweb.net






Help Palestine [hidayahnet] Bengkel Anak Soleh 5 dan 6 Jun Senawang

2010-06-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
BENGKEL ASAS FARDU AIN DAN MOTIVASI ANAK SOLEH
Tarikh : 5 dan 6 Jun 2010 ( Sabtu dan Ahad)
Tempat : Masjid Bandar Baru Senawang

Yuran : RM 95 (termasuk kertas kerja dan makan minum)
Terhad 50 orang peserta sahaja

Hubungi : Ustaz Anas 012-6670927 , Ustazah Maizatul 012-6417664

Anjuran : Pengajian Annas dengan kerjasama Masjid Bandar Baru Senawang

Pengisian Bengkel :
- Pengisian Rohani 
- Kembara Mengenal ALLAH
- Qiamullail
- Iman, Islam, Ihsan
- Amali Wuduk dan Kelebihannya
- Solat dan Pengertiannya
- Bacaan Dalam Solat
- Amali Solat
- Klinik Al Fatihah
- Hafalan Surah Lazim dan Doa Pilihan
- Permainan Islami
- Motivasi Anak Soleh Beserta Ibu bapa



  


Help Palestine [hidayahnet] Kem Imam Bilal Muda 16 dan 17 Jun Seremban

2010-06-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KEM IMAM  BILAL MUDA 2010
Tarikh : 16  17 Jun 2010 (Rabu  Khamis)
Masa : 8 pagi – 5 petang
Tempat : Masjid Kariah Panchor Jaya , Seremban

Yuran : RM 70 (termasuk fail, bahan kursus, makan minum dan sijil)
Terbuka kepada remaja lelaki dan perempuan berumur 10 hingga 17 tahun

Hubungi Ustaz Arif 016-3733607 , En Mohd Noor 013-2006840
E-mel infitahtrain...@yahoo.com

Daftar sebelum 10 Jun 2010

Aktiviti :
- Kepimpinan melalui solat
- Isu-isu solat berjemaah
- Solat is Simple
- Aplikasi azan dalam kehidupan
- Aksesori Solat

Maklumat lanjut di 
http://surautamanjasmin.blogspot.com/2010/05/kem-imam-bilal-muda-2010.html






Help Palestine [hidayahnet] Melayu di Kelantan pula bunuh diri

2010-06-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Gejala bunuh diri di Malasyia sudah tidak terkawal. Kali ini di Kelantan pula. 
Di Malaysia purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 2500 orang setiap tahun dan 
50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Gejala bunuh diri dijangka menjadi 
faktor kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini 
selepas penyakit jantung.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini 
disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi.

Artikel Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri pada pautan berikut. 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html

**
LELAKI KECEWA MATI TERGANTUNG

Berita Harian 26 Mei 2010

Mangsa luah perasaan kepada rakan melalui SMS kerana isteri minta cerai

GUA MUSANG: Seorang lelaki yang juga bapa kepada tiga anak, ditemui mati 
tergantung akibat kecewa dengan tindakan isterinya menuntut cerai di Kampung 
Limau Kasturi Dua di sini, pagi semalam.

Mangsa berusia 27 tahun, ditemui tergantung dalam tandas bilik tidur rumahnya 
kira-kira jam jam 11 pagi oleh rakannya, Saiful Nazim Nawang, 21, selepas 
bergegas ke tempat kejadian apabila mengetahui mangsa tidak keluar dari bilik 
sejak Khamis lalu. Saiful Nazim berkata, bapa mangsa meminta bantuannya untuk 
memujuk lelaki terbabit keluar dari bilik kerana kebiasaan hanya dia seorang 
yang mampu berbuat demikian ekoran hubungan rapat mereka sejak kecil. “Saya 
memanggilnya berulang kali tetapi tidak dijawab dan ketika mengintai menerusi 
lubang tingkap di luar bilik tidurnya, saya terdengar bunyi lalat menyebabkan 
saya mengesyaki sesuatu berlaku.

“Saya memecah tingkap masuk ke dalam bilik dan terjumpa mayatnya tergantung 
dalam bilik air dalam keadaan sudah berbau,” katanya ketika ditemui, semalam.

Saiful Nazim berkata, kira-kira jam 6 petang Khamis lalu, dia menerima khidmat 
pesanan ringkas (SMS) daripada mangsa yang meluahkan kekecewaan kerana 
isterinya membuat keputusan untuk bercerai.

Beliau berkata, sejurus menerima SMS itu, dia bimbang perkara buruk berlaku dan 
menghubungi rakannya itu untuk memberi nasihat dan memintanya solat.
Katanya, mangsa tidak keluar dari bilik tidurnya sejak Khamis lalu selepas 
isterinya bersama tiga anak pulang ke rumah mentuanya di Kampung Limau Kasturi 
Satu tidak jauh dari situ.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, 
ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu yang 
diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakikecewamatitergantung/Article






Help Palestine [hidayahnet] Gejala buang bayi berpunca dari adat perkahwinan

2010-06-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama 
tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta 
dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling 
pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah 
kewangan. 

Formula mudah menangani gejala buang bayi pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html 

*** 
KAHWIN PUN SUSAH
Berita Harian 24 Mei 2010 

HARI ini jika sesiapa hendak berkahwin akan berfikir semasak-masaknya daripada 
soal jodoh, modal dan masa depan. Agak keterlaluan jika kita katakan apa guna 
berkahwin dan hidup bersama isteri yang dikahwini dengan kos ribuan ringgit 
tapi tidak dapat menyesuaikan diri dengan kemampuan kewangan untuk hidup 
berkeluarga. 

Zaman cinta Romeo dan Juliet atau Uda dan Dara berpantun seloka sudah lama 
tamat. Zaman Facebook, SMS dan MMS ini kenal-mengenal dengan pantas, bercinta 
dengan pantas, berkahwin pun serba pantas, tetapi hutang kahwin keliling 
pinggang, akibatnya pergaduhan sering berlaku antara pasangan kerana masalah 
kewangan. 

Maka bercerai pun pantas, lalu ramai yang menuding jari kepada segala faktor 
menjadi punca dan akhirnya institusi perkahwinan menjadi sesuatu yang terlalu 
formal dan sebagai satu projek dan bukan perkara yang disunatkan dalam Islam 
dan digalakkan dalam masyarakat timur. 

Perkahwinan adalah mulia dan perceraian akibat masalah kewangan bukan perkara 
yang ganjil, malah itulah faktor utama. Remaja zaman ini yang bercinta seawal 
usia belasan tahun akan menganggap perkahwinan sebagai destinasi terlalu 
sempurna dan ingin dizahirkan serba mewah. 

Akibatnya perkahwinan yang dibuat tanpa sokongan ibu bapa akan berakhir dengan 
pasangan pengantin berhutang dulu bersakit membayar kemudian. Hutang kad 
kredit, hutang kawan, pak cik dan mak cik dan hutang along yang dibuat untuk 
berkahwin bukan boleh dilangsaikan setahun dua. 

Ada yang berhutang sampai bermasam muka dan bermusuh dengan pemberi pinjam. 
Putus saudara dan sahabat malah putus nyawa akibat berhutang along. 

Bila hati ingin kahwin kosnya pula tinggi. Hantaran paling kecil RM6,000, 
cincin seribu lebih, mas kahwin RM300 di Selangor, belum masuk kenduri 
menyambut menantu perempuan RM6,000, bunga telur, beg cenderahati, kugiran atau 
karaoke memeriahkan suasana dan menggugat poket harus difikirkan. 

Kos RM20,000 dalam tangan di bandar Kuala Lumpur untuk golongan pertengahan, 
baru layak bercakap soal kahwin kalau duit tidak cukup jangan mimpi hendak 
bersalam dengan tok kadi. 

Nafsu pula gagal ditenangkan akhirnya perkahwinan jadi angan-angan dan bukan 
cita-cita. Maka berlakulah maksiat dan asmara yang gagal dibendung. Bagi yang 
pandai mencegah hamil, maka selamatlah dirinya daripada mengandung. 

Sebaiknya masyarakat negara ini tidak kira Melayu, Cina dan India melakukan 
upacara perkahwinan secara sederhana tanpa kos beribu-ribu ringgit kerana 
perkahwinan bukan sehari dua tetapi selamanya jika diizinkan Tuhan. Seks bebas 
menjadi-jadi kerana institusi perkahwinan dijadikan visi yang terlalu jauh 
hendak dicapai kerana memerlukan kos tinggi. 

Sedangkan hubungan luar nikah haram di sisi Islam dan lain agama. Kita perlu 
menjadikan perkahwinan satu proses kehidupan mudah dan murah, tetapi tinggi 
nilai agama dan moral. Mungkin ia mampu menjadikan pembuangan bayi lebih 
minimum dan terus jadi sifar. 

ABDUL RAZAK IDRIS, 
Kuala Kangsar, Perak.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/e-melanda_Kahwinpunsusah/Article 



  


Help Palestine [hidayahnet] Paintbal AMAL 20 Jun 2010 Kuala Pilah

2010-06-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PAINTBALL AMAL 2010
Tarikh : 20 Jun 2010 
Hari : Ahad
Tempat : YKSNS Paintball Jungle Park, Kuala Pilah

BUTIRAN PROGRAM
- Yuran penyertaan RM 500 setiap kumpulan
- 1 kumpulan terdiri dari 7 orang
- Permainan kalah mati
- Makanan disediakan

OBJEKTIF PROGAM
- Mengumpul dana pembelian Rumah Perlindungan
- Mendekatkan masyarakat dengan institusi dakwah dan kebajikan
- Membentuk masyarakat yang prihatin, bekerjasama dan sihat

Hubungi : 
Ustaz Bukhari Safian 019-2373541
E-mel : maa...@gmail.com , dynamic_bukh...@yahoo.com
Laman web : http://yksn9.blogspot.com 

Pusat Latihan Pembangunan Insan
Yayasan Kasih Sayang Negeri Sembilan
22A, Jalan Angkasaria, Taman Bukit Pilah Perdana
72000 Kuala Pilah, Negeri Sembilan Darul Khusus
Tel : 06-4810092

Borang Penyertaan dan maklumat lanjut di :
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post_24.html 
http://ykspbjunglepark.blogspot.com/2010/05/blog-post.html 
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Judi Bolasepak , Hipokritnya kita ?

2010-06-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Judi adalah haram , samada berlesen atau tidak.

Umat Islam di Malaysia ini yang majoritinya orang Melayu ramai yang ketagih 
judi , samada yang berlesen atau tidak.

Kenapa semua pihak baik kerajaan , mahupun pembangkang juga NGO dan polis 
beria-ia untuk menjadi juara membanteras judi bolasepak baik yang berlesen atau 
tidak ?

Berlesen atau tidak , judi tetap haram. Ramai orang Melayu dah ketagih judi. 
Kalau musim piala dunia , boleh dikatakan mana-mana tempat kerja , ada saja 
orang tengah yang buat betting, kalau tak menggunakan sindiket terancang, 
mereka buat sendiri betting di tempat kerja sesama akan sekerja.

Memang ya, judi perlu dibanteras di kalangan umat Islam. TAK PERLU KELUARKAN 
LESEN JUDI. Biarlah orang bukan Islam nak anjur judi macamana cara sekalipun 
asalkan tidak melibatkan orang Islam , tidak ditempat terbuka dan tidak 
mengganggu ketenteraman awam.

Yang penting sekarang ialah BETAPA KURANGNYA usaha untuk menyelamatkan umat 
Islam yang tahi judi ini.

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik edar risalah di kedai 
ekor kepada umat Islam supaya jauhi najis judi, sayangi keluarga ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik tubuh pusat khidmat 
kaunseling untuk kaki judi agar mereka tidak ketagih judi ?

Ada kita tengok Jabatan Agama atau NGO atau parti politik melawat isteri-isteri 
dan anak-anak kaki judi ini yang hidup melarat ?

Ada kita tengok mana-mana pihak mendesak akhbar Melayu tidak menyiarkan iklan 
dan keputusan judi ?

Cuba tanya diri kita yang ingin menjadi juara membanteras judi bolasepak piala 
dunia ini baik berlesen atau tidak , hipokritkah kita ?

Jangan kita jadi bahan tertawa kaki-kaki judi Melayu. Pada mereka berlesen atau 
tidak, mereka akan tetap berjudi, tidak ada siapa yang peduli nasib mereka. 
Mereka tahu mereka tak akan jadi kaya kerana judi, yang kaya raya ialah 
taukeh-taukeh, apa boleh buat mereka sudah ketagih.


GPMS SELANGOR PULA BANTAH LESEN JUDI PIALA DUNIA 2010
PETALING JAYA: Isu pemberian lesen judi sempena kejohanan bola sepak Piala 
Dunia 2010 terus mendapat kecaman pelbagai pihak, kali ini Gabungan Pelajar 
Semenanjung Selangor (GPMS) pula menggesa kerajaan menarik semula lesen judi 
berkenaan.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519203007sec=mstar_berita

PDRM AKAN PERANGI HABIS-HABISAN JUDI PIALA DUNIA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memerangi habis-habisan mereka 
yang mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan menjalankan perjudian haram 
membabitkan wang pertaruhan sempena Piala Dunia yang akan berlangsung awal 
bulan depan di Afrika Selatan.
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/5/20/mstar_berita/20100519194536sec=mstar_berita


BANTERAS PERJUDIAN INTERNET
SEREMBAN 12 Mei – Kerajaan negeri hari ini melancarkan perang habis-habisan ke 
atas pengusaha kafe siber yang menjadikan premis mereka sebagai lokasi 
perjudian Internet.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0513pub=Utusan_Malaysiasec=Selatanpg=ws_01.htm






Help Palestine [hidayahnet] Terengganu Paling Ramai Penagih Dadah Di Malaysia

2010-06-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Terengganu mencatatkan angka penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 
10,000 tangkapan dilakukan tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau 
Pinang.

Kisah Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html 

Terengganu Catat Jumlah Penagih Paling Tinggi Di Malaysia

KUALA TERENGGANU, 19 Mei (Bernama)-- Terengganu mencatatkan jumlah penagih 
dadah paling ramai di negara ini dengan 10,000 tangkapan dicatatkan sepanjang 
tahun lepas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri Supt Roslan Abd Wahid berkata 
berdasarkan jumlah penduduk seramai 1.2 juta di negeri ini, nisbah penagih 
dadah ialah seorang daripada 100 penduduk.

Hasil mesyuarat Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik seluruh negara yang 
diadakan di Bukit Aman awal bulan ini mendapati Terengganu mencatatkan angka 
penagih dadah yang tertinggi di Malaysia dengan 10,000 tangkapan dilakukan 
tahun lepas diikuti dengan Kuala Lumpur dan Pulau Pinang

Angka itu menunjukkan masalah penagihan dadah di negeri ini dalam keadaan yang 
amat serius dan memerlukan perhatian pihak berkuasa dan rakyat di negeri ini, 
katanya pada sidang media di pejabatnya di sini Rabu.

Katanya, rekod tangkapan pelbagai kesalahan dadah di negeri ini bagi tahun ini 
dari Januari hingga semalam ialah 3,791 orang, meningkat sebanyak 31 peratus 
berbanding tempoh yang sama tahun lepas.

Malah, katanya jumlah tangkapan pengedar dan pembekal dadah pada tahun ini juga 
meningkat 11 peratus dengan 97 tangkapan berbanding tempoh yang sama tahun 
lepas.

Beliau berkata analisis dan kajian yang dijalankan oleh polis mendapati, 
kebanyakan penagih dadah di negeri ini terdiri daripada mereka yang berumur 
lewat 20-an hingga 40-an dan mereka merupakan penagih tegar yang sukar untuk 
dipulihkan walaupun pelbagai program pemulihan telah dilakukan.

Mereka kini menjadikan kawasan di luar bandar terutama di kawasan Felda 
sebagai pusat baru... termasuk di kawasan segitiga emas iaitu Kuala Terengganu, 
Marang dan Hulu Terengganu.

Beliau berkata akhir-akhir ini polis mendapati semakin banyak heroin bermutu 
tinggi masuk ke negeri ini dari negara jiran berikutan permintaan yang tinggi.

Kebanyakan heroin yang masuk ke negeri ini adalah heroin no 4 yang lebih 
bermutu tinggi berbanding negeri pantai barat yang lebih banyak menggunakan 
dadah sintetik dan heroin no 3  katanya

Roslan berkata polis akan menggiatkan operasi bagi membanteras kegiatan 
pengedaran dan penagihan dadah daripada berleluasa di negeri ini.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=499503 



  


Help Palestine [hidayahnet] Motivasi Santai, Selamba, Sempoi 7 Jun Seremban

2010-05-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
SEMINAR PECUTAN AKHIR PMR-SPM 2010
Tarikh : 7 Jun 2010 (Isnin)
Tempat : Lecture Theatre I, Kolej MARA, Seremban
Bersama : Abg Badr www.badrulsani.com
Terbuka kepada pelajar tingkatan 3-5
Yuran : RM 25 sahaja (termasuk bahan seminar, makan  sijil)

Kandungan Seminar :
- Kaedah Memanfaatkan Kekuatan dan Kelemahan Diri
- Teknik Bijak , Pelajar Pintar
- Rahsia Brilliant Students

Anjuran : Kelab Remaja ISMA (KRIM)

Hubungi :
Helmi , Pengarah KRIM NS
0192445736
ibnuja...@yahoo.com , anaksemut2...@yahoo.co.uk

Maklumat lanjut dan borang penyertaan seminar di 
http://krimns.wordpress.com/2010/05/13/program-cuti-sekolah-seminar-pecutan-akhir-pmr-spm-2010/#more-593


PROFIL MOTIVATOR

Ahmad Badrul Sani bin Baharudin dilahirkan pada tanggal 25hb Februari 1983 di 
Pulau Pinang. Mendapat pendidikan awal di SK Seberang Jaya II dan SMKA 
Al-Irshad Pulau Pinang, beliau melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah 
sarjana muda di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dalam jurusan 
undang-undang.

Beliau mula berkecimpung sebagai motivator sejak berusia 17 tahun selepas 
menjuarai Pertandingan Syarahan Peringkat Kebangsaan. Berbekalkan secebis 
pengalaman dan kemahiran, beliau kini berjuang dalam membangunkan modal insan 
di seluruh negara. Dari melatih pelajar sekolah rendah sehinggalah C.E.O. 
syarikat terkemuka, Saudara Badrul Sani melakar kecemerlangannya tersendiri 
dengan memimpin masyarakat dalam menguasai kekuatan minda, motivasi dan seni 
berbicara.

Beliau juga popular dengan tulisannya yang kini memenuhi rak-rak jualan di 
kedai-kedai buku utama negara. BIJAK BERBICARA MENCUIT RASA merupakan buku 
sulungnya yang telah berjasa kepada ribuan pembaca dalam memahami dan 
mempraktikkan seni bicara yang cemerlang.

Saudara Badrul Sani juga menghasilkan produk-produk ilmiah yang lain seperti 
e-book, booklet dan VCD yang membimbing semua lapisan masyarakat dalam 
mencorakkan kejayaan dalam hidup mereka.

Saudara Badrul Sani juga merupakan seorang Professional Member untuk MAPS 
(Malaysian Association of Professional Speakers) dan pernah dilantik oleh Dewan 
Bahasa dan Pustaka sebagai jurulatih dalam seni komunikasi dan pidato. Beliau 
turut dijemput sebagai jurulatih untuk latihan pidato dan forum bagi Sekolah 
Dato’ Abdul Razak (SDAR) Seremban.

Beliau juga sering diundang untuk mengendalikan majlis raksasa seperti Rapat 
Umum Selamatkan Gaza di Stadium Malawati Shah Alam dan Stadium Seksyen 15 
Bandar baru Bangi. Dan juga memberikan latihan kepada pegawai-pegawai kerajaan 
dan ahli-ahli korporat di seluruh negara. Antaranya memberikan ceramah 
kerohanian dan motivasi kepada Pegawai Tadbir Diplomat di INTAN, Bukit Kiara 
dan berkongsi tips dan panduan bersama para guru, kaunselor dan guru besar 
daerah Hulu Langat.

Wajah dan cerita beliau juga pernah dipaparkan di dada-dada akhbar.

Dan beliau juga menggunakan kesempatan yang ada untuk mencurahkan khidmat 
menerusi laman blog dan juga akhbar bagi berkongsi kaedah untuk berjaya dalam 
pelbagai aspek.

Laman blognya dilawati oleh pelbagai lapisan masyarakat. Pelajar sekolah 
rendah, menengah, IPT, sehinggalah ke ahli-ahli korporat dan pegawai tinggi 
kerajaan.

Walaupun beliau tidak kerap muncul di kaca TV, tapi Saudara Badrul Sani begitu 
digemari kerana sikapnya yang selamba, santai dan sempoi. Beliau mampu 
membuatkan audiens ketawa dan kemudiannya menangis. Beliau mampu membuatkan 
audiens bermotivasi, terinspirasi dan bersemangat untuk berubah. Satu anugerah 
untuk membangunkan potensi ummah. Sejak Januari 2007 sehingga Oktober 2009 ini, 
seramai 32,500 orang telah menyertai seminar/program dan menerima sentuhan 
motivasi beliau tanpa mengira batasan umur, bangsa dan agama!






Help Palestine [hidayahnet] Tawaran Pembelian Kenderaan Akhirat

2010-05-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Macamanalah rupa bentuk kenderaan di akhirat nanti ? Berapa cc ? Berapa saat 0 
– 100 km/j ?

Siapa nak beli kenderaan di akhirat ?

TABUNG PEMBELIAN BAS UNTUK RUMAH KASIH HARMONI (RKH)

Rumah Kasih Harmoni (RKH) merupakan sebuah rumah kebajikan yang menaungi 
seramai lebih 60 orang anak-anak yatim, anak fakir miskin, anak ibu tunggal dan 
golongan yang layak menerima zakat dengan misi  menyelamatkan iman dan 
menyempurnakan kasih sayang kepada anak yang telah kehilangan ibu/bapa atau 
penjaga dan golongan anak-anak asnaf zakat

Ada pun keperluan yang dimaksudkan itu ialah keperluan sebuah kenderaan bagi 
tujuan pengangkutan anak-anak RKH pergi dan balik dari kelas.  Bas ini adalah 
untuk menggantikan bas yang sedia ada (WY 7778 – keluaran tahun 1970an) yang 
keadaannya semakin uzur dan tenat.

Untuk tujuan itu pihak RKH membuka peluang kepada semua untuk menyumbang khusus 
kepada Tabung Pembelian Bas melalui :

Yayasan Kebajikan dan Perkhidmatan Kesihatan Malaysia (YKPPM)
1-1, Jalan Desa 9/6, Bandar Country Homes, 48000, Rawang, Selangor
Tel/ Fax: 03-6733 1759.

Nama akaun : RUMAH KASIH HARMONI:
MAYBANK: 5121- 8313- 4032
CIMB BANK: 1435-0004917-25-8

Jumlah kutipan ke Tabung Pembelian Bas untuk RKH ini akan disiarkan 
perkembangannya di laman web www.rumahamal.org/tabung_bas.htm.

Tarikh akhir untuk Tabung Pembelian Bas bagi Rumah Kasih Harmoni ditetapkan 
pada 15 Disember 2010

Keutamaan yang akan diberikan kepada tabung pembelian bas ialah:
Membeli sebuah bas baru/terpakai 40 penumpang yang benilai kurang lebih 
RM.160,000.00.

Maklumat lanjut hubungi Unit Kewangan YKPPM, Puan Fauziah bt. Che Hashim. No. 
Hp: 013-2575244 atau e-mel i...@ykppm.org.my

Maklumat lanjut di laman web http://www.rumahamal.org/bas.htm.






Help Palestine [hidayahnet] Kalaulah semua macam posmen, aman negara

2010-05-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kalaulah semua kita , dari pemerintah hingga ke rakyat mempunyai sikap macam 
posmen ini, pasti aman negara. 

*** 
Keluar wang sendiri pasang nombor rumah 

Harian Metro 5 Mei 2010 

KUALA KANGSAR: Seorang posmen layak digelar pekerja paling komited ketika 
bertugas kerana dia bukan saja memenuhi skop kerjanya dengan menghantar surat 
dari rumah ke rumah sebaliknya sanggup mengeluarkan wang sendiri bagi membuat 
nombor pendaftaran untuk setiap rumah di kawasan tugasannya.

Bagi Mohamad Kalib Awang, 50, usaha murni itu dilakukan bagi memudahkannya 
menghantar surat milik penduduk tanpa sebarang kerumitan dan kelewatan kerana 
kebanyakan kediaman penduduk di Kampung Ngok Beluru dan Kampung Ribu berdekatan 
Beluru, di sini, tiada nombor pendaftaran rumah.

Kebiasaannya, setiap sampul surat tertera alamat sebuah rumah dan apa yang 
menjadi masalah ialah posmen sukar mencari rumah pemilik surat dengan tepat 
kerana pemilik gagal menampal atau melekatkan nombor rumah mereka.

Mohamad Kalib berkata, sejak dua minggu lalu, dia sudah menyiapkan kira-kira 20 
nombor pendaftaran rumah milik penduduk kampung dan akan melengkapkan 20 lagi 
rumah di kawasan sama dalam masa terdekat.

Katanya, dia mengeluarkan wang poket RM50 bagi membeli peralatan membuat nombor 
pendaftaran rumah itu seperti kad manila membuat ruangan nombor, tin semburan 
cat dan pelekat nombor untuk ditampalkan pada petak ruangan yang disembur.

Saya akan menyembur cat hitam pada satu ruangan petak pada dinding luar rumah 
penduduk sebelum menampal pelekat nombor pendaftaran tertentu yang berwarna 
putih bagi mewakili setiap rumah, katanya ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya, dia sudah bertugas dengan Pos Malaysia Bhd selama 19 tahun dan 
masalah ketiadaan nombor pendaftaran rumah sentiasa berlaku terutama di kawasan 
pedalaman.

Mohamad Kalib berkata, kadangkala, dia juga pernah dimarah penduduk kerana 
kelewatan surat yang dihantar disebabkan nombor pendaftaran rumah yang tidak 
lengkap. Menurutnya, jika posmen tidak berjaya menghantar surat ke alamat yang 
tepat, surat berkenaan dikembalikan ke pejabat pos terdekat dan tindakan itu 
menimbulkan rasa tidak puas hati penduduk.

Katanya, dia menyedari tugas membuat nombor pendaftaran rumah itu bukan 
tanggungjawabnya, sebaliknya berharap ia memudahkan posmen yang ditugaskan di 
kawasan itu menjalankan tugas tanpa masalah.

Sementara itu, Ketua Kampung Beluru, Mior Taha Shaharim, 65, berkata sikap 
bertanggungjawab seperti ditunjukkan Mohamad Kalib harus dipuji dan boleh 
dijadikan contoh baik kepada masyarakat.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Keluarwangsendiripasangnomborrumah/Article
  



  


Help Palestine [hidayahnet] Jangan usik air bawah tanah di Malaysia

2010-05-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pakar-pakar kata jangan usik air bawah tanah di Malaysia ni. Tapi di Negeri 
Sembilan , mereka tak nak dengar nasihat pakar-pakar.

Pakar-pakar dah kata bandaraya Bangkok dan Mexico City mukabuminya tenggelam 
kerana pengambilan air dari bawah tanah yang tidak terkawal.

Pakar-pakar juga kata, kos ambil air bawah tanah adalah lima kali ganda lebih 
tinggi dari ambil air di permukaan.

Tak tahulah, mungkin orang Negeri Sembilan lagi pakar, dari pakar-pakar tadi 
agaknya.

* 
'LEAVE WATER IN GROUND FOR THE FUTURE'
New Straits Times 11 May 2010 

KUALA LUMPUR: Malaysia should protect and properly manage all its surface water 
supply before resorting to groundwater, a prominent scientist has warned. 

Professor Dr Chan Ngai Weng of Universiti Sains Malaysia said better management 
of rivers, river basins and water catchments could avert a water crisis from 
hitting the country.

But, he said, proper management must be complemented with sustainable 
consumption which Malaysians still have a lot to learn from.

Groundwater should be left to the future generations, he said at a Water 
Resource Management seminar at the National Institute of Public Administration 
(Intan) at Bukit Kiara yesterday.

Chan was among the presenters at the first session, themed Water Resource 
Management: A Crisis.

At present, 97 per cent of Malaysia's water supply comes from surface resources 
especially rivers.

We still have lots of rivers. What we need to do is tell our consumers to 
start saving (water), Chan said.

We should also gazette all our water catchment areas and make recycling water 
mandatory.

Chan does not have an issue with small scale use of groundwater such as wells 
in villages. It is projects that tap groundwater on a mega scale that worries 
him.

If we start mining groundwater (in a big way), there is no control.

Even if we have to do it, we must make sure we don't use more than its 
recharge ability, he said.

Chan explained that the recharge ability is the time it takes the groundwater 
to replace what was taken out.

He warned that cities like Bangkok and Mexico city were sinking because of 
extensive over-pumping being carried out in these cities. 

Cost-wise, groundwater is also five times more expensive than surface water.

Other speakers in the same session, Irrigation and Drainage Department, Water 
Resources and Hydrology division director Hanapi Mohamad Noor, Water and Energy 
Consumer Association secretary-general S. Piarapakaran and Universiti 
Kebangsaan Malaysia Institute for Environment and Development Raja Datuk 
Zaharaton Raja Zainal Abidin agreed that it was timely for water management to 
be streamlined.

All three speakers in the seminar argued that the current framework was too 
sectorial.

Without an integrated water management, policies can't be implemented in a 
holistic way, Raja Zaharaton said.

http://www.nst.com.my/Current_News/NST/articles/13maja/Article/index_html 

 
NEGERI SEMBILAN TEROKA SUMBER AIR BAWAH TANAH

24 Mac 2010 SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi 
menampung keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad 
Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan 
seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan 
taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324163950sec=mstar_berita
 

*** 
SUMBER AIR BAWAH TANAH

SEREMBAN 24 Mac - Catuan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 
baru-baru ini telah membawa kepada cadangan untuk mencari sumber air bawah 
tanah sebagai alternatif baru pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu arahan telah dibuat 
kepada Sains supaya segera membuat kajian untuk mencari punca air yang terdapat 
di dalam tanah untuk dipam keluar pada waktu yang diperlukan.

Ketika ini kita sedang menggali lombong besar untuk dijadikan kolam takungan 
di Kuala Sawah, Rantau yang berkeluasan 80.9 hektar, katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0325pub=Utusan_Malaysiasec=Selatanpg=ws_02.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Fahami dan kenali senjata digunakan PDRM

2010-05-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ayah saya pernah mewakili Malaysia dalam Sukan SEA di Singapura awal tahun 70an 
dalam acara menembak. Dia bersama pasukan menembaknya tak silap saya memenangi 
5 pingat emas dalam acara menembak.

Tapi dulu atlit Malaysia mewakili negara yang menang pingat emas tak ada dapat 
ganjaran puluhan ribu atau ratusan ribu ringgit macam sekarang ni. Tapi mereka 
merasakan satu amanah dan tanggungjawab untuk mewakili negara.

Jadi kalau tanya bab senjata ni, kenalah tanya ayah saya. Saya ni sekadar 
menang jatuh piring peringkat sekolah je. Itu pun guna SLR 7.62mm, pokak 
telingo dan sakit bahu guna SLR ni.

Senjata adalah merupakan nyawa kepada anggota tentera dan anggota polis. Setiap 
anggota tentera dan anggota polis telah dilatih menggunakan senjata mengikut 
prosedur.

Ingat senang-senang nak tembak orang. Kalau senjata rosak sekali pun , pemilik 
senjata akan menghadapi lembaga siasatan (Board of Inquiry). Pernah sekali 
pistol ayah saya rosak semasa kemalangan, dia terpaksa menghadapi lembaga 
siasatan , walhal dia seorang pegawai dan ianya hanyalah kemalangan yang tak 
melibatkan kecederaan apatah lagi kematian.

Bukan senang nak tembak target sebenarnya. Apatah lagi target yang sedang 
bergerak dan diwaktu malam. Pernah saya lihat seseorang menggunakan pistol 
untuk menembak anjing liar pada jarak 2 meter saja. Rasanya lebih 3 das 
tembakan, tak kena langsung anjing tersebut. Dan orang tadi adalah orang yang 
terlatih.

Ayah saya pernah menembak ular yang sedang bergerak pada jarak 5 meter 
menggunakan pistol Browning atau mungkin HK (dah lupa). Tembakan yang ketiga 
barulah kena ular tersebut.

Kepada ahli parlimen , wakil rakyat dan ahli politik yang ingin tahu mengenai 
senjata ini , tanyalah orang berpengalaman terlebih dahulu sebelum mengeluarkan 
kenyataan media.

Perhatian kepada boss-boss, terutama Pak Menteri , Ayah saya semasa jadi ketua 
dulu (sekarang dah pencen) , dia akan mempertahankan tindakan anak buah dia. 
Kalau anak buah dia benar dia akan membela, kalau anak buah dia bersalah , dia 
pastikan dia akan diadili, bukan dimalukan atau dihina. Bukankah itu apa yang 
Islam anjurkan ?

Berikut beberapa senjata standard PDRM :

Pistol : Smith  Wesson .38  
Pistol : Beretta 92  
Pistol : Beretta Px4 Storm Will replace SW .38 service revolver
Pistol : Glock 19
Pistol : Walther P99  Replaced the SW .38 service revolver
Submachine gun : Heckler  Koch MP5  
Senapang : Colt M16A1  

Gambar senjata di atas di : 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/fahami-dan-kenali-senjata-digunakan.html 

Sumber : http://en.wikipedia.org/wiki/List_of_police_firearms_in_Malaysia 



  


Help Palestine [hidayahnet] Melayu bunuh diri di Terengganu sebab susah

2010-05-25 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kisah semakin ramai rakyat Malaysia bunuh diri dan bunuh diri penyebab kematian 
kedua tertinggi di Malaysia selepas sakit jantung di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Lelaki mati tinggal nota untuk isteri 
2010/05/06

KUALA TERENGGANU: Akibat tidak dapat menahan tekanan berikutan hidup dalam 
kemiskinan dan kehilangan pekerjaan mendorong seorang lelaki berusia 41 tahun 
mengambil keputusan drastik untuk menamatkan riwayat hidup sendiri. 

Dengan hanya beberapa ringgit dalam kocek seluar serta sekeping nota yang 
ditinggalkan untuk isteri dan anak berusia lima bulan, Khairudin Wazir Khan 
ditemui terbaring berlumuran darah di tilam oleh rakan sebiliknya di Flet Sri 
Kolam di sini, kira-kira jam 12.15 pagi semalam dengan kesan tikaman di dada 
dipercayai menggunakan sebilah pisau lipat. 

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsudin, 
berkata setakat ini polis menolak kaitan jenayah dengan kematian itu tetapi 
siasatan diteruskan. Khairudin dipercayai meninggalkan keluarganya di Setiu dan 
bekerja sebagai pengawal keselamatan hingga dua bulan lalu apabila dia 
diberhentikan kerja. 

Rakan sebiliknya yang tidak mahu dikenali berkata, Khairudin berkahwin semula 
dengan isterinya lebih setahun lalu selepas mereka berpisah selama 10 tahun. 

Bagaimanapun, selepas kehilangan pekerjaan sebagai pengawal keselamatan, dia 
masih gagal mendapat kerja baru walaupun sudah puas mencari kerja di daerah 
ini. 

Seorang jiran, Alias Muhammad, 43, berkata beberapa jam sebelum itu, Khairudin 
menceritakan kisah sedih kehidupannya kepada beberapa penduduk flet itu di 
gerai makan berhampiran. 

Katanya, Khairudin memberitahu mereka dia sudah berhutang sebanyak RM160 dan 
masih terhutang wang sewa rumah.   

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Lelakimatitinggalnotauntukisteri/Article
 




  


Help Palestine [hidayahnet] Pernah tengok syaitan lari lintang pukang ?

2010-05-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pernah tengok syaitan lari lintang ? Tengok syaitan lari lintang pukang di 
http://waghih.blogspot.com/2010/05/pernah-tengok-syaitan-lari-lintang.html 




  


Help Palestine [hidayahnet] Sambutan Hari Ibu 30 Mei 2010 Seremban

2010-05-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
SAMBUTAN HARI IBU
Tarikh : 30 Mei 2010 (Ahad)
Masa : 10 pg – 2 ptg
Tempat : Ruang Legar , Seremban Centre Point

Penampilan Istimewa Adik Wajih Zakwan Hanif – JUARA Rancangan Realiti TV Adik 
Adikku

Acara Menarik Seisi Keluarga :
- Celoteh si Kecil
- Tayangan Multimedia
- Kuiz Keluarga
- Persembahan Nasyid
- Bicara ibu
- Pelbagai Pertandingan (Mewarna, Memasak, Mencipta Kad Hari Ibu, Mengarang 
Sajak, Menulis Esei)

Maklumat lanjut hubungi Pn Akhma Deena Khalid 019-6689630 akhmade...@yahoo.com

Anjuran : Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Seremban

Maklumat lanjut di 
http://isman9.wordpress.com/2010/05/03/hebahan-sambutan-hari-ibu-2010-isma-seremban/






Help Palestine [hidayahnet] Malaysia negara macam macam bala

2010-05-19 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ya , Malaysia negara macam-macam bala. Bala buatan tangan manusia sendiri.

Petir ialah ciptaan Allah. Bala ciptaan manusia ialah banyak alat penahan petir 
dicuri di sekolah-sekolah. Akibatnya akhir-akhir ini banyak sekolah terbakar di 
panah petir.

Kalau di Singapura, wakaf pun dipasang alat penahan petir. Tapi kalau alat 
penahan petir dipasang di wakaf dan hentian bas di Malaysia ini, pasti ianya 
akan dicuri.

Bala Petir di http://kilatmalaysia.blogspot.com
Bala Buang Bayi di 
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-buang-bayi-adat-kahwin-dan-zina.html
Bala Dadah di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html
Bala Koboi di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/malaysia-dah-jadi-negara-koboi.html
Bala Beg Berat di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/sistem-pelajaran-di-malaysia-semakin.html

Lightning brothers’ nabbed (PENCURI PETIR DITANGKAP)

SHAH ALAM: The “Lightning Brothers” responsible for a spate of thefts involving 
lightning arresters installed in school buildings, were arrested by police here 
after a short chase.

The duo, who for the past nine months scaled school buildings in Section 16 
here and stole the arresters, including the copper strip that lined the roof to 
the ground below, were arrested after a scuffle on Thursday.

Shah Alam OCPD Asst Comm Noor Azam Jamaludin said both men were behaving in a 
suspicious manner while riding their motorcycle.

They sped off upon seeing police approaching them.

“Both were arrested after a scuffle. Upon checking we found the duo had no 
identification cards or motorcycle licence and road tax.

“The bag which they had with them contained tools like wire cutters, 
screw-drivers and a metal saw.

“Initial investigations revealed both scaled school buildings in the wee hours 
of the morning and stole lightning arresters and copper strips before selling 
them to scrap metal dealers,’’ he added.

The brothers from Kampung Padang Jawa also tested positive for drugs.

http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/17/nation/6074786sec=nation

In fact, to make such shelters safer, Hartono says that it is better to 
maintain the metal roof and make sure that it is “earthed” with thick metal 
strips to the ground.

IN SINGAPORE, SMALL PARK GAZEBOS HAVE BEEN EARTHED IN JUST SUCH A MANNER.

http://thestar.com.my/lifestyle/story.asp?sec=lifefocusfile=/2009/5/17/lifefocus/3895023






Help Palestine [hidayahnet] Guru Mesyuarat di Lorong Haji Taib

2010-05-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kenapa makin teruk Kementerian Pelajaran sekarang ini ? Ikutlah luahan kisah 
benar para guru-guru di 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/guru-mesyuarat-di-lorong-haji-taib.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh diri

2010-05-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Dalam tempoh satu hari pada 23 April 2010 terdapat 1 kes bunuh diri pelajar 
Melayu Tingkatan 1 di Johor dan 1 kes cubaan bunuh diri pelajar Tingkatan 2 di 
Perlis.

Itu yang dilaporkan, yang tidak dilaporkan ?

Kajian pakar tahun 2007 menyatakan gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor 
kedua tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini 
selepas penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 tahun akan datang di Malaysia 
ini.

Sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk kanak-kanak di negara ini 
disahkan menghidap masalah gangguan mental atau emosi

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 
2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun.

Apa dah jadi dengan 1Malaysia ?

Apa dah jadi dengan usaha dakwah ?

Mana pergi papan-papan tanda menyeru melakukan solat ? Yang banyak papan tanda 
sekarang ini ialah papan tanda politik, papan tanda buat duit, bisnes itu, 
bisnes ini, papan tanda gambar pemimpin.

Buatlah kempen kita beramai-ramai ke masjid cari ketenangan. Buatlah khidmat 
nasihat percuma di semua masjid dan surau.

Kita ni negara umat Islam, kenapa harus ada begitu tinggi kadar bunuh diri, 
kanak-kanak pula tu.

Tak yakinkan kita dengan syurga dan neraka ? Tak yakinkah kita dengan pahala 
dan dosa ? Tak yakinkan kita dengan bidadari ? Tak yakinkah kita dengan arak 
halal di akhirat ?

Yang penting tak yakinkah kita dengan Allah dan RasulNya ?

Bangunlah wahai umat Muhammad SAW. Bangunlah bangsa Melayu. Bangunlah rakyat 
Malaysia.

APA YANG KITA KEJARKAN INI ?

Jangan bepeluk tubuh dengan mengambil sikap tunggu dan lihat. Sikap mengatakan 
anak orang, bukan anak kita.

Rozmal bin Malakan
http://waghih.blogspot.com

***
Friday April 23, 2010
SHOCKED BY SON’S SUICIDE OVER BIKE

PONTIAN: Jamari Waris is still in a state of shock over why his only child 
Muhamad Faiz Abdul Aziz would hang himself when all he told him to do was wash 
his motorcycle.

Relating the incident, Jamari, 48, a farmer, said he wanted Muhamad Faiz, 13, 
to clean his motorcycle on Sunday as he had to go to school the next day.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/4/23/nation/6117757sec=nation

23 April, 2010
BOMBA PERLIS SELAMATKAN PELAJAR YANG CUBA TERJUN BANGUNAN SEKOLAH

KANGAR, 23 April (Bernama) -- Jabatan Bomba dan Penyelamat Perlis dapat memujuk 
seorang pelajar lelaki daripada terjun dari tingkat empat bangunan sekolahnya 
di sini pada Jumaat.

Pelajar tingkatan dua itu, yang dikatakan mengalami tekanan perasaan selepas 
kematian bapanya kira-kira sebulan lalu, cuba terjun daripada bangunan itu pada 
sebelah pagi.
http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=492952


KES BUNUH DIRI DI MALAYSIA SEMAKIN SERIUS- SISTEM PENDIDIKAN PERLU PERUBAHAN
21 hb November 2004

Dalam Negara ini mengikut statistik, purata 6 orang bunuh diri setiap hari , 
2500 orang setiap tahun dan 50,000 kes cuba bunuh diri setiap tahun. Apakah ini 
memberi gambaran bahawa Negara ini sedang berhadapan dengan ramai rakyat yang 
tidak stabil jiwanya.

Kes bunuh diri seorang kanak-kanak beberapa hari yang lalu sepatutnya 
membangkitkan rasa insaf dan menyedari betapa seriusnya keperluan untuk kita 
menilai semula sistem penilaian kecemerlangan dalam pendidikan kita yang ada.

Kepelbagaian mata pelajaran , sistem penilaian dan peperiksaan , persaingan dan 
tekanan masa belajar telah menyumbangkan kepada bebanan yang sangat berat 
kepada pendidikan , bukan sahaja kepada kanak-kanak , namun juga kepada guru 
dan ibubapa..

Ditambah dengan nilai dan budaya hidup yang dilingkungi dengan kedaan yang 
serba bersaing dan harapan ibubapa dan guru yang sangat tinggi untuk berjaya 
dalam kehidupan , menyebabkan emosi dan minda kanak-kanak sentiasa terbeban 
dengan tekanan yang tidak mudah dikendali.

BELAJAR BUKAN KERANA MENCINTAI ILMU DAN MEMBENTUK SAHASIAH SERTA MENJADI INSAN 
BERGUNA TETAPI BELAJAR KERANA DIIKAT DENGAN PEPEMERIKSAAN.
Mohd Azmi Abdul Hamid
Prseiden TERAS Pengupayaan Melayu
http://temanteras.wordpress.com/2007/11/21/kes-bunuh-diri-di-malaysia-semakin-serius-sistem-pendidikan-perlu-perubahan/

BUNUH DIRI KEMATIAN KEDUA TERTINGGI DI MALAYSIA
ARKIB Utusan Malaysia : 29/12/2007
PULAU PINANG 28 Dis. – Gejala bunuh diri dijangka menjadi faktor kedua 
tertinggi menyumbang kepada jumlah bilangan kematian di negara ini selepas 
penyakit kardiovaskular dalam tempoh 10 hingga 15 tahun akan datang.

Pensyarah Psikologi Pendidikan dan Kaunseling Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan 
Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dr. See Ching Mey berkata, angka itu 
diperoleh daripada laporan Kementerian Kesihatan yang dibuat pada tahun ini.

Menurutnya, dalam laporan bertajuk Pencegahan Pembunuhan Diri di Malaysia itu, 
kadar kematian pada tahun 2004 adalah antara 9 hingga 12 kes bagi setiap 
100,000 penduduk manakala tahun lalu pula 13 kes dalam setiap 100,000 orang.

Tambahnya, sedar atau tidak, sebanyak 3 juta daripada 26 juta penduduk termasuk

Help Palestine [hidayahnet] Murid 11 tahun cuba bunuh diri di Malaysia

2010-05-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Lagi kes cubaan bunuh diri di Malaysia. Kali ini murud umur 11 tahun.

Sila baca analisis isi sebelum ini Makin ramai orang, remaja 1Malaysia bunuh 
diri
di http://waghih.blogspot.com/2010/04/makin-ramai-orang-remaja-1malaysia.html 

Statistik 2007 menunjukkan 50,000 kes cuba bunuh diri setahun di Malaysia

Sabtu lepas saya merasmikan satu program di sekolah. Saya katakan kita 
hendakkan anak kita cemerlang, tapi yang penting doakan anak kita menjadi anak 
yang soleh dulu, cemerlang dalam akademik itu doakan kemudian. 

** 
KOSMO 26 April 2010 

Lagi murid cuba terjun dari bangunan sekolah
BACHOK - Satu lagi kes pelajar cuba terjun dari bangunan sekolah dilaporkan 
berlaku, kali ini di Bachok, Kelantan.

Puncanya juga sama seperti yang berlaku di Perlis dua hari lalu disebabkan 
pelajar itu tidak tahan diejek oleh rakan-rakan.

Dalam kejadian semalam, seorang murid tahun lima di sebuah sekolah rendah 
dikatakan cuba terjun dari bangunan sekolahnya.

Murid tersebut memanjat koridor di tingkat empat dan menghayun kakinya ke bawah.

Bagaimanapun, cubaan kanak-kanak berusia 11 tahun itu gagal apabila dia berjaya 
diselamatkan oleh salah seorang guru.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Bachok, Saipu Bhari Mohd. Noor berkata, 
tindakan guru berkenaan yang bertindak pantas menyambar tubuh kanak-kanak itu 
telah berjaya menyelamatkannya.

Ketika kami tiba di tempat kejadian pada pukul 10.45 pagi selepas mendapat 
panggilan, kanak-kanak berkenaan sudah berjaya diselamatkan oleh gurunya 
selepas mengambil masa kira-kira lima minit untuk memujuk mangsa, katanya 
kepada pemberita.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010dt=0426pub=Kosmosec=Negarapg=ne_04.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Pakai tudung didiskriminasi di Malaysia APARTHEID

2010-05-16 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Wanita Islam kalau pakai tudung didiskriminasi di Malaysia, secara khususnya di 
Negeri Sembilan dan Melaka. Ada mana-mana pihak, individu, pendakwah, ulama, 
Majlis Agama Islam, JAKIM, NGO hendak membela wanita Islam yang bertudung di 
Malaysia agar tidak didiskriminasi ? 

Atau ini perkara kecil dan remeh temeh banyak perkara lain yang perlu diberi 
perhatian seperti isu Kalimah Allah dan Natrah?

* 
SUKARNYA MENDAPAT KERJA HANYA KERANA MEMAKAI TUDUNG
Utusan Malaysia 20 Apr 2010 

SAYA merupakan pelajar lepasan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Saya 
menetap di luar bandar dan perawakan saya ialah seorang gadis bertudung sesuai 
dengan identiti saya sebagai seorang Muslimah. 

Sementara menunggu peluang melanjutkan pelajaran ke peringkat seterusnya, saya 
mengambil kesempatan menggunakan masa yang terluang untuk bekerja.

Harapan saya agar pendapatan yang diperoleh nanti dapat menampung sedikit 
sebanyak keperluan saya, terutama untuk memulakan pengajian nanti. 

Saya memulakan langkah mencari pekerjaan di sebuah hotel yang terletak di 
Bandaraya Bersejarah selepas terbaca iklan mengenai peluang pekerjaan yang 
ditawarkan. Saya memohon untuk bekerja di bahagian pembersihan (house keeping). 

Penemuduga itu bersedia menerima saya sekiranya saya bersedia untuk tidak 
memakai tudung. 

Penemuduga juga memberitahu ia adalah syarat 'normal' untuk bekerja di hotel. 
Mungkin salah saya kerana tidak mengetahui akan syarat itu kerana kehidupan 
saya yang tidak terdedah dengan suasana di hotel. 

Mungkin juga tidak keterlaluan jika dikatakan itulah kali pertama saya 
menjejakkan kaki di hotel. Namun jauh di sudut hati saya terselit rasa kesal 
kerana saya tidak berupaya menerima pekerjaan tersebut kerana syarat 'normal' 
itu. 

Selepas itu saya turut memohon pekerjaan di sebuah pusat membeli-belah yang 
baru dibuka.

Banyak kedai yang menawarkan jawatan kosong sebagai pembantu kedai. Tetapi 
apabila ditanya majikan turut meletakkan syarat 'normal' itu untuk saya 
diterima bekerja. Malahan kedai yang menjual barang permainan untuk kanak-kanak 
turut meletakkan syarat tersebut. 

Saya berasa begitu tersinggung dengan keadaan ini. Saya tidak faham. Islam 
ialah agama rasmi negara tetapi sensitiviti berhubung agama ini diabaikan. 

Sememangnya bukan salah mereka meletakkan syarat 'normal' itu. Tetapi adakah 
menjadi kesalahan saya berpenampilan sewajarnya yang ditetapkan oleh agama 
saya? 

Mungkin penampilan saya yang bertudung tidak menarik perhatian untuk pelanggan 
berkunjung ke kedai mereka atau menjejaskan imej mereka yang sering menjadi 
tumpuan pelancong asing. 

Mungkin juga isu yang cuba saya ketengahkan ini kelihatan remeh kepada 
sesetengah pihak, namun jujur saya katakan, ia agak berat untuk gadis bertudung 
seperti saya. 

Bagaimana nasib sesetengah gadis bertudung yang begitu terdesak memerlukan 
pekerjaan untuk menampung kehidupan mereka? Adakah kami harus mengorbankan 
identiti diri demi mencari rezeki di zaman moden ini?

HYENA
Negeri Sembilan
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0420pub=utusan_malaysiasec=Forumpg=fo_03.htmarc=hive
 

*** 
TUDUNG: BUKAN ISLAM TAK SALAH
Utusan Malaysia 23 April 2010 

SAYA amat tertarik dengan tulisan Hyena dari Negeri Sembilan yang 
mempertahankan syariat Islam bertudung daripada 'digadai ganti' oleh tawaran 
pekerjaan. 

Dalam tulisannya di ruangan ini 20 April lalu, beliau meluahkan kesedihan 
betapa sukarnya mendapat pekerjaan hanya kerana beliau bertudung.

Beginilah di akhir zaman apabila kedudukan umat Islam cukup lemah, sehinggakan 
amalan wajib yang kita amalkan sudah berani 'ditawar menawar' oleh pihak-pihak 
lain atas alasan mencari pekerjaan. 

Jika kita lihat daripada sudut liberalisasi hak, pihak majikan tersebut 
menganggap ini suatu lumrah atau 'normal', sedangkan daripada segi hukum dan 
hak umat Islam ia adalah satu bentuk diskriminasi dan penghinaan terhadap 
amalan syariat. 

Saya berpendapat hal ini tidak boleh disalahkan seratus peratus kepada pihak 
bukan Islam atas beberapa sebab. Antaranya:

Lihatlah gelagat dan pemakaian umat Islam sendiri, terutamanya wanita-wanita 
Melayu sekarang. Pemakaian rata-rata wanita Melayu sekarang tidak lagi 
menggambarkan ciri-ciri menutup aurat dengan sempurna. Memakai tudung tetapi 
mengenakan seluar dan baju yang ketat, menampakkan belakang dan depan, 
menonjolkan bentuk tubuh badan yang lebih bersifat 'penggoda'. 

Apabila pemakaian begini diamalkan oleh perempuan Melayu, golongan bukan Islam 
tidak memandang mulia dan melihat perbezaan aurat bertudung atau tidak. 

Sebaliknya ia sama sahaja untuk menonjolkan kebolehan mengeksploitasi wajah dan 
tubuh badan wanita-wanita separa seksi ini bagi promosi perniagaan. 

Selain itu amalan diskriminasi terhadap wanita bertudung juga disebabkan ada 
ramai wanita Muslim lain sanggup menerima peraturan membuka tudung atau 
melakukan perkara melanggar syarak lain untuk majikan bukan Islam tersebut. 
Jadi, majikan bukan Islam 

Help Palestine [hidayahnet] Malaysia dah jadi negara KOBOI

2010-05-15 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bawa motosikal tanpa lesen DAH TAK TERKAWAL

Kerajaan, Polis, JPJ, ibu bapa dah hilang punca. Remaja, pelajar sekolah 
termasuk pelajar sekolah rendah bawa motosikal dah terkawal lagi dah. Malaysia 
dah jadi negara tanpa undang-undang. Budak sekolah rendah lagi dah diajar ibu 
bapa melanggar peraturan jalanraya.

Malaysia dah jadi negara KOBOI.

Artikel sebelum ini :
Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/ibu-bapa-sekarang-tak-kisah-anak.html 
Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html 

*** 
Cegah budaya biar anak naik motosikal tanpa lesen
Berita Harian 23 April 2010 

SEKARANG banyak kanak-kanak bawah umur tanpa lesen motosikal menggunakannya 
dengan bebas tanpa tindakan undang-undang tegas pihak polis trafik. Budaya ini 
patut dicegah dengan tegas kerana inilah salah satu punca berlaku masalah mat 
rempit. 

Sejak kecil kanak-kanak sudah terdedah menggunakan motosikal seperti koboi 
yakni tanpa kemahiran dan pengetahuan undang-undang yang akhirnya membawa 
bahaya bukan saja kepada diri sendiri malah orang ramai. Kerana ingin menunjuk 
handal pada orang ramai terutama kawan-kawan akhirnya mereka sendiri yang 
kemalangan. 

Taman perumahan dan juga kampung sudah meluas dengan budaya pengguna motosikal 
tanpa lesen dan bawah umur. Ibu bapa yang membiarkan kunci motosikal mereka 
diambil untuk diguna oleh anak-anak bawah umur ini patut didenda, kerana jika 
negara kita asyik memikirkan soal bagaimana nak tegakkan undang-undang pada 
kanak-kanak bawah umur, maka alasan seperti ini tidak boleh diterima. 

Ibu bapa atau penjaga yang abai tanggungjawab patut didenda berat kerana 
menyebabkan budaya bahaya ini meluas. 

MANGSA PENUNGGANG BAWAH UMUR, 
Seremban.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cegahbudayabiaranaknaikmotosikaltanpalesen/Article
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Rayu bantuan rawat anak leukemia

2010-05-09 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Berhutang demi rawatan anak
Sinar Harian 20 April 2010

SEREMBAN – Kos rawatan mencecah RM70,000 menyebabkan pelajar Sekolah Menengah 
Kebangsaan (SMK) Bukit Mewah, di sini mungkin terpaksa melupakan impian untuk 
sembuh daripada leukemia.

G Logaarvind atau nama Islamnya, Amir Omar, 15, disahkan mengidap Pre-B Acute 
Lymphoblastic Leukaemia (caLLA Positive) sejak Julai tahun lalu.

Amir yang kini menjalani rawatan kemoterapi di Pusat Perubatan Universiti 
Kebangsaan (PPUKM) terpaksa bergantung hidup dengan ubat.

Lebih memilukan, keluarganya tidak mampu menjelaskan kos rawatan berjumlah 
RM20,000.

Bagaimanapun, keluarga remaja malang itu memerlukan bantuan kewangan 
keseluruhan mencecah RM70,000 untuk membiayai proses menjalani pemindahan 
sum-sum tulang dan rawatan ‘total body irradiation’ bagi memulihkan Amir.

Bapa Amir, Omar Abdullah, 46, berkata, doktor menasihatkan supaya proses 
pemindahan sum-sum tulang dilakukan segera.

Menurutnya, dengan gajinya kira-kira RM700 sebulan, dia tidak mampu menampung 
pembayaran keseluruhan rawatan.

“Saya hanya bekerja sebagai buruh am dan isteri yang sebelum ini berniaga nasi 
lemak terpaksa berhenti bagi menjaga dan memberi sokongan kepada anak saya yang 
masih menjalani rawatan kemoterapi secara jangka panjang di PPUKM,” katanya.

Beliau berkata, dia ada menerima bantuan daripada Majlis Kanser Nasional 
(Makna) sebanyak RM250 sebulan dan Baitulmal, bagaimanapun jumlah diterima itu 
masih tidak mencukupi bagi menampung pembayaran kos proses pemindahan sum-sum 
tulang anaknya.

“Saya terpaksa berhutang dengan pihak hospital bagi memastikan rawatan terus 
dijalankan ke atas anak saya,” katanya ketika ditemui pemberita pada sidang 
media, di sini semalam.

Menurut bapa itu, anaknya mula menunjukkan tanda-tanda demam berpanjangan sejak 
Mei lalu selepas mengalami terjatuh ketika bermain bola.

“Apabila anak saya diperiksa di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) di sini, doktor 
mengesahkan dia menghidap penyakit itu.

“Selepas itu, anak saya terus dibawa ke PPUKM bagi menjalani rawatan kemoterapi 
di sana dan kini berharap ada pihak yang sudi membantu menyalurkan bantuan 
kewangan kepadanya supaya proses pemindahan sum-sum tulang dapat dilakukan 
segera,:” katanya.

Orang ramai yang ingin menghulurkan sumbangan boleh menghubungi Omar di nombor 
016-6707194 atau 019-2906532.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7592792.asp






Help Palestine [hidayahnet] Tulisan Putera Yamtuan Besar N.Sembilan

2010-05-05 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Satu penulisan yang bernas oleh Tunku Zain al-Abidin Tuanku Muhriz , putera 
kepada Yamtuan Besar Negeri Sembilan mengenai sejarah Kota Lukut, Port Dickson.

Untuk renungan generasi masa kini, kerana sejarah pasti berulang.

Dengan tajuk Looking to Lukut , pautan artikel tulisan Tunku ‘Abidin Muhriz di 
http://ideas.org.my/2010/03/looking-to-lukut/






Help Palestine [hidayahnet] Buaya di pantai Melaka pula

2010-05-02 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Ada buaya di pantai Melaka pula.

Sebelum ini kisah buaya di pantai Port Dickson pada pautan berikut 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/koleksi-artikel-kisah-buaya-di-port.html

Jarak antara Port Dickson dan Kuala Sungai Baru melalui laut lebih kurang 15 km


Buaya muncul di pantai
Berita Harian 15 April 2010

Penduduk dakwa reptilia hanyut ketika air sungai pasang

KUALA SUNGAI BARU: Penduduk Kampung Baru, di sini, gempar apabila buaya tembaga 
yang dianggarkan sepanjang empat meter muncul secara tiba-tiba di kawasan 
pantai di situ, baru-baru ini. Penduduk yang menyaksikan kelibat buaya tersebut 
mendakwa buaya tembaga berwarna kekuningan itu dikatakan tersesat dan hanyut 
dibawa arus ketika air pasang dari sungai Kuala Sungai Baru sehingga memasuki 
Pantai Tanjung Keramat. Seorang penduduk, Jariah Nekmat, 55, berkata, beliau 
tergamam sebaik terlihat kelibat reptilia itu yang muncul lebih kurang jam 
12.00 tengah hari dengan separuh badannya timbul di permukaan dan bergerak 
perlahan menyusur pantai itu ketika air laut pasang.

Pada mulanya saya terkejut juga sebab inilah pertama kali buaya muncul di 
laut, biasanya buaya hanya ditemui di sungai, tapi seumur hidup saya inilah 
pertama kali saya nampak dengan jelas buaya itu timbul di permukaan laut 
sebelum ia tenggelam semula.

Tapi selepas beberapa minit melihatnya, timbul pula rasa seronok sebab bukan 
senang kita dapat melihat perkara unik seperti itu, kebetulan ia turut 
melibaskan ekornya di permukaan laut,” katanya.

Seorang nelayan pantai, Mustafa Puteh, 53, berkata, beliau hairan apabila buaya 
tembaga dewasa itu berlegar-legar di kawasan pantai Tanjung Keramat. Katanya, 
tidak pernah terlintas di fikiran penduduk, kawasan berkenaan menjadi laluan 
buaya sebesar itu.

Saya perhatikan buaya itu berlegar-legar di kawasan Tanjung Keramat sekitar 15 
minit sambil tenggelam dan timbul seolah-olah mencari tempat perlindungan.

Ia mungkin terkejut dengan suasana laut dan cubaan naik ke darat didapati 
penuh dengan pasir, ada pula kelibat manusia, jadi saya fikir ia lebih selesa 
berlegar-legar di laut,” katanya.

Sementara itu, Sidang Kampung Baru, Yaakub Basiron, ketika dimaklumkan 
kewujudan reptilia itu turut terkejut dan mengarahkan anak buahnya memantau 
haiwan berkenaan bagi mengelak sebarang kejadian buruk menimpa penduduk.

Saya bimbang kemunculannya boleh mendatangkan persepsi yang tidak baik di 
kalangan pengunjung pantai kerana buaya adalah sejenis hidupan liar yang ganas. 
Saya juga ingin menasihatkan penduduk supaya tidak cuba-cuba mengganggu buaya 
ini kerana bimbang ia akan bertindak ganas.

Kita juga mahu pihak yang berkenaan membuat pemantauan di sepanjang kawasan 
pantai ini pada setiap masa kerana dikhuatiri buaya ini muncul semula selepas 
tersesat,” katanya.

Tinjauan Berita Harian pada hari berikutnya berjaya merakamkan aksi buaya 
berkenaan yang sedang bersidai di penghujung pantai berkenaan pada waktu senja 
sekali gus mengesahkan dakwaan penduduk kampung yang kini dalam keresahan.

Tambah membimbangkan apabila pihak yang mendakwa haiwan itu datang ke kawasan 
berkenaan kerana mencari pasangannya.

Beberapa pakar buaya yang mendakwa reptilia itu menuju ke sesuatu lokasi dengan 
tujuan khusus iaitu mencari pasangan untuk mengawan dan seterusnya bersarang di 
situ sebelum ia terus menjadikan kawasan terbabit sebagai tempat membiak.

Penduduk bimbang jika benar dakwaan itu, ia bermakna pantai berkenaan mungkin 
dihuni lebih daripada seekor buaya sekali gus mendedahkan mereka kepada bahaya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Melaka_NegeriSembilan_Buayamunculdipantai/Article






Help Palestine [hidayahnet] Konvoi Viva GAZA 8 Mei 2010 Malaysia

2010-04-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KONVOI VIVA GAZA DAN PERHIMPUNAN PERDANA 
Tarikh : 8 Mei 2010 (Sabtu)
Tempat :  Stadium Melawati Shah Alam. 

Usaha Yang Digerakkan Oleh Gabungan NGO-NGO Dunia Demi Membantu Gaza Yang Kini 
Dibina Tembok Sekelilingnya Untuk Membunuh Rakyatnya

Anjuran : www.lifeline4gaza.org   www.vivapalestinamapim.blogspot.com 

Rombongan kapal dari Turki akan bergerak memecahkan tembok maut Israel. Bermula 
dengan konvoi dari seluruh Malaysia ke Stadium Melawati Shah Alam pada 8 Mei 
2010 dan pertengahan Mei akan masuk ke GAZA.

AYUH ! BEBASKAN MEREKA DARI TEMBOK MAUT ISRAEL !

KONVOI NASIONAL UNTUK GAZA anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia 
(MAPIM).

MAPIM adalah komuniti penyelaras bagi inisiatif Malaysia untuk pembebasan 
Palestin.

Sasaran penyertaan 1000 kenderaan dari seluruh Malaysia yang akan berkonvoi 
menuju ke Shah Alam. 

Objektif program adalah sebagai tanda sokongan padu kepada umat Islam di GAZA, 
Palestin dan juga untuk memberi kesedaran kepada umat Islam seluruh dunia 
mengenai penjajahan Israel terhadap Masjid Al Aqsa.

Penyertaan parti politik, NGO Islam, jabatan kerajaan, masjid-masjid seluruh 
Malaysia dan individu-individu prihatin dalam konvoi ini dialu-alukan.

Maklumat lanjut hubungi 019-4747141

BEBASKAN GAZA DAN SELAMATKAN AL-AQSA !



  


Help Palestine [hidayahnet] Ibu bapa sekarang tak kisah anak melepak

2010-04-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Artikel saya sebelum ini :  Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah 
http://waghih.blogspot.com/2010/04/melayu-1-rumah-1-penagih-dadah.html

Masyarakat kita , terutama orang Melayu macam dah tak kisah masalah remaja, 
gejala sosial, dadah, seks bebas di sekeliling mereka.

Orang Melayu kita hanya pandai menuding jari. Itu kerja polis, itu kerja guru, 
itu kerja Jabatan Agama, itu kerja menteri , dan itu dan itu.

Sampai bila tak akan selesai bermacam-macam masalah sekarang ini.

Buatlah apa-apa kempen sekali pun, selagi kita mengambil sikap tunggu dan 
lihat, kita menuju kehancuran.

Setidak-tidaknya buatlah perkara berikut untuk mengurangkan pelbagai masalah 
sekarang :

1. MOTOSIKAL – Tolonglah jangan beri anak berlegar-legar dengan motosikal kalau 
tiada lesen atas alasan nak beli beras dan sebagainya. Motosikal inilah punca 
utama pelbagai masalah di kalangan anak-anak. Kalau semua ibu bapa dapat kawal 
penggunaaan motosikal, ianya separuh dari masalah melepak, pergi cyber cafe 
main game atau judi, pergi hidu gam, merempit dsbnya.

2. SUKARELAWAN – Libatkanlah diri kita dengan kerja sukarela samada di surau, 
masjid, kampung, taman perumahan atau NGO, Pemadam www.pemadam.org.my   , Bulan 
Sabit Merah dsbnya.

3. MASJID DAN SURAU – Makmurkan masjid dan surau di tempat kita dengan solat 
jemaah lima waktu. Apalah guna kita mengadakan bermacam-macam kempen, tapi 
perkara yang paling asas, iaitu sembahyang kita ambil mudah.

4. ROKOK – Pada mereka yang tidak dapat berhenti rokok, cuba jangan merokok di 
hadapan anak-anak , apatah lagi anak-anak kita sendiri. Kajian mendapati bahawa 
mereka yang terlibat dengan dadah bermula dari merokok. Tapi bukan semua orang 
yang merokok terlibat dengan dadah.

5. SPOT CHECK – Selalu buat spot check atau pemeriksaan mengejut terhadap 
anak-anak kita. Kalau hari sekolah, cuba balik rumah pukul 9 pagi, kalau suami 
isteri bekerja. Jangan terkejut ada anak-anak yang ponteng sekolah , balik 
rumah, membawa rakan-rakan ponteng sekolah mereka.

Di atas sebahagian peranan kita sebagai ibu bapa.

Peranan kerajaan, peranan agensi kerajaan , mana yang lemah kita tegur.

Tapi apa peranan kita ? Tunggu dan lihat ? Tak apa, Bukan anak kita ?






Help Palestine [hidayahnet] Isi kuliah Sheikh Nuruddin Banjari di Seremban

2010-04-30 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
( Ada orang tu tak suka ulama dari negara jiran datang Negeri Sembilan. Tak 
tahulah siapa yang dimaksudkan dan dari negara jiran mana. Macamana kalau Inul 
bikin konsert di Seremban, apakah orang itu akan beri permit? )

Dari Blog http://whitewakgreen.blogspot.com 

Perkongsian isi Kuliah Sheikh Muhammad Nuruddin al-Banjari al-Makki di Masjid 
Jamek Dato' Klana Petra Sendeng , Ampangan , Seremban pada 11 April 2010 :

- apa pun jua ibadah,yang mustahak adalah kita dengan sedaya upaya untuk 
menghindarkan diri dari sifat dan unsur ujub,riak,sum`ah dan ego.

- bersin juga nikmat pemberian Allah SWT

- Janganlah di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah perlakuan 
maksiat dan kesalahan di sisi Allah.

- Janganlah juga di pandang kecil sekiranya sesuatu perkara itu adalah 
perlakuan ibadah dan kebaikan kepada Allah SWT.

- Apakah nilai yang lebih besar lagi di akhirat kelak melainkan syafaat dari 
Nabi Besar kita Muhammad SAW.

- Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan memakai jam di 
tangan kanan kerana memuliakan tangan kanan untuk membuat perkara kebaikan. 

- Jangan pandang kecil sesuatu ibadah walaupun hanya dengan melapik tangan 
kanan di bawah cawan ketika minum 

- Janganlah memandang remeh dan rendah untuk mengutip saki baki makanan di tepi 
pinggan/talam,mungkin kerana perbuatan kita menghabiskan sisa makanan itu Allah 
jadikan asbab untuk kita mudah untuk berbuat ibadah dan mendapat maghfirah 
(keampunan) dariNya..

Isi kuliah sepenuhnya di 
http://whitewakgreen.blogspot.com/2010/04/permata-gemilang-1.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Teks Khutbah kilang Coca Cola N.Sembilan

2010-04-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kepada para khatib khususnya di Negeri Sembilan dan seluruh Malaysia amnya 
boleh rujuk laman web berikut untuk khutbah berkaitan risiko pembinaan kilang 
Coca Cola di N.Sembilan.

***
Khatib memilih untuk mengulas isu ini kerana rata-rata umat Islam seolah-olah 
lupa dengan penderitaan yang masih ditanggung oleh umat Islam di Gaza. Serangan 
besar-besaran telah dihentikan pada akhir Januari 2009 namun dengan berhentinya 
serangan tersebut ia tidak membawa apa-apa harapan kepada rakyat Gaza. Mereka 
terus dikepung, terus dikenakan sekatan ekonomi, terus dihalang dari mendapat 
bekalan makanan, ubat-ubatan, bekalan air bersih, bahan binaan dan bahan bakar.

Di kalangan rakyat US yang prihatin, usaha sedang dilipat gandakan untuk 
memboikot barangan yang dibuktikan telah menyumbang kepada ekonomi Isreal.

BEBERAPA BARANGAN PENGGUNA YANG POPULAR SEPERTI COCA COLA MENJADI SASARAN 
SEBAHAGIAN BESAR DARI MASYARAKAT ANTARABANGSA UNTUK DIBOIKOT KERANA SOKONGAN 
SYARIKAT-SYARIKAT INI KEPADA ISRAEL.

Khutbah sepenuhnya di laman web Palestine Center of Excellence (PACE)
http://lambaian-islah.blogspot.com/2009/12/cadangan-teks-khutbah-jumaat-pace-tahun.html

**

Tindakan menjadikan musuh sebagai kawan mengundang bahaya semata-mata mahu 
menjaga harta dan takhta sehingga kepentingan agama dan Negara diketepikan.

KITA TURUT MENYOKONG BANTAHAN TERHADAP PELABURAN BERJUMLAH RM1 BILION OLEH 
SYARIKAT COCA-COLA YANG BAKAL MENDIRIKAN KILANGNYA ATAS TANAH YANG DIBELI 
DARIPADA TABUNG HAJI DI NILAI, NEGERI SEMBILAN yang bukan sahaja mempunyai 
kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia yang merupakan negara ke-8 pengguna 
gula tertinggi di dunia malah syarikat Cola-Cola sememangnya jelas penyumbang 
utama kepada keganasan zionis yahudi di Palestin disamping mencabuli hak asasi 
manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara sebelum ini.

Khutbah sepenuhnya di 
http://ekhutbah.wordpress.com/2010/04/07/jahiliah-dipilih-rakyat-merintih/

“Mengapa kamu tidak mau berperang di jalan Allah dan (membela) orang-orang yang 
lemah baik laki-laki, wanita-wanita mahupun anak-anak yang semuanya berdoa: 
“”Ya Tuhan kami, keluarkanlah kami dari negeri ini yang zalim penduduknya dan 
berilah kami pelindung dari sisi Engkau, dan berilah kami penolong dari sisi 
Engkau!”
(Al-Nisaa` : 75)

**
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 HIDUP LEBIH MANIS TANPA GULA

Bagaimana pun salah satu bahan makanan yang menjejaskan dan membahayakan 
kualiti hidup ialah gula. Penggunaan gula  menjadi penyebab utama seseorang 
mengidap kencing manis.

Mengikut laporan Persatuan Daibetes Malaysia pada tahun 2009 dianggarkan di 
seluruh dunia terdapat kira kira 250 juta pesakit kencing manis dan pengidap 
penyakit ini akan mencapai 350 juta orang menjelang tahun 2025. Di negara kita, 
sehingga tahun 2009 pesakit kencing manis kini mencecah 1.2 juta orang dan 
menjelang tahun 2020 pula dijangkakan terdapat seramai 5 juta orang rakyat 
negara ini mengidap penyakit kencing manis jika pengidap kencing manis dan 
mereka yang berpotensi tidak mengambil langkah pencegahan.

Sumber : 
http://www.islam.gov.my/khutbahjakim/upload/doc/Hidup%20Lebih%20Manis%20Tanpa%20Gula%20(Rumi%20).doc






Help Palestine [hidayahnet] Orang Cina pun marah pemabuk arak

2010-04-26 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kalau tak tahu guna kemudahan awam. Baik dirobohkan saja tempat riadah , pondok 
dan wakaf yang Pihak Berkuasa Tempatan buat. Lebih banyak buruk dari baiknya.

Laporan Sinar Harian di bawah menyatakan kemarahan orang Cina di N.Sembilan 
orang minum arak yang menyalahgunakan kemudahan awam.

Sebelum ini pun saya ada tulis perkara sama di 
http://waghih.blogspot.com/2008/10/taman-kanak-kanak-tempat-pesta-arak-di.html

Juga beberapa artikel lain mengenai barah arak di Malaysia :
Ramai remaja belasan tahun ketagih arak di N.Sembilan 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/ramai-remaja-belasan-tahun-ketagih-arak.html
Arak pemusnah bangsa dan keluarga 1Malaysia 
http://waghih.blogspot.com/2009/12/arak-pemusnah-bangsa-dan-keluarga.html
SOKONGLAH Gerakan 1Malaysia Bebas Arak dan Judi di laman Blog 
http://pmbaj.blogspot.com
Kerajaan tak serius tangani remaja Melayu mabuk 
http://waghih.blogspot.com/2009/11/kerajaan-tak-serius-tangani-remaja.html
Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah 
http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html

*
Pondok riadah jadi syurga kaki botol
Sinar Harian 8 April 2010

TAMPIN – Pondok riadah didirikan bersebelahan sungai di jalan masuk utama Taman 
Clonlee, di sini, bagaikan syurga buat kaki botol.

Setiap hari, siang dan malam lokasi tersebut menjadi tempat melepaskan 
ketagihan kaki botol.

Pengerusi Keadilan Tampin Sentral, Jeffery Young berkata, beliau sudah beberapa 
kali menerima aduan penduduk taman berkenaan yang bimbang terhadap tahap 
keselamatan terutamanya anak gadis yang pulang bekerja di waktu senja.

Menurutnya, beliau sendiri sudah beberapa kali menyaksikan pergaduhan kecil di 
lokasi berkenaan membabitkan kaki botol yang mabuk dan bertindak liar sehingga 
menyebabkan membaling botol arak antara satu sama lain.

“Oleh itu, saya menggesa pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan 
segera memastikan lokasi riadah ini tidak menjadi sarang kaki botol melepaskan 
ketagihan.

“Malah, sekiranya tiada kaedah mampu membendung masalah ini, kita usulkan agar 
dirobohkan pondok riadah ini supaya tidak menjadi tumpuan kaki botol,” katanya 
kepada Sinar Harian ketika ditemui di sekitar lokasi tersebut.

Sementara itu, Jeffery berkata, perkara itu sudah berlanjutan sejak setahun 
lalu, namun beliau berasa kesal kerana lokasi itu semakin menjadi tumpuan kaki 
botol tanpa mengira bangsa dan keturunan.

Menurutnya, beliau berasa malu melihat perkara itu berlaku di hadapan mata 
lebih-lebih lagi apabila kaki mabuk bertindak di luar dugaan.

“Kita cadangkan supaya isu ini dibawa ke PBT, namun kita memilih mendedahkannya 
terlebih dahulu melalui Sinar Harian kerana percaya isu ini turut berlaku di 
lokasi lain di daerah ini.

“Malah, kita harap isu seumpama ini dapat diselesaikan sebaik mungkin bagi 
memastikan tiada perkara buruk berlaku kepada masyarakat setempat terutamanya 
penghuni Taman Clonlee,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/mns/content/story7537370.asp






Help Palestine [hidayahnet] Bengkel Kata Kata Adat 24 Apr Rembau

2010-04-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bengkel Pengacaraan Majlis Menggunakan Kata-kata Adat
Tarikh : 24 April 2010 (Sabtu)
Masa : 8 pagi - 5 ptg
Tempat : Pusat Kecemerlangan Pelajar (Bangunan Lama Sekolah Kebangsaan Undang 
Rembau)
Bayaran : RM50.00 (termasuk makan, minum dan nota kata-kata adat yang boleh 
digunakan di dalam pengacaraan majlis)

Bengkel ini akan dikendalikan oleh Prof Madya Dato' Paduka Dr. Mohd Rosli 
Saludin , Ketua Jabatan Kesusasteraan, Fakulti Bahasa, UPSI, Tanjung Malim

Untuk pertanyaan sila hubungi Cik Habibah (017-6983919) , Cik Syahidah 
(017-3047515) 
Tempat adalah terhad.

Anjuran : De Astana Shop

Maklumat lanjut di 
http://nagarinansembilan.blogspot.com/2010/04/bengkel-pengacaraan-majlis_14.html
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Konsert AZHAN ATAN 24 April 2010 PERAK

2010-04-18 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KONSERT NASYID KEMBARA SUFI VIII
Tarikh : 24 April 2010 / Sabtu 
Masa : 8 malam
Tempat : Dewan Canselor, Universiti Teknologi Petronas, Tronoh, Perak

Bersama Artis :
AZHAN ATAN (Juara Akademi Nasyid TV9 2008)
Kumpulan RABBANI
Kumpulan SOUTUL HAROKAH dari Indonesia 

Untuk sebarang pertanyaan dan pembelian tiket hubungi :
Benjamin : 013-5014114
Maisarah : 013-5961684

Tiket Dewasa RM 10 
Tiket Kanak-kanak RM7 
Tiket VIP RM25 

300 pembeli tiket terawal berpeluang menerima hadiah MISTERI pada malam konsert

Maklumat lanjut di http://kembarasufi.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Kilang Coca Cola , apa akibatnya

2010-04-14 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Pada 16 Mac 2010 Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak telah melakukan pecah tanah 
pembinaan kilang Coca-Cola di Bandar Enstek (Tabung Haji Properties), Nilai, 
Negeri Sembilan antara yang terbesar di rantau ini.

Apakah kesan jangka pendek dan jangka panjang yang akan ditanggung oleh rakyat 
Malaysia dengan pembinaan kilang Coca Cola di N.Sembilan ?

Beberapa artikel berkaitan isu pembinaan kilang Coca Cola di bawah :

Coca Cola cabul hak asasi, jejas sumber air
http://waghih.blogspot.com/2010/03/coca-cola-cabul-hak-asasi-jejas-sumber.html 

PACE dukacita Coca Cola melabur di Malaysia
http://waghih.blogspot.com/2010/03/pace-dukacita-coca-cola-melabur-di.html 

Student US Boikot Coca Cola, Kita ?
http://waghih.blogspot.com/2010/03/student-us-boikot-coca-cola-kita.html 

Krisis Coca Cola dan Air N.Sembilan
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-coca-cola-dan-air-nsembilan.html 

Kilang Coca Cola, rakyat perlu bangkit
http://waghih.blogspot.com/2010/03/kilang-coca-cola-rakyat-perlu-bangkit.html 

Coca Cola dan Ke Mana Hilangnya Air ?
http://waghih.blogspot.com/2010/03/coca-cola-dan-ke-mana-hilangnya-air.html 

Coca Cola boleh, gerai Melayu di N9 tak boleh
http://waghih.blogspot.com/2010/03/coca-cola-boleh-gerai-melayu-di-n9-tak.html 

Krisis Coca Cola di India, N.Sembilan menyusul
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-coca-cola-di-india-nsembilan.html 

Apabila pemimpin promosi Coca Cola
http://amkns.blogspot.com/2010/03/apabila-pemimpin-promosi-coca-cola.html 

Melayu telah dijajah oleh Orde Baru Dunia
http://amkns.blogspot.com/2010/03/melayu-telah-dijajah-oleh-orde-baru.html 

Coca Cola dah tawan Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2010/03/coca-cola-dah-tawan-negeri-sembilan.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Akhbar Melayu galakkan Maksiat Judi

2010-04-14 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Semalam saya menghantar anak saya gunting rambut di Senawang.

Belek-beleklah akhbar Harian Metro Ahad 4 April 2010. Lama dah tak baca akhbar 
bercetak Utusan Malaysia, Berita Harian, Metro dan Kosmo, hanya baca di 
internet.

Memang dah agak ada iklan judi. Tapi tak sangka sekarang ini sampai 4 muka 
penuh ilan judi dalam Harian Metro.

Nampaknya sampai bila-bila tak akan selesai masalah judi di kalangan orang 
Melayu. Akhbar berbahasa Melayu begitu seronok mempromosikan judi. 

Pemimpin Melayu pun langsung tak kisah , dan tak dengar suara langsung pemimpin 
Melayu minta akhbar Melayu buang iklan judi dari akhbar mereka.

Lebih lanjut Kempen Boikot Akhbar Melayu selagi iklan judi disiarkan pada 
http://pmbaj.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Melayu , 1 Rumah , 1 Penagih Dadah

2010-04-14 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Itulah luahan seorang ustaz yang menyampaikan kuliah malam tadi. Kampungnya di 
Pahang begitu serius penagihan dadah, hinggakan boleh dikatakan setiap isi 
rumah ada tidak kurang seorang penagih dadah.

Ini masalah 1Malaysia, bukan di Pahang sahaja. Pahang yang ditadbir BN ialah 
negeri tertinggi peningkatan penagih dadah pada tahun 2009 iaitu 195%. 
Sementara Kelantan yang ditadbir PAS kedua tertinggi iaitu 183%.

Majoriti ialah orang Melayu, orang Islam. Dadah tak kenal engkau anak orang 
UMNO ke, engkau anak orang PAS ke, engkau anak orang PKR ke.

Melayu terlalu fanatik politik, akhirnya Melayu hancur.

Sampai bila masalah dadah di Malaysia ini tak akan selesai , selagi politik 
diutamakan , agama dan bangsa dikesampingkan.

Ini adalah masalah kita bersama , tanpa mengenal sempadan fahaman agama, bangsa 
dan politik.

Nak salahkan PAS , negeri yang Datuk Seri Najib menjadi Perdana Menteri paling 
parah masalah dadah. Nak salahkan UMNO, negeri yang ditadbir Tok Guru pula 
kedua tertinggi.

Yang salah ialah semua kita. Sikap majoriti orang Melayu samada terlalu fanatik 
politik, atau terlalu tak kisah apa yang berlaku sekeliling kita.

Saya dimaklumkan di sebuah tempat di Negeri Sembilan ini menjadi pusat dadah 
sintetik dan yang terlibat semua anak-anak Melayu , yang menjadi user dan juga 
pusher.
 
Ada anak-anak yang pergi tahfiz menjadi penagih tegar , apatah lagi anak-anak 
yang terbiar.

Ada orang PAS di Kelantan tidak mahu menyertai badan sukarela membanteras dadah 
kerana kata segelintir kecil mereka ini masalah UMNO.

Ada suara kecil ahli JIM di Pulau Pinang tidak mahu menyertai badan sukarela 
membanteras dadah kerana menyangkakan ianya sayap UMNO.

Itulah sikap orang kita, semua orang salah, dia sahaja betul.

Kita tengok sahaja kempen pilihanraya kecil di Hulu Selangor nanti, ada tak 
sesiapa mengetengahkan masalah penagihan dadah yang makin kritikal terutama di 
kalangan orang Melayu dalam saat bajet AADK , bajet Bahagian Narkotik banyak di 
potong tahun 2010 ini.

Artikel saya sebelum ini mengenai masalah dadah di Malaysia :

Dadah parah di N.Sembilan, siapa salah
http://waghih.blogspot.com/2010/04/dadah-parah-di-nsembilan-siapa-salah.html 

Melayu makin hancur dek dadah, Cina bagus
http://waghih.blogspot.com/2010/03/melayu-makin-hancur-dek-dadah-cina.html 

Paroi kawasan hitam penagihan dadah
http://waghih.blogspot.com/2010/03/paroi-kawasan-hitam-penagihan-dadah.html 

Rawat penagih dadah dengan Selawat
http://waghih.blogspot.com/2010/03/rawat-penagih-dadah-dengan-selawat.html 

Saintis bukan Islam kata merotan ubat ketagihan arak, dadah
http://waghih.blogspot.com/2009/08/saintis-bukan-islam-kata-merotan-ubat.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Haram mewarna rambut jika

2010-04-12 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Utusan Malaysia 2 April 2010 

Hukum mewarna rambut

SOALAN :
Apakah hukum mewarnakan rambut mengunakan pewarna yang dinyatakan halal, walau 
pun bermacam-macam warna?

JAWAPAN:

Ada ulama menghukumkan haram kerana menyerupai budaya orang kafir.

Tiada keharusan ditemui untuk mewarnakan rambut pelbagai warna pada satu kepala 
(tamyish al-sha'r). 

Hukum mewarnakan rambut (sabgh al-sha'r) adalah harus kecuali mewarnakan rambut 
dengan warna hitam berdasarkan satu hadis riwayat Muslim, no. 2102: Ubahlah 
warna uban ini akan tetapi elakkanlah daripada warna hitam (menghitamkannya).

Hukum ini bertukar menjadi haram jika tiada tujuan tertentu seperti untuk 
suka-suka atau dengan niat yang bersalahan dengan panduan syarak seperti wanita 
yang berbuat begitu untuk menunjuk-nunjuk atau berhias-hias (tabarruj) 
mempamerkan rambut kepada bukan mahram dengan mengabaikan syariat menutup aurat 
dalam Islam. 

Begitu juga jika bahan yang digunakan merosakkan rambut anugerah Allah kerana 
ia adalah amanah Allah yang 'dipinjamkan' kepada kita.

Apa yang penting bagi orang yang ingin mewarnakan rambut ialah bahan pewarna 
itu halal dan telap air seperti inai (ini jelas harus dan disebut di dalam 
hadis) kerana jika tidak telap air, wuduk anda dianggap tidak sah. 

Mengikut Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), dari segi ramuan pewarna 
rambut yang berada di pasaran kita terbahagi kepada dua jenis. Kedua-duanya 
adalah halal dari segi bahan kandungan tetapi satu telap air dan satu lagi 
tidak, maka perlulah dipastikan terlebih dahulu.

Pewarna rambut yang dipasarkan biasanya akan tertulis pada kotak permanent dye 
atau semi permanent dye. 

Mengikut kajian, jenis yang semi-pamenent dye adalah jenis yang tidak menyerap 
air dan ia tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya.

Hakikatnya, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) tidak pernah mengeluarkan 
sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. 
Secara teknikalnya, Jakim hanya mengeluarkan sijil halal untuk produk yang 
diproseskan di Malaysia sahaja.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0402pub=Utusan_Malaysiasec=Bicara_Agamapg=ba_02.htm
 



  


Help Palestine [hidayahnet] Pameran Penyu dan Ikan April 2010 Seremban

2010-04-12 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PAMERAN PENYU DAN SPESIS IKAN TERANCAM
Sepanjang Bulan April 2010
Di Tingkat 1, Muzium Negeri , Seremban

SEMUA DIJEMPUT HADIR

ACARA MENARIK !

Pertandingan Memancing Udang Galah
10 pg – 6 ptg pada 3,4,10,11,17,18,24 dan 25 April 2010

Bazar Jualan
10 pg – 6 ptg pada 2,3 dan 4 April 2010

Pertandingan Mewarna
9 pg – 12 tgh pada 3 April 2010

Pertandingan Menghias Akuarium (Sek. Men.)
9 pg – 12 tgh pada 14 April 2010

Ceramah Kepentingan Pemuliharaan Alam Sekitar
9 pg – 12 tgh pada 14 April 2010

Pameran Produk Industri Asas Tani
10 pg – 6 ptg pada 17 April 2010

Pertandingan Memasak
10 pg – 6 ptg pada 24 April 2010

Acara Penutup , Ceramah , Pertandingan Permainan Tradisional , Pertandingan 
Mewarna , Penyampaian hadiah Utama Pertandingan Memancing
9 pg – 12 tgh pada 5 Mei 2010

Maklumat lanjut di http://www.ns.gov.my/jabatan/muzium/
Lembaga Muzium Negeri Sembilan
Jalan Sungai Ujong
70200 Seremban
No Tel : 06-7631149 , 06-7643230
No Fax: 06-7615355
Email :
muziu...@yahoo.com
muzium...@gmail.com







Help Palestine [hidayahnet] Krisis Buang Bayi, Adat, Kahwin dan Zina

2010-04-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
SHAHIDAN CADANG PERMUDAH URUSAN KAHWIN
Utusan Malaysia 31 Mac 2010
SUNGAI PETANI 30 Mac - Pihak berkuasa agama setiap negeri dicadang 
mempermudahkan urusan berkahwin di kalangan muda-mudi bagi menangani gejala 
negatif seperti kes buang bayi yang makin membimbangkan kebelakangan ini.

Bekas Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, langkah 
tersebut juga dilihat berkesan kerana dapat mengurangkan kes-kes pembuangan 
bayi terutamanya membabitkan remaja Islam.

Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi UMNO berkata, pihak berkuasa agama juga 
sepatutnya mengutamakan soal nikah serta hukum daripada memikirkan birokrasi 
berkaitan urusan berkahwin.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0331pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_11.htm

ADAT MELAYU MENYUSAHKAN, AJARAN ISLAM MEMUDAHKAN
Artikel sepenuhnya di 
http://waghih.blogspot.com/2005/10/adat-melayu-menyusahkan-ajaran-islam.html

HENTIKAN KENDURI KAHWIN YANG MENYUSAHKAN
Artikel sepenuhnya di 
http://waghih.blogspot.com/2008/12/hentikan-kenduri-kahwin-yang.html

REMAJA ORANG ASLI KAHWIN UMUR 13 TAHUN
SYABAS kepada remaja Orang Asli yang berkahwin secara sah dan halal pada usia 
13 tahun kerana lebih berani mempraktikkan Islam berbanding Melayu professional 
yang suka hidup bebas, ber”couple” , serta menetapkan hantaran perkahwinan yang 
tinggi, mengadakan kenduri kahwin bermewah-mewahan sehingga menyusahkan para 
remaja Melayu untuk berkahwin.
Artikel sepenuhnya di 
http://waghih.blogspot.com/2007/03/orang-asli-lebih-faham-islam-daripada.html

KOS KAHWIN CUMA RM250
LAPAN pasangan pengantin ceria selepas Majlis Perkahwinan Beramai-ramai yang 
berlangsung di Masjid Sultan Ahmad, Chukai, Kemaman semalam.

Tidak perlu duit hantaran dan belanja kenduri, cuma sediakan RM250.
Itulah jumlah yang perlu dibelanjakan oleh lapan pasangan muda untuk mendirikan 
rumah tangga melalui Program Perkahwinan Beramai-ramai Daerah Kemaman di Chukai 
di sini semalam.

Artikel sepenuhnya 
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009dt=0626pub=Kosmosec=Negarapg=ne_09.htm






Help Palestine [hidayahnet] Promosi Hebat Paintball Kuala Pilah

2010-04-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
YKSNS Paintball Jungle Park Dibuka Sekarang!!!
(Depan Kem 508 Askar Wataniah , Kuala Pilah)

*Open On Weekdays And Weekend

Call To Enquire Info
• Hakim : 017-2378013
• Adam   : 013-2384840
Laman Web http://ykspbjunglepark.blogspot.com
email: ykspbjunglep...@gmail.com

Game Sessions
0900-1100 Hrs , 1100-1300 Hrs , 1400-1600 Hrs , 1600-1800 Hrs

Harga Sempena Promosi Untuk Sebulan Bermula Daripada 1 April 2010

Starter Package (Adult) RM 30.00
• Inclusive Marker (Gun)
• Unlimited Co2 Gas
• Face Mask
• 100 Paintball Bullets
• Field Use 2 Hours

Student Price (Student Age 10-17) RM 15.00
Paintball War Games
• Inclusive Marker (Gun)
• Unlimited Co2 Gas
• Face Mask
• 50 Paintball Bullets
• Field Use 2 Hours

Shooting Gallery RM 5.00
• Inclusive Marker (Gun)
• Unlimited Co2 Gas
• Face Mask
• 20 Paintball Bullets

Additional bullets
• 50 bullets RM 20.00
• 100 bullets RM 30.00
• 500 bullets RM 80.00
• 1000 bullets RM 130.00
• 2000 bullets RM220.00

Camouflage Suits RM 8.00 Per Pair / Person
Camouflage Shirt/Pant RM 4.00 Per Piece / Person






Help Palestine [hidayahnet] Taman Paintball Tampin N.Sembilan

2010-04-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tampin Paintball Park, telah beroperasi di pekan Tampin, N.Sembilan.

Bertempat di jalan belakang Tampin ke Alor Gajah. Dari simpang empat Tampin 
(dulu bulatan) terus 150 meter dari sini.

Hubungi :
En. Zulkifli Maarof 012 6393 
Azahari 019 2077 732.

Laman web http://tampaintball.blogspot.com 

For Rental Kit, our introductory charges is RM30 and we offer the following:
- 1 House marker (mechanical)
- 1 CO2 tank
- 1 Face Mask
- 1 Vest
- 100 pellets
- 2 hours use of the field

Additionally, should you ran out of pellet before the 2 hours limit's over, 
more pellets can be purchased at the following prices:
- RM30 for 100 Pellets
- RM60 for 200 Pellets
- RM80 for 500 Pellets
- RM130 for 1000 Pellets
- RM240 for 1 Box (that's 2000 Pellets!)

For those that have their own markers, the charges are as follows:
- RM20 for field charge
- RM70 for 500 Pellets
- RM130 for 1000 Pellets
- RM240 for a box of 2000 Pellets

We also have rentals set for Face Masks, Vest and also pellet Pods.

Target practise is also available where we do not charge you any field rental, 
just for the pellets. 



  


Help Palestine [hidayahnet] Tawaran Fasiliti Seminar di Seremban 2

2010-04-11 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KEMUDAHAN MESYUARAT  SEMINAR MUTIARA OAKLAND

Mutiara Oakland menyediakan kemudahan Seminar, Mesyuarat  Aktiviti Sosial 
sebagai alternatif yang lebih menjimatkan kepada syarikat-syarikat korporat, 
persatuan  individu berbanding dengan kemudahan yang disediakan oleh 
hotel-hotel di Seremban.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN
Bilik Seminar Utama.
Bilik Seminar Kedua.
Dewan Banquet.
Surau Lelaki  Perempuan.
Tempat penyediaan makanan untuk katering.
Tandas yang mencukupi.
Tempat letak kenderaan percuma.

BILIK SEMINAR UTAMA
- Memuatkan 70 - 75 orang peserta.
- Kerusi disediakan.
- Sistem siaraya Bosch.

BILIK SEMINAR KEDUA
- Memuatkan 30 - 50 orang peserta.
- Tanpa kerusi  meja.
- Sistem siaraya Bosch.

DEWAN BANQUET
- Ruang penyediaan makanan disediakan.
- Memuatkan 70 - 75 orang peserta.
- Sistem siaraya Bosch.

Alamat :
Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia Negeri Sembilan (PKMMNS) 
No. 163-1 Jalan Haruan 5/5
Oakland Commerce Square
70300 Seremban
N.Sembilan
Tel : 06-6333662 , 06-6333663
Fax : 06-6333664/5
E-mel : mutiaraoakl...@yahoo.com 
Laman web http://mutiaraoakland888.blogspot.com 



  


Help Palestine [hidayahnet] Pemberi penerima rasuah masuk neraka

2010-04-07 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PETIKAN TEKS KHUTBAH JUMAAT MASJID SELURUH NEGERI MELAKA

TAJUK KHUTBAH :  RASUAH

Dan peringatan Rasulullah s.a.w. yang bermaksud 'pemberi rasuah dan penerima 
rasuah kedua-duanya masuk neraka.'

Mereka bukan sahaja berdosa kepada Allah subhanahua ta'ala, bahkan mereka juga 
akan disoal di padang mahsyar kerana amanah rakyat yang mereka khianati.

Ingatlah, perbuatan rasuah itu membawa kepada kemurkaan Allah dan juga bakal 
menghancurkan masyarakat, agama dan negara.

Pengamal rasuah akan sentiasa terdedah kepada risiko sakit jiwa, akibat 
perasaan takut yang sentiasa menghantui diri mereka. 

Hidup pengamal rasuah akan sentiasa diselubungi kebimbangan. 

Di dalam Islam mereka yang menghadapi masalah seperti ini dianggap menerima 
bala'. 

Firman Allah subhanahua ta'ala telah menegaskan di dalam kitab suci Al-Quran, 
surah Al-Baqarah ayat 188 yang bermaksud :  dan janganlah sebahagian kamu 
memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil dan 
janganlah kamu membawa urusan harta itu kepada hakim supaya kamu dapat memakan 
sebahagian harta orang lain dengan jalan dosa padahal kamu mengetahui .

Perbuatan rasuah dianggap sebagai melanggar amanah dan dalam Islam melanggar  
amanah termasuk ke dalam golongan munafik, Rasulullah s.a.w. menjelaskan dalam 
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan muslim yang bermaksud  
tanda-tanda orang munafik itu ada tiga, jika dia berkata-kata, dia berdusta, 
apabila berjanji, dia mungkir, apabila diberi amanah, dia khianati.

Oleh kerana itu, pada hari ini sama-samalah kita membina keperibadian diri agar 
kita tidak terlibat dengan rasuah dan mencari rezeki yang tidak halal samada 
sebagai pemberi rasuah, penerimanya atau perantaranya. Kerana Allah dan 
rasulnya melaknat ketiga-tiga golongan tersebut. 

Sumber : 
http://www.al-azim.com/masjid/khutbah24.html 
http://mutiaraislam.wordpress.com/seruan-minda/seruan-minda/ 



  


Help Palestine [hidayahnet] Sarawak, kemarau, maksiat, bala, gempa bumi

2010-04-06 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Apakah ada kaitan semua peristiwa yang berlaku di bawah ini di Miri , Sarawak ?

Aktiviti maksiat berleluasa, gempa bumi 3.2 pada skala Richter, kemarau, 
kebakaran hutan, paya menjadi kering, sumber air bawah tanah merosot teruk, 
sekolah menengah agama terbakar ?

Kembalilah kepada Islam. Mohonlah pertolongan Allah. Buat semua yang Allah 
suruh, tinggalkan semua yang Allah larang. Dirikan solat jemaah 5 waktu di 
masjid.

Semarakkan usaha dakwah. Menyeru kepada kebaikan , mencegah kemungkaran.

Ianya boleh berlaku di mana-mana tempat di Malaysia.

*** 
WET AREAS TURNING DRY AND COMBUSTIBLE
The Star 26 Mac 2010 

MIRI: The underground water table has sunk to new depths in more regions in 
northern Sarawak, turning once wet and swampy areas into dry and highly 
combustible ones.

The authorities have noticed these changes following the quick spread of 
wildfires in interior districts of Lawas and Limbang and the Sarawak-Brunei 
border over the past week.

Most of these areas were once very wet and forested but now many of these are 
on fire as the El Nino weather phenomenon takes its toll on more areas in the 
state.

It was reported that as much as 2,500ha of forests in the Limbang division had 
been razed by fires.
http://www.thestar.com.my/news/story.asp?sec=nationfile=%2F2010%2F3%2F25%2Fnation%2F5927028
 

UTARA SARAWAK TERDEDAH GEMPA BUMI
Utusan Malaysia 28Jan 2010 

KUCHING 27 Jan. - Beberapa kawasan di bahagian utara negeri ini didapati 
terdedah kepada risiko gempa bumi berukuran sederhana pada masa depan, kata 
Timbalan Menteri Sains Teknologi dan Inovasi, Fadillah Yusof.

Beliau berkata, beberapa tempat di bahagian utara Sarawak iaitu Bintulu, Batu 
Niah, Suai, Miri, Limbang dan Lawas dikesan berada di garisan sesar utama gempa 
bumi oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (JMM).

Katanya lagi, gegaran kecil berukuran 3.2 pada skala Richter yang dilaporkan 
berlaku di Batu Niah dan Suai Isnin lalu adalah tidak begitu membimbangkan. 
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0128pub=Utusan_Malaysiasec=Dalam_Negeripg=dn_06.htm
 

VICE ACTIVITIES BOOMING IN MIRI 
(AKTIVITI MAKSIAT BERLELUASA DI MIRI)
The Star 21 Mac 2010 

MIRI: The vice industry is booming in the city with sex toys and sex-stimulants 
from China being openly sold.

Prostitution and other vice activities are also mushrooming all over the city, 
some of which are in the guise of foot massage centres.

The police have seized dozens of these items from a shopping mall during an 
anti-vice raid in various parts of the city on Thursday night.

Asked about the mushrooming of prostitution and other vice activities, some of 
which were in the guise of foot massage centres, ACP Jamaluddin reiterated that 
police were carrying out regular raids against such outlets.
http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2010/3/20/nation/5903346sec=nation 

BLOK ASRAMA SMK AGAMA MIRI RANAP DALAM KEBAKARAN

Borneo Post 22 Mac 2010 

MIRI: Bumbung sebuah blok asrama yang menempatkan 84 pelajar di Sekolah 
Mene-ngah Kebangsaan (SMK)  Agama Miri ranap dijilat api dalam kejadian pada 
jam 9.45 pagi semalam.

Menurutnya, kebakaran itu telah memusnahkan bumbung sepuluh buah bilik Asrama 
Putera, bagaimanapun ketika kejadian berlaku, tiada seorang penghuni yang 
berada di dalam bilik berkenaan kerana kebetulan semalam adalah hari terakhir 
cuti sekolah penggal pertama.

SMK Agama Miri mempunyai seramai 680 pelajar dan ia adalah kejadian kedua yang 
dilaporkan berlaku di sekolah berkenaan selepas kejadian pertama pada 2002.
http://www.theborneopost.com/?p=18555 



  


Help Palestine [hidayahnet] Syeikh Nurudin Banjari 10 dan 11 Apr di Seremban

2010-04-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
PROGRAM TAFAQQUH FIDDIN
Bersama Syeikh Muhammad Nuruddin Marbu al-Banjari al-Makki

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi – Asar
Lokasi : Surau ash-Shobirin, Taman Tuanku Jaafar, Senawang
Kitab : Minhaj ath-Tholibin

Tarikh : 10 April 2010 (Sabtu)
Masa : Maghrib
Lokasi : Surau al-Amin, Taman Cempaka, Senawang

Tarikh : 11 April 2010 (Ahad)
Masa : Maghrib
Lokasi : Masjid Jamek Ampangan , Seremban

Semua Dijemput Hadir
Datang ,  Jangan Tak Datang. Rugi Besar Kalau Tak Datang

Masuk Percuma , Keluar Percuma

Maklumat lanjut di 
http://pondokhabib.wordpress.com/2010/03/30/jadual-penuh-tafaqquh-fiddin-bersama-syeikh-muhammad-nuruddin-marbu-al-banjari-al-makki/


BIOGRAFI RINGKAS AL-FADHIL AL-WALID SYAIKH MUHAMMAD NURUDDIN MARBU ABDULLAH 
AL-BANJARI AL-MAKKI.

Al-Fadhil Tuan Guru Syaikh Muhammad Nuruddin Bin Haji Marbu Bin Abdullah 
Thayyib Berasal Dari Banjarmasin, Kalimantan Selatan Indonesia. Beliau 
Dilahirkan Di Sebuah Desa Bernama Harus, Amuntai, Pada hari Sabtu, Tanggal 1 
September 1960 M. Beliau Anak Yang Ketiga Dari Tujuh Bersaudara, Dari Sebuah 
Keluarga Yang Taat Beragama. Bunda Beliau Bernama Hajjah Rahmah Binti Haji 
Muhammad Shabri, Adalah Puteri Dari Seorang Tokoh Ulama Besar Di Kalimantan 
Selatan.


BERHIJRAH KE TANAH SUCI MAKKAH

Beliau mendapat pendidikan awal di sekolah rendah di kampung Harus. Kemudian 
pada tahun 1974 beliau belajar di pondok pesantren Normal Islam. Belum pun 
sempat menamatkan pengajiannya di pondok tersebut seluruh keluarga beliau telah 
berhijrah ke tanah suci Makkah. Pada tahun itu juga (1974) beliau meneruskan 
pengajiannya di madrasah Shaulathiah sehingga tahun 1982. Selain itu beliau 
juga mengikuti pengajian yang diadakan umum di Masjidilharam dan juga dirumah 
para masyaikh.


Pada tahun 1982 beliau telah menamatkan pengajiannya dengan kepujian mumtaz 
(cemerlang) di madrasah Shaulathiah. Di samping itu juga beliau turut 
mencurahkan ilmunya kepada para pelajar dari Indonesia. Beliau telah 
mengajarkan kitab Qatrunnada, Fathul Mu’in, ‘Umdatussalik, Bidayatul Hidayah 
dan lain-lain sebelum naik ke kelas ‘Aliyah.

Beliau merupakan murid kesayangan gurunya asy-Syaikh al-’Allamah Ismail Utsman 
Zain al-Yamani Rahimahullah. Dan guru inilah yang banyak mewarnai dalam 
kehidupan beliau. Tuan guru beliau ini banyak meluangkan waktunya yang berharga 
untuk beliau dan sering mengajaknya untuk menemani Tuan guru beliau ke Madinah 
menghadiri program agama dan juga menziarahi maqam baginda Rasulullah 
Shallallahu’Alaihiwasallam.

Beliau mencurahkan segala usaha dan tenaganya serta dirinya mendekati para 
masyaikh untuk berkhidmat dan juga membekali diri dengan ilmu daripada 
guru-gurunya. Beliau amat gigih dalam belajar, maka tidak heranlah kalau beliau 
mendapat tempat di hati para gurunya. Sebut saja ulama yang ada di Mekah 
khususnya pasti beliau pernah berguru dengan mereka. Siapa yang tidak mengenali 
tokoh ulama’ yang harum nama mereka disebut orang semisal Syaikh al-Allamah 
Hasan al-Masyath yang digelar Syaikhul-Ulama, Syaikh al-Allamah Muhammad Yasin 
al-Fadani, yang mendapat julukan Syaikhul Hadits wa Musnidud-dunya, Syaikh 
Ismail Usman Zin al-Yamani yang digelar al-Faqih ad-Darrakah (guru beliau ini 
menghafal kitab Minhajut Thalibin), Syaikh Abdul Karim Banjar, Syaikh Suhaili 
al-Anfenani, as-Sayyid Muhammad bin Alwi al-Maliki, Syaikh Said al-Bakistani 
dan masih banyak lagi. Kata pepatah “bilang saja tanpa perlu khawatir”. 
Kitab-kitab yang dipelajari beliau bersambung
 sanad hingga kepada pengarang, masya Allah betapa hebat dan beruntungnya umur 
beliau dan segala-galanya yang diberikan oleh Allah, tidak salah kalau 
dikatakan ilmu beliau lebih tua dari umurnya.

Pada tahun 1983 beliau telah melanjutkan pengajiannya di Universiti al-Azhar 
asy-Syarif dalam bidang syariah hingga mendapat gelar sarjana muda. Kemudian 
beliau meneruskan lagi pengajiannya di Ma’had ‘Ali Liddirasat al Islamiah di 
Zamalik sehingga memperolehi diploma am “Dirasat ‘Ulya” pada tahun 1990.


MAJLIS PENGAJIAN Dl MALAYSIA

Pada tahun 1998 beliau telah dipercaya untuk mengajar di Maahad Tarbiah 
Islamiah (MTI), Derang Kedah, yang didirikan oleh almarhum Ustaz Niamat Bin 
Yusuf Rahimahullah pada tahun 1980. Beliau tidak ubah umpama hujan yang 
menyuburkan bumi yang lama kehausan siramannya. Beliau menetap di MTI Derang 
hinggalah tahun 2002. Beliau merupakan tenaga pengajar yang utama lagi disegani 
yang banyak memperuntukkan masa beliau untuk para pelajar di Maahad ‘Ali 
Littafaqquh Fiddin, Derang.

Di samping itu beliau juga dijemput mengadakan pengajian dan ceramah bulanan 
atau mingguan di masjid-masjid, sekolah-sekolah. majlis-majlis perayaan agama 
malah suara beliau telah lantang bergema menyampaikan syiar agama di 
hotel-hotel, di pejabat kerajaan sama ada di negeri Kedah Pulau Pinang, Perak, 
Kelantan dan Terangganu. Setiap kali pengajian yang diadakan pasti akan 
bertambah jumlah hadirin yang tidak mau ketinggalan menimba ilmu dan menerima 
siraman rohani daripada 

Help Palestine [hidayahnet] Jom Demonstrasi di Seremban April 2010

2010-04-04 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tahniah Muzium Negeri, Seremban. Jom kita beramai-ramai ke sana bersama 
keluarga pelbagai demonstrasi diadakan.

Kepada mereka yang tak tahu di mana Muzium Negeri , kalau dari bandar Seremban 
jalan menghala ke Tol Seremban, sebelah kiri jalan, beberapa meter sebelum 
simpang masuk tol.

Kalau dari Kuala Lumpur , keluar ikut Tol Seremban , keluar lepas tol ke kiri. 
Muzium lepas simpang lampu isyarat pertama sebelah kanan.

** 
Pameran Penyu Dan Spesis Ikan Di Muzium Negeri Sembilan Sepanjang April

SEREMBAN, 1 April (Bernama) -- Lembaga Muzium Negeri Sembilan dengan kerjasama 
Jabatan Perikanan menganjurkan pameran penyu dan spesis ikan terancam dalam 
negara di tingkat satu, Muzium Negeri di sini mulai hari ini hingga 30 April.

Pengarah Lembaga Muzium, Negeri Shahsuddin Ahmad berkata pameran itu antara 
lain bertujuan memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai pemuliharaan 
spesis ikan yang terancam.

Di samping dapat memberi pengetahuan mengenai kepentingan pemuliharaan sumber, 
pameran itu juga disasar untuk menggalakkan sektor pelancongan domestik Negeri 
Sembilan, katanya di sini pada Khamis.

Katanya antara yang menarik pada pameran yang diadakan buat julung-julung 
kalinya itu ialah ia akan turut memaparkan spesis penyu hidup yang dipamerkan 
kepada umum.

Shahsuddin berkata selain itu terdapat juga rangka ikan paus dan spesis dugong 
yang diawet yang akan dipamerkan.

Pelbagai pengisian turut disediakan, antaranya pertandingan memancing udang 
galah, bazar jualan, pertandingan mewarna, pertandingan permainan tradisional, 
pertandingan menghias akuarium, ceramah, pameran produk industri asas tani dan 
pertandingan memasak ikan air tawar, katanya.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com.my/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=487251 



  


Help Palestine [hidayahnet] HPA Halal Mart Senawang telah dibuka

2010-04-03 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Kini bertambah lagi Cawangan HPA di Senawang.
Telah memulakan operasi pada 20 Mac 2010.

Operasinya bermula dari jam 9.00 pagi hingga 7.00 malam.

Alamat :

HPA Halal Mart Senawang (HPA Cawangan Senawang)
No. 19, Jalan Cempaka 28
Pusat Perniagaan Cempaka
70450 Senawang , N.Sembilan Darul Khusus.
(bersebelahan Kedai Cat Jotun)
(Pengurus Halal Mart - Encik Amir 017-6268178)

Semua Stokis / Ahli HPA dan orang ramai boleh mendapatkan barangan keluaran HPA 
di 

PRODUK HALAL TANGGUNGJAWAB BERSAMA

Maklumat lanjut di 
http://dinhpa.blogspot.com/2010/03/hpa-cawangan-senawang-kini-dibuka.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Student US Boikot Coca Cola, Kita ?

2010-04-03 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Mahasiswa bukan Islam pun mengadakan kempen Boikot Coca Cola untuk membela 
nasib rakyat di Colombia, India dan di merata dunia yang menerima kesan buruk 
akibat operasi kilang Coca Cola di tempat mereka.

Bilakah orang kita nak sedar ? Bilakah mahasiswa kita nak sedar ? Bilakah 
segelintir orang politik nak berhenti jadi badut di parlimen ? Parlimen patut 
bincang isu rakyat, isu alam sekitar, isu air.

Benarlah dulu ada iklan di TV Malaysia mengenai Alam Sekitar yang dilakonkan 
oleh Zami Ismail. Dimana akhirnya rumah Zami Ismail dalam iklan tersebut di 
kelilingi sampah sarap, tapi Zami Ismail masih duk mengira wang kertas di luar 
rumah.

 
Declaration of Connecticut College Students for a Coca-Cola Boycott
October 7 2005, by Scott Borchert

We, students of Connecticut College, call for an institutional boycott of all 
Coca-Cola products. In doing so, we will be joining an international movement 
against the labor and environmental abuses of the Coca-Cola Corporation, a 
movement which is steadily gaining momentum on college campuses across the 
country.

Nine schools, including Bard College, Oberlin College, and Rutgers University, 
have already succeeded and severed all contracts with Coca-Cola, and over 
ninety others are actively working to do the same. 

But why Coca-Cola? 

The abysmal human rights record of Coca-Cola is not confined to Colombia, 
however. Indian courts and local governments are currently embroiled in a 
battle against the harmful effects of their own domestic Coca-Cola bottling 
plants. These effects include the depletion of water tables and subsequent 
devastation of small farmers, the pollution of the common ground water 
resource, the sale of Coca-Cola products knowingly contaminated with pesticides 
(now labeled as such as a 2004 order from the High Court in Rajasthan), and the 
distribution of solid waste fertilizer revealed to in fact be lead- and 
cadmium-heavy toxic waste by the BBC. 

On top of this, Coca-Cola has been engaged in anti-union repression and 
intimidation in both Turkey (2005) and Indonesia (2004). 

Source : http://oak.conncoll.edu/~ccleft/cocacola.html 

SUMBER DAYA AIR ALAMI PENYUSUTAN

Ririh mengungkapkan, sumber daya air setiap tahun selalu mengalami penyusutan. 
Untuk itu, pihaknya akan berupaya melakukan pengendalian agar semua perusahaan 
tidak menggunakan air bawah tanah dengan membuat zona pengendalian.

General Manager PT Coca Cola Botling Indonesia Jawa Tengah, Dwi Hardjono 
mengatakan perusahaannya mengambil air bawah tanah sesuai peraturan dari 
pemerintah. 
http://www.wawasandigital.com/index.php?option=com_contenttask=viewid=20901Itemid=58
 

31 December 2008
PRIVATISASI AIR MENGANCAM KEDAULATAN PETANI BANTEN

SERANG. Lebih dari 9.000 rumah tangga tani di Padaricang, Banten kini terancam 
oleh kencangnya bisnis air yang terjadi semenjak dikeluarkannya UU privatisasi 
air pada tahun 2004 lalu.  

Saat ini, dikecamatan Padarincang saja, setidaknya dua perusahaan air minum 
kemasan telah dibangun dan terbukti telah menyebabkan penurunan debit air untuk 
irigasi.

Dua perusahaan besar air lainnya yang telah merampas kedaualatan petani dalam 
mengakses air di Banten diantaranya adalah Coca Cola dan Sosro. Kedua 
perusahaan ini telah mengambil permukaan air di wilayah Pandeglang. 
http://www.spi.or.id/?p=789 




  


Help Palestine [hidayahnet] Krisis Coca Cola dan Air N.Sembilan

2010-04-03 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Tak sampai sebulan upacara pecah tanah kilang Coca Cola terbesar di rantau ini 
di Bandar Enstek, Nilai, N.Sembilan, kerajaan negeri telah mengumumkan bahawa 
Negeri Sembilan akan teroka sumber air bawah tanah.

Dah tahu N.Sembilan tak cukup air, kenapa benarkan kilang Coca Cola beroperasi 
di N.Sembilan.

Dan kawasan catuan air di N.Sembilan sebelum ini pula di kawasan berhampiran 
kilang Coca Cola iaitu di Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN 
KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
* Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)

**
NEGERI SEMBILAN TEROKA SUMBER AIR BAWAH TANAH
24 Mac 2010
SEREMBAN: Negeri Sembilan akan meneroka sumber air bawah tanah bagi menampung 
keperluan air bersih di negeri ini, kata Menteri Besar, Datuk Mohamad Hasan.

Beliau berkata, sumber air itu diperlukan berikutan bekalan air di permukaan 
seperti sungai dan empangan semakin terbatas ekoran cuaca panas dan pengurangan 
taburan hujan di beberapa kawasan tadahan air di negeri ini.

Pada 7 Mac lepas, SAINS mula melaksanakan catuan bekalan air di beberapa 
kawasan di daerah Seremban ekoran cuaca panas yang berlarutan.

Hujan yang lama tidak turun mengakibatkan penurunan paras air sungai di muka 
sauk loji rawatan air Pantai, Sungai Ngoi-Ngoi dan Sungai Mahang yang 
membekalkan air terawat ke kawasan di sekitar Nilai, Sendayan, LBJ dan Lenggeng.

Bagaimanapun, catuan air itu dihentikan pada Isnin lepas setelah keadaan pulih 
semula. - BERNAMA
http://www.mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2010/3/24/mstar_berita/20100324163950sec=mstar_berita

SUMBER AIR BAWAH TANAH

SEREMBAN 24 Mac - Catuan air oleh Syarikat Air Negeri Sembilan (Sains) 
baru-baru ini telah membawa kepada cadangan untuk mencari sumber air bawah 
tanah sebagai alternatif baru pada masa depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, satu arahan telah dibuat 
kepada Sains supaya segera membuat kajian untuk mencari punca air yang terdapat 
di dalam tanah untuk dipam keluar pada waktu yang diperlukan.

Ketika ini kita sedang menggali lombong besar untuk dijadikan kolam takungan 
di Kuala Sawah, Rantau yang berkeluasan 80.9 hektar, katanya.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010dt=0325pub=Utusan_Malaysiasec=Selatanpg=ws_02.htm

Di  Malaysia, air bumi tidak digunakan kerana sumber air permukaan sudah 
mencukupi.

Malaysia mempunyai bekalan air bawah tanah sebanyak 5000 billion m3

BATASAN KEPADA PENGGUNAAN AIR BUMI:
* Belum tentu bersih (bacteria, kotoran, bendasing)
* Pencemaran (logam berat, bahan kimia organic)


PENGGERUDIAN DAN PENGEPAMAN AIR BAWAH TANAH SECARA BERLEBIHAN PERLU DIELAKKAN 
KERANA:
* Mengeringkan alur, anak sungai, paya
*Penyerapan air masin di kawasan persisiran pantai
* Pemendapan tanah
* Kewujudan lubang rongga di kawasan batu kapur
www.christopherteh.com/sst3302/Sumber%20dan%20sifat%20air.doc

FOMCA BANTAH PROJEK PEMBANGUNAN AIR BAWAH TANAH DI BATANG PADANG, PERAK

PETALING JAYA, 25 Ogos 2009 (Bernama) -- Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia 
(FOMCA) membantah projek pembangunan sumber air bawah tanah di Batang Padang, 
Perak oleh Sime Darby Berhad kerana ia akan memberi kesan buruk kepada 
ekosistem dan juga alam sekitar.

Satu daripada kesan buruknya ialah sekiranya pengekstrakan air bawah tanah 
melebihi kadar gantiannya melalui proses semulajadi ia akan mengakibatkan tanah 
tenggelam dan akan berlaku percampuran air laut dengan air tawar serta 
penurunan paras aliran masuk air, jelasnya.

Ini semua akan mendatangkan kesan buruk kepada sistem ekologi dan alam sekitar 
seperti apa yang telah berlaku di Thailand, Indonesia dan beberapa kawasan di 
India, katanya.

Marimuthu berkata projek sumber air di Batang Padang yang akan mengekstrak 
antara 50 dan 500 juta liter padu air sehari itu bertujuan membekal keperluan 
air mentah ke Lembah Klang yang kian meningkat.

Sementara itu, Ketua Pegawai Operasi FOMCA, S. Piarapakaran mempertikai laporan 
Kajian Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) bagi projek pembangunan sumber air 
bawah tanah itu yang dianggap begitu lemah.

Berdasarkan penelitian dan kajian kami -- FOMCA, Persatuan Pengguna Air dan 
Tenaga dan Forum Air -- selama 6 bulan, terdapat pelbagai perkara yang boleh 
dipertikaikan.

Tiada model simulasi untuk mendapat kadar aliran masuk untuk suatu jangka masa 
panjang, tiada kepastian sama ada pengekstrakan itu menggunakan akuifer 
terkurung atau tidak terkurung.

Tiada lokasi spesifik untuk projek yang dicadangkan. Batang Padang meliputi 
kawasan dari Slim River hingga Cameron Highlands meliputi kawasan seluas 2,712 
kilometer persegi di samping tiada penganggaran perubahan air dinyatakan, 
jelas beliau.

Laporan EIA ini lebih merupakan literatur 

Help Palestine [hidayahnet] Kilang Coca Cola, rakyat perlu bangkit

2010-03-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Isu pembinaan kilang Coca Cola yang terbesar di rantau ini di Bandar Enstek, 
Nilai, N.Sembilan adalah isu besar.

Isu kilang Coca Cola ini bukan berkaitan isu Palestin dan Israel semata-mata. 
Ianya ada isu rakyat keseluruhan, isu kesihatan, isu alam sekitar, isu hak 
asasi manusia, isu pekerja.

Ianya berkaitan isu masalah sumber air yang akan terjejas, pencemaran sisa 
buangan kilang, penyakit kencing manis, kegemukan dan sebagainya.

Kenapa begitu mudah diluluskan pembinaan kilang ini tanpa Laporan Kesan Alam 
Sekitar (EIA), sedangkan Coca Cola merahsiakan laporan EIA terhadap kilang 
mereka di India ? Kenapa ?

1.5 juta liter air sehari digunakan untuk kilang Coca Cola di India. Rakyat 
Malaysia khususnya di Negeri Sembilan bersedia untuk menghadapi catuan air yang 
lebih teruk ?

Gula yang digunakan untuk membuat air Coca Cola ini bukan gula tebu tetapi gula 
dari jagung iaitu High Fructose Corn Syrup yang lebih memudaratkan kesihatan. 
Adakah Coca Cola akan menggunakan gula tebu di Malaysia, kalau ya, adakah Coca 
Cola membeli gula tersebut pada harga subsidi ? Dan adakah ianya akan dijadikan 
alasan untuk menaikkan lagi harga gula di pasaran ?

Kenapa syarikat dibawah Tabung Haji begitu mudah menjual tanah milik mereka 
kepada syarikat yang banyak menyumbang untuk pembangunan Israel ? Mana maruah 
Tabung Haji dan umat Islam di Malaysia ? Berapa ekar yang dijual kepada Coca 
Cola ? 30 ekar, 60 ekar, 100 ekar ?

Isu Coca Cola bukan isu umat Islam, ianya isu rakyat 1Malaysia.

Adakah kita bersedia menghadapi pelbagai masalah yang timbul apabila kilang 
Coca Cola ini mula beroperasi ?

Atau kita sudah seronok mendengar pelaburan RM 1 Billion Coca Cola di Malaysia 
? Orang Melayu boleh berniaga warung pisang goreng di luar kilang Coca Cola, 
itupun kalau gerai tak dirobohkan kerana mungkin tiada permit.

*** 
In the nine years prior to Coca-Cola's bottling operations in Kala Dera, 
groundwater levels fell just 3 meters.  In the nine years since Coca-Cola has 
been operating in Kala Dera, the groundwater levels have dropped 22.36 meters.

Coca-Cola refuses to share the Environmental Impact Assessment (EIA) it says it 
conducted prior to building the plant due to legal and confidential reasons.  
An adequate EIA should have informed Coca-Cola that the area was already 
water-stressed and a bottling plant will seriously aggravate the existing water 
crisis in the area. 

Sumber : http://www.commondreams.org/newswire/2010/03/11-11  

*** 
His irrigation wells have run dry, thanks to Coke drawing up to 1.5 million 
litres of water daily through its deep wells to bottle Coke

Sumber : 
http://scienceblogs.com/primatediaries/2010/03/coca-cola_in_india_good_till_t.php
 

*** 
What is High Fructose Corn Syrup? 

In 1980, Coca-Cola started using high fructose corn syrup as a substitute for 
sugar, and by 1984, both Coca-Cola and Pepsi phased out sugar entirely and used 
nothing but HFCS in their soft drinks. 

For those looking to eat healthy and reduce the risk of contracting serious 
illnesses, avoiding high fructose corn syrup is a good first step.

http://healthycooking.suite101.com/article.cfm/what_is_high_fructose_corn_syrup_hfcs_explained
 


** 
BERITA BERKAITAN KILANG COCA COLA DI N.SEMBILAN :

Coca Cola boleh, gerai Melayu di N9 tak boleh
http://waghih.blogspot.com/2010/03/coca-cola-boleh-gerai-melayu-di-n9-tak.html 

Krisis Coca Cola di India, N.Sembilan menyusul
http://waghih.blogspot.com/2010/03/krisis-coca-cola-di-india-nsembilan.html 

Coca Cola cabul hak asasi, jejas sumber air
http://waghih.blogspot.com/2010/03/coca-cola-cabul-hak-asasi-jejas-sumber.html 

PACE dukacita Coca Cola melabur di Malaysia
http://waghih.blogspot.com/2010/03/pace-dukacita-coca-cola-melabur-di.html 

Coca Cola dah tawan Negeri Sembilan
http://amkns.blogspot.com/2010/03/coca-cola-dah-tawan-negeri-sembilan.html 




  


Help Palestine [hidayahnet] Lombok ialah Pulau Seribu Masjid

2010-03-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Cerita pasal Lombok, semua fikir mengenai gadis Malaysia yang kahwin dengan 
lelaki Lombok.  Itu bab lain.

Ini bab lain. Tahu tak Lombok juga dikenali dengan panggilan Pulau Seribu 
Masjid. Ini adalah kerana terdapat begitu banyak masjid di sini. Orang Lombok 
walaupun digambarkan miskin, mereka banyak menggunakan duit sendiri untuk buat 
masjid.

Menariknya cerita di bawah, ialah teksi-teksi di Lombok akan berhenti di masjid 
sebaik masuk waktu solat, dan pemandu teksi akan mengajak penumpang teksi untuk 
solat.

Macamana, orang Malaysia boleh contoh orang Lombok tak ?

Masjid didahulukan, rumah banglo dikemudiankan.

Solat didahulukan, makan angin dikemudiankan.

Solat didahulukan, pasar malam dikemudiankan.

***

Petikan Blog http://agussan.wordpress.com/2010/02/08/lombok-the-rising-star/

Adzan maghrib berkumandang nyaring. Tiba-tiba Pak Sopir menghentikan mobilnya 
tepat di depan masjid. Aku kaget. ” Kenapa berhenti ?”, tanyaku kepada teman 
baruku tadi.  Dia jawab ” Memang seperti inilah kedisiplinan masyarakat Lombok 
dalam beribadah. Setiap kendaraan akan berhenti di depan mesjid saat waktu 
Sholat tiba. Seluruh penumpang di ajak sholat bersama-sama”. ” Subhanalloh “. 
Benar-benar Luar Biasa pengalamanku di Lombok ini. Kendaraan umum  akan 
berhenti saat adzan berkumandang. Tidak pernah kutemui hal seperti ini 
sebelumnya. Sungguh tak kusangka hal ini. Bravo Lombok.

Saya lupa nama masjidnya, karena penerangan memang redup-redup. Air Wudhu yang 
kuambil cukup dingin. Akhirnya aku ikut sholat berjamaah bersama warga yang 
disiplin dalam sholat. Dan memang di lombok, masjid atau mushola selalu ada di 
setiap desa. Maka Lombok dikenal dengan sebutan ” Pulau Seribu Masjid “. Ini 
terbukti dengan statistik masjid yaitu 5400-an masjid dibangun penduduk 2,6 
juta yang 90% penduduknya sendiri beragama Islam.






Help Palestine [hidayahnet] Ilmuwan Hampas , muhassabah para ustaz

2010-03-28 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Di bawah keluhan segelintir para ustaz di Seremban. Ianya adalah sebagai 
muhassabah kepada golongan ilmuwan, pendakwah, ustaz dan ustazah seluruh 
Malaysia.

Kok tak pueh hati, jumpalah ustaz-ustaz yang meluahkan perasaan mereka di bawah.

Tak dapek den nak komen banyak do. Den bukan ustaz, cumo kekadang tukang cuci 
tandas surau, belajar pun dulu sistem sekular.

Kita semua bukan sempurna, namun saling lengkap melengkapi antara satu sama 
lain.

***
Dari Blog Ustaz Kamal http://ust-kamal.blogspot.com

Mereka amat mengharapkan bimbingan serta tunjuk-ajar dari para ilmuwan yang 
tinggal di sekeliling mereka, mereka HAMPA kerana ilmuwan yang ada semuanya 
adalah HAMPAS!!

Ada di antara ilmuwan dan bijak pandai ini, cukup terkenal di luar sana. 
Berceramah di sana, bermotivasi di sini, dijemput dan dibayar dengan harga yang 
cukup tinggi untuk membentangkan kertas kerja di seminar-seminar, berkuliah 
maghrib di rata-rata masjid hatta ke luar mukim, TETAPI tak pernah nampak 
batang hidung pun di surau taman sendiri!!

Cerita penuh di  
http://ust-kamal.blogspot.com/2010/03/di-mana-bijak-pandai-bwp.html


***
Dari Blog Ustaz Norazman http://lobai-kampung.blogspot.com

Saban tahun bukan sedikit jumlah graduan pengajian Islam keluar dari universiti 
tempatan mahu pun luar negara. Di Negeri Sembilan sendiri sungguhpun jumlah 
sekolah agama yang kebiasaannya membekal graduan pengajian Islam jumlahnya 
tidak banyak namun untuk menampung keperluan masyarakat rasanya masih boleh 
diusahakan.

Namun persoalannya sejauh mana graduan Pengajian Islam ini berperanan di 
kalangan masyarakat. Masih ada yang enggan mengaku dirinya 'Lobai' sedangkan 
status itulah yang patut dipikul dalam erti kata memimpin dan membimbing 
masyarakat.

Apakah kehidupan selesa dengan gaji tetap menyebabkan mereka enggan menyusahkan 
diri dan lebih selesa meneruskan kerja rutin dengan kedudukan yang ada. 
Persoalan itu kembali dijawab pada diri masing-masing. Muhasabahlah diri kita 
apakah yang kita lakukan itu satu kerja atau satu kerjaya.

Namun realitinya kini masyarakat tertanya-tanya mana pergi Lobai-lobai yang 
lain. Bahkan lebih dahsyat ke surau dan ke masjid untuk solat berjemaah pun 
jarang-jarang, kalau ada pun ilmu tidak dapat dimanfaatkan kerana berlalu 
segera setelah selesai solat.

Cerita penuh di 
http://lobai-kampung.blogspot.com/2010/03/lobai-lobai-poie-mano.html

***

Dari Blog Ustaz Mohsin http://mohamadmohsin.blogspot.com

“Kenapa belajar di timur tengah? Balik jangan hanya boleh cakap Arab je,tapi 
mesti boleh harap”

“Orang yang belajar kat negara Arab ni ramai yang tak boleh harap.Pakai 
biasiswa kerajaan tapi lawan kerajaan.” kata satu kelompok.

“Orang yang belajar kat negara Arab bukan boleh harap. Belajar tinggi-tinggi, k 
emudian sokong kerajaan.Memang tak boleh harap.” kata satu lagi kelompok.

Ada pulak belajar di negara Arab, tapi balik hanya lepas beban sendiri sahaja. 
Asalkan ada kereta, rumah, keluarga, ada kerjaya yang tetap.

Janganlah jadi “Tak boleh Arab dan lansung tak boleh harap”

Bukankah kita ini lahir untuk hebat? Maka boleh Arab, boleh harap.

Cerita penuh di 
http://mohamadmohsin.blogspot.com/2010/03/boleh-arab-keboleh-harap-ke.html






Help Palestine [hidayahnet] Bila AJK Masjid banyak tuhannya

2010-03-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Bagaimana kita hendak hebat jika tuhan kita banyak?
Bagaimana masjid boleh hebat jika jawatankuasa banyak tuhannya?
Bagaimana negeri dan negara boleh hebat jika pemimpin banyak tuhannya?

Bukankah kita akan mengatakan Tuhan Satu,maka kita jadi Hebat.

Tulisan sepenuhnya di Blog Ustaz Mohamad bin Mohsin, Rantau, N.Sembilan di 
http://mohamadmohsin.blogspot.com/2010/03/tuhan-satu-jadi-hebat.html 



  


Help Palestine [hidayahnet] Coca Cola cabul hak asasi, jejas sumber air

2010-03-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
KENYATAAN PERSATUAN PENGGUNA PULAU PINANG (CAP)

Coca-Cola: Pelaburan tidak baik untuk komuniti, kesihatan awam
CAP

Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) merasa amat bimbang apabila mendapati 
Syarikat Coca-Cola akan mendirikan kilang pembotolan minumannya di Negeri 
Sembilan, Malaysia. Ketika majlis pecah tanah yang diadakan pada 16 Mac 2010 di 
Bandar Enstek, Nilai, wakil syarikat menyatakan bahawa Coca-Cola akan menguasai 
pasaran minuman tempatan yang akan mensasarkan lebih daripada 60% penduduk 
iaitu mereka yang berusia di bawah 30 tahun.

Minuman Coca-Cola itu sendiri sebenarnya tidak elok, ia tidak lebih daripada 
karbonat, pewarna, asid, perisa, air yang dimaniskan yang berbahaya kepada 
kesihatan. Syarikat Coca-Cola juga tidak dapat lari daripada kontroversi kerana 
didakwa mencabuli hak asasi manusia dan alam sekitar di beberapa buah negara.

Tidak dapat dinafikan bahawa minuman ringan yang dipenuhi dengan gula seperti 
Coca-Cola mempunyai kesan negatif ke atas kesihatan. Malaysia merupakan negara 
ke-8 pengguna gula tertinggi di dunia dengan purata 26 sudu teh gula sehari 
diambil oleh setiap rakyat Malaysia.

Ujian oleh CAP mendapati minuman ringan di dalam tin mempunyai kandungan gula 
antara 4 – 8 sudu teh dan Coca-Cola mengandungi 7 sudu teh gula. Apabila 
Syarikat Coca-Cola merancang untuk mensasarkan belia Malaysia, kami bimbang 
akan implikasi kesihatan yang akan dibawa olehnya.

Gula bukanlah sebahagian daripada diet semula jadi kita, jadi walaupun satu tin 
minuman ringan diambil sehari, ia adalah tidak sihat dan tidak perlu sama 
sekali. Malah pada hakikatnya terdapat lebih daripada 60 penyakit yang telah 
dikaitkan dengan pengambilan gula dalam dokumen perubatan. Kerajaan Malaysia 
melalui kementeriannya menjalankan kempen untuk mengurangkan pengambilan gula. 
Adalah menjadi satu ironi untuk membenarkan pembinaan kilang Coca-Cola di 
Malaysia memandangkan ia jelas merendahkan usaha untuk mengurangkan pengambilan 
gula.

Kami amat bimbang bahawa lebih ramai orang yang akan dijangkiti dengan penyakit 
yang dikaitkan dengan gula dan obesiti dengan menjemput Syarikat Coca-Cola 
untuk membina kilang pembotolan di negara ini dan berdasarkan strategi 
pemasarannya. Adakah kerajaan melakukan penyelidikan yang sempurna sebelum 
meluluskan pelaburan ini, yang jelas diluluskan secara cepat sepertimana yang 
dilaporkan bahawa syarikat itu hanya mengambil masa empat bulan selepas 
perbincangan awal untuk menubuhkan kilang itu di sini.

Bagaimana dengan permintaan untuk air bagi kilang ini? Berapa banyakkah air 
yang akan digunakan oleh kilang ini dan dari mana sumber air ini akan diambil? 
Baru-baru ini terdapat laporan berhubung catuan air di Seremban akibat kemarau 
panjang dan kekurangan hujan di kawasan tadahan air. Kekurangan air ini akan 
kerap berlaku akibat kesan daripada perubahan iklim.

Selepas kilang Coca-Cola ini mula beroperasi, kami bimbang air yang amat 
diperlukan oleh orang ramai ini akan dialihkan kepada pihak industri. Perkara 
ini perlu diambil serius memandangkan Syarikat Coca-Cola mempunyai reputasi 
yang buruk dalam bentuk konflik dengan komuniti dalam perjuangan mereka untuk 
mendapatkan air. Jawapan kepada kekurangan air bukanlah dengan membina lebih 
banyak empangan kerana empangan boleh menyebabkan kesan negatif kepada alam 
sekitar.

Perjuangan untuk mempertahankan alam sekitar terhadap Coca-Cola di India 
seharusnya menjadi amaran kepada kita. Amalan Syarikat Coca-Cola di beberapa 
negeri di India telah mengakibatkan kesukaran kepada komuniti, ia termasuklah 
kekurangan air yang serius, pencemaran, masalah kesihatan, kelaparan dan 
kehilangan pendapatan daripada pertanian.

Rekod buruk Coca-Cola tidak terhad kepada India sahaja, ia juga berdepan dengan 
dakwaan pencabulan hak asasi manusia, pencabulan terhadap buruh dan pencabulan 
terhadap buruh kontrak di Colombia, Turki, Pakistan, China, Afrika Selatan, dan 
Guatemala.

Kami berpendapat pembinaan kilang Syarikat Coca-Cola ini akan menjejaskan 
komuniti, kesihatan awam dan alam sekitar. Sehubungan itu, CAP menuntut agar 
kerajaan Malaysia membatalkan rancangan untuk membina kilang Coca-Cola di 
negara ini.

SM Mohamed Idris,
Presiden CAP

http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_contentview=articleid=25579:coca-cola-pelaburan-tidak-baik-untuk-komuniti-kesihatan-awam-catid=97:pendapat-dan-analisisItemid=131






Help Palestine [hidayahnet] Rayuan Pembinaan Surau SMK Bukit Mewah

2010-03-24 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Dari Blog http://andehsilodeh.blogspot.com 

SUMBANGAN IKHLAS 
PEMBINAAN SURAU AN NAJAH SMK BUKIT MEWAH, SEREMBAN

Admin mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan kewangan daripada pihak 
tuan/puan berkenaan pembinaan surau AN NAJAH di SMK Buit Mewah Seremban, 
khusus untuk kegunaan pelajar-pelajar muslim bagi menjalankan aktiviti PP dan 
sebarang kegiatan berkaitan kokurikulum. Kos pembinaan surau tersebut mencecah 
RM350,000. Sumbangan ikhlas daripada tuan/puan boleh dihulurkan melalui :

TABUNG PEMBINAAN SURAU AN-NAJAH
SMK BUKIT MEWAH
JALAN TOK UNGKU, 70100
SEREMBAN
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

NO. AKAUN: 2550830645
BANK : RHB BANK BERHAD

**Untuk makluman lanjut berkaitan kertas kerja, kelulusan Majlis Agama Negeri 
Sembilan dan peta lokasi pembinaan surau ini, anda boleh berurusan seperti 
berikut:

Tel : 06-631 5922
Fax : 06-6320142

**Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih kepada anda yang sudi 
menghulurkan bantuan/sumbangan untuk merealisasikan impian sekolah demi Agama, 
bangsa dan negara. Insya Allah.




  


Help Palestine [hidayahnet] Pizza Halal Senawang Homemade

2010-03-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
HALAL HOMEMADE PIZZA SENAWANG
* Original
* Rendang
* Seafood
* Sate
* Vegetable
* Dan lain-lain

Untuk tempahan hubungi :
012-6634079 (Nisa), 012-2243696 (Kak Faridah)
 



  


Help Palestine [hidayahnet] PACE dukacita Coca Cola melabur di Malaysia

2010-03-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Dari Blog PACE (Pusat Kecemerlangan Palestin) 
http://lambaian-islah.blogspot.com 

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca-Cola di Malaysia. 

Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di atas tanah yang dibeli daripada 
TH (TABUNG HAJI) Properties di Nilai, Negeri Sembilan.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa 
dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa 
dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. 

Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa 
yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid 
al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk minumannya di 
sini adalah sesuatu yang bercanggah dengan prinsip yang dipertahankan sekian 
lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola menyokong ekonomi Israel secara terbuka 
maka mereka bersekongkol dengan regim Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan 
Malaysia. 

Membenarkan kilang syarikat Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi 
implikasi merestui regim Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang 
tidak pernah akur kepada undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi 
rakyat Palestin.

* 
Siaran Akhbar PACE: Pelaburan Syarikat Coca-cola di Malaysia 

Assalamualaikum wrt bth

Dengan Nama Allah Maha Pemurah Lagi Maha Pengasihani

Kenyataan dan Pendirian Rasmi PACE: Pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca Cola di Malaysia.

PACE merakamkan rasa dukacita terhadap pelaburan berjumlah RM1 bilion oleh 
Syarikat Coca-Cola di Malaysia. Syarikat Coca-cola akan mendirikan kilangnya di 
atas tanah yang dibeli daripada TH (Tabung Haji) Properties di Nilai, Negeri 
Sembilan dan upacara pecahtanahnya telah disempurnakan oleh YAB Perdana 
Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Hj Abdul Razak pada 15 Mac 2010.

Lebih meresahkan lagi perkembangan ini berlaku di saat-saat Masjid al-Aqsa 
dikepung dan pihak Zionis Israel terus mengancam keselamatan Masjid al-Aqsa 
dengan mengumumkan perasmian kuil Hover di persekitaran kejiranan Masjid. 
Tindakan regim Zionis ini jelas merupakan provokasi terancang sedang di masa 
yang sama rakyat Palestin di bawah umur 50 tahun dihalang dari memasuki masjid 
al-Aqsa yang berada beberapa ratus meter sahaja dari kuil tersebut.

Mungkin orang ramai akan bertanya apa hubungkait di antara pembukaan kilang 
Coca-cola di Malaysia dengan ketegangan yang berlaku di Baitul Maqdis timur dan 
di Masjid al-Aqsa. Dua perkembangan ini saling berkaitan kerana Syarikat 
Coca-cola telah dikenal pasti sebagai penyokong kuat kepada ekonomi Israel dan 
kewujudan entiti haram Yahudi Zionis yang merampas negara Palestin dan mengusir 
rakyatnya keluar. Sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat, Malaysia 
berhak untuk menentukan dasar dan pendiriannya tanpa di pengaruhi oleh 
mana-mana pihak yang berkepentingan. Namun Malaysia telah mempertahankan dasar 
luar yang konsisten terhadap penubuhan negara haram Israel sejak mencapai 
kemerdekaan iaitu tidak akan mengiktiraf entiti haram tersebut, meskipun Israel 
adalah negara anggota penuh PBB. Berdasarkan kepada hakikat ini, tindakan 
membenarkan Syarikat Coca-cola melabur dan membina kilang pembotolan produk 
minumannya di sini adalah sesuatu yang bercanggah
 dengan prinsip yang dipertahankan sekian lama. Oleh kerana Syarikat Coca-cola 
menyokong ekonomi Israel secara terbuka maka mereka bersekongkol dengan regim 
Zionis yang tidak diiktiraf oleh Kerajaan Malaysia. Membenarkan kilang syarikat 
Coca-cola beroperasi di bumi Malaysia boleh memberi implikasi merestui regim 
Zionis yang bertindak sebagai negara penyangak yang tidak pernah akur kepada 
undang-undang antarabangsa dan menghormati hak asasi rakyat Palestin.

Sokongan Coca-cola kepada Israel bukanlah berdasarkan dakwaan semata-mata 
bahkan terdapat dokumentasi lengkap mengenai penglibatan Syarikat Coca-cola di 
dalam membangunkan ekonomi Israel sejak tahun 1966. Pada tahun 1997, misi 
ekonomi Kerajaan Israel telah memberi penghargaan kepada Syarikat Coca-cola 
dalam majlis Penganugerahan Perdagangan Israel atas sokongan berterusan 
syarikat itu terhadap Israel selama 30 tahun dengan mengabaikan seruan boikot 
Israel oleh Liga Arab. Pada tahun 2002 Syarikat Coca-cola membuka kilang di 
atas tanah rakyat Palestin yang dirampas di Kirvat (Qiryat) Gat dalam negara 
Palestin yang dijajah. Berita ini dilaporkan di dalam akhbar rasmi Israel 
Haaretz pada 19 Julai 2002. Seperti yang dilaporkan oleh akhbar Ha'aretz pada 
18 Oktober 2005, Coca-cola meningkatkan pelaburannya di Israel dengan menguasai 
51% saham dalam Tavor Winery, sebuah syarikat pembuat arak di Israel. Ini 
hanyalah sebahagian dari rekod cemerlang Coca-cola di
 dalam menyumbang kepada kemakmuran ekonomi Zionis Israel. 

Fakta-fakta 

Help Palestine [hidayahnet] KONSERT Gaza Palestin 26 Mac 2010 Shah Alam

2010-03-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
LIFELINE 4 GAZA CONCERT – KONSERT TALIAN HAYAT UNTUK GAZA
Break The Siege – Pecahkan Kepungan

TARIKH : 26 Mac 2010 / Jumaat
LOKASI : Auditorium MBSA, Shah Alam, Selangor
MASA : 8.00mlm hingga 11.00mlm

PERSEMBAHAN ISTIMEWA :
SHOUTUL HAROKAH www.shoutulharokah.com
MUADZ http://muadzseekinglight.blogspot.com
KUMPULAN DAIE

HARGA TIKET: (Derma kepada Palestin)
Dewasa  Kanak-Kanak - RM10.00
VIP - RM30.00

VIP terbuka kepada sesiapa yang ingin tempat di hadapan pentas. Lelaki  
Perempuan diasingkan.

Dapatkan tiket melalui wakil IPT masing-masing atau di kaunter tiket di pintu 
masuk auditorium pada 26 Mac nanti.

Sebarkan kepada rakan-rakan. SEMUA DIJEMPUT HADIR

Hubungi:
Urusetia KONSERT LIFELINE 4 GAZA
lifeline4gaz...@gmail.com
Sdr Khalid Al-Walid: 0197341984
Sdr Muhammad Zakiran Mahmud: 0199390304

Maklumat lanjut di 
http://www.lifeline4gaza.org/2010/03/12/konsert-lifeline-4-gaza-break-the-siege/

Lifeline 4 Gaza, or Talian Hayat Untuk Gaza as we read it in Bahasa Malaysia, 
is a collaborative effort between Malaysian NGOs to help resolving the 
humanitarian crisis in Gaza. Our eventual objective is to join international 
movements to break the illegal siege which has been imposed on Gaza the tyrant 
Zionist and its allies for some years. We are determined to send all those 
basic human needs that are grievely required by the entire Gaza population, by 
sending ships direct to their shores.

ANJURAN:
LIFELINE 4 GAZA http://www.lifeline4gaza.org
HALUAN Palestin http://haluanpalestin.haluan.org.my
HALUAN Siswa http://haluansiswa.haluan.org.my
KARISMA-JIM http://www.karisma.jim.org.my
MAWADDAH http://www.pertubuhanmawaddahmalaysia.blogspot.com
 Gabungan NGO-NGO di Malaysia







Help Palestine [hidayahnet] Krisis Coca Cola di India, N.Sembilan menyusul

2010-03-21 Terurut Topik Rozmal bin Malakan
Nampak banyak pelaburan RM 1 Billion Coca Cola di Bandar Enstek, Nilai, Negeri 
Sembilan.

Tapi apakah kesannya dalam masa terdekat dan jangka panjang ? 

Rakyat India telah mengalami keperitan akibat pembinaan kilang Coca Cola di 
sana. 

Apakah rakyat Negeri Sembilan akan merasainya selepas ini ? Kekurangan sumber 
air, catuan air bertambah teruk, sisa bahan buangan kilang yang bertambah, 
sumber air tercemar , tanah tercemar ?

Adakah Laporan EIA ( Penilaian Kesan Alam Sekitar ) telah dilakukan ?

* 
Coca-Cola Crisis in India

Communities across India living around Coca-Cola's bottling plants are 
experiencing severe water shortages, directly as a result of Coca-Cola's 
massive extraction of water from the common groundwater resource. 

The wells have run dry and the hand water pumps do not work any more. Studies, 
including one by the Central Ground Water Board in India, have confirmed the 
significant depletion of the water table. 

In two communities, Plachimada and Mehdiganj, Coca-Cola was distributing its 
solid waste to farmers in the area as fertilizer. Tests conducted by the BBC 
found cadmium and lead in the waste, effectively making the waste toxic waste. 

Tests conducted by a variety of agencies, including the government of India, 
confirmed that Coca-Cola products contained high levels of pesticides, and as a 
result, the Parliament of India has banned the sale of Coca-Cola in its 
cafeteria. 

Thousands of farmers in India have been affected by Coca-Cola's practices, and 
Coca-Cola is guilty of destroying the livelihoods of thousands of people in 
India. 

Coca-Cola is destroying the food security of the people of the land, and by 
stealing the water and poisoning the water and soil, it is also responsible for 
ensuring a life of misery for future generations to come. 

The water table has declined between 25-40 feet in the last four years, and 
Coca-Cola has been discharging its waste water into the surrounding fields, and 
now into a canal that feeds into the river Ganges, a holy river for millions of 
Indian. 

They must compensate the affected community members. 
They must recharge the depleted groundwater 
They must clean up the contaminated water and soil. 
They must admit liability for the long term consequences of exposure to toxic 
waste and pesticide laden drinks in India. 

Anything short of the above measures will make it increasingly difficult for 
Coca-Cola to do business in India. And elsewhere.

Sumber : http://www.indiaresource.org/campaigns/coke/ 



  


  1   2   3   4   5   6   7   8   9   10   >