Assalamualaikum....
Ade gak orang nak amalkan Islam Moden ni atau name halus dia Islam Hadhari.
Hm... Ntah la. Kelakar bila dengar orang citer pasal Islam Hadhari ni.
Lebih kelakar bila dengar Nabi & para sahabat dulu amalkan Islam Hadhari.
Ntah kitab mane dorang rujuk? Mungkin Kitab Sighah Nabi tulisan Christoper
Columbus agaknye (just joking!).
Ntah sejak bila Nabi gilakan kekayaan dunia. Sedangkan Nabi SAW bedoa "Ya
Allah, hidupkan aku sebagai orang miskin dan matikan lah aku sebagai orang
miskin.". Perkataan Hadhari itu sendiri menafikan kemiskinan. Islam
Pembangunan. Islam yang tunduk kepada pembangunan. Kalau pembangunan Islam,
baru betul. Pembangunan yang tunduk kepada Islam.
Benar, Nabi SAW & para sahabat tidak terus kepada sebuah negara tapi
bermula dengan kelompok kecil. Bagaiman pula dengan kita yang dah bermula
dengan negara? Nak jadik kelompok kecik semula? Hahaha.... Lawak! Islam
Hadhari adalah Islam yang dirosakkan semata-mata nak mengaburkan mata orang
yang cetek pengetahuan Islam. Hentikanlah mengikut Islam Hadhari sebelum
akhlak kita tergadai kepada Dajjal...
Satu soalan lagi. Siapa Ustaz Haji Asha'ri Muhammad? Abuya? Hahaha... Dulu
dia anti kerajaan. Dah masuk ISA, sokong kerajaan lak. Harharhar...
Dunia... Dunia...
grad it
<[EMAIL PROTECTED]> To: [EMAIL PROTECTED],
[EMAIL PROTECTED],
[email protected], [EMAIL PROTECTED]
cc:
01/13/2005 02:51 PM Subject: Bismillah
[hidayahnet] ISLAM HADHARI DAN NEGARA ISLAM
Lebih baik memperkatakan Islam Hadhari daripada negara Islam. Bila sebut
negara Islam, yang tertonjol adalah politik, pemerintahan, undang-undang
dan kenegaraan. Timbullah, salah tafsir dari pelbagai pihak termasuk yang
bukan agama Islam. Bagi mereka, yang mereka nampak adalah hudud. Oleh
kerana tidak faham soal hudud dan yang berkaitan dengannya mulalah mereka
menolak. Lebih-lebih lagi, ini ada hubungkait dengan soal undang-undang dan
penguatkuasaan. Seolah-olah atas tafsiran mereka sendiri, hak mereka
ternafi bila wujudnya negara Islam.
Bila Islam hadhari diamalkan, belum lagi kita menyentuh tentang akta dan
penguatkuasaan pun, suasana masyarakat Islam sudah boleh terbentuk. Tanpa
kita isytihar negara Islam, ia sudah boleh diamalkan dalam keluarga, jemaah
dan masyarakat. Ini kerana Islam hadhari adalah bentuk Islam yang diamalkan
oleh Rasulullah dan para sahabat. Mereka tidak terus bermula dari negara.
Tetapi memulakannya dengan kelompok kecil dari 2 kepada 3 kemudian 10 orang
dan jumlahnya terus membesar. Sehinggalah terbentuknya sebuah masyarakat
Islam diikuti dengan negara Islam. Inilah sebab kenapa lebih baik
memperkatakan tentang Islam hadhari.
Lebih-lebih lagi, di waktu ini semua manusia mahukan keamanan, keharmonian
dan kesejahteraan. Semua manusia mengidam-idamkan masyarakat yang berakhlak
mulia, berkasih sayang dan bebas dari jenayah sosial. Namun, sehingga kini,
sistem-sistem yang digunapakai gagal menghasilkan masyarakat seperti itu.
Ia terbukti gagal malah lebih merosakkan lagi masyarakat. Justeru itu, apa
salahnya konsep Islam Hadhari diterima pakai, moga-moga ia akan mewujudkan
suasana masyarakat yang diterima baik bersama. Ini pun adalah untuk
kebaikan kita juga. Siapa yang tidak mahu suasana masyarakat yang aman
makmur lagi berkasih sayang.
Seperkara lagi, yang patut kita tahu, Islam hadhari tidak menolak
pembangunan. Berkemajuanlah, berekonomilah, teruskan membangun material dan
perkembangkanlah ia dengan pesat. Tetapi Islam hadhari ini, atas
tertegaknya pembagunan material, perlu didasari dengan pembangunan insan.
Atas berkemajuan dan membangunkan lahiriah, tidak dapat tidak, kena
disertakan dengan membangunkan rohaniah.
Itulah dia Islam hadhari dan kalau kita benar-benar memahaminya dan
mengamalkan pula, maka besarlah manfaat untuk kita. Bukan sahaja kita,
malah keluarga, masyarakat dan negara semua mendapat manfaatnya. Ini kerana
bila memperkatakan Islam hadhari itu, kita boleh bahagikan kepada dua,
iaitu Islam dan Hadhari. Islam bererti keselamatan. Erti keselamatan itu,
ia termasuk keadilan, iaitu keadilan dari segi undang-undang, keadilan
mendapat pekerjaan dan keadilan pengagihan kekayaan. Termasuk juga adalah
kasih sayang, bersatu padu, rasa bersama, bekerjasama, tolong-menolong, dan
bertolak ansur. Termasuk juga adalah hormat menghormati satu sama lain,
tidak boleh hina menghina walaupun berlainan agama dan bangsa.
âKeselamatanâ ini hanya boleh dilaksanakan bila insaniah setiap individu
terdidik ke arah itu. Soal hadhari tak perlu diperkembangkan lagi, malah
ramai sudah tahu, ia bererti maju dan membawa kemakmuran. Setidak-tidaknya
mewujudkan keperluan asas seperti tempat tinggal, makan minum, pakaian,
alat perhubungan, alat pentadbiran dan kemudahan pendidikan, sesuai dengan
perubahan zaman.
Oleh itu, mari kita bersama-sama memahami dan mengamalkan Islam hadhari
yang membawa keharmonian dan kemajuan.
Dipetik dari Buku Terbaru Islam Hadhari
Menurut Ustaz Hj. Ashaari Muhamad
Susunan Mejar (B) Abu Dzar
Terbitan kedua Januari 2005
Boleh dipesan terus dari http://www.rufaqa.com
Do you Yahoo!?
Take Yahoo! Mail with you! Get it on your mobile phone.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not
in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or
approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a
daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to
change your mail delivery settings or email the moderators at
[EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
Your use of Yahoo! Groups is subject to the Yahoo! Terms of Service.
------------------------ Yahoo! Groups Sponsor --------------------~-->
Has someone you know been affected by illness or disease?
Network for Good is THE place to support health awareness efforts!
http://us.click.yahoo.com/UwRTUD/UOnJAA/i1hLAA/TXWolB/TM
--------------------------------------------------------------------~->
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in
any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved
otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily
digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your
mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the
title "change to daily digest".
Yahoo! Groups Links
<*> To visit your group on the web, go to:
http://groups.yahoo.com/group/hidayahnet/
<*> To unsubscribe from this group, send an email to:
[EMAIL PROTECTED]
<*> Your use of Yahoo! Groups is subject to:
http://docs.yahoo.com/info/terms/