Asslammu’alaikum,
Kalau kita
nonton sekali imbas jumlah penonton yang hadir dikonsert-konsert percuma
anjuran KERAjaan dan swasta, begitu ramai sampai puluhan ribu dan kebanyakan
mereka adalah dari golongan Melayu yang boleh dikatakan 100% muslim. Semuanya
ralit and khayal mengikut alunan musik oleh idola-idola mereka. Kalau bab
hiburan, tambahan lagi kalau percuma……kalangan mereka ni sanggup datang
dari segala pelusok rantau, ada yang sanggup bermalam dibawah embun, dikaki
lima, dibangku-bangku awam atau pun tak tidur pasal asyik berdengung memanjang
baik dengan dadah maupun arak. Semuanya ni amat memudaratkan, lebih lagi
anak-anak muda. Dikepala mereka ni tak ada apa nak difikirkan, baik masa depan
maupun masa kini, asyik -asyik hiburan, keseronokan dan khayalan. Rosak…rosak!
Ini lah harapan KERAjaan yang mau rakyatnya rasa seronok saja sampai bila
berdepan dengan masalah-masalah nasional pun, rakyat jenis ni tak perduli
langsung. Sogokan beginilah yang selalunya menimpa rakyat yang bernama MELAYU
tapi masih belum sedar dan ramai juga yang masih tidak mahu sedar betapa mereka
diperbodohkan KERAjaan sampai tahi terpalit dibatang hidung pun masih boleh
memberi senyuman yang menawan.
Alangkah
eloknya jika mereka ni adalah sebahagian dari peserta-peserta demonstrasi
membantah kenaikan minyak
yang saban minggu
diadakan di merata tempat dinegara ini. Malu saya melihat sokongan demonstrasi
yang diberi oleh
rakyat-rakyat
negara asing kepada penganjur demonstrasi dinegara mereka kalau dibandingkan
dengan sokongan
yang kita dapat
dari rakyat kita. Oleh sebab itu agaknya, berita TV arus perdana tak siarkan
keadaan demonstrasi
disini, mereka cuma
tunjukkan betapa hebatnya demonstrasi dari luar negara. Mereka malu sokongan
yang diberi
rakyat Malaysia atau
pun mereka mahu menunjuk bahawa disini rakyatnya baik-baik, toleransi, taat
setia dan
berdisiplin
bukan macam rakyat Korea, Thailand,
Perancis dll. Di Malaysia, negaranya aman, makmur dan harmoni
dan tiada demonstrasi.
Hairan, hairan….KERAjaan
Barisan Nasional yang bersandarkan Islam Hadhari!
“MASA
UNTUK PERUBAHAN!”
From: [email protected]
[mailto:[EMAIL PROTECTED] On Behalf
Of syed dahij
Sent: Monday, April 03, 2006 6:55
PM
To: Ikhwanul Muslimun
Subject: Bismillah [hidayahnet]
Kami bukan penderhaka
|
Demo akan diteruskan kerana kami bukan penderhaka -
Dr Hatta
|
![PDF]()
|
![Cetak]()
|
|
Mon | Apr 03, 06 | 10:58:40 AM
Oleh Ekmal Yusof TAIPING, 3 April (Hrkh) - PAS dan
parti politik pembangkang serta NGO akan terus mengadakan demonstrsasi mega
di seluruh negara bagi membantah kenaikan bahan api baru-baru ini dan menolak
sama sekali tuduhan bahawa mereka adalah penderhaka.
Berdahari PAS Pusat, Dr Hatta Ramli dalam ceramahnya
dekat sini berkata, "Kami bukan penderhaka tetapi adalah wira bangsa
dalam sebuah negara demokrasi bagi membela kepentingan rakyat
terbanyak."
Beliau menolak kenyataan Perdana Menteri, Dato' Seri
Abdullah Ahmad Badawi yang menyifatkan mereka yang berdemonstrasi membantah
kenaikan harga minyak sebagai penderhaka.
"Kami menentang langkah yang menyebatkan
kehidupan sebilangan besar rakyat terhimpit akibat kenaikan harga minyak
ini," kata Dr Hatta di Balai Kuliah Batu 6, Changkat Jering malam semalam.
Beliau menolak andaian beberapa pihak kononnya
kenaikan harga minyak hanya menekan golongan kaya kerana mereka yang memakai
kereta dan sebagainya.
"Orang-orang miskinlah yang paling banyak
terhimpit kerana kenaikan 30 sen seliter ini amat besar kepada mereka yang
menggunakan motosikal dan menggunakan motorbot untuk menangkap ikan di laut.
Nilai RM1 kepada orang miskin amat besar seumpama nilai RM1000 kepada orang
kaya macam mereka," kata Dr Hatta yang berjanji akan terus "Protes
Sampai Turun" samada harga minyak atau Perdana Menteri yang turun.
"Orang-orang kaya tidak terasa apa-apa
kerana mereka banyak wang, RM1,000 itu hanya seperti nilai RM1.00 sahaja.
Tetapi bagi mereka berpendapatan rendah dan miskin nilai RM1.00 adalah sangat
berharga seperti RM1,000,"ujarnya.
Beliau berjanji akan terus menganjurkan demostrasi bagi membantah kenaikan
inin dengan demonstrasi mega walaupun telah ditangkap bersama dua
anak-anaknya baru-baru ini.
Dr Hatta dan dua anak gadisnya ditahan kira-kira lima jam di penjara
Pudu minggu lalu selepas ditangkap kerana menyertai demonstrasi di
perkarangan KLCC anjuran MTUC. 19 yang lain turun ditangkap bersama beliau
dan anak-anak.
"Saya harap semua orang akan turun demo dengan
aman. Jangan buat gila-gila bila berdemo. Biarlah kerajaan saja yang gila
kuasa," kata beliau.
Beliau turut mengingatkan anggota polis langkah membantah kenaikan harga
minyak ini untuk kebaikan mereka juga kerana ia memberi kesan kepada semua
pihak.
"Kerajaan bukan jaga kepentingan anggota polis
pun. Lihatlah dengan cadangan pelbagai suruhanjaya itu. Jadi berilah
kerjasama kepada kami," kata Dr Hatta.
|
To help you stay safe and secure online, we've developed the
all new Yahoo! Security Centre.
--------------------------------------------------------------------------
All views expressed herein belong to the individuals concerned and do not in any way reflect the official views of Hidayahnet unless sanctioned or approved otherwise.
If your mailbox clogged with mails from Hidayahnet, you may wish to get a daily digest of emails by logging-on to http://www.yahoogroups.com to change your mail delivery settings or email the moderators at [EMAIL PROTECTED] with the title "change to daily digest".
-------------------------------------------
Recommended sites:
Radio Kuliyyah: http://www.kuliyyah.com
YAHOO! GROUPS LINKS